Wednesday, May 25, 2011

I love my job.

Hye people,

memang sejak seminggu lepas, aku ni makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.

Pergi kerja pukul 6.30 pagi. pukul 12 malam baru balik rumah. paling lewat 2 pagi. semua nya kes jumpa client.


Tapi bila dah pukul 12 malam tu, hp aku berbunyi tak henti2 tu, aku dah agak sapa yang msg.

Umi aku la. kalau korang nak tahu, memang habis je jumpa client biasanya aku akan pecut 120-140 bawak kereta dalam keadaan separa sedar a.k.a mengantuk


Begitu la rutin harian aku sejak minggu lepas.


Alhamdulillah hujung minggu lepas aku sempat pergi UiTM Kedah, pergi pun kejap sangat. aku fikir, bila lagi nak pergi, aku dah nak start kerja. baru kerja seminggu dah busy, inikan pula dah lama kerja. so aku decide aku melawat dan jumpa jugak warga-warga UiTM kedah.


aku selamat sampai klang 6 pagi hari isnin, rushing balik rumah, tukar baju, terus pergi kerja. Hari isnin biasanya company Al-Isra' ada meeting,


So far aku just nak share, aku happy dan enjoy dengan apa yang aku buat, memang PENAT sangat. tapi ini yang aku pilih, aku memang akan teruskan benda ni.

Tapi semalam ada kejadian yang syahdu. first time aku buat core call. call stranger, aku dapat number dari business card yang dia tinggalkan kat Hailam kopitiam, so aku copy number tu dan call.


''Saya tak berminat LANGSUNG''

itu jawapan encik itu. takpe. aku tahan lagi. entah kenapa aku menangis tersedu-sedu time tu. aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam tu. kenapa aku mesti menangis? apa yang sedih gila nya? macam la tak biasa kena marah kan.


Actually aku realize aku memang letih tak bermaya. aku paksa diri tidur 4 jam je. aku ke sana ke mari angkut bag plastik aku yang ada isi flyers and form. kot-kot ada rezeki boleh ada client.

macam tu la aku. tapi pada aku, mana ada benda terus senang dalam dunia ni, aku ni baru merangkak-rangkak dalam dunia kehidupan, maksud aku, real life. fikir pasal duit dan duit macam mana nak tampung family akan datang. semua tu aku dah fikir. dan aku pasti kawan2 aku kt luar pun fikir benda sama.


Alhamdulillah aku dah dapat beberapa client dan semalam aku rasa terharu, sebab aku dapat closed dengan stranger. aku add dia kt Facebook, cakap sikit pasal insurance. dia kata datang la rumah, terus close. memang macam-macam pertanyaan mereka diluar fikiran aku. aku sebenarnya tak sure sangat sebab aku belum habis masuk class, aku dah approach orang sana sini. So terima la padahnya kalau tak tahu nak jawab soalan client.


tapi sebelum akak tu closed dengan aku. dia kata

''sorry ye dik, akak nak tegur, adik nampak tak sure, gelabah sikit la, macam tu susah tau nak convince orang tau..''


aku dah agak aku kena macam tu sebab bila ditanya, aku sikit2 jawab

''Emm boleh je kak.'' atau ''boleh kot''


eh main kot-kot pulak kan. aku sedar memang aku silap, aku kurang knowledge sebab tu aku nampak slow. insyaallah 2 bulan lagi aku dah tahu semua tak ada la silap lagi..


Tapi detik-detik ni aku akan ingat, sampai bila-bila. macam mana susah nya nak approach orang. hhm


tapi aku berterima kasih pada semua yang sudi menegur aku. sesiapa yang sudi memperbetulakan aku. aku manusia biasa. penjual insurance yang baru berjinak2. cakap pun tak confident sangat. yelah, kau cakap something yang kau kurang pasti.


tapi yang pasti nya, aku memang akan full time buat ni. dan aku insyaallah akan pastikan kebajikan pencarum premium aku. sebab ayah dah pesan,

''insurance ni amanah orang pada kita'' yes aku pegang benda tu. Insyaallah aku dah janji dengan diri aku, tak nak menipu orang.


tapi paling tak percaya bila akak tu kata
''actually ramai orang offer insurance pada akak tapi tak tahu kenapa akak pilih adik..''

aku senyum kambing je, teringat mcm mna berdebar nak buzz akak alia dalam fb. tapi alhamdulillah rezeki Allah. semua itu kuasa Allah. Allah yang memberi rezeki, aku cuma boleh berusaha je.


Aku percaya pada rezeki, rezeki ada di mana-mana tapi rezeki tak datang bergolek. aku tak regret bila client tak close or marah sebab service aku. yes aku beginner dalam insustry ni. aku selalu teringat trainer aku cakap kan

''PAIN IS ALWAYS TERMPORARY. ''


Tunjuk ajae semua aku harapkan. By end of this year aku harap dah nampak hasil kerja aku. Amin.

No comments: