Friday, November 4, 2011

november





hello.

dah november. 6 month jadi insurance agent. apa perasaan? macam2 orang yg aku jumpa and rejection is normal.

Alhamdulillah.

Alamak tiba2 macam tak tahu nak tulis apa. lama sangat tinggalkan blog ni, tapi my friend diyana encourage aku tulis blog everyday as our journey in insurance industry. tapi malangnya masa tak menentukan. pergi pagi, balik rumah dah malam.


Anyway, sesiapa yang nak dapatkan medical card prudential Bsn Takaful and buat plan education for children do contact me 0193962979.


insyaallah aku akan kembali, tak tahu bila. okay nak share picture Pre convocation.

Sunday, August 28, 2011








IFTAR with friends at kota bersejarah, Malaca.


okay guys, just wanna share a few photo which sweet moment I ever had this year with my friends. lama sangat tak hang out mcm ni. masing2 dah busy kerja. semua dh start new life. next stage. ZAMAN PEKERJAAN. Zaman Uni dah berlalu. no more pergi class tak mandi, no more tak tidur semalaman siapkan assignment. to everybody in this picture. i love you guys. and to EMY, LEHA, LOTEN, MIN, SHIRA dan kawn2 lain yang tidak ada. we miss you a lot. it just a matter of time. nanti ada masa lapang dan rezeki lebih kami planning turun penang dan round2 sekitar utara. jumpa AMPA nanti..






Salam,

Hari ni aku terpanggil nak menulis kembali. setelah hampir sebulan kita menempuh ramadhan, syawal bakal tiba, Alhamdulillah walaupun aku rasa tahun ni sambutan syawal untuk diri sendiri kurang meriah, ramadhan aku dapat lebih dari tahun-tahun sebelum ni.


Alhamdulillah setelah umur 23 tahun baru aku kenal apa itu Iktikaf. ustaz kat office aku pelawa join Iktikaf di masjid. Alhamdulillah Allah taala sayang aku, buka pintu hati aku untuk jejakkan kaki di masjid dan iktikaf.


malam pertama, masuk je masjid, sayu sangat hati aku. dalam umur 23 tahun ni, bila direnung kembali temp0h2 lampau, zaman silam aku, Subhanallah, banyak dosa aku buat. dari sekecil-kecil sampai sebesar-besar. Allah saja mampu menilai.


Di kala orang lain sibuk bershopping. aku meredah traffic jam ke office settle kan medical report client. sikit pun mood raya tu tiada. kenapa?



setelah aku renung2 kembali, raya is just another day. yang paling penting apa yang kita dapat semasa bulan ramadhan ni? lagi 1 hari ramadhan akan pergi. sudah terhapus kah dosa2 silam kita?



Andaikan esok kita pergi meninggalkan dunia, adakah kita masih membawa dosa2 itu masuk kedalam kubur? aku bukan ustazah, apatah lagi ilmu agama yang tinggi pun tidak, cuma, kita kena sedar, selama kita hidup amalan apa yang paling kuat dan menjamin kita untuk mengadap yang esa?



okay that it. semoga hidayah ini berterusan.




SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN..


love, pika

Wednesday, August 10, 2011





Salam ramadhan.


Just short update.

Masalah paling membimbangkan ialah masalah pelupa yang almost 80% menguasai diri. Aku tak boleh nak ingat apa aku buat walaupun untuk 10 minit yang lepas. banyak barang-barang yang hilang dan menyebabkan kerugian.


Kad parking hilang. denda RM50. padahal parking 10 mins je. aduhhh.


lepas tu touch kad lift untuk naik office hilang. dah menyusahkan orang lain kena minta tlg touch kan setiap kali aku nak turun or naik.


Selain itu. kad touch and Go yang baru di topup?


dan kerana tu aku cukup bengang. kadang2 aku rasa aku buat something pada zahirnya. batin aku, fikiran aku fikir 1000 satu macam aku fikir.

client ni dh approve belum insurance dia.

client ni dah buat payment belum.

client ni tiba-tiba dah siap medical card nak cancel la pulak..


dan macam-macam yang sometime bawak dalam mimpi.


So, ada sape-sape ada petua mcm mana nak hilangkan penyakit pelupa ni. sebab aku sekarang paling tension bila lupa..
-



-



-




-



-





-





-





-






-





-




MANA KAD PENCEN BAPAK AKU?


Benda yang sangat penting. kalau nak ambik ubat kena tunjuk kad tu. kalau tak ada kad tu kena beli ubat kt luar beratus-ratusan.


Kalau nak buat balik kad tu kena pergi balai polis buat report. lepas tu kena tunggu beberapa lama masa sebelum tunggu kad siap.



memanglah patut kena marah.


Hari tu sedang aku drive, masuk lorong touch and go. tekan-tekan kad, kenapa palang tak buka ni?


aduh cemas....


tekan-tekan..



rupanya aku touch business card aku.. memang la palang tu tak naik. silap-silap ada palang jatuh atas kepala.

tu la. susah nak tafsirkan aku dan diri ni macam mana. kadang-kadang sedang berjalan pun dah tak rasa tgh jalan.


teringat zaman berjimba tanpa commitment.





Gambar hiasan: next destination for holiday? I wish I can go to united states. sebab aku pernah kena reject visa dulu. hopefully this time dapat pergi. AMIN.

Wednesday, August 3, 2011

come back

OMG! I'm engaged...



Everything I do, the reason is YOU. sorry sebab selalu balik tgh2 malam, satu hari nanti kakak akan buktikan, apa kakak buat sekarang bukan sia-sia.



last minute preparation.




Hello people,

dah lama sangat tinggalkan blog ni. bila dah kerja baru tahu betapa tak sempat nya nak buat tu, nak buat ni.

yang pastinya, kawan-kawan tetap saya rindui. dan kerana commitment masing-masing, kita lama tak contact kan. yang tu kita kena understand.

Bila dah start kerja, dalam kepala hanya ada RM. and macam mana nak bantu family. I think everyone have same desire. to be somebody in family? betul tak.

sama macam saya.


tapi walau apa2 pun, perjuangan saya masih belum terhenti. semangat masih ada..



masa berganti masa, sekejap dah bulan ogos.. masa memang cepat sangat kan. tahu2 sedar2 dah nak 30 tahun. ada lagi 7 years before masuk 30.


apa preparation kita menghadapi hari2 esok? in term of duit. amalan? I believe 5 years time, cabaran hidup mesti lagi susah. sebab tu aku pilih mencabar sekarang rather than bila dah berumur, anak dah berderet2, time tu baru nak pening fikir macam mana nak cari solution.


Biarlah apa orang nak kata kerja aku sekarang. aku tutup mata and focus je. semua tu aku tolak tepi sebab yang mengata tu bukan akan tolong aku pun kalau aku susah,


kalau boleh aku try nak jadi positive at all time regardless of any situation. ramai dah aku jumpa. most of them strangers. Alhamdulillah Allah permudah kan segalanya. sebab aku percaya,



REZEKI MANUSIA, BUKAN MANUSIA YANG TENTUKAN.


no matter what, aku kena teruskan.


by the way, just to share story yang dah lapok sangat ni.. I am engaged. sebab kan busy sgt, memang minta maaf tak semua kawan aku dapat invite,

picture engaged seperti di atas..


oh ya.. unforgettable , cuba tengok wanita kat bawah ni,


kalau dah namanya minat berniaga, tiada istilah cuti, weekend pun buka bazaar, dan paling kelakar bila aliaa pun sekarang buat insurance, tapi Great Estern. tak kisah la. setiap benda ada kebaikan tersendiri, depends on people nak pilih. saingan yang sihat. yang paling penting, usaha doa dan tawakal, insyaallah rezeki akan datang kemudian.


To all people outside, tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga tahun ni menjadikan kita lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Love, pika

Wednesday, June 8, 2011

kalau nampak 2 orang ni, jangan lupa lari. :)

Ada sorang kawan aku comment picture ni kat facebook "Aku kalau nampak depa 2 orang ni, aku lari''


me and my heavy bag. ada sorang client aku tegur "dik, abang tengok ko ni dah macam mak andam bawak bag berat2 buat pe. orang jumpa client bawak businesscard je lah" HAHA bang, saya budak baru. semua dalam bag ni penting. kalau tak ada brochures, saya tak tahu nak terangkan apa. kalau tak ada form, saya bukan jenis pandai copy2 sain orang ni bang. ehehe




Hello people,

Bersawang habuk dah blog ni. masa semakin laju meninggalkan kita. hari demi hari aku sendiri tak sedar apakah hari ini? maksud nya, hari ni hari apa. sebab rutin harian aku, bangun pukul 5, siap2 pergi kerja, kalau selasa and khamis hntar ayah dialysis, hari lain memang aku ada morning meeting, so conclusion nya, setiap hari memang aku keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap.


So far Alhamdulillah, rezeki cukup buat aku tersenyum dan bersyukur. aku berbangga dengan apa yang aku buat walaupun tidak bagi orang lain.


2 hari lepas, aku duduk sembang dengan umi tentang kerja aku yang tidak mendapat support dari ayah dan umi. umi jenis bising asyik suruh apply jadi cikgu. ayah pulak hari-hari bagi form and suruh ready kan resume, kawan dia boleh tlg bagi kerja.


Tapi semua tu aku tak endahkan.


Sebab aku memang ada hati. hati aku dah bulat. aku harap dan berdoa aku akan stay long in this industry.


Semalam aku masuk class ke 10. dalam class tu belajar pasal product. and comparison our product dengan product insurance lain. Prudential coverange minimum 500,000 untill 2 million and ada product lain hanya maximum 200,000 sahaja seumur hidup.



Trainer aku cakap, macam mana kita boleh insured kan diri kita hanya 200,000 sahaja??? sedangkan pembedahan jantung pun dah 150 k, dan kidney transplant pun 350k?


aku tanya..


"Betul ke kidney transplant 350k?"
"BETUL" jawab trainer aku.



berkaca-kaca mata aku time tu. tahan sedih. sebab aku fikir, bila agaknya aku boleh ada that figure untuk hntar ayah buat kidney transplant supaya dia boleh jadi normal macam orang lain.?


BILA?



sepanjang dalam kereta on the way balik rumah, aku terfikir dan terus fikir. kalau la aku kerja makan gaji start sekarang. contoh basic is 2500 paling banyak. tahun bila aku boleh dapat 350,000?


aku fikir lagi. aku rasa goal aku dah clear. biarlah orang nak kata apa.


Aku ada impian dan cita2 aku.


iaitu..



RM350,000 hasil kerja sendiri, tak akan meminta-minta. sebab Allah dah beri aku kesihatan, keupayaan. Insyallah. aku masih dan terus berdoa.


AMIN

Monday, May 30, 2011

when I'm more than I thought I could be


"One Moment In Time"

Each day I live
I want to be
A day to give
The best of me
I'm only one
But not alone
My finest day
Is yet unknown

I broke my heart
Fought every gain
To taste the sweet
I face the pain
I rise and fall
Yet through it all
This much remains

I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

I've lived to be
The very best
I want it all
No time for less
I've laid the plans
Now lay the chance
Here in my hands

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will be
I will be
I will be free
I will be
I will be free

Saturday, May 28, 2011

lagi-lagi insurance..aishhh..;


Hye people,

Alhamdulillah aku masih bernyawa lagi hari ni dan dengan itu telah 2 minggu genap aku menjalani hidup aku yang kelam kabut tak tentu arah sebagai agent insurance. dengar je ''agent insurance'' mesti ramai yang trauma and annoying kan. yelah, orang-orang ni la yang suka mengacau, asyik call orang tak kenal, tapi itu la kerja kitaorang. mencuba nasib, kalau ada rezeki boleh make an appointment and closed.


So far kerja okay, cuma bila baru-baru ni, semangat tu kadang2 up and down, depends, kalau kena maki, terus down gila babi. tapi bila tiba-tiba dapat call dari stranger yang kata nak beli insurance,semangat terus,haha.


perbezaan jawapan kalau aku approach orang tua and muda.

orang berumur yang ada family akan jawab

''dah-dah.. kami sekeluarga dah ada insurance''


kalau orang muda pulak

''tak pelah, nanti-nanti dulu, rasanya yang ni tak penting lagi, nak tunggu stabil dulu''



okay guys, mari kita bincangkan mengenai jawapan mereka.

bagi yang sudah berkeluarga, memang ramai yang dah ada insurance. tapi adakah insurance mereka provide dengan medical card? medical card ni penting untuk guarantee kalau nak warded. dan coverage untuk guna medical card ni sehingga rm1.5 million. ringgit malaysia okay. kalau euro memang rasa sikit je duit tu. hehe. sesiapa yang ada, do double check.


kepada generasi muda, yang tidak ada commitment ni, jawapan mereka nak tunggu stabil dulu. okay, sebenarnya, card yang aku offer ni campur dengan saving, selain daripada dia protect kita, dia juga sebagai simpanan yang mana duit tu kita boleh keluarkan bila-bila.



As my opinion is, kenapa aku ambik insurance waktu umur aku 23 tahun. muda. tak ada sakit lagi. tak pernah masuk hospital. in fact, income pun tak ada lagi ni.. kenapa?



kalau la, kita ni sakit yang berlarutan, tapi umur kita panjang. kos rawatan sapa nak tanggung. takkan aku nak biarkan mak ayah aku pergi masuk surat khabar, merayu bantuan kos rawatan anak saya. rm100 k. contohnya.



Aku bercakap dari pengalaman. betapa susahnya ayah aku tak ada i
nsurance. nampak luaran memang aku senyum. tapi jiwa aku ni merana gila. memberontak cakap

''KENAPA AYAH TAK AMBIK INSURANCE DULU''


padahal dulu mampu sangat kalau nak bayar insurance untuk 1 family.


minta maaf la kalau sejak kebelakangan ni entry aku asyik cakap pasal insurance je. aku tak kisah sesiapa yang sudah ada insurance. yang akan ambik insurance, bukan dari aku pun takpe. yang penting hidup ni, biarlah kita bersedia dari segala kemungkinan.

Yang terakhirnya, aku semalam ambik exam takaful.lagi 2 minggu result keluar lepas tu dapatlah kod agent takaful ni.


okay korang. aku sayang semua, aku tak nak orang lain rasa kesusahan aku dulu. so fikirlah di mana kita nak mula dan mcm mana kita nak akhiri kehidupan kita. bagi aku..


''dunia ni bukan matlamat aku. tapi kehidupan itu sendiri.''


Love, pika

Wednesday, May 25, 2011

tong sampah dan penolaknya.

Hye people..


macam biasa hari ni khamis, aku mesti la ada kt hospital dan semestinya time kat hospital ni la masa terluang aku update blog.

tak ada benda yang nak di update sangat.

Semalam aku sampai rumah 2 pagi. solat terus tidur, aku tak sempat buka mata aku dah dengar umi marah


''semalam balik pukul berapa? berhenti jelah kerja tu. kerja apa tu, bangla pun kerja sampai petang je..blah blah blahhhhh''


and, aku ambik positive je. mak mana tak risau, kadang2 aku dah sampai rumah 2 pagi kan, aku letih gila, aku tertidur dalam kereta, sedar2 pukul 3. so memang la mak aku ingatkan aku balik pukul 3.

sebenarnya, aku pun risau jugak dengan diri sendiri. sape tak susah hati and cuak kalau 2 pagi kt jalan raya, berhenti traffic light, motor sebelah ushar2 kau. aku dalam kereta ni dah pegang je tongkat ayah aku. kau rompak aku, aku sedia je nak pukul kau. ceh berlagak. cerita mcm berani gila.


Tapi hakikatnya kan, aku lagi takut hantu dari manusia. haha.bayangkan semalam aku on the way balik jumpa client, lalu batu tiga jalan lama tu. ada van sebelah aku berhenti kat traffic light, driver dia perempuan pakai tudung putih, mekap tebal meletop. aku memang dah ketaq je. teringat hantu kak limah. tapi pretend cool la. pasang radi0 kuat2..sambil nyanyi sorang2. haha


itu la rutin harian aku.


tapi sebenarnya tujuan aku menulis hari ni ialah berkenaan isu ''RESPECT''


selama kau hidup, pernah tak korang cakap..


''buta ke?''

bila orang langgar korang?





cerita nya macam ni, aku hantar ayah untuk buat operation mata, ayah kan dah tak nampak sangat, sebab kan parking tak ada, so aku drop ayah dekat pintu utama, supaya aku boleh cari parking lepas tu.


dah sah2 ayah aku kurang nampak, cermin kereta aku pulak gelap korang tahu la macam mana kan..

sedang ayah nak bukak pintu kereta,

''KEDEGANGGGGGGGGGGGG''


Ayah bukak pintu, pintu terkena tong sampah yang sedang ditolak oleh seorang yang tidak aku pasti identitinya sebab si dia pakai mask.

ayah aku kan berbudi bahasa..

''sorry sorry...'' kesian aku tgk orang tua tu, terhegeh2 keluar dari kereta, penglihatan kurang jelas, terlanggar tong sampah yang sedang ditolak oleh si DIA yang tak dikenali.


''hey.. buta ke''


aku terus menyirap la. aikk sedap kau cakap ayah aku buta. aku turun kereta


''A'ahhh, memang pakcik ni buta, nak pergi buat operation mata kat atas ni..!''
aku memang marah tak da dahhh.. geram nak mati time tu


Masalahnya kan, ayah aku langgar tong sampah. lepas tu bukan ada sampah bersepah ke apa ke. bukan ayah aku langgar kau pun. bukan nya kau cedera ke kan.

lain la kalau..


aku yang langgar kau naik kereta, lepas tu lari. LANGGAR LARI.


yang tu memang best la. lepas tu baru la kau boleh cakap..

''bu..bu.. ta... k...e...keee... asyhaduallah...'' mengucap terus kau.


Ingat ye kalian, jangan sedap2 nak panggil orang tu buta. ayah aku tak buta. dia tak perasan je.


sebab..



Tong sampah tu lagi besar dari kau. nasib kau pakai mask. kalau tak, memang aku dah report dah kat management. aku sekarang hobi report2 je. sebab aku pantang orang tak respect orang ni.


dan.. bila termenung sorang2 kan. tetiba rasa..


eh aku ke yang marah tadi. macam tak caya je aku tengking orang. bagus2 big achievement. haha


lots of love.

Pika.

I love my job.

Hye people,

memang sejak seminggu lepas, aku ni makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.

Pergi kerja pukul 6.30 pagi. pukul 12 malam baru balik rumah. paling lewat 2 pagi. semua nya kes jumpa client.


Tapi bila dah pukul 12 malam tu, hp aku berbunyi tak henti2 tu, aku dah agak sapa yang msg.

Umi aku la. kalau korang nak tahu, memang habis je jumpa client biasanya aku akan pecut 120-140 bawak kereta dalam keadaan separa sedar a.k.a mengantuk


Begitu la rutin harian aku sejak minggu lepas.


Alhamdulillah hujung minggu lepas aku sempat pergi UiTM Kedah, pergi pun kejap sangat. aku fikir, bila lagi nak pergi, aku dah nak start kerja. baru kerja seminggu dah busy, inikan pula dah lama kerja. so aku decide aku melawat dan jumpa jugak warga-warga UiTM kedah.


aku selamat sampai klang 6 pagi hari isnin, rushing balik rumah, tukar baju, terus pergi kerja. Hari isnin biasanya company Al-Isra' ada meeting,


So far aku just nak share, aku happy dan enjoy dengan apa yang aku buat, memang PENAT sangat. tapi ini yang aku pilih, aku memang akan teruskan benda ni.

Tapi semalam ada kejadian yang syahdu. first time aku buat core call. call stranger, aku dapat number dari business card yang dia tinggalkan kat Hailam kopitiam, so aku copy number tu dan call.


''Saya tak berminat LANGSUNG''

itu jawapan encik itu. takpe. aku tahan lagi. entah kenapa aku menangis tersedu-sedu time tu. aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam tu. kenapa aku mesti menangis? apa yang sedih gila nya? macam la tak biasa kena marah kan.


Actually aku realize aku memang letih tak bermaya. aku paksa diri tidur 4 jam je. aku ke sana ke mari angkut bag plastik aku yang ada isi flyers and form. kot-kot ada rezeki boleh ada client.

macam tu la aku. tapi pada aku, mana ada benda terus senang dalam dunia ni, aku ni baru merangkak-rangkak dalam dunia kehidupan, maksud aku, real life. fikir pasal duit dan duit macam mana nak tampung family akan datang. semua tu aku dah fikir. dan aku pasti kawan2 aku kt luar pun fikir benda sama.


Alhamdulillah aku dah dapat beberapa client dan semalam aku rasa terharu, sebab aku dapat closed dengan stranger. aku add dia kt Facebook, cakap sikit pasal insurance. dia kata datang la rumah, terus close. memang macam-macam pertanyaan mereka diluar fikiran aku. aku sebenarnya tak sure sangat sebab aku belum habis masuk class, aku dah approach orang sana sini. So terima la padahnya kalau tak tahu nak jawab soalan client.


tapi sebelum akak tu closed dengan aku. dia kata

''sorry ye dik, akak nak tegur, adik nampak tak sure, gelabah sikit la, macam tu susah tau nak convince orang tau..''


aku dah agak aku kena macam tu sebab bila ditanya, aku sikit2 jawab

''Emm boleh je kak.'' atau ''boleh kot''


eh main kot-kot pulak kan. aku sedar memang aku silap, aku kurang knowledge sebab tu aku nampak slow. insyaallah 2 bulan lagi aku dah tahu semua tak ada la silap lagi..


Tapi detik-detik ni aku akan ingat, sampai bila-bila. macam mana susah nya nak approach orang. hhm


tapi aku berterima kasih pada semua yang sudi menegur aku. sesiapa yang sudi memperbetulakan aku. aku manusia biasa. penjual insurance yang baru berjinak2. cakap pun tak confident sangat. yelah, kau cakap something yang kau kurang pasti.


tapi yang pasti nya, aku memang akan full time buat ni. dan aku insyaallah akan pastikan kebajikan pencarum premium aku. sebab ayah dah pesan,

''insurance ni amanah orang pada kita'' yes aku pegang benda tu. Insyaallah aku dah janji dengan diri aku, tak nak menipu orang.


tapi paling tak percaya bila akak tu kata
''actually ramai orang offer insurance pada akak tapi tak tahu kenapa akak pilih adik..''

aku senyum kambing je, teringat mcm mna berdebar nak buzz akak alia dalam fb. tapi alhamdulillah rezeki Allah. semua itu kuasa Allah. Allah yang memberi rezeki, aku cuma boleh berusaha je.


Aku percaya pada rezeki, rezeki ada di mana-mana tapi rezeki tak datang bergolek. aku tak regret bila client tak close or marah sebab service aku. yes aku beginner dalam insustry ni. aku selalu teringat trainer aku cakap kan

''PAIN IS ALWAYS TERMPORARY. ''


Tunjuk ajae semua aku harapkan. By end of this year aku harap dah nampak hasil kerja aku. Amin.

Thursday, May 19, 2011

Monday, May 16, 2011

next journey begin





Okay afiqah, terima kenyataan kau sekarang ada kt Malaysia. dah balik negara sendiri. dah habis study. dah hantar thesis. dah boleh mula kan step and berfikir mcm mana nak cari duit sendiri.


Memang...





Aku dah start kerja. dan bangun tidur pagi tadi, dan sejak dari malam pun, aku dah fikir, inikah jalan aku? betul ke apa yang aku decide ni.

Ini ke masa depan aku? aku percaya dengan diri aku. tapi aku percaya orang sekeliling tak percaya dengan aku.

dan sebab tu aku rasa gusar sedikit.

Dan dengan sebab itu aku rasakan aku harus buktikan sesuatu. sesuatu hasil.


Aku faham mak mana tak risau kalau anak dia yang dia dah penat2 hantar jauh2. tiba2 habis belajar nak kerja freelancer jual Insurance.


Aku rasa lebih sesuai aku panggil ini business aku, macam kak haniz cakap, ini adalah business kita. macam bos kat office aku cakap, kita yang generate income, kalau kita tak kerja, tak ada income, kalau tak cari client, tak ada income. aku nak start business jual beautiful premium, modal nya aku tak ada. jadi, ini jalan terbaik aku. Maybe,



Itu buat aku puas. dan hasil nya?

Beri aku masa setahun untuk aku buktikan aku boleh dalam bidang ni. resultnya, kita sama2 tunggu apa akan jadi dengan aku satu tahun akan datang. Kalau aku gagal, aku gagal setelah mencuba, bukan aku ni degil tak mahu dengar cakap mak aku,


Cuma, bila dah besar ni, kau tahu apa yang kau nak. kau tahu apa yang kau cuba buat dan ingin capai. walau sejauh mana kau terangkan pada mereka, mereka tetap tak faham. kecuali ayah. ayah tak pernah bersuara pun bila aku cakap aku nak start full time buat kerja ni. sebab ayah pun buat business sendiri, ayah pernah rasa jatuh bangun dalam dunia business. dan kepahitan itu terpaksa ditelan, dan kemanisan itu kadang2 boleh dipamirkan dan orang sekeliling boleh menilai dan sama2 rasa kemanisan itu.


Or tujuan aku lebih kepada awareness how important the medical card in your life. hmm


Terima kasih atas tunjuk ajar, sokongan dan rejection anda. itu semangat aku.

Wednesday, May 4, 2011

pika and her life 2 weeks after came back from paris

Hello and Hye people,

lama tak update since balik hari tu. banyak benda nak cerita, tapi sebenarnya sampai2 Malaysia je aku dah busy siapkan thesis aku. sampai aku sanggup turun ke banting jumpa kawan aku sebab aku tak ada software SPSS and dah lupa nak guna, so aku pun pergi rumah dia, kesian jugak dia kena tolong aku. 2 malam aku tidur pukul 4 pagi, bangun kul 7 sebab research paper ni.

I didn't expect that I'll do my VIVA that soon. tiba2 je aliaa and mun bagitahu semua students under same miss **** kena present research isnin. okay terima kasih ye. aku dapat tahu hari jumaat. maksudnya ada 2 hari je sebelum aku present kt depan yang mana itu adalah final.


aku dengan cergasnya ke Banting jumpa eja. memang dari diploma aku suka menyusahkan dia kalau bab2 ni. tapi tak apa, seperti yang di janjikan, aku dah letak nama kau dalam ACKNOWLEDGMENT research paper aku. kalau ada rezeki research aku dipublishkan di library, nanti 20 tahun akan datang kalau anak kau cari journal kat library uitm tu, tiba2 terbaca ada nama mak dia, boleh la dia tunjuk kan kawan2.

''wehh,,, ni mak aku ni. Farlyza.''

Lebih kurang macam tu la.


tapi yang sebenar-benarnya, aku sangat appreciate jasa dia teman kan aku sampai aku habis present, di dalam hujan lebat dia berlari-lari masuk dalam kereta, aku faham kau bengang, tapi tak pe, aku dah siapkan semua, report pun dah hantar. jangan susah hati. haha



life aku since balik apa je?


macam biasa, 3 times a week aku pergi hospital bawak ayah cuci darah. tunggu kt hospital ni. buat la apa yang patut. tapi kebiasaannya yang patut tu, tidur je.


Selain daripada tu, rutin harian aku, ambik adik balik sekolah, pergi jumpa kawan2, jumpa boyfriend. ceh, perlu ke nak tulis?


okay tu je, till the next post. btw, lepas ambik exam next week, aku dah officially penjual insurance. sesiapa yang nak tahu pasal insurance boleh la tinggal kan msg, saya sudi di mana jua anda berada. hehe


Love, Pika

Tuesday, April 19, 2011

Dusseldorf city, Germany

Salam and Hello people,

First of all I wish I can make long entry today. tapi nampak nya tak mungkin sebab aku terlalu letih. kaki sangat sakit.

Just so you know, I'm leaving tomorrow. and still don't believe that I'm going back to malaysia and be normal afiqah without jacket and no such thingy metro, office and etc.

aku baru balik, hosting my friends from Bosnia yang sedang membuat euro trip. seronoknya tengok dorang jalan merata-rata. tapi aku rasa apa yang aku dapat sekarang ni dah lebih dari cukup. Alhamdulillah.

dan untuk kali terakhirnya aku hupdate blog kat paris. dengan internet yang sangat laju, dan lusa, semua akan berubah seperti biasa.

kalau korang tertanya-tanya kenapa aku penat? aku baru sampai dari german 6 pagi hari isnin, tidur dalam bus dari pukul 11 malam gerak dari Dusseldorf. al-maklumlah tidur dalam bus memang langsung tak selesa, tambahan pula menahan kencing sampi paris terus terbocor.
sebab aku tak suka toilet dalam bus. okay stop mengarut. focus-focus, aku dah mengantuk gila.

se-sampainya di paris jam 6 pagi terus balik rumah jam 8 pagi. lepas tu rehat2 kt rumah kul 4 keluar rumah, pergi hotel yang amalina dan nadia duduk, dorang tak sampai lagi so aku tunggu je.


nak di pendekkan cerita, aku stay dengan dorang 2 hari 1 malam. dan sangat letih hari ni. tak tahu kenapa. Alhamdulillah sebelum aku balik Malaysia aku pergi tempat yang best sgt dan aku tak menyesal pergi.

kat dusseldorf aku menumpang rumah simon, aku rasa macam macam cerita tapi biar aku ringkas kan sempena kepenatan aku yang melampau ni.

Simon dan jason. my bodyguard.



okay tak kelakar. rasa terharu la kau kena buat cam ni kat breakfast aku kan. and he did research about halal, apa aku boleh makan, apa yang tak boleh. dan nama baru aku''Afiqua''

pizza and kebab ordered from turki restaurant which is halal.

As I said I'll make it this entry short, I jumped into dinner 2nd day at his house and the family like super nice. I love them

Simon'm mum, sister, dad and uncle

lepak-lepak minum-minum. ehehe

simon's mum showing me photos of simon when he was little.

Simon's family


the story about Dusseldorf city may begin here. I had wonderful day with his family




let's walking slow motion.



park make my skin dark. dah la nak balik malaysia ter-hitam pulak



1168 tingkat okay. terjun sure putus kepala ni



Jason, don't be so serous jasoin.. hehe

Yes. fat me again.



Beach

matching pulak tikar tu dengan baju aku ;


this is the best picture taken by me and it was like super candid. Negara ku, tanah tumpahnya darahku.. la la la



okay last sekali, siapalah afiqah tanpa hidangan dan makanan.




Okay, biarlah aku terangkan di sini, dan menjadi jujur untuk seketika. aku habis kan entry ni di Malaysia. di Hospital sementara tunggu ayah. sebab last day before aku balik memang letih sangat dan beberapa hari lepas selepas turun je dari flight tu, aku dah rushing siapkan thesis aku yang mana presentation nya ialah 25th April which is yesterday. aku dah habis presentation pun weh. nak berlagak ni. haha. berdebar jugak nak present sebab itu ada lah final dan 40% mark is based on my presentation. tapi aku rasa aku okay kot. but actualy I didn't expect I'll present for that soon cos aku baru je sampai.


okay, sekarang aku dah ada kt Malaysia, so such thingy of upload picture in this place this place. tak ada picture aku dengan makanan2 lagi. sebab sampai2 je asal jumpa orang je mesti ayat ni keluar


''ehhh kenapa hitam? ingatkan balik paris putih..''


ataupun..



''bulat nya pipi, ingatkan pergi paris balik kurus...''



haha, macam mana nak kurus, hari-hari aku makan sedap dan suka berjemur sebab terasa nikmatnya panas selepas winter.


back to my story to Dusseldorf. what I want to stress here is about culture. Its not all actually about the beautiful places to be but the nice people I meet.


And its actually all about

RESPECT & ACCEPTANCE. PEOPLE WOULD RESPECT YOU AS HOW YOU PUT ON IT SO TO OTHER PEOPLE. ACCEPT PEOPLE WHOEVER THERE ARE LIKE my puan Azfa said DIFFERENT PEOPLE HAVE DIFFERENT CHARACTERISTIC. DIFFERENT PEOPLE HAVE DIFFERENT PERSONAL, BEHAVIOUR, VALUE. PEOPLES HAS NO BOUNDARIES OF THAT.

So, do respect people!



Till the next post,

Hugs and love pika