Monday, May 30, 2011

when I'm more than I thought I could be


"One Moment In Time"

Each day I live
I want to be
A day to give
The best of me
I'm only one
But not alone
My finest day
Is yet unknown

I broke my heart
Fought every gain
To taste the sweet
I face the pain
I rise and fall
Yet through it all
This much remains

I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

I've lived to be
The very best
I want it all
No time for less
I've laid the plans
Now lay the chance
Here in my hands

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel
I will feel eternity

You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams are a heartbeat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will be
I will be
I will be free
I will be
I will be free

Saturday, May 28, 2011

lagi-lagi insurance..aishhh..;


Hye people,

Alhamdulillah aku masih bernyawa lagi hari ni dan dengan itu telah 2 minggu genap aku menjalani hidup aku yang kelam kabut tak tentu arah sebagai agent insurance. dengar je ''agent insurance'' mesti ramai yang trauma and annoying kan. yelah, orang-orang ni la yang suka mengacau, asyik call orang tak kenal, tapi itu la kerja kitaorang. mencuba nasib, kalau ada rezeki boleh make an appointment and closed.


So far kerja okay, cuma bila baru-baru ni, semangat tu kadang2 up and down, depends, kalau kena maki, terus down gila babi. tapi bila tiba-tiba dapat call dari stranger yang kata nak beli insurance,semangat terus,haha.


perbezaan jawapan kalau aku approach orang tua and muda.

orang berumur yang ada family akan jawab

''dah-dah.. kami sekeluarga dah ada insurance''


kalau orang muda pulak

''tak pelah, nanti-nanti dulu, rasanya yang ni tak penting lagi, nak tunggu stabil dulu''



okay guys, mari kita bincangkan mengenai jawapan mereka.

bagi yang sudah berkeluarga, memang ramai yang dah ada insurance. tapi adakah insurance mereka provide dengan medical card? medical card ni penting untuk guarantee kalau nak warded. dan coverage untuk guna medical card ni sehingga rm1.5 million. ringgit malaysia okay. kalau euro memang rasa sikit je duit tu. hehe. sesiapa yang ada, do double check.


kepada generasi muda, yang tidak ada commitment ni, jawapan mereka nak tunggu stabil dulu. okay, sebenarnya, card yang aku offer ni campur dengan saving, selain daripada dia protect kita, dia juga sebagai simpanan yang mana duit tu kita boleh keluarkan bila-bila.



As my opinion is, kenapa aku ambik insurance waktu umur aku 23 tahun. muda. tak ada sakit lagi. tak pernah masuk hospital. in fact, income pun tak ada lagi ni.. kenapa?



kalau la, kita ni sakit yang berlarutan, tapi umur kita panjang. kos rawatan sapa nak tanggung. takkan aku nak biarkan mak ayah aku pergi masuk surat khabar, merayu bantuan kos rawatan anak saya. rm100 k. contohnya.



Aku bercakap dari pengalaman. betapa susahnya ayah aku tak ada i
nsurance. nampak luaran memang aku senyum. tapi jiwa aku ni merana gila. memberontak cakap

''KENAPA AYAH TAK AMBIK INSURANCE DULU''


padahal dulu mampu sangat kalau nak bayar insurance untuk 1 family.


minta maaf la kalau sejak kebelakangan ni entry aku asyik cakap pasal insurance je. aku tak kisah sesiapa yang sudah ada insurance. yang akan ambik insurance, bukan dari aku pun takpe. yang penting hidup ni, biarlah kita bersedia dari segala kemungkinan.

Yang terakhirnya, aku semalam ambik exam takaful.lagi 2 minggu result keluar lepas tu dapatlah kod agent takaful ni.


okay korang. aku sayang semua, aku tak nak orang lain rasa kesusahan aku dulu. so fikirlah di mana kita nak mula dan mcm mana kita nak akhiri kehidupan kita. bagi aku..


''dunia ni bukan matlamat aku. tapi kehidupan itu sendiri.''


Love, pika

Wednesday, May 25, 2011

tong sampah dan penolaknya.

Hye people..


macam biasa hari ni khamis, aku mesti la ada kt hospital dan semestinya time kat hospital ni la masa terluang aku update blog.

tak ada benda yang nak di update sangat.

Semalam aku sampai rumah 2 pagi. solat terus tidur, aku tak sempat buka mata aku dah dengar umi marah


''semalam balik pukul berapa? berhenti jelah kerja tu. kerja apa tu, bangla pun kerja sampai petang je..blah blah blahhhhh''


and, aku ambik positive je. mak mana tak risau, kadang2 aku dah sampai rumah 2 pagi kan, aku letih gila, aku tertidur dalam kereta, sedar2 pukul 3. so memang la mak aku ingatkan aku balik pukul 3.

sebenarnya, aku pun risau jugak dengan diri sendiri. sape tak susah hati and cuak kalau 2 pagi kt jalan raya, berhenti traffic light, motor sebelah ushar2 kau. aku dalam kereta ni dah pegang je tongkat ayah aku. kau rompak aku, aku sedia je nak pukul kau. ceh berlagak. cerita mcm berani gila.


Tapi hakikatnya kan, aku lagi takut hantu dari manusia. haha.bayangkan semalam aku on the way balik jumpa client, lalu batu tiga jalan lama tu. ada van sebelah aku berhenti kat traffic light, driver dia perempuan pakai tudung putih, mekap tebal meletop. aku memang dah ketaq je. teringat hantu kak limah. tapi pretend cool la. pasang radi0 kuat2..sambil nyanyi sorang2. haha


itu la rutin harian aku.


tapi sebenarnya tujuan aku menulis hari ni ialah berkenaan isu ''RESPECT''


selama kau hidup, pernah tak korang cakap..


''buta ke?''

bila orang langgar korang?





cerita nya macam ni, aku hantar ayah untuk buat operation mata, ayah kan dah tak nampak sangat, sebab kan parking tak ada, so aku drop ayah dekat pintu utama, supaya aku boleh cari parking lepas tu.


dah sah2 ayah aku kurang nampak, cermin kereta aku pulak gelap korang tahu la macam mana kan..

sedang ayah nak bukak pintu kereta,

''KEDEGANGGGGGGGGGGGG''


Ayah bukak pintu, pintu terkena tong sampah yang sedang ditolak oleh seorang yang tidak aku pasti identitinya sebab si dia pakai mask.

ayah aku kan berbudi bahasa..

''sorry sorry...'' kesian aku tgk orang tua tu, terhegeh2 keluar dari kereta, penglihatan kurang jelas, terlanggar tong sampah yang sedang ditolak oleh si DIA yang tak dikenali.


''hey.. buta ke''


aku terus menyirap la. aikk sedap kau cakap ayah aku buta. aku turun kereta


''A'ahhh, memang pakcik ni buta, nak pergi buat operation mata kat atas ni..!''
aku memang marah tak da dahhh.. geram nak mati time tu


Masalahnya kan, ayah aku langgar tong sampah. lepas tu bukan ada sampah bersepah ke apa ke. bukan ayah aku langgar kau pun. bukan nya kau cedera ke kan.

lain la kalau..


aku yang langgar kau naik kereta, lepas tu lari. LANGGAR LARI.


yang tu memang best la. lepas tu baru la kau boleh cakap..

''bu..bu.. ta... k...e...keee... asyhaduallah...'' mengucap terus kau.


Ingat ye kalian, jangan sedap2 nak panggil orang tu buta. ayah aku tak buta. dia tak perasan je.


sebab..



Tong sampah tu lagi besar dari kau. nasib kau pakai mask. kalau tak, memang aku dah report dah kat management. aku sekarang hobi report2 je. sebab aku pantang orang tak respect orang ni.


dan.. bila termenung sorang2 kan. tetiba rasa..


eh aku ke yang marah tadi. macam tak caya je aku tengking orang. bagus2 big achievement. haha


lots of love.

Pika.

I love my job.

Hye people,

memang sejak seminggu lepas, aku ni makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.

Pergi kerja pukul 6.30 pagi. pukul 12 malam baru balik rumah. paling lewat 2 pagi. semua nya kes jumpa client.


Tapi bila dah pukul 12 malam tu, hp aku berbunyi tak henti2 tu, aku dah agak sapa yang msg.

Umi aku la. kalau korang nak tahu, memang habis je jumpa client biasanya aku akan pecut 120-140 bawak kereta dalam keadaan separa sedar a.k.a mengantuk


Begitu la rutin harian aku sejak minggu lepas.


Alhamdulillah hujung minggu lepas aku sempat pergi UiTM Kedah, pergi pun kejap sangat. aku fikir, bila lagi nak pergi, aku dah nak start kerja. baru kerja seminggu dah busy, inikan pula dah lama kerja. so aku decide aku melawat dan jumpa jugak warga-warga UiTM kedah.


aku selamat sampai klang 6 pagi hari isnin, rushing balik rumah, tukar baju, terus pergi kerja. Hari isnin biasanya company Al-Isra' ada meeting,


So far aku just nak share, aku happy dan enjoy dengan apa yang aku buat, memang PENAT sangat. tapi ini yang aku pilih, aku memang akan teruskan benda ni.

Tapi semalam ada kejadian yang syahdu. first time aku buat core call. call stranger, aku dapat number dari business card yang dia tinggalkan kat Hailam kopitiam, so aku copy number tu dan call.


''Saya tak berminat LANGSUNG''

itu jawapan encik itu. takpe. aku tahan lagi. entah kenapa aku menangis tersedu-sedu time tu. aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam tu. kenapa aku mesti menangis? apa yang sedih gila nya? macam la tak biasa kena marah kan.


Actually aku realize aku memang letih tak bermaya. aku paksa diri tidur 4 jam je. aku ke sana ke mari angkut bag plastik aku yang ada isi flyers and form. kot-kot ada rezeki boleh ada client.

macam tu la aku. tapi pada aku, mana ada benda terus senang dalam dunia ni, aku ni baru merangkak-rangkak dalam dunia kehidupan, maksud aku, real life. fikir pasal duit dan duit macam mana nak tampung family akan datang. semua tu aku dah fikir. dan aku pasti kawan2 aku kt luar pun fikir benda sama.


Alhamdulillah aku dah dapat beberapa client dan semalam aku rasa terharu, sebab aku dapat closed dengan stranger. aku add dia kt Facebook, cakap sikit pasal insurance. dia kata datang la rumah, terus close. memang macam-macam pertanyaan mereka diluar fikiran aku. aku sebenarnya tak sure sangat sebab aku belum habis masuk class, aku dah approach orang sana sini. So terima la padahnya kalau tak tahu nak jawab soalan client.


tapi sebelum akak tu closed dengan aku. dia kata

''sorry ye dik, akak nak tegur, adik nampak tak sure, gelabah sikit la, macam tu susah tau nak convince orang tau..''


aku dah agak aku kena macam tu sebab bila ditanya, aku sikit2 jawab

''Emm boleh je kak.'' atau ''boleh kot''


eh main kot-kot pulak kan. aku sedar memang aku silap, aku kurang knowledge sebab tu aku nampak slow. insyaallah 2 bulan lagi aku dah tahu semua tak ada la silap lagi..


Tapi detik-detik ni aku akan ingat, sampai bila-bila. macam mana susah nya nak approach orang. hhm


tapi aku berterima kasih pada semua yang sudi menegur aku. sesiapa yang sudi memperbetulakan aku. aku manusia biasa. penjual insurance yang baru berjinak2. cakap pun tak confident sangat. yelah, kau cakap something yang kau kurang pasti.


tapi yang pasti nya, aku memang akan full time buat ni. dan aku insyaallah akan pastikan kebajikan pencarum premium aku. sebab ayah dah pesan,

''insurance ni amanah orang pada kita'' yes aku pegang benda tu. Insyaallah aku dah janji dengan diri aku, tak nak menipu orang.


tapi paling tak percaya bila akak tu kata
''actually ramai orang offer insurance pada akak tapi tak tahu kenapa akak pilih adik..''

aku senyum kambing je, teringat mcm mna berdebar nak buzz akak alia dalam fb. tapi alhamdulillah rezeki Allah. semua itu kuasa Allah. Allah yang memberi rezeki, aku cuma boleh berusaha je.


Aku percaya pada rezeki, rezeki ada di mana-mana tapi rezeki tak datang bergolek. aku tak regret bila client tak close or marah sebab service aku. yes aku beginner dalam insustry ni. aku selalu teringat trainer aku cakap kan

''PAIN IS ALWAYS TERMPORARY. ''


Tunjuk ajae semua aku harapkan. By end of this year aku harap dah nampak hasil kerja aku. Amin.

Thursday, May 19, 2011

Monday, May 16, 2011

next journey begin





Okay afiqah, terima kenyataan kau sekarang ada kt Malaysia. dah balik negara sendiri. dah habis study. dah hantar thesis. dah boleh mula kan step and berfikir mcm mana nak cari duit sendiri.


Memang...





Aku dah start kerja. dan bangun tidur pagi tadi, dan sejak dari malam pun, aku dah fikir, inikah jalan aku? betul ke apa yang aku decide ni.

Ini ke masa depan aku? aku percaya dengan diri aku. tapi aku percaya orang sekeliling tak percaya dengan aku.

dan sebab tu aku rasa gusar sedikit.

Dan dengan sebab itu aku rasakan aku harus buktikan sesuatu. sesuatu hasil.


Aku faham mak mana tak risau kalau anak dia yang dia dah penat2 hantar jauh2. tiba2 habis belajar nak kerja freelancer jual Insurance.


Aku rasa lebih sesuai aku panggil ini business aku, macam kak haniz cakap, ini adalah business kita. macam bos kat office aku cakap, kita yang generate income, kalau kita tak kerja, tak ada income, kalau tak cari client, tak ada income. aku nak start business jual beautiful premium, modal nya aku tak ada. jadi, ini jalan terbaik aku. Maybe,



Itu buat aku puas. dan hasil nya?

Beri aku masa setahun untuk aku buktikan aku boleh dalam bidang ni. resultnya, kita sama2 tunggu apa akan jadi dengan aku satu tahun akan datang. Kalau aku gagal, aku gagal setelah mencuba, bukan aku ni degil tak mahu dengar cakap mak aku,


Cuma, bila dah besar ni, kau tahu apa yang kau nak. kau tahu apa yang kau cuba buat dan ingin capai. walau sejauh mana kau terangkan pada mereka, mereka tetap tak faham. kecuali ayah. ayah tak pernah bersuara pun bila aku cakap aku nak start full time buat kerja ni. sebab ayah pun buat business sendiri, ayah pernah rasa jatuh bangun dalam dunia business. dan kepahitan itu terpaksa ditelan, dan kemanisan itu kadang2 boleh dipamirkan dan orang sekeliling boleh menilai dan sama2 rasa kemanisan itu.


Or tujuan aku lebih kepada awareness how important the medical card in your life. hmm


Terima kasih atas tunjuk ajar, sokongan dan rejection anda. itu semangat aku.

Wednesday, May 4, 2011

pika and her life 2 weeks after came back from paris

Hello and Hye people,

lama tak update since balik hari tu. banyak benda nak cerita, tapi sebenarnya sampai2 Malaysia je aku dah busy siapkan thesis aku. sampai aku sanggup turun ke banting jumpa kawan aku sebab aku tak ada software SPSS and dah lupa nak guna, so aku pun pergi rumah dia, kesian jugak dia kena tolong aku. 2 malam aku tidur pukul 4 pagi, bangun kul 7 sebab research paper ni.

I didn't expect that I'll do my VIVA that soon. tiba2 je aliaa and mun bagitahu semua students under same miss **** kena present research isnin. okay terima kasih ye. aku dapat tahu hari jumaat. maksudnya ada 2 hari je sebelum aku present kt depan yang mana itu adalah final.


aku dengan cergasnya ke Banting jumpa eja. memang dari diploma aku suka menyusahkan dia kalau bab2 ni. tapi tak apa, seperti yang di janjikan, aku dah letak nama kau dalam ACKNOWLEDGMENT research paper aku. kalau ada rezeki research aku dipublishkan di library, nanti 20 tahun akan datang kalau anak kau cari journal kat library uitm tu, tiba2 terbaca ada nama mak dia, boleh la dia tunjuk kan kawan2.

''wehh,,, ni mak aku ni. Farlyza.''

Lebih kurang macam tu la.


tapi yang sebenar-benarnya, aku sangat appreciate jasa dia teman kan aku sampai aku habis present, di dalam hujan lebat dia berlari-lari masuk dalam kereta, aku faham kau bengang, tapi tak pe, aku dah siapkan semua, report pun dah hantar. jangan susah hati. haha



life aku since balik apa je?


macam biasa, 3 times a week aku pergi hospital bawak ayah cuci darah. tunggu kt hospital ni. buat la apa yang patut. tapi kebiasaannya yang patut tu, tidur je.


Selain daripada tu, rutin harian aku, ambik adik balik sekolah, pergi jumpa kawan2, jumpa boyfriend. ceh, perlu ke nak tulis?


okay tu je, till the next post. btw, lepas ambik exam next week, aku dah officially penjual insurance. sesiapa yang nak tahu pasal insurance boleh la tinggal kan msg, saya sudi di mana jua anda berada. hehe


Love, Pika