Friday, May 29, 2009

JIJI MINIZOO


dua gambar di atas ialah pemilik 3 jenis haiwan dibawah. bila masuk toilet aku rasa macam dah masuk dalam petshop. hee. aku bukan jenis yang suka kan haiwan. even kucing pun aku takut. kalau orang lain akan takut lipas, cicak la. tapi aku paling gerun dengan kucing. mulu roma boleh automatic tegak bila kucing pandang aku. aku pun tak tahu kenapa. mungkin masa kecil2 dulu umi selalu takutkan aku dengan kucing kot contohnya macam "HA..KELUARLAH RUMAH!!ADA KUCING HITAM DAH TUNGGU DEPAN PINTU TU NANTI DIA GIGIT KAKAK" ceh padahal kucing bukannya gigit orang kan. tapi umi aku dah biasa takutkan aku dengan kucing. sebab tu sampai sekarang pun aku sangat takut. kadang2 tengok orang lain ada kucing kesayangan kat rumah. ak teringin jgk. tapi aku takutlah wei.. dan masa time aku mungkin ayah dan umi masih mempunyai pendapatan rendah dan tak mampu membelkan aku haiwan peliharaan untuk aku. bukan macam jiji, time dia kecik2 ayah aku dah belikan arnab la..
so mungkin kerana itu jiji tak takut dengan haiwan. dan haiwan peliharaan dia sangat annoying me. aku rasa rimas bila dia yang dulu tinggal rumah sewa sebab belajar kat politeknik bila cuti sem dia akan angkut semua haiwan peliharaan dia balik rumah dan letak dalam toilet bilik aku dan dia. kami share bilik. sebab aku ada sifat buruk yang lain penakut..



Dan yang paling annoying ialah haiwan ini. gatal. dia akan pandang je aku bila aku sedang weewee di hadapannya. jangan pandang wei..nanti ko kena ketumbit kat mata. ataupun mungkin beliau hamster jantan yang kemaruk betina. kesian kau sorang kat dalam tu kan. paksa tuan kau carikan gf untuk kau secepat mungkin sebab aku tahu kau pun mesti dah baligh kan. haha.. so ko mesti terkejut manusia juga berbulu seperti kau di sesetengah bahagian kan. haha..


yang ni aku rasa baik lah pada aku. sebab dia akan makan apa yang aku bagi. sebenarnya makanan dia ialah timun ataupun carrot. tapi one day time jiji tak ada di rumah, aku sangat kasihan dengan dia sebab dari kecik asyik makan benda yang sama mesti kau pun dah tak lalu kan dan rasa muak. so aku bagi kau apple merah yang dipotong dadu.. yayh!!! kau makan aku sayang kau.. dan bila jiji balik jiji mendapati ada sisa apple di dalam bekas kura2 ini lalu bertanya "sapa yang bagi dia makan tadi?" "aku la..kenapa?" "hotak ko bagi apple" "kesian dowh aku tengok dia asyik makan timun je.." "wei ko ingat dia manusia ke"jiji bengang. "alah bukan mati pun"-
haha. sorry la wei. aku cuma merasakan ada sedikit tanggungjawab pada kura2 kau. aku kesian tgk dia . dahla baik. senyap je. next time aku nak try bagi rambutan. mesti kau suka sebab rasa dia best. rasa sekali mesti nak lagi..


yang ni aku tak berapa nak comment sangat sebab dia buat hal sendiri. maklumlah berpasangan. aku jarang ambik port sangat taknak kacau korang bercinta.semoga cepat dapat baby dan memenuhkan lagi ruang toilet aku ..

and welcome to JIJI's MINI ZOO to have a great moment with these animal and also weweee facilities provided. haha

Sunday, May 24, 2009

I suka tengok orang lain gembira

Baby ni nama khalif danish anak kak warda yang
kahwin last year sangat comel and adorable..
i macam nak bawak balik rumah pinjam 2 bulan
sementara i cuti sem ni.. i suka kanak2 dan harap
akan dapat anak ramai2 nanti (:
Hantaran i tengok je mana tahu boleh copy nanti (:
I sangat bai tau tolong cousin i pakai nail colour
Ada skill mak andam tak? hasilnya wowww


tanpa aku sedari rupanya umur kakak saudara kesayangan aku tu dah masuk 25 tahun tahun ini dan minggu lepas dia mejemput aku datang rumah dia. dia kata ada majlis makan-makan je. jamuan. bila aku tanya jamuan apa dia gelak-gelak je..
aku macam dah syak je dah teros cakap jamuan bertunang kak imah ke..
dia mengiakan dan gelak je. dia memang seorang yang riang je aku pun tak tahu bila dia sedih. dan baru aku tahu rupanya dia bertunang dengan orang lain dan bukan boyfriend dia yang sudah lebih 4 tahun bersama tu. aku agak terkejut sikit. lepas tu teros nak tanya macam-macam yelah aku kan busy body. dia kata nanti jumpa dia cerita la..
bila tiba waktu hari bertunang tu aku pun mecungkil lah rahsia dia. dia kata exboyfriends dia yang mintak putus dengan alasan dia dah ada perempuan lain yang boleh bagi dia segala-galanya.
memang kejam. cousin aku tu frust menonggeng kot. patutlah sampai kurus dan murung je tapi dia still boleh senyum je dan tak ada sapa pun tahu dia break. dia sibukkan diri dengan buat banyak kerja. siang dia kerja lain. malam dia buat part time kat class tuisyen. dia kata mana boleh tak frust. 4 tahun bercinta suddently bf minta putus lepas tu alasan gila macam ko tu hebat sangat perempuan boleh bagi kau segala-galanya. maksud segala-galanya apa yang kau cuba nak tafsirkan. bukankah keperluan dan wang ringgit harus diberikan dan disediakan oleh lelaki. lelaki bertanggungjawab ke atas perempuan. ini dah terbalik pulak. ayat kau cakap dekat cousin aku tu macam la cousin aku tu cikai sangat. padahal ko tu habuk pun tak ada agaknya.
tapi masa dorang bercinta dulu bf dia selalu bagi present. teddy bear, bunga la..sampai penuh katil cousin aku dengan teddy bear yang berbagai saiz.
tapi kak imah cakap (cousinaku tu)...
sekarang ni..aku sayang ko, ko sayang aku belum cukup nak buktikan keikhlasan hati lelaki pada kita..kita tak akan kenyang dan puas dengan benda tu. walaupu cakap hari-hari tapi ianya belum menentukan masa depan kita jauh dengan lelaki itu..
dan setelah setahun cousin aku tu single, ada seorang lelaki yang tidak dikenali mencari jodoh.
dari apa yang aku dengar, lelaki tu berumur 28 tahun, sudah mempunyai cukup duit tapi tak ada calon untuk dijadikan isteri..
baiknya lelaki tu kan..
dan dengan kuasa Allah Taala mereka ditemukan oleh adik cousin aku ni..kira kenen2 kan lah macam dolu2..
setelah 5 bulan berkenalan hati budi masing-masing lelaki itu nak melamar cousin aku ni..
hows sweet..
emmm macam tu barulah betul2 menjamin masa depan..
dia dah nak kahwin hujung tahun depan.
bercinta dengan orang lain= 4 tahun
kahwin dengan orang lain=baru kenal 5 bulan..
so korang nak macam mana????
bercinta lama tapi tak kahwin or bercinta sekejap tapi memang decide nak mendirikan rumah tangga???
kadang2 dalam hidup ini kita sendiri tidak dapat memastikan siapa bakal teman hidup kita dan semestinya seperti kata-kata kita hanya mampu merancang dan tuhan menentukan.
so kena berdoalah kan..
dan aku sentiasa berdoa bahawa
"semoga dia adalah jodoh aku dan sekiranya dia bukan jodoh aku maka hindarkanlah dirinya dari diri aku"
ceh jiwang kejap..
tapi inila hakikat kan. siapa yang tak menderita bercinta lama-lama sampai ada yang merancang nak kahwin la bertunang dan fikir pasal bila dah kahwin..bila dah ada anak..
tapi hajat tu tak sampai kalau aku mesti frust..
aku maybe kuat semangat tapi aku orang yang sering mengalah
aku lagi suka mengalah dari berdebat sebab aku memang di ajar dengan perkataan..
"biarlah.."
"sabar lah..."
dan kerana itu juga kadang2 aku rasa aku lemah sebab tak dapat nak protes dan meninggikan suara dan aku sangat teringin nak marah dan tengking orang yang memijak kepala aku..
hurm..
dah habis..

dan yang lebih menarik majlis pertunangan itu, cousin aku mintak tolong aku mekapkan dia.
alahai aku sendiri pun selekeh tak berpa pandai make up (sjelah nak cakap kulit i neutral beauty)
heee..
tapi dengan pengalaman tengok orang make up dan ada lah jugak ilmu make up diri sendiri, aku akhirnya berjaya menyerikan wajah kak ima.
dan dia kata ramai orang tanya siapa yang make up dia?
muka dia naik seri..
make up simple je..
hehe..
thanks kepada yang memuji. nanti kalau u all nak bertunang bolehlah panggil i untuk menconteng wajah korang..
heee..
nway i hope kak ima yang i sayang tu betul2 jumpa dengan lelaki yang bertanggungjawab dan setia bersama dia walau susah ataupun senang. aku doakan kebahagian dia. (tiba2 macam nak sedih sebab teringat zaman kanak2 aku dan kak imah dia masak megi banyak2 dan masuk dalam dulang besar bagi aku dan jiji makan bila kitaorang lapar.)
dia juglah yang ajar aku bawak motor time aku darjah5 lagi.
dia baik...

Thursday, May 21, 2009

Rubbish Super Hero

Namanya Ilham Malek berumur 7 tahun mempunyai cita-cita tinggi menjadi seorang hero yang bakal menggemparkan negara apabila berjaya menyelamatkan orang ramai yang dalam kesusahan. Aku berbangga mempunyai adik yang mempunyai semangat yang tinggi dan sering berangan2 itu dan ini. Tadi semasa aku sedang asyik mengangkat kain pada jam 6.30 ptg macam tu sebelum umi balik memang aku segera akan angkat kain. kalau tak, tak pasal2 kena fired!!!
berbalik kepada cerita asal, sedang aku asyik mengangkat kain tiba-tiba..
"hayak!!"
terdengar suara seorang budak yang datangnya dari arah mana ntah kan aku pun tercari2..
donggggg (bunyi besi pintu tempat sampah depan rumah aku-konon2)
aku terkejut adik aku rupanya duduk dalam tu. tempat mak aku buang sampah korang dapat bayangkan tak gate rumah aku sekali dengan tempat sampah dalam dia tu lah adik aku yang bersaiz ala2 obesiti tu duduk dalam tu dan muka macam tak bersalah pakai sarung tangan getah pink yang umi selalu buat cabut rumput tu, bertopeng dan selamber guna kasut bally ayah. Apa style yang kau cuba buktikan pada aku ni adik? aku tahan gelak je dan buat2 marah "wei masuklah dah magrib kau sorok dalam tu buat apa?"
Dan aku terus masuk rumah gelak macam hantu..tapi kesian jugak adik aku tak ada kawan kat taman ni. kawan dia budak sebelah rumah ni jelah. tapi budak tu pergi mengaji petang2 so dia terpaksa bermain dengan diri sendiri dan bayangkan dia HERO la kot.
HAHA.

Wednesday, May 20, 2009

Ambik kau model confident jew. HAHA


sudah 2 hari aku dan padeng post picca selendang kitaorang kat myspace tapi macam tak mendapat sambutan je plus ramai pulak rupanya orang yang kami add tu menjual selendang..
fuhhh..
narik nafas jap plus selendang dorang so much better than us plus dah establish among myspacerr..
hehe..
tapi tak appalah..dalam hati ni cakap "slow2..business baru memang macam ni".tak akan nak terus naik macam aku masa mula2 jual selendang kat budak uitm semua macam kurang respons tapi time tu aku dengan zati mula mengatur langkah dan strategy aims setiap student yang pakai selendang and terus tanya nak tengok selendang tak? i jual selendang..
tidak kira dimana mereka berada dan situasi mereka time tu..
haha..
kejam kan kitaorang..tapi disitulah bermula segala2 nya. selepas menjual selendang secara ala2 direct selling, aku mula bergiat menjual di pasar malam dan kemudian menambah barangan jualan aku iaitu beg dan baju2..
untungnya cukuplah untuk aku dan boleh lah kalau nak beli cincin emas. hanya itu yang aku dapat gambarkan dan aku rasa sangat bersyukur dengan duit yang aku perolehi at least aku tak depends sangat dekat duit ayah..

tapi sekarang macam risau sikit..
kalau jual selendang kat myspace tak laku macam mana?? duit dah dilaburkan..
aku rasa cara ni kurang berkesan la cos orang tak ada depan selendang tu dan tak dapat rasa kain dia semua..
tapi tak apalah..
rezeki ada di mana2 dan Allah akan sentiasa menolong hambanya yang berusaha. kalau cara ni tak berjaya aku akan guna plan yang lain dan pastikan kitaorang akan dapat untung jugak even sikit.
DAN AKU HARAP SHARE PARTNER AKU MEMPUNYAI SEMANGAT YANG KENTAL MACAM AKU. MACAM BILA KORANG MAKAN TAHU KENTAL YANG JUAL TEPI JALAN TU KAN..
HEHE..
DOAKAN KEJAYAAN KAMI DAN SAHABAT SAYA YANG SORANG LAGI ZATI DIA PUN MENJUAL SELENDANG..
tapi bila tengok balik post picca selendang tu macam nak gelak pun ada..
yelah sume muka aku, tak komersal langsung..
mesti yang kenal aku nak gelak tengok aku kan..
haha..
sekarang aku bagi korang tengok muka aku yang poyo ala2 cover girl magazine wanita ataupun magazine keluarga yang biasanya cover mesti perempuan yang ayu2 kan..
nah ambik sekali muka aku!!

Tuesday, May 19, 2009

















picca padeng vs stacy terlebih sudaaaaa ((:

MISSION COMPLETE!!

akhirnya setelah 2 hari berhempas pulas ceh tak payah nak pulas sangat,hehe..setelah 2 hari berpenat lelah menyiapkan projek runaway..hehe..actually bukanlah run away sangat..cuma projek businesss selendang yang telah dirancang oleh aku dan padeng time kitaorang kerja dekat jusco..tak ada nak buat apa so berangan2 lah kan nak buat business itu ini dan akhirnya business menjual selendang juga dipilih cos sekarang macam ramai je pakai selendang dan kos nya means modal tak adalah mahal sangat compare with other goods..

so siang tadi kami berdua pun mengadakan sesi perfotoan dimana modelnya ialah aku sendiri dan cameraman padenglah sape lagikan menggunakan digital camera kodak yang diberi oleh pulah kepada aku setahun yang lalu aku telah gunakan sebagai fixed asset dalam perniagaan yang bakal berjalan ini...

harapan kami berdua business ni akan mendapat sambutan sebab kitaorang dah melabur agak banyak iaitu lebih kurang setengah dari gaji dan masa kitaorang disamping aku terpaksa meminjam wang pulah sebab gaji aku tak keluar lagi, yelah baru 2 hari lepas aku habis kerja sodalam 2 minggu lagi keluarlah duit hasil aku berdiri 13 jam di fair handbag brand forest timber...
brand yang unfamiliar yang selalu customer tanya brand apa ni ta pernah dengar pun dan aku ringkas menjawab
"NI BRAND DARI HONG KONG KAK"
hehe..
ni bukan aku reka2 sendiri ye..
promoter atas aku yang bagitahu bila aku tana dia sebab ramai sangat customer yang tanya..aku kerja kat situ kena lah tahu serba sedikit kan..
dan ada juga segelntir customer yang bijak dia akan sendiri menjawab..
"OWH NI BRAND TIMBERLAND TU YE.."
Dan aku senyum jelah..lidah terkelu tiba2..
yelah kak timberland ke, justin timberlake ke..
bole lah..janji akak happy..
HAHA..

lepas tu 2 hari 1 malam padeng tidurrumah aku untuk bincangkan business kitaorang tu..
dan biasalah dia terpaksa melayan karenah adik2 aku yang dua orang ni..
mulut bukan ada insurans..nak marah, depan tetamu kan..
tapi orang cakap kan apa yang budak2 cakap biasanya benar..
budak2 tak tahu menipu..
macam adik2 aku ddiaorang tak tahu menipu
contohnya bila aku bawak diaorang keluar jalan2.
bila balik rumah umi tanya adik tadi solat maghrib tak..
dia akan jawab tak..
spontan je..
dan yang akan kena marah ialah aku?
sebab aku pun tak solat jugaklah kan..sebab tu dorang tak solat..

yar begitulah jugak macam semalam..
nadya tiba2 je cakap kat padeng..
"AKAK..MUKA AKAK MACAM STACY AF LA.."
sengih je tanpa rasa bersalah..
"EHHH MANA ADA"
padeng senyum
Aalahai nadya ko ni suka je cakap kawan2 aku sume pun macam artis..
hari tu eja tidur sini dia kata muka eja macam AYU ONE IN THE MILLION..
setiap kali ada kawan aku datang ada je dia nak compare..
tapi lepas je nadya cakap macam tu aku pun mula berfikir dan tengok balik muka padeng dan stacy..yar ada sedikit persammaan..
tak sangka selama ni muka rakan2 aku macam artis glamour you!!..

((:

Sunday, May 17, 2009

besh2.. dah habis kerja.. kaki dah tak sakit..(:

aku pun romantik jugak lah wei..(: rindu..

hari terakhir bekerja rupanya adalah hari yang sangat mengasyikkan dan merelaxkan tidak tragis seperti yang aku bayang2kan sebab sebelum ni aku kerja hari terakhir adalah hari keperian ceh cakap pasal hari terakhir macam seram je dengar.haha..
tapi sumpah rilekx..kitaorang tidak perlu nak angkat2 kotak ke sebab ada uncle yang tolong angkat dan settlekan semua tu..
habis je masukkan semua handbag dalam kotak kitaorang pun balik...
memanglah aku dengan rakan sekerja aku,padeng, pulun kemas beg2 sume dalam kotak tapi entah kenapa aku pun tak tahu hari ni kurang letih dan tiada stress. mungkin sebab customer pun tak berapa nak ada dan tidak banyak karenah macam customer yang dulu2..
ceh dulu2..
padahal kerja 6 hari je..
takpe..itu semua pengalaman dalam kehidupan kita. pengalaman itu menjadikan kita dewasa dan bijak menghadapi ujian serta rintangan yang bakal kita hadapi di masa akan datang dengan cara yang muhibbah.
ceh padahal maksud muhibbah pun tuan hamba tak tahu..
macam yang siti nur haliza (duta jusco) selalu nyanyi..
dalam hidup ini hadapi siang malam setiap hari inilah kehidupan.. tempuh hidup ini sepenuh hati.. tiba masanya kami diperlukan.. apa pun kami sedia hulurkan.. inilah sumbangan kami.. demi hasrattt.. murni...
emm memang banyak pengalaman..
ada yang menarik ada yang tidak.
yang menariknya aku dapat tengok ramai baby yang cute2 di bawa oleh parents dorang ke jusco..
tembam2 dan comel2...kadang2 bila mak dorang tengah beratur nak bayar kat cashier, aku datang dekat baby tu dan cubit pipi dia yang sedang senyap dan tenang di dalam kereta baby tu..ceh kereta baby..padahal troley baby emm ntah la tak tau nak sebut apa itu.. dan bila dia menunjukkan wajah yang macam nak menangis aku cepat buat macam agah2 dan main bu cak bu cak dengan dia..
tapi bila dia menangis jugak, mak baby tu akan pandang dia dan cakap..
alah dah ngantuk ye sayang2..
aku pun senyum..
haha..
suka tengok baby mengangis. boleh tak nak ada hobi suka tengok baby menangis..
hehe..
dan pengalaman kurang menarik ialah perangai customer. macam2 lah..
kadang2 bila tak larat nak layan senyum jelah..
tu pun senyum tapii mata aku dah pandang straigh je..mamai..
hehe..
hari2 aku akan ulang benda yang sama bila customer tanya..
"ni wallet ada discount ke"
"owh yang ni tak ada la.."
"habis tu..tu tulis ada less 50%"
"owh itu untuk wallet yang 50 ke atas cik..handbag pun sama"
lalala penatt sampai kadang2 aku suruh padeng serve..
aku malas nak serve customer yang nak beli wallet..
dan macam2 lagi perangai customer..
ada yang daring terover2 sangat sampai buat aku jelous..memang aku jelous sangat.
macam lah ang sorang yang romantik..aku pun ada boypren lah..(:
rindunya kat pulah. tapi tak tau dia rindu aku ke tidak..
kadang2 tengok couple jalan sama gelak2 pun aku dah jelous..
apa la pika ni..
tak pe..tak lama dah pulah nak datang kl ada tournament futsal..
so aku pulak boleh jalan2 dengan dia depan promoter yang tengah kerja..
cisss balas dendam nampak pika..
dan lagi apa..
aku dah ngantuk..tapi banyak benda nak luah..
tapi tidur itu lebih penting..
so kena tidur dulu..

esok nak mulakan kehidupan yang baru sebagai business woman pulak..
daaa

Tuesday, May 12, 2009

Promoter vs customer

penatnya..
balik rumah terus masuk bilik dan melabuhkan badan di atas katil...
ahhhh sedapnye dapat baring dan luruskan kaki setelah hampir sepuluh jam aku berdiri menjalankan tugas sebagai promoter mithali. masih mampu melayan customer dan tersenyum manis sedangkan kepala aku pening macam ada lalat sedang berpusing2 sekeliling kepala aku.
Habis kerja tadi ayah yang ambik aku. aku memang malas nak drive pergi kerja. so pergi ayah hantar dan balik ayah ambik. macam tuan puteri.
ceh..puteri yang malang..
sumpah aku aku macam nak tercabut.
sape2 yang pernah kerja promoter tau la..1st day and 2nd day kerja mesti kaki sakit gila..

actually bukan nak cerita sangat pasal sakit kaki tapi ada cerita lain yang aku ingin kongsi bersama.
ianya adalah tentang pandangan customer dan orang ramai terhadap para2 promoter part time di jaya jusco yang memakai baju kemeja putih, berseluar hitam dan kasut hitam...
hina sangat ke mereka ini sehingga tiada layanan istimewa yang harus dipamerkan kepada mereka sekalian walaupun mereka ini golongan yang bergaji redah..tetapi tida semestinya mereka bodoh dan tiada perasaan..
aku dan padeng jaga bahagian handbagbrand yang tak berapa glamour namanya iaitu j.timber..
HAHAHA...
hmmm...pengalaman kerja hari ni agak kelamkabut sikit, yelah aku tak familiar sangat dengan jusco bukit tinggi ni. so aku kena explore dulu.
padeng adalah merangkap rakan sekerja aku..
kitaorang jaga bahagian j.timber sahaja dan tidak tahu menahu pasal bahagian lain.
okey?
dan kalau kitaorang tak tahu tu maksudnya kitaorang tak tahu la harga barang tu ke..ada berapa patern ke..
kitaorang tak tahu dan tak jaga..
tolonglah faham tuan2 dan puan2 sekalian..
hmm letihnya nak ulang benda yang sama..
yar..customer is always rite dan layankan jelah..
cerita bermula apabila setiga golongan wanita yang berketurunan toottt... dan mempunyai warna kulit tooott....
telah mensound padeng apabila padeng tak tahu berapa harga bargage yang dijual bersebelahan handbag kami..
lepas tu customer tu tanya padeng..
"kalau tak tahu harga macam mana i nak beli"
padeng jawab."emm beli esok jelah..esok baru star sale.."
"its not the issue.."
perempuan buah limau bali tu membidas..
padeng dengan rasa rendah diri hanya mampu tersenyum..
haish bangang..
nak mencarut tak elok..
tapi kalau tak mencarut rasa tak puas pulak..sebab perkataan tu mmg deserve tuk org macam tu..
setinggi mana pun kedudukan kita, hormatilah orang yang di bawah kerana orang yang di bawah itu tidak semestinya harus dipandang ke bawah dan yang tinggi itu kita harus mendongak ke arahnya..
belajarlah menghormati orang kalau kita nak dihormati. dan jangan sekali2 perlekehkan kemampuan orang lain even dengan cleaner pun apa salahnya senyum kalau susah ingin mengeluarkan suara emas anda itu. ia nya mudah dan percuma anugerah daripadanya. hargailah ia dan jangan disia2 kan jangan tunggu sampai mulut dah herot berot baru gagah nak tegur dan senyum..
kalau ikutkan hati mmg aku malas ak sambung kerja tapi memandangkan promoter aku, SWAN,
seorang yang sangat2 baik hati aku tak sampai hati nak tinggalkandia buat kerja seorang2..
lagipun esok j'card member.
mesti ramai gila orang dan macam2 kerenah customer yang harus aku hadapi. kalau tak kerja pun tak pe.. sedangkan hari2 pun ayah bagi duit belanja makan 20rm..tapi kenapa nak sangat kerja..
jawapannya AKU sendiri pun tak ada sebab ia datang dari diri sendiri. sama jugak dengan kenapa aku perlu susah payah nak jual selendang sedangkan setiap bulan ayah bank in duit tapi aku rasa selesa manghabiskan duit sendiri daripada aku habiskan duit parents aku..
dan kerana itu juga dengan bekerja ni aku harap dapat menampung hidup semasa cuti ni tanpa perlu menadah tangan kepada yang sudi menghulurkannya.


sekarang ni kalaulah customer tadi terbaca blog ni..
aku ada peringatan ringkas pada HANG...
CUBA LETAKKAN DIRI HANG DITEMPAT ORANG YANG RASA TIDAK HARUS DIHORMATI DAN CUMA HARUS DILAYAN SEPERTI MEREKA TIADA KEHORMATAN DAN TIDAK PERLU MENGHORMATINYA.

Aku bercakap berasarkan pengalaman aku..
aku tidak bercakap kasar dengan promoter sebab aku faham perasaan mereka dan situasi yang dialami..
so..aku nak semua pun tahu dan sedar. semua orang mempunyai perasaan yang sama, rasa ingin dihormati, disayang dan dihargai.
dan jangan sekali2 pandang rendah pada orang....

dah..
nak hadapihari esok..
bye..
number menarik hari ini 7173 dan 7195 sebab number bil pada resit handbag yang aku jual..
daaaaaaaa

Monday, May 11, 2009

Hari bermula dengan leteran umi atau dengan ayat yang lebih berlapik lagi ialah...
hari ini bermula dengan teguran umi..bukak je mata aku dengar suara dia bising sebab aku baru nak bangun time tu pukul 11 pagi. eh macam awal lagi kan..
percaya tak semalam aku tak tidur langsung 1 malam, sampai ke pagi on9 dan selepas solat subuh baru aku nak tidur. aku tidur beberapa jam je dah terbangun sebab aku dengar suara umi yang sedang bercakap2 marah adik aku sebab buku bersepah depan tv..
aku terus buka mata dan buat2 kemas katil..
yar time tu sebenarnya mimpi aku elum habis lagi dan aku terpaksa bangun sebab cuaca terlalu panas diluar sampai berpeluh menitis2 basah baju aku..
dan sebenarnya bukan cuaca di luar yang menyebabkan aku berpeluh tetapi umi matikan kipas..
ohhh taktik umi untuk kejutkan anak2 dia yang liat bangun pagi..
terima kasih umi kuh..
sekurang2 nya aku tak payah pergi ke spa untuk mandi sauna.
sebab aku dalam tidur pun sudah berpeluh2 macam jogging 10 round pusing 1 uitm merbok..
cehh nak mention jgk uitm merbok..
biasalah..uitm kan dihatiku..
dan sebenarnya sesungguhnya dan nescaya aku masih merindui uitm Merbok..
walaupun tempatnya mempunyai haruman getah yang enak selepas hujan dan keadaan sekeliling yang kurang menarik..
tapi aku yang dulunya sangat mengutuk tempat itu akhirnya kalah dan jatuh cinta sampai menitiskan air mata kerinduan aku padanya...
dah la..
cerita sedih sila tamatkan sekarang..esok nak pergi kerja mata bengkak2 customer pun lari ingatkan mata aku katumbit ke...
HAHAHA..
Jangan terasa kepada yang sedang mengalami ketumbit..
saya tidak berniat mengata anda..
percayalah kesakitan yang dianugerahkan itu adalah satu cara untu menghapuskan dosa2 kecil yang tidak terkira..


Bangun tidur lipat kain banyak2..
lepas tu kemas bilik dan baju2 yang sangat banyak dan bersepah dallam almari..gila macam penipu besar kau afiqah..
bilik nampak kemas je..
lantai licin..
tapi bila bukak almari baju..
tudia!!
hehe..
so dengan sukarela aku mengemas2..
sebenarnya bukan angkara aku pun..
aku ada seorang adik perempuan yang rajin membeli baju tetapi tidak tahu mengemasnya mungkin kerana menganggap di dalam rumah ini ada pembantu yang di import dari sg.petani bakal mengurus semua baju2 dia kot..
takpe.sabar je..
dapat pahala apa kalau tolong2 kemas ni kan.
besh nya..
HAHA APA PUNYA MENCARUT NI..


lepas tu dalam pukul 3 ptg macam tu aku keluar temankan umi beli barang2 dapur..
dan bila kitaorang on da way nak balik suddently aku terasa macam bunyi2 pelik..
macam tayar pancit je mi...
umi pun berhentikan kereta di tepi jalan..
aku keluar untuk menjalankan penyiasatan..
emmm apa ke hal nya tiba2 kereta ni boleh pancit gila teruk macam ni patutla tadi macam jalan guna sport rim je..
umi ada langgar benda tajam ke..
ataupun ada orang buat dajal ni..
takpelah,tak baik buruk sangka..
so aku pun dengan umi bermaraton ke kedai tayar berdekatan..dan aku tinggalkan umi disitu dan mengikut apek mechanic naik lory dia untuk aku tunjukkan tempat umi aku park keta dia..
dan ini la dia yang aku nak cerita sebenarnya..
apek gila..
on da way nak pergi kat kereta umi tu..dia asyik cakap tak berhenti2 sampai aku annoying gila dan macam nak cakap hey ko boleh diam sekejap tak..
1 minit pun jadilah..
aku tengah panas ni..
dahlah naik lory mechanic taw2 jelah dia punya condition macam mana..
dia asyik nak cakap..
"you banyak cantik..cute la.."
"you muka macam amoi la.."
"you umo belape?"
aku jawab"21"
"oh.saya 30.."
"boleh ka?"
"boleh apa"aku tanya balik sambil senyum kerang mulut senget2..
"boleh ke patoh (bercinta) sama you.."
"you cantik la.."
"you cantik la"
"alamak2...saya macam tamau pandang jalan.."
"macam mau pandang you jalah.."
aik ko gila ke hape?
"mana2? kereta?"
"jauh ka"
"tak ada la.."
"depan tu je.."aku-
"ala2..kenape dekat sangat saya suka duduk sebelah you"
lepas tu ko pandang2 aku macam aku tak pakai baju..
mmg celaka.
aku pun tunjuk kereta umi yang plat nya 6626
"wa nombor manyak cantik.."
"boleh2.."
"boleh tikam menang kasi kawin sama you la.."
dia sengih lagi..
aku tak ada respond time tu tangan dah pegang pintu tak sabar nak terjun keluar..
"boleh ka kawin you? ala kena-kena sunat ka"
dia sengih lagi..
aku diam je..
ko nak sangat sini aku tolong sunat kan ko aku boleh potong kasi habis..
dalam hati jela..
lepas tu terus terjun dari lori dan masuk kereta..
cina tu terhegeh2 pam tayar dan tampal tayar yang bocor tu..
aku sedap duduk dalam kereta dengan pasang aircond kuat2.
HAHA..
sorry apek i dun mean it..aku cuma geli dengan ko bilako ayat2 aku tadi..
Dia lambai2 suruh aku keluar dari kereta..
tapi aku senyum je..
lepas tu aku bukak tingkap dan tanya "dah ke?"
"sudah-sudah"
"pergi workshop balik bayar-bayar.."
gagap-
aku dengan semangat pergi balik workshop tadi dan ambik umi..dalam kereta aku cerita balik kat umi pasal apek gila tu..
tapi umi cakap
"ala dia gurau2 je..jgnlah ko perasan"
aku-hello i tak perasan langsung la..
aku meluat lagi ada la..
ee..tau tak payah cerita..


dan begitulah ceritanya. sebenarnya disebalik cerita apek gila tu..di dalamnya ada unsur sedikit ketidak puas hatian aku dengan umi..
aku memang selalu bertengkar dengan dia..
thats y aku pikir baik aku kerja daripada aku duduk rumah buat dosa sebab hari2 aku melawan dia..
melawan dalam hati je lah..
tapi stil dosa jugak sebab merungut2 dengan mak kita kan..
so...sampai sini sahaja aku. esok bakal menentukan permulaan hidup yang baru..transformasi bekerja sebagai promoter..
aku yakin balik kerja mesti kaki aku akan sakit gila..
tidur dulu.
radio zakiah dah start (bebelan umi dah start aku tak tidur2 lagi)

nite (:




Sunday, May 10, 2009

jauh dimata dekat dihati

Shaifullah promoter bersemangat (:

Pulah dan ayen discuss price list hp..ada gaya macam taukeh la

AKU : BUAT MULUT ANGELINA JOLIE SI PENYIBUK DI
KEDAI HP.

INI BAD..TAUKEH KEDAI HP YANG SEMPOI


LEHA SEKARANG PANDAI MANJA2..AWWW..
PIKA LIDAH TERKELUAR HAGEMARU
AMALINA AYU NYA WAJAHMU..

kENANGAN TERAKHIR BERGAMBAR DI DEPAN GSC

NAD,LEHA,MIN,EMY,PADENG,ME,ERIN,ZATI DAN EJA

BILA BULAN MENGAMBANG KAMI PUN MENGGILA

PIKA SILA GELAK PUAS2 SEBAB ESOK KAU AKAN MENANGIS..

NEXT TOP GEDIKSSS GIRLS..EJAH, SMALL DAN ME

DARI KANAN : SEBELUM DAN SELEPAS MENGGUNAKAN FAIR AND LUVLY

SELAMAT TINGGAL BILIK...SEDIH SANGAT..
SEBELUM KUAR RUMAH TENGOK JE BILIK NI..


KIPAS ZATI DAN TILAM NADYA YG MASIH TERTINGGAL..

BERHENTI MAKAN DI TANJUNG MALIM
SEMUA TAK LALU NAK MAKAN TENGAH MALAM..
TAPI DIA..NASI GORENG TELOW MATA SEPINGGAN!!!!!!!




NASI GORENG DAH HABIS MAKAN MEGI CUP
TAK APA AYAH TAK MARAH..
AYAH CUMA PESAN ADIK JANGAN MAKAN JE.
MELETUP PERUT KANG..HAA



GAMBAR2 DI ATAS ADALAH PIX SAAT2 ATAUPUN HARI2 TERAKHIR AKU DI SUNGAI PETANI DAN ALOR STAR..AKU SEBAK..

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun rupanya aku berada di kedah. dan boleh la ikut sikit2 loghat utara walaupun tidak berapa fasih dan sering dikutuk oleh mereka yang sememangnya prior kedah kan..tapi baru sehari aku di rumah, aku dah rasa rindu pada semua.. kawan2 aku, teman aku bersembang dan gelak ketawa.
hurm baru nak start cerita air mata ni macam dengki je dengan aku. serius aku tak pernah rasa sedih dan kehilangan macam ni. bukannya kehilangan benda ataupun orang tersayang, tetapi kehilangan saat dan waktu aku bersuka tawa dan gembira dengan kawan2 aku. aku sedar ia semakin berubah dan semua akan bawa haluan masing2 lepas ni. mungkin kita akan berjumpa tetapi pada ketika itu keadaan mesti dah berubah kan. mungkin zati dah beranak 4, eja pulak mungkin dah jadi manager, padeng dengan cita2 na nak bukak nursery, nadya mungkin naik kereta besar, leha dah jadi pemain futsal terkenal selalu masuk paper dan tv ke, min mungkin dah jadi orang kl kalau dia kawin dengan wong, emylia pulak mungkin time tu pun dah kahwin..
semua pun mesti dah kawin2..
hehe..


rindu pada semua sebab lepas ni kita dah tak akan dapat jumpa macam selalu. kalau cuti sem kejap je, paling lama pun 2 bulan, lepas tu akan jumpa balik daan semua akan berkongsi cerita dan pengalaman masing2 masa waktu cuti, ada yang kerja dan ada yang tolong mak buat kerja rumahlah..
Tapi ini dah last..last aku di sungai petani maybe..
tapi kalau dapat sambung pun aku tak akan dapat kawan yang sama macam aku dapat sekarang. rasa sekejap je waktu berlalu dan membawa kenangan aku bersama mereka.
aku akan ingat semua and every single things yang pernah kita lalui walaupun aku jarang lepak dengan korang....

hurm...aku rasa kehilangan..
lepas ni tak ada lagi waktu aku pergi class dan duduk sebelah eja lagi..
tak akan ada lagi perasaan bengang dan geram dengan zati sebab dia terhilangkan assignment yang aku dah siap taip...
dan tidak akan ada lagi tension tunggu padeng yang suka siap lambat bila semua nak keluar..
tak akan ada lagi aku dengar suara emylia jerit dan marah2...
aku tak akan ketawa sampai keluar air mata sebab leha yang gila..
dan tak ada lagi yasmin yang suka bercerita dengan loghat kedah pekat...langsiaq(langsir)aku akan ingat words tu...
dan aku akan rindu nadya yang sangat pelik,tapi penyabar dengan perangai kitaorang..yang mampu dan suka senyum walaupun zati buat hal dengan dia...
aku akan rindu saat2 kita sibuk2 siap nak keluar..sewa kereta nak overnite kat penang...kita jalan kaki ramai2 pergi depan...dan sampai depan tak boleh keluar pulak...
aku rindu saat kita mandi sama lepas main baling telur kat aku lepas celebrate birthday aku dan yasmn..


aku kehilangan semua tu..
tak akan ada lagi ke alor star setiap minggu..
tak dapat nak breakfast,,lunch and makan malam dengan pulah..
tak ada lagi orang akan membebel kat pulah suruh makan gamat supaya luka cepat sembuh...
aku rindu waktu susah aku...
aku berniaga selendang dengan pulah dan kawan2 di pasar malam dan pasar uitm..
semua tu sangat bermakna..
kalau di beri peluang, aku nak ulang semua tu..
sekali je...

semalam on da way nak balik, aku suruh ayah singgah kat jam besar sebab dorang lepak kat situ..aku cakap nak bagi kunci kat dorang, padahal aku nak jumpa dorang sangat sebelum balik ni..
sampai kedai makan kat jam besar okay lagi.
tahan okay..
rileks..
kelip2 sikit acah2 mata masuk habuk..
dan sebagai insan yang lemah dan mempunyai kasih sayang yang ikhlas pada kawannya aku kalah jugak..
aku nangis time salam2 dengan min,eja,nad,zati dan erin...
aku tak tahu kenapa sebak sangat kat dalam hati ni..
aku tak akan dapat jumpa dorang selalu..
):

masa mula2 masuk uitm dulu aku selalu berharap agar waktu akan berjalan pantas supaya aku dapat cepat2 tamatkan study aku dan tak payah datang sg.petani lagi. aku nangis sebab sedih lepas family aku balik tinggalkan aku di situ..kehidupan aku bosan aku cuma ada seorang kawan je..eja, .itu pun garang dan suka cakap kasar2..
aku selalu kecik hati dengan dia sebab dia suka cakap tinggi suara dan bulatkan mata..
aku tak biasa..
tapi bila dah lama kenal dan selalu je dengan dia..aku semakin belajar dia memang macam tu. dan itu adalah dirinya dan kenapa dia mesti berubah untuk berkawan dengan aku kan. aku makin selesa bersama dia..
hidup aku mula berubah bila aku kenal yang lain2..
semenjak kenal mereka..perlahan2 aku belajar ntuk memahami orang lain. bukan semua orang fikir apa yang kita fikir. buka semua kemahuan orang lain sama dengan kehendak kita. tidak semua orang akan setuju dengan apa yang kita cakap. dan aku cuba untuk jadi diri aku untuk orang lain supaya orang terima aku seadanya aku.
aku belajar tidak bermasam muka ketika sedang marah. aku belajar dan cuba ketawa walaupun tidak lucu. aku belajar mejaga hati orang lain walaupun tidak sedar, semakin kita cuba menjaga hati orang lain semakin hati kita sendiri terluka..
aku belajar menerima yang lembut tidak semestinya baik dan elok dan yang kasar tidak semestinya jahat dan salah.petikan dari kata2 eja mungkin ditujukan kepada aku..
tapi aku terima..
yar mungkin aku cakap slow tapi tak semestinya aku tak pernah menyakitkan hati orang...


hari selasa ni aku akan memulakan semula kerjaya aku sebagai promoter di Jaya Jusco, kerja yang sering aku buat bila musim cuti sem..at least boleh kumpul duit..nak beli barang bila dapat sambung belajar nanti ke kan..
pulah pun da kerja kat kedai hp di alor star. dia dah sihat. dan boleh cari duit. dia kata nak cari duit banyak2..nak tolong aku. dia kata dia dah banyak susahkan aku.
aku sikit pun tak ada rasa dia menyusahkan.
walaupun dia susah dulu, aku percaya dengan dia, dia tak minta jadi macam tu. aku percaya bila dia habis belajar nanti semua akan berubah..aku kenal siapa dia. setakat ni..
walaupun aku tahu semua dah tak sama. dia tak akan meniarap depan tv 24 hour sebab main poker dan meluangkan masa dengan aku..
dan aku percaya dia tidak akan ada masa untuk baca blog ni..
tapi aku bersyukur dia dapat kerja sambilan kat kedai bad dan semangat dia dah ada.
aku tak sampai hati tengok dia terperap duduk kat rumah masa dia mula operation dulu. makan megi hari2..


dan masa akan sering berjalan meninggalkan kita bersama pelbagai cerita macam episod cerita drama kan.
dan yang pasti setiap cerita yang bermula mesti akan ada akhirnya..


KAWAN2 SEKALIAN...
AKU..
SAYANG..
KORANG..
SANGAT2..
AKU HAPPY DAPAT KENAL KAWAN MACAM SEMUA...
AKU MINTA MAAF...
KALAU AKU PERNAH BUAT SALAH..
DAN BURUK SANGKA PADA KORANG....
AKU HARAP.....
KITA AKAN BERJUMPA..
DAN BERGELAK KETAWA LAGI..
SUATU HARI NANTI...
DAN...
SAMPAI BILA2 PUN..
AKU TAK AKAN JUMPA ORANG YANG SAMA..
MACAM EJA..PDENG..ZATI..MIN..NAD..LEHA DAN EMY...
DAN...
AKU HARAP...
KORANG TAK AKAN LUPA SAAT2 KITA SUSAH...
DAN SENANG BERSAMA...
AKU AKAN KENANG SEMUA TU..
LOT OF LOVE AND HUGGG FOR YOU GUYS...
):

sekarang boleh lap air mata dan kesat cendol di tisu ataupun lengan baju atau cara mudah tarik dalam2 supaya ia tidak meleleh..
hehehe..
hiburkan hai jap..
DAAAAAAAAAA (: