Wednesday, May 25, 2011

tong sampah dan penolaknya.

Hye people..


macam biasa hari ni khamis, aku mesti la ada kt hospital dan semestinya time kat hospital ni la masa terluang aku update blog.

tak ada benda yang nak di update sangat.

Semalam aku sampai rumah 2 pagi. solat terus tidur, aku tak sempat buka mata aku dah dengar umi marah


''semalam balik pukul berapa? berhenti jelah kerja tu. kerja apa tu, bangla pun kerja sampai petang je..blah blah blahhhhh''


and, aku ambik positive je. mak mana tak risau, kadang2 aku dah sampai rumah 2 pagi kan, aku letih gila, aku tertidur dalam kereta, sedar2 pukul 3. so memang la mak aku ingatkan aku balik pukul 3.

sebenarnya, aku pun risau jugak dengan diri sendiri. sape tak susah hati and cuak kalau 2 pagi kt jalan raya, berhenti traffic light, motor sebelah ushar2 kau. aku dalam kereta ni dah pegang je tongkat ayah aku. kau rompak aku, aku sedia je nak pukul kau. ceh berlagak. cerita mcm berani gila.


Tapi hakikatnya kan, aku lagi takut hantu dari manusia. haha.bayangkan semalam aku on the way balik jumpa client, lalu batu tiga jalan lama tu. ada van sebelah aku berhenti kat traffic light, driver dia perempuan pakai tudung putih, mekap tebal meletop. aku memang dah ketaq je. teringat hantu kak limah. tapi pretend cool la. pasang radi0 kuat2..sambil nyanyi sorang2. haha


itu la rutin harian aku.


tapi sebenarnya tujuan aku menulis hari ni ialah berkenaan isu ''RESPECT''


selama kau hidup, pernah tak korang cakap..


''buta ke?''

bila orang langgar korang?





cerita nya macam ni, aku hantar ayah untuk buat operation mata, ayah kan dah tak nampak sangat, sebab kan parking tak ada, so aku drop ayah dekat pintu utama, supaya aku boleh cari parking lepas tu.


dah sah2 ayah aku kurang nampak, cermin kereta aku pulak gelap korang tahu la macam mana kan..

sedang ayah nak bukak pintu kereta,

''KEDEGANGGGGGGGGGGGG''


Ayah bukak pintu, pintu terkena tong sampah yang sedang ditolak oleh seorang yang tidak aku pasti identitinya sebab si dia pakai mask.

ayah aku kan berbudi bahasa..

''sorry sorry...'' kesian aku tgk orang tua tu, terhegeh2 keluar dari kereta, penglihatan kurang jelas, terlanggar tong sampah yang sedang ditolak oleh si DIA yang tak dikenali.


''hey.. buta ke''


aku terus menyirap la. aikk sedap kau cakap ayah aku buta. aku turun kereta


''A'ahhh, memang pakcik ni buta, nak pergi buat operation mata kat atas ni..!''
aku memang marah tak da dahhh.. geram nak mati time tu


Masalahnya kan, ayah aku langgar tong sampah. lepas tu bukan ada sampah bersepah ke apa ke. bukan ayah aku langgar kau pun. bukan nya kau cedera ke kan.

lain la kalau..


aku yang langgar kau naik kereta, lepas tu lari. LANGGAR LARI.


yang tu memang best la. lepas tu baru la kau boleh cakap..

''bu..bu.. ta... k...e...keee... asyhaduallah...'' mengucap terus kau.


Ingat ye kalian, jangan sedap2 nak panggil orang tu buta. ayah aku tak buta. dia tak perasan je.


sebab..



Tong sampah tu lagi besar dari kau. nasib kau pakai mask. kalau tak, memang aku dah report dah kat management. aku sekarang hobi report2 je. sebab aku pantang orang tak respect orang ni.


dan.. bila termenung sorang2 kan. tetiba rasa..


eh aku ke yang marah tadi. macam tak caya je aku tengking orang. bagus2 big achievement. haha


lots of love.

Pika.

No comments: