Monday, August 31, 2009

MERDEKA!!

yeayhhh..MERDEKA.HAPPY 52nd MERDEKA..RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..(heee betul ke, aku main agak je..bweekk)

haha seronoknya bercinta kan pakgat..padan muka aku lindung muka hang..

hye girlfriend kat sebelah pun nak menghendap orang lain ke..so sad..

buah hati saya serba boleh wuhuuu

tgk tu tayar kereta sargat dah pancit teruk siapalah punya angkara taruk paku kat tgh2 jalan kan kan. yang mencangkung tu dia mmg kurang sihat.



Dalam suasana orang lain sibuk buat assignment and test tak habis2, aku nibuat2 rileks je macam tak ada kerja padahal dalam kepala otak ni bukan main banyak beban yang ditanggung, ada test, quiz dan presentation. tapi kerana isnin cuti sempena kemerdekaan aku ambil peluang ni pergi celebrate untuk pertama kali dalam seumur hidup ni. yelah kalau kat rumah jangan harap dapat keluar balik tengah2 malam sure semua mak ayah akan marah dan risau.

tapi on da way nak pergi sambut merdeka kat penang tu ada macam2 halangan pulak, dengan aku macam nak demam so terpaksa pakai mask dalam kereta sebab takut orang lain berjangkit and lepas tu tayar kereta sargat pulak pancit aku terlanggar paku. actually pulah kata ada orang yang sengaja taruk paku kat tengah jalan, so bila ada kereta yang pancit kat tgh2 highway, dorang akan grab that opportunities untuk tarik kereta tu dan charge mahal2 macam dalam 200rm macam tu. fuh nasib baik kereta sargat ada tayar spear, ditambah pulak dengan skill tukar tayar kereta yang dimiliki oleh buah hatiku yang serba boleh. akhirnya lepas tukar tayar semua dan bertension di jalan yang jem dekat quenssbay aku dapat jgk tgk bunga api secara live dan jerit kuat2..
MERDEKA! MERDEKA!.. fuh rasa macam proud gila to be a malaysian. hidup di negara yang aman dan makmur, kesian aku tgk warga asing macam indonesian and bangladesh kan sama2 tgk bunga api depan queensbay tu, diaorang mesti rasa beshnya kalau negara dorang macam kita, tak ada peperangan dan rusuhan. dengan sebab tu lah semua warga malaysia kena jaga dan pelihara nilai2 sensitivity setiap kaum. jangan bermusuh sesama masyarakat.ceh promote 1malaysia jap.

Friday, August 28, 2009

minta maaf cepat

shaifullah naser, saya dengan rasa rendah diri mintak maaf sebab tak pernah sedar kesilapan saya. macam U selalu perli I, kalau U merajuk I kena pujuk, kalau I merajuk I jugak kena pujuk U..hee. dan sebentar tadi U betul2 buat luahan perasaan U kata kat I "U sorang boleh terasa, I ni tak boleh terasa.." and Iam glad finally it comes from your mouth and I realise IT REALLY MY MISTAKE WHICH I NEVER DISCOVER. thank to you. sekarang saya semakin sedar, saya kena dan harus perlu jaga perasaan kamu bukan saja pentingkan diri sendiri. dan kerana kesabaran kamu kita sampai di tahap ini. saya tak mahu toleh kebelakang lagi kerana perjalannan hidup saya semakin sukar dan akan terkandas tanpa kamu (ceh tiru dejay najmi sinar fm) hehe((:

Thursday, August 27, 2009

I believe I can fly

cuba teka mana satu pika??? sama tak sama tak..
heee ((:




kawan-kawan terima kasih terima kedatangan pesakit ni ke campus u all yang bapak jauh gabak membuatkan aku berpeluh dan kembali sihat sejahtera (:



AKU jadi tak berdaya tanpamu broadband ku. seminggu aku merinduimu. tapi aku lega kerana dikau dijaga rapi oleh boyfriendku di alor star. hehe dan hari ni aku melepaskan rinduku padamu kekasih lembapku( broadband) hee..

last week aku banyak mc. kejap demam, lepas tu selsema, lepas tu batuk, sakit tekak la macam2 symtom yang merisaukan aku. so aku pun dengan perasaan kasih sayang kepada rakan sekelas, lecturer dan masyarakat sekeliling, aku pun pulang ke tanah air tercinta pada 19.8.09. aku ambik tiket turun shah alam. eja dah macam mengharap aku turun sana, aku pun berbesar hati mengadakan lawatan industy. ceceh. sampai2 sana terus berkaraoke. padahal doktor bagi mc suruh duduk diam2 kat rumah, tapi dengan perangai pelik aku minggu ni, aku pun turun uitm shah alam. stay sana 1 malam, dan..esoknya selamber masuk class dorang, acah2 student baru, transfer dari kedah lah, poyo je kan kan, tapi sumpah benda ni experience yang sangat berharga which u all tak akan dapat rasa, PERNAH TAK KAMU RASA DAN TERFIKIR, BESH NYA KALAU DAPAT BERADA DI SITUASI ORANG TU, BESH NYA DAPAT JADI DIA, BESHNYA DAPAT JOIN LAH DAN MACAM2 LAGI. dan pada aku, perasaan besh ni sebab dapat rasa maacam mana yang orang lain rasa kat sana, aku dapat rasa berpeluh teruk jalan kaki nak pergi kelas dorang sumpah bapak jauh gila weh gua tak tipu lu..ketiak gua lencun beb dahlah gua macam skema pakai kemeja kan ntah kenapa excited lebih nak masuk kelas orang kan. dan dorang pun semangat ajak aku..macam pulah kata kat aku "I rasa u ni lain macam je, tak pergi class kat kedah, lepas tu dapat mc, balik shah alam pergi class orang lain, kalau I lah, I tanya diri I, eh aku ni betul ke.." haha sumpah statement tu lawak sayang...u memang suka buat I tergelak dan juga menangis. hahaha. I bukan pelik, I memang tak sihat time tu dan nak balik rumah singgah Uitm shah alam jumpa kawan2 I sayang. dan I got the opportunities to enter their personal development class which they mention that class is super dupper amazing lecturer. dan lepas masuk class tu aku mengaku dan teringat2 sampai sekarang apa yang disampaikan oleh lecturer tu. macam2... dan I start to comparing their lecturer with mine. and I rasa down je bila prof Fatimah kata nak bagi 0 zero carrymark. hooho sedih lah prof jangan begitu, kami masih sedang berusaha untuk menjayakan program tersebut prof..

dan aku teringat puan Azfa kata, dont comparing your lecturer, because every person is unique and have different characteristic and come from different background, so we should accept them as who are them and believe that god create each person with different behaviour and special character. so ak
u pun ada kelebihan dan kelemahan macam orang lain. semua manusia sama je kan. THANKS puan kerana memberi itu sebagai kesedaran kepada saya, saya sangat bersyukur semakin saya membesar ini semakin banyak saya belajar tentang kehidupan dan belajar untuk memahami orang sekeliling dan mengadaptasikan situasi baru dalam diri saya. saya harus belajar sayang kepada semua orang, (pulah jangan salah sangka, dirimu tetap dihatiku lebih dan tidak akan berkurang) heee..

dan kerana penghijrahan seorang housemate AKU, aku rasa mesti ada hikmah, yes..banyak sangat hikmahnya, dan aku bersyukur Allah bukak kan pintu hati dia nak pindah secara tiba2 dan secara tak langsung menjadikan diri aku lebih bebas menjadi diri sendiri tanpa perlu bercakap dengan lemah lembut dan beryang-yang...because Im not that type of person. dan kau juga harus pergi jauh kerana tidak tahu erti kebaikan dan keikhlasan teman2 mu ini dan tak perlulah nak mention dalam class PD yang kau tuseorang yang berhati mulia. tak pe, orang pandai menilai. dont worrry benda kemulianmu itu hanya kekal di bibir bujur mu..hee. secara betulnya aku ni romantik pun bukan. aku pandai romantik bila dah berkenalan dengan bf yang romantik and he treat me to be romantika woman who I can start say I lobbe U to him. yes I learn more from him and people surrounding me. ada yang lemah lembut gila babi tapi hatinya lebih busuk dari bangkai babi, ada yang kasar masar tapi hatinya tidak tersasar..

apa-apa yang menjadikan kita sebagai diri kita ialah dari dalam ini (
hati)..
dan percayalah pandangan positive pertama kita terhadap seseorang akan menjadikan kita seorang yang sangat positive di m
asa akan datang. percaya dehh..
DAN hasat dengki pada orang lain tu aku nak hindarkan jauh2 dari diri aku. pada aku manusia tuhan ciptakan sama je. ada yang cantik pun, tapi ada kurang nya jugak, so jangan cuba letakkan diri anda paling teratas dan meninggikan tulang hidung yang tak berapa nak ada tulang sangat. haha.

dan yang paling bestnya,ada aku penah dengar orang kata muka kita ni akan sama dengan 9 orang dalam muka bumi ini. dan aku dah jumpa sorang. nama dia miza. tapi ni bukan aku yang kata, classmate eja, padeng and nadya yang kata tau tau..saksikan weh...gambar diatas sama tak sama tak..
cakap la sama sebab aku excited terlebih weh walaupun pulah kata tak sama. ):

Wednesday, August 12, 2009

saya dikelilingi para pelakon handal

Proud for our great achievement friends.
jangan salah, gambr diatas bukan pakgat
sekadar gambar hiasan.heee ((:




Saya rasa fikiran sangat semak dengan masalah orang lain. Bila fikirkan balik, saya rasa biarlah saya mendiamkan dan biarkan semuanya berlalu tanpa membabitkan diri saya dengan para pelakon yang handal sebab saya kurang handal dan tidak pandai bermuka-muka. Dengan kata-kata azimat yang diberikan oleh seorang sahabat saya. dia kata banyakkan istigfar dan jangan campur hal orang. biarkan mereka dan concertrd pada study. saya rasa tak selesa dengan keadaan ini. biarlah apa-apa nak jadi. saya cuma manusia biasa. saya dah jalankan tanggungjawab sebagai kawan yang terbaik kepada yang lain, selebihnya saya tidak mampu. kamu pilihlah jalan terbaik untuk kamu. kawan2 semua support asalkan kamu bahagia. cuma disini saya rasa tidak mahu terlibat lagi sebab banyak pengajaran yang saya dapat dalam drama yang saya juga menjadi pelakon tambahannya. pertama is jangan cepat memberi kepercayaan kita kepada orang yang baru kita kenal walaupun perwatakannya lembut dan menyenangkan bak kata pepatah "musuh dalam selimut" and second is don't blame others and pretend to be good if you are not.



saya nak meletakkan jawatan sebagai pelakon extra ni dan pencen awal sebab saya betul2 tak mampu dan lemah. air mata saya tidak palsu kawan-kawan. So tidak harus diputar belitkan. saya letih dan rasa bebai bak kata orang kedah.hehee






dahlah kawan-kawan. sekarang ni kita lupakan segala kedukaan kita. jangan jadikan perjumpaan dulu sebagai memori pahit kita sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu pengajaran yang amat besar dalam meniti kehidupan sebagai seorang manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. kesilapan kita ialah silap penilaian terhadap orang.



jom kita start balik kehidupan gembira kita. lupakan semua yang tak berkaitan dengan kita. kita orang berjaya.



yipppiiii :)))

Tuesday, August 11, 2009

Kenapa ada manusia suka lihat kehancuran orang lain??

Babe. aku sumpah rasa macam benda ni semakin complicated balik when one of my friend told me back about this story. dan aku cuma tarik nafas panjang2 sebab aku tak tahu nak respond ape bila cakapbalik benda ni. I though yesterday will be the end of the drama. but tak sangka semakiin diceritakan semula. tak apalah. semua orang ada mulut, ada perasaan dan kaki tangan Align Centeryang boleh hinggap kat pipi orang lain bila2 masa je. tapi tu bukan aku. lagipun cerita ni tak ada kena mengena dengan aku tapi aku rasa marah sebab u bercerita tentang my friend. sekarang ni aku nak tanya kau ni siapa weh. kawan rapat sangat ke dengan kitaorang sampai kau boleh tahu semua cerita sampai ke akar umbi dan kalau cerita yang kau sebarkan ni betul tak apa jugak dan apa tujuan kau nak cerita semua ni. kami dah terima kau dalam kawan2 kami pun dah okay lah wei. sekarang ni apa yang cuba kau sampaikan tu semua dah memburukkan orang dan sakitkan hati ramai pihak. aku taknak apa2 dari kau cuma aku rasa sangat annoying dangan kau weh. so better stay away from us before kau kena hetam dangan mulut2 yang tak ada insurance ni
.
kami layan kau baik weh. kenapa kau buat cerita ni. aku sakit hati walaupun benda ni tak melibatkan aku tapi aku tak nak sebab kau relationship kitaorang jadi teruk. kami suka dia dengan kawan kami berkawan. tu jelah. dan please lah weh aku rasa keadaan yang sangat tak selesa sekarang . banyak soalan yang bermain dalam fikiran ni siapa kau diantara kami dan kenapa kau buat cerita macam ni. kau tengah ada masalah mental ke macam mana or spec kau dah lama bernyawa.hehe dahlah pikir pun buat sakit hati dengan orang macam ni. solution untuk masalah ni ialah sabar dan biarkan jelah. dia suka bercakap hal orang tak mustahil la dia sendiri tak ada kawan. duduk sorang2. kalau dah sedar berubah lah. daripada kau bercerita pasal orang baik kau pergi mengaji ke dapat pahala sikit.
dah lah weh malas. aku tahu siapa kawan aku. berapa jumlah mmereka. dan tak ada niat nak tambah lagi kalau perngai kau keji macam ni. selamat berbahagia dan senyum selalu. cill bak kata nad.


And semalam pergi melawat anak puan Azfa masuk hospital, demam kuat dan hari ni kami diberitahu puan Azfa pulak yang masuk hospital. dan umi mesej aku bagitahu nadia demam. ish demam sekarang maacam bukan orang panggil demam kan. bila kita dengar perkataan demam dalam fikiran mesti H1N1 dan mati. so semua yang demam akan cepat2 dapat rawatan kat klinik tak macam dulu, kalau demam makan panadol minum air cap badak dah okay. aku doa semoga semua ni hanya demam biasa je.Aku harap semoga penyakit ni cepat2 dapat dihapuskan. tu je hari ni. dadaaa ((:

Monday, August 10, 2009

friends, is about how we learn to accept them and try to tolerance one another


Best Friends

by Melissa Magaliff

Best Friends
The title we chose
But what does it mean to be “best friends”?
You should see each other every day?
Well that’s not true for you and me
Should silly little fights get in our way?
Only if that’s how it’s meant to be
Should we give?
Should we borrow?
Should we dance like there’s not tomorrow?
Secrets are traded
Privacy invaded
Hugs and smiles are shared
Tears are shed
Love is spread
We know that we both really cared
I smile, you smile
You cry, I cry
I wish, you wish
You die, I die
If you fall
I’ll help you up
And if you call
I’ll always pick up
Best Friends Forever
The promise we made
And I know in my heart
That it will never fade





mulut harus muncung

Rasa macam sekejap je hujung minggu ni, tak puas jumpa kawan-kawan. dan macam-macam yang jadi disebalik kegembiraan kita sampai ada yang menitiskan airmata kesedihan dan ada juga segelintir yang tersenyum kepuasan kerana goal achievement kerana berjaya menitiskan air mata orang yang tak bersalah dalam situasi ni. dah la aku tak nak dengar sebarang explaination sebab benda ni not suppost terjadi di saat kegembiraan kami. dan kenapa dirimu nak buat spoil babe. biarlah dia yang judge orang tak payah la cik adik baik hati nak bercerita. hurm so sad mungkin dirimu itu kurang bercakap dan desperate bercerita tentang orang lain. Walaubagaimanapun hehe ayat skema, weekend yang sangat bermakna sebab kehadiran kawan2 yang sanggup datang dari uitm arau dan shah alam. macam2 cerita nak dikongsi sampai kena ikut turn nak cakap. walaupun penat tapi aku enjoy. macam padeng penah kata, ni macam reward pada diri kita setelah streess berada di tempat baru. kawan2 ku. satu permintaan lagi. setelah kita bincangkan hal seorang kawan kita, aku harap kita bagilah peluang kepada dia menentukan semuanya. dia berhak pilih dengan siapa dia nak kwan and sayang. sedarlah bahawa semua manusia membuat kesalahan, dan kalau kita tak bagi peluang pada dia untuk berubah sampai bila dia nak teruskan dengan life macam tu. at least kita berdoa semoga sahabat kita memilih yang terbaik. itu je. dan kepada zati dan emy. we miss both of you. and hopefully kita akan jumpa ramai2 lagi macam ni. thanks for coming and entertain me. eja, thanks ajar qmt, padeng, thnks sebab datang jugak sebab aku rindu kau, nad, kau pun sama datang jugk even walid tak ada, min, datang jugak walaupun duit ptptn tak kuar, and leha semoga happy dengan "good morning b" haha...dan puan azfa thanks for the cake. Now I admit and agree what did padeng said to me "sayangilah Azfa nescaya dia akan menyayangi kamu" hehe. kadang-kadang luaran tak membuktikan dalaman seseorang, bila kita selam dan menghayatinya baru kita sedar yang dia tidak seperti apa yang kita fikirkan.

Wednesday, August 5, 2009

I have to say this



AAKU perlu cakap benda ni sebab aku rasa dissappointed tak dapat jumpa kamu semua sekali. aku nak kita berkumpul sekali je macam dulu. sekali je lagi please. aku rindu kamu semua. aku rindu waktu kita makan, mengumpat dan karaoke bersama. semua tempat yang aku pergi dekat sini mesti aku ingat kamu semua. bagaimana kita bermula dan berakhir. aku masih ingat lagi masa mula2 aku tak berapa rapat dengan kamu semua. aku cuma rapat dengan eja je tapi lepas eja asyik ajak aku keluar dengan kamu semua barulh aku ikut. kamu semua ingat tak macam mana kita mula2 shopping sama kat penang lepas dapat tahu ptptn keluar. time part 4 kan. kamu semua tahu tak betapa aku seronok dapat overnite dengan kamu semua for the 1st time sebab aku tak pernah overnite pun sebelum ni.

kamu semua rasa bahagia tak kita naik buaian kat taman ramai2 (eh yeke aku pun tak ingtlah nama taman tu) kamu semua rasa happy tak walaupun kita pergi penang naik kereta kancil kadang2 sampai duduk 4 orang kat belakang. kamu semua rasa seronok tak kita dapat nyanyi sama2 dan ramai2 dalam bilik karaoke yang sempit walaupun ada yang terpaksa duduk bawah dan ada yang bengang di dalam hati sebab time dia nak feeling nyanyi sorang2 ada pulak yang suka ikut2 jadi backup singer..
dan korang rasa terhibur tak bila ada kawan kita yang menyanyi tak ikut tempo macam baca lirik??

korang tak rindu ke semua tu. aku tak dapat tahan semua tu dan aku nak cakap aku rindu kamu semua kawan2 aku. maybe sebab aku berada ditempat yang sama kita create memory kita tetapi kamu semua tiada disini. perasaan ni datang makin kerap. aku betol2 rindu korang. even ada yang langsung tak keep in touch sebab focus pada study tak apa aku faham. degree tak boleh main2 macam diploma. bagus. dan aku cuma ada satu je harapan supaya kita dapat jumpa semula ramai2. berborak sampai tak tidur. nak dengar korang gadoh2 main kad, aku nak dengar leha cerita dan yang lain gelak sampai tak tahan sakit perut. aku nak jumpa izzati.. nak tengok kelampian dia. aku rindu korang weh. aku selalu tengok gambar kita dan aku selalu rasa bagusnya kalau semua ni dapat ulang balik...walaupun kita selalu bergaduh. kutuk sana kutuk sini, tengking sana sini, tapi aku tak nak kawan yang lain, aku nak kawan yang suka cakap kasar2 dengan aku, aku nak kawan yang sindir2 aku macam korang.

aku tak cakap life aku kat sini tak okay. everything is okay. aku still ada shira, dan housemate yang lain. classmte pun okay. tapi kawan gila2 aku dah pergi bawak haluan masing2 dan commitment masing2. min n leha kata nak datang minggu ni. aku happy je, tapi aku rasa tak complete kalau semua tak ada, satu datang satu balik tak syok la. kan...
kepada padeng. sumpah aku merinduimu lebih sebab kamu banyak mendiamkan diri sebab kamu ada target yang tinggi. teruskan dan aku harap kamu tidak lupa kamu ada seorang sahabat yang tertinggal jauh kat kedah ni.
tu je..
dah..
nak kesat hingus..

Tuesday, August 4, 2009

datang lambat class puan Azfahanee memang saja cari pasal

malam semalam tidur tak tahu kenapa nyenyak sangat. nak kata tidur lambat tak, awal jugaklah dalam pukul 1 macam tu, lepas tu kan kenapa aku boleh sampai tak sedar alarm aku berbunyi. aku tiba-tiba terbuka mata terus tengok tingkap. kenapa terang ni. sekarang pukul berapa (dalam hati-inner voice) lepas tu hari ni hari apa (tanya diri sendiri dalam hati lagi) lepas tu kenapa aku tak pergi class hari ni tak ada class ke. dan terus tercari-cari handfon tengok jam dah pukul 8.45 babe. aku dengan agak kelam kabut terus capai towel dan pergi bilik air.
berus gigi selaju mungkin. cedok air 2 gayung. siap. terus keluar bilik mandi dan siap2. kena makeup sikit supaya tak ketara muka baru bangun tidur. eyeliner kasi tebal jugak. lepas tu start enjin BJK 4096 dan pecut.............
dada berdebar-debar je jalan nak masuk class. ketuk pintu dan dengar suara dari dalam yes coming. dan masuk dalam class sepasang mata tajam memandang ke arah aku. aku cepat2 cakap "so..so..sorry puan..alarm tak bunyi" lepas tu puan Azfa cakap "eh ni student saya ke.."

aku dengan sopannya senyumkambing je kat depan tu. duduk2 je faza cakap "wei kau baik tak payah datanglah"
hurm..down jap..
puan break 5 minit. muka tension je sebab aku datang lambat. Rupanya memang dari awal start class dia tak ada mood psal ada group punya assignmnet tak memuaskan hati dia lepas tu ramai student yang lam
bat masuk class tapi tak adalah selambat aku smpai 1 jam.
sepanjang class aku kena perli. puan datang belakang terus pandang tepat muka aku. mata bertemu mata. "girl better u not come to my class if u late" dia bisik kat aku muka sinis je. aku ketaq2 jawab "yes puan I promise
this will be the first and last" puan kata "u better do"
haha kena sound.
dan tiba-tiba aku terfikir. baik aku tipu kata kereta rosak ke apa rosak ke sebab lambat datang class daripada bagitahu perkara yang sebenar tappi kena marah. kalau kamu semua lah kan. balik rumah lambat kan sampai malam lepas tu mak marah, would u telling the truth or just lying to protect yourself from di fired oleh ibu kamu???


dan aku rassa tak apalah dia marah. at least aku ingat dan berusaha tak datang lambat lagi. dan aku tak berdosa sebab tak tipu. things positive, she deserve to sound direct at me sebab salah aku kan. sapa suruh terbangun lambat dan nak masuk class dia jugak kan. dulu time diploma lambat bangun 5 minit pun jangan harap nak pergi class. unit kesihatan bawah bilik je minta mc senang. alasan period pain. sekarang ni lah, setakat nak masuk sebulan class ni kan. aku dengan
bangganya nak bagitahu aku belum pernah ponteng class lagi babe, even arab pun aku attend every class..so so not afiqazainuddin lah sekarang ni. kalau kawan2 lama ada dekat sini mesti proud tengok perubahan. hehe.


dan reason lain kenapa aku stil masuk class even lambat is class consumer behavior and the lecturer itself. aku rasa rugi if miss class tu dan aku sentiasa semangat untuk mendengar apa yang cuba disampaikan pada kami semua. Puan, I am sorry for come late to your class and i wont do the same mistake, if i were late i'll absent je teros tak payah buat hati mulia nak masuk class just interrupt je weh kau ni. dasyat lah ayat tu kena kat aku, tak apa nanti aku prove kat korang aku selalu lambat dalam pelajaran tapi final nanti..TUNGGU ((:
Afiqazainuddin usaha tangga kejayaan

Monday, August 3, 2009

doctor cinta pembawa masalah kepada diri sendiri



hai kembali ke rancangan peercintaan sesi kedua dalam kamus hidup aku. orang sekeliling aku bercakap dan menegakkan benda yang sama dari dulu lagi time diploma dulu sampai lah ke zaman degree ni. dan aku rasa aku lah the only one yang kata semua itu cuma khabar angin.semua tu fitnah je. aku rasa mesti orang yang bagitahu aku tentang cerita tu bengang je sebab maybe dorang dah ada fakta yang membuktikan benda tu betul tapi aku, dengan kedegilan aku selalu kata "takkanlah weh.tak kan la. aku tak percaya. aku kenal dia. aku rasa ramai orang jelous dengan dia lah whatsoever" dan blah blah. dan cerita yang sama timbul dalam rumah ni dikalangan housemate aku. mereka menyatakan bukti2 yang kukuh dan pada masa mereka menceritakan benda tu pada aku, aku sudah tahu kebenarannya. aku kini tahu. dan kini pasti semua yang aku sangkal itu adalah benar, dan aku cuma berdiam diri bila mereka menceritakan cerita yang mendasyatkan itu mengenai cinta 3 segi. hurmm cinta 3 segi lagi. kali ini bukan antara pasangan yang single. tetapi lebih kepada seseorang yang telah berumah tangga menjalinkan hubungan dengan orang ketiga. aku baru je dapat tahu dengan secara tak sengaja. biarlah aku sorokkan benda ni dari sesiapa pun sebab aku pernah dengar sabda nabi "KALAU KITA SIMPAN KEAIBAN ORANG LAIN, NESCAYA ALLAH TAALA AKAN SOROKKAN KEAIBAN KITA DI HARI KHIAMAT NANTI" itu je yang aku rasa menguatkan semangat aku untuk simpan benda ni.

Benda ni sangat mendalam dan memalukan orang itu sendiri sebab dia sendiri bersalah sebenarnya dan maybe tak tahu bahawa orang disekeliling dia dah tahu tentang ini dan semua orang memandang dia negative begitu juga aku. aku kesal, sedih dan macam2 lagi perasaan aku sebab aku rasa sebagai seorang yang terpelajar (ada kerja dan qualification) kenapa benda ni harus jadi. dan aku selalu dengar jadi kepada lelaki dan ni first time aku tahu perempuan yang melakukannya. aku insaf kejap. dah lama aku tahu tapi bila benda ni dibangkitkan balik dalam rumah ni aku jadi tak tentu arah sebab biasalah kita mesti nak share jugak cerita hot kita tapi kita tak boleh atas sebab2 tertentu.

aku rasa aku dikelilingi orang yang bergosip sekarang dan aku kena avoid dan kurangkan aktiviti ni sebab aku tahu mereka tidak sama dengan rakan gosip aku yang lama iaitu eja. eja tahu benda yang boleh diceritakan dan disembunyikan tentang keburukan orang. tapi yang sekarang aku rasa takut. yelah mana tahu aku tak buat salah tapi gosip kaw2 macam aku ni teruk gila ke kan.

yelah, aku baru je nak berkawan dengan orang dah gosip macam2 aku takut tetiba sampai kat orang lain padahal benda biasa je. korang yang membaca ni faham kan maksud aku? dan korang mesti sangat tahu situasi ni. dulu kita penah kena kan kawan2. aku dah faham sekarang. aku menilai orang dan aku tak salahkan mereka yang ingin menilai aku. aku cuba jadi seseorang yang menyenangkan semua orang dan memperbaiki diri dan aku harap aku tak terjebak dengan cinta 3 segi sekarang ini mahupun akan datang lepas kahwin sebab aku tahu orang yang dah kahwin tak terlepas dari dosa berzina ataupun main kayu 3 ni. nasihat ni aku nak tujukan pada perempuan. sebab perempuan ni nilai harga diri tinggi dari segi itu. orang memandang kita, perempuan ini dari segi itu. kalau dah kahwin pun nak berfoya2 apakah itu. YARR.. ITU NAFSU PEOPLE, perasaan bermain kayu tiga ni lain kan kan. benda yang haram dan tak elok itu yang sedap dan seronok. aku harap aku terlepas dari semua tu. aku sekarang memang cuba jauhkan diri dari semua tu, aku tak mahu jadi bualan orang tentang perangai aku yang tak elok ke sedang kan aku ketika itu sudah ada segala2 nya sempurna kan.

Cinta itu indah bila kita bahagia dan menghargainya, cinta itu suci kalau kita tidak mengkhianatinya bukan saja kepada sesama manusia tetapi kepada yang di atas jua. cinta itu berharga kalau kita tahu menilainya. cinta itu sempurna kalau kita menyemainya dan segala penghargaan, penilaian dan penyemaian ke atas cinta tersebut berserah kepada diri kita sendiri. dan kepada seseorang..janganlah cuba bermain dengan hubungan suci yang telah orang lain cipta. ciptalah sebuah hubungan lain kerana kamu tidak mempunyai ikatan dan fahamilah dan dalamilah perasaan sesama kaum kamu bahawa perempuan bukanlah dijadikan untuk dikongsi.


Mungkin Allah tunjukkan aku dengan semua ini sendiri dan aku percaya dengan aku lihat sendiri tanpa hasutan sapa2 aku puas. aku puas sebab selama ni aku jelah yang menegakkan benda ni dan aku selalu fikir semua ni stupid dan kenapa orang suka sangat dengan gosip ni dan now aku dah tahu. aku nak jadikan benda ni pengajaran pada diri aku sendiri. itu sahaja tak lebih.
sekian..(: