Thursday, April 30, 2009

okay sekarang nak cakap jangan ambil tahu hal orang sangat wei.and kita kena terima bukan semua orang suka kita sibuk hal dia (yang ni positive thinking) and ingat aku nak tau sangat ke hal ko.macam hot story plak kan budget (yang ni negative)
so aku nak legakan hati pilih yang positive je la..mungkin kita bukanlah orang yang sepatutnya mengetahuinya ataupun mulut agak cerabik kot.takut cerita bboleh tersebar satu dunia kot kan.ish bahaya gila perempuan ni so jangan sampai dia dan kawannya yang sorang lagi tu tahu.kalau tahu habislah..matilah..mamposlah..adoi..
HAHAHA..
btw kawan sibuk hal kita mungkin dia ambil berat ataupun memang dia tu kaki menyibuk.lalalllaaa..dush!!!
ha senyap pun ko..adoi sakitlah lol..janganlah kuat sangat terasa sampai ke jantung ni.kalau mati macam mana.
HAHAHA..


OKAY sekarang aku nak mengapply peribahasa melayu
"KERANA MULUT BADAN BINASA"
dan aku macam nak tambah..
"ALAH BISA TEGAL BIASA"
HAHA..
OKAY sekarang kena terima okay..
terima kaseh..
(:

Wednesday, April 29, 2009

okay sekarang afiqazainuddin sangat malas nak study sebab tadi kononnya duduk kat library samapi 1 hari(siang je) dan cuma dapat masuk 1 chapter je.hurm sekarang sangat malas macam haram.macam ayah bagi duit kat sini cuma untuk berbaring sambil terkangkang dalam bilik padahal ayah dah pesan belajar betul2.emm macamlah aku ni pandai sangat kan nak rileks macam ni.tapi aku rasa aku ada habit baru iaitu aku tak suka paksa diri aku.kalau aku dah malas aku akan layan kemalasan aku.kalau aku rajin memang aku betul2 rajin.tapi sekarang otak macam ingat nak hangout menghabiskan masa bersama teman2 seperjuangan.hurm..

tapi otak pun ada idea baru iaitu nak jual beg and baju kat blog ni.sangattak sabar nak post baju yang cantik2 dan juga beg.dengan harga yang berpatutan okay.semua ni side income je.tak sampai hati rasanya asyik nak minta duit je kat ayah.tapi sebenarnya aku bukan jenis yang mintak duit selalu sebab ayah yang selalu call tanya adik duit ke tak.ceceh buat2 sedih cakap duit ada lagi tapi kalau nak bagi boleh jugak..
HAHA..

okay sekarang sangat tak sabar nak berjual2..
tapi kena tunggu habis exam baru boleh concerntrade okay.

Tuesday, April 28, 2009

semakin tua makin menjadi

okay sekarang dah kenyang makan tomyam beli kat kedai tomyam lepas isi minyak tadi.dah 2 hari aku tak keluar rumah.duduk kat rumah.study sambil memejamkan mata,tengok tv.kadang2 selak langsir tengok orang main kat padang depan rumah.emm bukan nak menggatal.tapi macam takde point pon sebenarnya.yelah tak tahu nak buat ape kan.


semalam aku tidur agak lambat.1 jam lebih jugak la berborak dengan housemate aku.entah tak tahu macam mana boleh start sampai macam2 kitorang cerita.dan macam2 jugak aku tahu tentang diri aku dari pandangan dia.aku mmg tak rapat pun dengan dia.cuma sesekali bertegur dan pernah hangout.tu pun sekali je.tapi malam semalam rancak je berborak sampai kena perli dengan pulah sebab aku lambat reply mesej dia dan reply pun pendek2 je....
hai boarak dengan bestfriend ke.
hahaha..

okay sebenarnya aku tak pandai sangat nak bercerita tentang masalah dan perasaaan aku kat blog ni sebab aku rasa benda yang private mmg tak perlu di share.tapi semakin lama aku berblog aku rasa ianya satu aktiviti yang boleh membuatkan aku tersenyum,ketawa seorang diri dan kadang2 menangis.serius!!aku tak tipu aku pernah menangis baca blog seorang auntie tentang luahan perasaannya terhadap anak gadisnya.aku terharu dan bayangkan macam entry aku baca tu dari mak aku sendiri.tentang perangai aku yang tak berapa baik ni kan.bila seorang ibu membuat luahan perasaan.mak aku selalu luah perasaan dekat mesej je.kalau dia tak puas hati mesti mesej sampai 3 4 page.haha.sorry umi.i didn mean to hurt u.aku cuma seorang anak perempuan yang nakal.ceceh ayat nakal macam geli je.yelah..paling tepat degil la..
dan aku membayangkan kalau anak aku buat macam yang aku buat pada mak aku.emm tak delah buat ape teruk sangat pun.cuma tak dengar kata.umi kata jangan keluar malam,aku keluar,dan macam2 lagi yang tak dapat aku nak mention kat sini.aku tak melawan dengan mulut tetapi dengan perbuatan aku.semakin aku membesar semakin aku berfikir tentang hal2 yang lalu.masa mula2 aku ada boyfriend.form 3.talifon rumah tu macam aku yang punya.macam aku yang bayar kan.setiap masa aku ada kat telifon tu.pegang je sambil sengih2.cakap pun bisik2.ee,,,malunya ingat balik tapi itulah hakikatnya.macam mana la umi tak bising.orang lain nak call rumah asyik engage je..mula2 umi guna cara halus.sorokkan talifon dalam bilik dia.dengan keistimewaan akal yang panjang aku curi2 guna dalam bilik dia bila dia takde.bila bil sampai kantoilah kan.tak kan umi or ayah pulak yang bergayut sampai 1oo lebih bil ni.kalah bil hp ayah..hurm.parents au masih mampu sabar lagi ketika itu.bila jiji(adik aku) ada boyfriend pulak..time tu dia form 2 dan aku form 4 bil makin mahal.sewa telekom dah naik kot.ceceh cover plak macam mak aku tak sekolah kan and macamlah ayah aku sekolah tak habis aku boleh cakap macam tu.
ayah dan umi mengambil keputusan memotong line talipon rumah kami.tapi ayah memang ayah yang tak sampai hati melihat anak dia menderita kot.dia belikan aku dan jiji hp.terima kasih ayah.tapi aku selalu argue dengan cara aku mendidik anak dia.bukan tak bagus.tapi aku rasa cara umi lagi berkesan.walaupun umi garang.selalu marah2 dan paksa buat kerja rumah.sapu sampah,kemas rumah,masak,lipat kain,jemur kain,gosok baju sekolah adik2 tapi semua itu menjadikan aku tahu mengurus diri dan rumah.ayah pula...kakak nak apa?ambil..kakak nak pergi mana?pergilah....
tapi setiap manusia dianugerahkan perangai dan cara tersendiri dalam membawa diri mereka.dan aku hidup sendirian begini terpaksa membuat keputusan sendiri.dan kadang2 aku sendiri ragu2 dengan keputusan aku.tapi aku nak tanya sapa lagi kan.yang ada dengan aku hanyalah aku.contohnya macam aku nak keluar pergi beli makanan.aku kena decide kedai mana aku nak pergi.sesuai ke maghrib ni aku pergi beli makanan.aku duduk sekejap.emm tak kisah la..aku lapar,keluar jelah.macam tu jugaklah dengan benda lain.nak bangun pukul berapa.nak mandi ke tak.semua aku yang buat keputusan.

umur aku makin meningkat dan aku semakin boleh berfikir.semua kawan2 pun dah matang.dah tak perlu menangis2 or campak hp lagi bila gaduh dengan bf (bukan aku).just relax and cool berkaraoke nyanyi lagu mak cik dia,jamal abdillah la..aku suka tengok perubahan mereka.dan ada yang tak menangis pun bila breakup.siap bole gayut2 lagi dengan exjal walaupun mendapat larangan daripada teman disisi.dan ada juga yang sudah tidak lagi berfikiran negative tentang kawan2 nya.(yang ni aku kot)
actually aku nak belajar berfikiran positive pada semua orang.ya..itu la aku pada awal aku kenal orang mesti aku akan nampak yang baik2 tentang dia dan lama macam2 pulak.tapi aku tanak macam tu.aku nak sentiasa baik walaupun keadaan tak berapa membenarkan aku sentiasa nak mengatakan ianya baik,elok,bagus or good2..dan seerti dengannya.aku nak jadi seorang yang bersemangat.ceceh pilihan raya dah lepaslah..(:

aku betul2 sering berfikir sekarang.tentang kesilapan lalu dan kesilapan yang bakal aku akan lakukan akan datang.sekarang ni aku dah 21thn walaupun muka dan penampilan masih seperti budak sekolah menengah.(penampilan mungkin mcm sekolah menengah tapi muka sudah ada kedut yar jangan perah santan)..
sekarang ni kalau nak beli tiket wayang ke mesti..
"dik..."
kalau nak order mcd ke mesti..
"dik..."
kenapa mesti panggil dorang dik?sebab aku sendiri terasa dan tengok muka dorang pun tahu patut dipanggil adik..jangan nak kejam panggil adik cashier yang baru lepas sekolah tu "acik or abang or kak"
mereka bukan acik ko..hehe..
dan kalau orang datang kat aku nak tanya apa2 ke mesti...
"kak..."
"oh kak"
haha...sejak bila aku jadi kakak ko.sebenarnya aku kena terima semua ni dan aku juga bukan ada title akak malah "auntie"
betol aku tak tipu.anak2 buah pulah panggil aku auntie.hahhaa..
yalah..apa2 saja..
semakin aku dewasa juga aku semakin mengetahui banyak cerita,lumrah hidup yang sebenarnya terjadi diluar yang mungkin tak pernah aku terfikir sebelum ni.
mula2 aku tahu janda anak 2 sanggup tinggalkan suami dia sebab nak kahwin dengan anak teruna yang jauh muda dari dia walaupun husband dia sangat baik dan menjaga anak mereka samapi besar dan tak kahwin2 lain.
lepas tu aku tahu bahawa wanita 4 orang anak,yang mana anak2nya sudah pun besar bercinta ataupun mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sedangkan suaminya bekerja keras mencari pendapatan menampung berbelanjaan keluarga...
dan sekarang aku tahu seorang perempuan,yang datang dari keluarga yang berilmu agama yang kuat sanggup meminta cerai daripada suaminya yang seorang dtg dari keluarga susah demi untuk mengejar kemewahan dari lelaki lain.mmglah sebulan dapat 3 ribu tapi tak takut ke..
maksud aku tak takut dosa ke.emm memangla semua orang buat dosa dan aku juga..
tapi dia datang dari keluarga yang baik.tinggal di kl sorang diri dan ditanggung sepenuhnya oleh sugardaddy tu.omg.parents ingat dia duduk dengan kawan2 kerja kerani.
emm macam samarinda ataupun dramasutra dalam tv kan.
tapi itulah kehidupan sebenar kat luar sana.yang mesti kita lalui.semuanya akan jadi cntik sebab duit.semuanya akan jadi hebat sebab duit.duit boleh membutakan mata setiap orang.


dan aku sangat takut sebenarnya mendengar dan mengetahui cerita2 macam ni.aku takut ia akan jadi pada aku sama ada aku punca ataupun mangsa.taknak...
aku tak nak curang dan dicurangi.dan macam mana kita nak elak semua tu.
semua orang pu.(bukan semua cuma kwn2 aku je kot)dah mula bercerita tentang masa depan.contohnya..
"kalau aku ada anak..aku nak anak aku..."
"kalau aku ada rumah..aku nak.."
"kalau aku dah kerja..."
dan semuanya kalau kan.dan kalau aku pulak.aku nak hidup biasa.sama macam orang lain aku tanak terlalu mewah kerana kemewahan menjadikan manusia lalai dan aku tak mahu trlalu sempit kesempitan hidup adalah punca utama perbalahan dan penceraian sekiranya kita tak tahu untuk menanganinya.

dan mungkin kerana usia aku semakin meningkat aku suka cerita dan topic yang berunsurkan kehidupan keluarga,rumah tangga contohnya nona,wanita hari ini ,dan paling syok semanis kurma.
HHAHAAHAHA..
dan aku juga dah pertukar taste.emm aku tak tahula..tapi aku perasan sendiri kalau aku pergi shopping mall aku akan tertarik dengan baju yang corak bunga2 yang macam makcik2 kata kawan dan seorang cousin aku.alahai cepatnya perubahan.aku masih tak puas bermain buaian di taman permainan.aku tak puas nak jalan pakai sliper dah kena tukar pakai hill ataupun aku tak puas nak guna kasut brand vincci dah kena tukar bata or crocadile..
tapi mmg aku semakin berminat dengan semua tu.sampaikan ada satu ketika aku shopping dengan pulah.aku tengok dan asyik belek kasut crocadile dia cakap macam shopping dengan mak dia.
HAHA..
ambik ko sekali..
dan aku juga tak sabar apa yang akan berlaku akan datang.siapa suami aku.berapa orang anak aku?cucu aku mungkin...
hehe..

Saturday, April 25, 2009

study vs work

selepas business selendang,aku dan pulah cuba membuat perancangan untuk business lain.tapi tak tahu product apa pulak memandangkan ekonomi poket aku dan dia semakin menampakkan kesan yang agak membimbangkan.sampai kawan ajak tengok cita bohsia pun tak mampu.so tgk iklan jelah.lagipun aku sebenarnya bukan minat sangat tgk cita macam tu.ceh takde duit sume tak minat,tak suka.padahal jiwa meronta2 nak join dorang.tolong2.takpelah nanti ada rezeki boleh tengok ye pika.sedap kan hati.huhu..
emm kitaorang plan nak bukak kedai makanlah.jual nasi lauk2.aku yang masak?HAHA..
aku pandai masak okey.jangan pandang rendah pada orang yang rendah ni.aku sekarang pun dalam delima nak sambung study ataupun nak kerja je..aku dah tak sabar nak cari duit sendiri.bagi duit kat adik2.aku tak payah minta duit umi ayah lagi.aku kesian dengan mereka.hurm aku nak kerja.tapi kalau sambung study pun 2 tahun je.umi cakap sambung dulu,nanti dah kerja mesti dah malas nak belajar.
aku pun tak tau dari mana datangnya minat berbusiness ni.mungkin dari ayah aku ataupun aku dilahirkan untuk mencari duit dengan berniaga.
sekarang ni aku tengah buat research tentang masakan melayu dan macamana nak bagi sedap.sambil mencari resepi sambil terliur aku tengok makanan kat sini.aku nak minta pandangan dan nasihat dari orang yang berpengalaman pasal masak2 ni.tapi siapa ye..

sekarang ni aku menunggu untuk menghabiskan lagi 2 paper je.lepas tu aku dah takde kat sini.kalau ada rezeki sambung le kat sini.
dalam minggu ni aku tinggal sorang kat rumahhousemate aku balik rumah.so aku boleh bermaharajalela tengok tv kat bilik dia.besh2.hehe.
dan aku pun selalu la nampak muka aizat af tu kat tv.admired pulak tiba2 suara sedap gla.dan yang paling penting menjadi tanda tanya macamana dia boleh kurus.aku nak jugak.aku dalam proses mendietkan diri aku.tengoklah nanti sebulan aku mesti boleh pakai saiz s.HAHA...
silap2 boleh pakai baju adik aku,nadiah.HAHA..

sekarang ni.afiqa zainuddin,sila la focus kat study dulu ye.janganla pikir sangat pasal business.kalau ada rezeki tidak ke mana kan.tuhan tu adil,dan penyayang,dia akan bukak jalan untuk hambanya yang dalam kebuntuan dan tidak akan membiarkan mereka tersadai tanpa hala dan tujuan.

last sekali aku nak share dengan korang.sesiapa yang tak tengok lagi filem talentime,pergi la cari cd kat mana2 cubalah tengok.aku yakin korang akan mengalirkan air mata..sebenarnya aku tak tahu pun feeling aku sekarang.aku cuma sedang tengok tv dan ada iklan2 dan aku macam empty.fuh.

Friday, April 24, 2009

thank you

i tanak cakap banyak,just nak ucap thanks je kepada ama dan iz sebab berminat dengat tawaran aku.aku actually bukan nak jadi supplier selendang dan tak niat langsung pun.tapi mungkin rezeki orang tengah takde duit macam aku ni kot.hehe..
kepada korang,semoga business berjaya.aku dah retired dah..
(:

Monday, April 20, 2009

final exam

time aku post entry ni,hujan tgh lebat dan aku tengah lapar,teringt cekodok pisang mak aku,cucur durian opah aku dan semua makanan yang sedap2..
lagi 2 hari je exam aku.tapi sem ni aku 3 paper je pun.last sem.tapi macam tak puas lagi tinggal kat sini.kalau nak cakap pasal bf je,mungkin anda silap.mungkin juga pasal kawan2 dan kenangan yang telah kita bina(ceh menjiwang) sepanjang kita di uitm kedah di hatiku.
kenapa ha..
nak sedih2...
sebab aku penyedih kot.
takpelah redha je,
setiap pertemuan ada perpisahan..
tak ada benda yang kekal dalam dunia ini melainkan dirinya.

ps:good luck for the final examination.pastikan dapat buat yang terbaik walaupun kita ni tak baik..
hehe.
ddaaaa

Tuesday, April 14, 2009

kanak-kanak zaman sekarang

tanpa aku sedari adik2 aku semakin membesar rupanya.yelah aku kan duk jauh,so mmg la aku tau dorang sudah besar,yang sorang darjah 3 dan yang gemuk tu darjah 1.tapi aku tak tau pemikiran,cara dorang bergaul,bercakap pun dah lain.ceh..hari ni last la aku tido kat umah.esok dah balik a.s,pagi2 bangun rajinlah pulak tlg umi sapu rumah dan sidai baju,lepas tu ayah hantar pergi rumah opah.dekat rumah opah aku makan banyak.opah aku masak sedap..ehem2 sampai tertidur aku selepas makan.pukul 5 ayah datang balik nak ambik aku,ceh macam duk nursery pulok.

berbalik kepada cerita asal,sebenarnya aku nak rasa sangat bahagia dapat ambik adik aku balik dari sekolah.hurm bukan jauh pun,depan rumah je.jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai.aku pun berdiri depan gate sekolah adik aku.tengok budak sume dah keluar.mak ayah pun dah ramai tunggu kat depan sekolah tu.aku tercari2 adik aku.aku kurang pasti sebab ramai sangat budak keluar dari gate tu dan semuanya pakai baju t-shirt colour purple,merah,kuning,hijau.
sama je..oh hari ni ada latihan rumah sukan.ceh teringat balik zaman2 sekolah rendah dulu,seingat aku aku rumah merah masa darjah 4 dulu,tapi tak masuk apa2 acara pun sebab masa sekolah rendah aku seorang yang kurang cerdas dan tidak mempunyai ketahanan diri.
hehe..

beralik kepada cerita asal,aku ternampak budak gemuk berjalan berpelukan dengan rakannya.tergelak2..sah adik aku.
"adik!"
dia selamber je.geram gak sikit,yelah penat jerit dia tak pandang,tapi mamat jual ice cream plak yang pandang.ceh pretend mcm mummy muda la konon aku ni.lepas tu nmpak nadya plak dengan beg belakang yang sangat sarat,tak tahu dia bawak ape.ada subject batu bata dan konkrit agaknya.muda letih je..bau jangan cakaplah.hehe..
ilham ni melintas bukan nak pegang tangan aku.geram betul.dia sibuk nak pergi kat makcik yang jual makanan ringan tu.dahla ramai budak2 berkerumun.ish tak kuasa aku nak layan dia aku pun nada mcm sedikit tegas trus cakap
"tak payah la beli.nanti kakak bawak pergi kedai"
"alah kejap je"
ilham kuarkan 20sen.
"acik,super ring tu 1 bape"ilham mengoder
"30 sen dik"jawb makcik tanpa menoleh sebab customer ramai sangat kan..
"kakak bawak duit tak?"
"tak-"
senang je aku jawab.tapi mmg aku tak bawak pun..alahai apa lagi ko nak beli.dah tak cukup duit balik la jom.dalam hati je.
aku dengan nadya bersabar menunggu ilham.tiba2 ada budak perempuan kecik lalu.tersengih2..
"adik..gf ko adik...ayuni..ilham suka ko"
kata nadya pada budak tu.budak kecik tu sengih2 lagi.
ilham terus lari balik rumah.
aik..tadi bukan main lama kau duduk kat van makcik jual makanan tu..tiba2 terus lari ni.
alahai..malu ke..awek ko lalu...
alahai baru darjah1 dah pandai suka2, gf2 ni..
hingus ko meleleh pun aku yang lap,stoking kopun aku yang pakaikan..
hehe..
itulah budak zaman sekarang..
(:

Monday, April 13, 2009

duduk dekat rumah aku tak macam orang lain.makan.aku lebih kpd tido memandangkan mak aku pun takde kat rumah dan hanya masak nasi goreng setiap hari sebagai lunch adik2 aku, so aku jarang makan.aku risaukan final.aku balik kedah 15th ni tapi macam terlalu awal kan.aku pun rasa macam tu. tapi kat rumah pun sorang2 je.patutkah aku tukar tarikh tiket aku?hurm ntahlah.tapi aku rasa balik kali ni agak besh sebab aku tidak lagi pening dengan problem family aku. aku tengok ayah senyum je.sakit pun dah kurang.muka ceria je.umi pulak tiak or kurang membebel sekarang bila aku bangun lambat.emm macam tak puas je duk kat rumah ni.sepatutnya aku balik jumaat ke kan.hurm...perlukah aku tukar tarikh tiket aku?takpelah.aku pun dah tak lama duk kat kedah tu(sedapkan hati)..ceh..tapi eja cakap dia kuat merasakan aku dapat sambung stdy kat uitm kedah lagi.aku okay je mana2 pun. tapi taknak terengganu or kelantan.jauh sangatlah.ceh.kedah macamlah dekat sangat kan.benci aku naik bas kena tahan kencing.

aku tak tahu ini masalah ataupun ujian?mungkin masalah yang menjadi ujian kepada aku.aku dah nak habis belajar.kewangan pun makin kurang.mana la nak korek duit.nak sambung study nanti lagi mesti guna banyak duit.kalau duk shah alam lagi lah banyak nak guna duit.sewa rumah lg,kereta mesti nak kena tuang minyak.makan lagi.adoi..bestnya jadi nadya dan ilham.masih boleh bersuka ria minta mainan sesuka hati tanpa perlu memikirkan bebanan.

hari ni anniversary aku setahun sebulan.ceh baru setahun.tapi harap2 boleh kekal.aku tak larat sedih2 lagi kalau hubungan ni tak jadi.emm pe lagi nak cerita.aku pun sebagai seorang kawan nak ucap tahziah kepada zaty kerana menghidap chicken pox.
bersabar ye.tu semua ujian mungkin dapat mengurangkan dosa ko..hehe..okaylah aku nak tidur.nite..

Friday, April 10, 2009

mangsa

jangan tanya kenape aku nak mencarut hari ni. jangan salahkan aku kalau aku tak respect org yang lagi tua dari aku..baru jadi driver bas dah kerek.blum dapat jawatan pilot ke,tak pelah jugak....

aku baru sampai rumah ni..weheee....tapi ada pengalaman sangat pahit hari ni.pernah tak korang tahan kencing yang kaw2 punya..sampai mmg dah tak boleh tahan punyer. itu yang aku rasa dalam bas tadi.aku tertidur punya lah sedap dalam bas. terjaga2 je bas ak dah jalan. baru lepas berhenti tapi aku tak sedar emm nak kencing, tapi tak pelah..aku beranggapan yang bas ni mesti akan berhenti lagi punya kan..baik punya tahan sampai tak boleh tahan kan..aku pun dengan gagah pergi sebelah driver tu cakap punya la lembut, nak ambik hati driver tu,
pakcik...tolong berhenti kejap boleh tak..
eh tak boleh2...dah lambat ni, nanti sampai kl lambat...
aku dah sedih, dengan hampa trus jalan ke tempat aku balik..dan msg sahabat terdekat tntang nasb malang yang menimpa aku.aku tak tahan!!!!!!!!!
time tu jam baru pukul 6.30 ptg..
arrr tidak..
kl lagi 158km..
gila la..

kalau ada botol mmg aku dah kencing je..
dengan perasaan marah aku pun menyumpah2 pakcik tu..
sial,celaka,bodoh...
ko ingat aku suka2 nak berhenti ke..
tak bagi chance langsung...
aku mmg tak tahan la bodoh...
aku pun melelehkan air mata kegeraman...
tak tahan sangat gile bangang...
sampai shah alam adik aku ambik aku,belum sempat bas berhenti aku dah tergopoh gapah angkut beg, dari jauh bf adik aku berjala ke arah aku, mmg aku dah pesan kalau aku sampai tlg angkat beg aku, aku nak bergegas ke toilet..
terus masuk toilet tanpa bayar..
aku cakap kat bro yang aga toilet tu..
bang..tu adik saya nanti dia bayar..
terus masuk toilet..
pintu dia tak boleh kunci adoilah aku mmg tak tahan gila ni...terus kuar balik mendapatkan jiji yang sedang enak berdating dgn bf nya di hadapan toilet..
jiji tlg jaga pintu!!!!!
slumber jerit...
hurmmm...
lega..
baru aku rasa nikmat kelegaan selepas keperitan aku menahan air kencing..

moral of value here:kalau naik bas jangan minum air.nanti terkencing2...
huhu

Wednesday, April 8, 2009

kenangan silam mengguris perasaan

thanks kepada encik shaifullah kerana banyak menyumbang
tenaga dan support saya..tak lupa kepda kawan2 yang lain
ayen, syikin, amat, paan, bob, zaty, ayam, pon yang sudi
meriuhkan suasana dipasar malam..
ini adalah gambar saya, kak yong, ejah dan gat
kawan2 di alor star..alamak pakgat tak de plak..hehe.aku
seronok main jongkang-jongket padahal berat dah ya ampun
sempat jugak berjogging selama 2 minggu dan berehat
sehingga 2 bulan..(:
teman berperang mulut, hati dan perasaan
aku sungguh excited nak makan pizza (:


baru lepas membuang najis..lega, tapi ada benda yang lebih melegakan aku iaitu dah habis test..minggu ni test berderet je..letih sangat, sampai aku pun tak tahu aku jawab ape tadi.aku dah malas.otak pikir nak balik rumah je.habis test aku balik rumah terus baring sebab dah penat sangat kan. barang pun tak kemas lagi.hurm letihnya.tapi ntah kenapa macam sebak je tetiba. aku semakin merasakan hari2 terakhir aku bersama mereka yang tersayang. kawan aku. mungkin habis study ini aku memang akan contact bf aku. tapi kawan2?hari ni last class aku untuk sesi diploma..yar aku akan rindu sume ni..disini la semuanya bermula, aku kenal eja, zaty, padeng, leha, min, nad, emy,shira, loten, ajmal, tasha, kak yong, hurm.nadya, wahida,,hurm sape lagi?
owh customer2 aku yang sudi membeli selendang dan beg tanpa jemu..terima kasih atas semuanya. bila dah nak habis ni rasa waktu macam singkat je. sekejap dah habis. serius aku terasa sangat. even sem ni aku duduk sorang2. tapi tak bermakna aku tak ingat dorang, tak bermakna aku ni nak jadi independent. aku akan ingat korang sume dan aku yakin tak ada orang akan sama macam korang..
aku manyb tak akan jmpa orang lain yang macam eja, yang boleh tidur 24 jam,tak akan jmpa mcm zaty yang boleh bercakap laju tetapi tiada maksud, tak akan jmpa orang yang boleh mandi lama sampai berjam2 mcm nadya, tak ada org yang boleh nasihat aku macam padeng, tak ada orang yang macam leha kaki besi, tak ada orang lain yang macam emy cakap deras walaupun pasal baldi hehe, tak ada orang yang akan sama dengan min, hurm walaupun aku tak berapa rapat sangat dengan min, tapi aku sedar ada persamaan antara kami.bundle.Oskool.tapi bukan pada kucing..min sangat sayang kucing.dan aku tidak. aku speises padeng and shira.menghormati kucing, tak suka nak pegang2 beliau..hehe

korang lain..
pada aku..
walaupun aku baru je kenal korang..tapi aku enjoy dengan semua yang kita pernah lalui sama2..
overnite setiap minggu walaupun terpaksa sewa keta zaidi,
kita akan celebrate birthday sama2 walaupun makan ice cream sebab jimat kos..
kita akan borak dan ketawa sampai serak lepas makan..
ada je benda nak dibincangkan dan dikutuk kan..
korang ingat x kita semua pernak mandi sama2 guna paip getah lepas celebrate birthday aku n min?
korang sangat jahat sebab baling telur kat kepala aku bertubi tanpa ada rasa belas kasihan,tapi aku enjoy dengan semua tu..
sebenarnya aku terharu sangat dengan semua tu..
thanks korang..
lepas ni kita cuma tinggal final exam je..
lepas tu mula la sorang demi sorang akan sorong beg..
hurm..
aku harap kita akan kawan sampai bila2 korang la kenangan aku dekat sini..
walaupun aku bukan slah eorang yang penting dalam diri korang, tapi aku nak korang tahu..
aku sayang korang.betul.tak tipu..
):




time celebrate besday aku dan min tapi aku yang paling terok kena telow..


yang ini plak aku tak ingat besday sape..tapi main bedak dan air..
selepas itu terpaksala membersihkannya semua..kwang2..

berbuka puasa dipizza hut tanpa ejah..sangat besh..hehehe


the best memory ever maybe...(:

Sunday, April 5, 2009

pesanan untuk dirikuh

dear afiqa:
stop talking and keep story about ur bf to others. it may be annoyed ur friends or even people around without realizing.
stop explain because it may worst the problem..
stop thinking because it may hurt u..
stop hopping because it may upset u..
stop looking because it may blind you..
macam dia cakap bukan semua benda pun boleh nak cerita kat orang..
but i really dun mean it..
tak pernah terlintas nak lupa ke..
maybe the situation..(eleh alasan)
yar.. mmg every happen for a reason..
aku mayb salah kan kwn2 sebab tinggalkan aku sendirian tapi tanpa korang sedari aku bersyukur sebab tak payah nak sakit hati dengan ape2 lagi dan tak pelu berkira dengan diri sendiri. dan aku bersyukur tuhan bagi jalan ni untuk aku untuk aku menjadi diri aku, dan memperbaiki lagi hubungan aku dengan kawan2 aku sebab bila jarang jmpa, jarang la ada benda yang tak puas hati kan, bila jarang tak puas hati, jarang la nak mengata..rite?
dahla..aku tak nak buat statement atau pun explaination.
mayb im not good friends like you, not perfect like others..im here to be me.
kawan mmg kawan, sayang la kan kawan2..tp kadang2 kte mengguris hati orang..
sorry kalau ada kekurangan, terlebih atau terlupa ke,(macam la org tak penah lupa aku)
terkata ke, tersakitkan hati korang2 ke..mmg i admit, aku depend kat bf aku..suka bercerita psal dia, but dont u realise that u talk about you.yourself..haha..
i deserve for everyone who appreciate and love me only.thanks..

Wednesday, April 1, 2009

macam duit aku banyak sangat dan terlebih2 lah kan, sem ni je aku dah 2 kali kena saman parking aku pun tak tahu la mungkin silap aku atau silap pak guard atau silap orang lain yang tak bagi tahu aku tempat larangan parking. mula2 dulu kena saman sebab parking kat unit kesihatan. mana nak tau tak boleh parking kat situ, mula2 bawak kereta masuk uitm kan, pak guard langsung tak bagi chance kat aku, lepas tu semalam aku dengan dukacita dan hampanya apabila melihat ada kertas di cermin hadapan BJK 4096. time tu mampu berdoa hanya surat atau kertas yang terbang melekat di kereta aku..tapi nampaknya nasib agak malang. saman..thanks pak guard kerana menjalankan tugas anda sekalian.aku parking kat belakang dining. dah 2 bulan aku selalu parking kat situ hari ni baru aku kena saman.. mmg tak boleh parking ke kat situ?tak tau pun..hurm melayang duit aku..dahla hujung2 sem ni mmg tgh kering kontang.

pagi2 sebelum pergi class aku singgah ke pejabat keselamatan.nasib baik pak guard kat situ layan aku baik je..aku pun buat2 la macam kesian..
saya tak tahu tak boleh parking kat situ..
yeke..takpelah saya bagi discount..byr rm15 je, kalau tak kena rm25..
emm xpelah..
aku pun rela membayar di pejabat kewangan..
nak buat macam mana mmg terpaksa bayar..

moral value here..
nak buat macam mana dah kena saman terpaksa bayar walaupun kdg2 jelous tgk pengarah ada parking sendiri tak payah pening kepala nak cari parking..
hee(: