Tuesday, February 24, 2009

sakit kepala..
tak tau kenapa.
mungkin minum nescafe banyak sangat..
or pening pikir pasal test esok..
or lebih tepat pikir keterlaluan tentang pulah..
dari pagi sekarang x call2..(9mlm)
aku risau kat dia..

tetiba aku dengar bunyi telepon dan bergegas mendapatknnya..
pulah call??
(senyum)

hello you...
suara dia lemah je..
huhu..
air mata yang sejak siang tadi ditahan mengalir jugak...
nak cakap pun tersangkut2 ni..
bukan line yang prob..
tetapi aku sangat terharu, tersedu bila dengar suara dia..
dia kata dia baru je sedar..

takpe2..
esok aku balik..
nak tengok dia..
tu je nak karang..
esok ada test..
kepada yang mengambil test esok..
good luck and jangan meniru..
pesanan ringkas daripada orang yang penah meniru tapi jarang2..

((:

Monday, February 23, 2009

)): kesedihan terlampau


Ini adalah gambar terbaru kami ditangkap pada jam 4 pagi di pelita sewaktu menuggu jiji turun dari bas. jadi jangan salahkan pika kerana matanya sudah hampir terpejam dan rambut shaifullah yang di straighkan pada siang hari telah kembali kepada bentuk asal..
saya merindui dia...........


hari ni pulah masuk wad..
dia pun macam moody..
tak byk cakap time call and x msg sgt.
mungkin ubat yang diberikan padanya sangat mujarab sehingga dia tidur awal..
boringnya malam dan siangku tanpa dia..hehe..tapi tengah sedih sebenarnya ni ):
esok ada presentation..
esoknya lagi ada test..
aku balik ptg esok..
aku tak sabar nak melawat dia..
bawakkan buah atau bubur..
suapkan dia..
macam drama melayu..
heee..
tapi tgh sedih sebenarnya ni..
aku selalu fikir macam mana life aku without him..
dahla aku sekarang ni duduk sorang2..
silap..berdua..
tapi sama je macam sorang..
dia jelah tempat aku lepaskan segala2nya..
marah..merajuk..
dia jelah yang sanggup nak tahan pun..
tapi aku merajuk x delah sampai nak tengking2..
macam orang terdekat aku..
oppss..nasib baik dia x ikut blog.
hopefully dia x tau n kalau tau pun x terasa la..
hehe.
bf dia buat aku annoyed..
macam makcik2..
kepohci..
ada je nak tegur aku..
tak nak cite la..nanti ada yg terasa..
nasib baik aku tak sangkut dengan dia dan telah tersangkut dengan seorang sahabat aku yang kini telah pun memiliki bf baru..
heee..
padahal tengah sedih sebenarnya ni..
mana shaifullah ni..
kesiannya tidur kat wad sorang2..

malam2 macam ni..
aku nak tujukan lagu ni untuk shaifullah..
aku asyik nak ternyanyi je sebab ada iklan kat tv wanita hari ini, pasal aziz m.osman dgn wife dia..

kuingin kau tahu.. diriku disini.. menanti dirimu.. mesti kutunggu hingga hujung waktuku.. dan berharap rasa ini akan abadi selamanya.. wooooo..
huuu..
)):



Friday, February 20, 2009

suka

finally..
done minor issue 2..
owh backpain.. ):
rasanya sangat sakit seperti ada budak gemok yang berat 100 kg duduk dibelakang..
sakit..
huhu..

myEX

kenapa tak tidur ni..
belum mengantuk..tapi mata dah berat..
excited nak siapkan assignment..
owh tidak..
sedang ym dengan shaifullah walaupun hp berada di telinga..
baik talk to the phone je..
tp kenape nak ym lg..
hehe..
xpe..
sayang..
hehe..
tiba2 nak cerita pasal horoscope.
aku scorpio..
dan horoscope aku mengatakan
dont let anyone take emotional advantage of you..
especially if some one u met recently ..
avoid trying to impress and be sorry..

emm macam ada terkena sikit..
hehe.

takut pulah marah..
tapi nak cerita jgk..
exbf aku time sekolah dulu tiba pulak call menyuarakan kesedihannya kerana ditinggalkan kekasihnya dan meminta maaf kepada aku atas kesalahannya yang dulu, dia kata aku ni baik la..
apala..
hello..
semua benda dah lama..
aku dah lupa and dah lama maafkan pun..
aku pun buat2 prihatin dan bagi sedikit tips untuk memujuk awekznya..
dia kata lagi..
"awak ni baik sangat.."
eh..cukupla ayat tu cik fauzi..
dah lapuk n kurang sesuai digunakan..
dah 3 thn x contact..
tiba-tiba contact cakap macam tu..
thanks atas pujian anda but no thanks..
hehe..
dia tanya lagi..
"awak rasa kita ada jodoh x?"
"huh..kenapa tanya?"aku tanya balik..
apa punya soalan ni..
tak sesuai diajukan kepada aku la..

aku cakap dalam hati..
"tak dela..kita ni macam ada jodoh je.."
dia berkata..
hah..yeke, aku tak pernah terfikir pun lps aku break dgn dia dulu..
alamak nak jwb apa..
terus jawab..
"awak, boyfriend orang(dulu2 bercinta bahasakan diri orang..eee..malu..) call la.."
"oh okay2..sory mengganggu"(ayat standard untuk org yg mengharap balasan or jwpn=eh x dela mana ada ganggu pun)
terus letak..
lega!

((:

Thursday, February 19, 2009

saya berkain batik sebelum dihantar ke hospital untuk menerima oksigen
u temankan I time I sakit, tapi I tak dapat nak temankan you..sorry..


bangun tidur basuh baju terus keluar pergi rumah mellow siapkan assignment..
I have done minor issue 1. another 1 left,
pulah told me that the operation will be this 23th
aku ada test time tu..
dia mintak aku temankan dia..
tapi aku bagitahu I ada test sayang..
dia reply hurm...
aku risau..
cuma boleh berdoa dia sembuh dan tak sakit lagi
kesian tengok dia, bila keluar mesti cari tempat duduk..
kadang2 kitaorang dudukje tengah jalan
I hope everything gonna be okay, and back to normal..
I love you

Wednesday, February 18, 2009

Mungkin..not mungkir ((:

Dalam hidup ini kita mesti ada pengorbanan. pengorbanan melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. mengkorbankan masa lapang untuk masa sempit, ada orang mengorbankan bf lama untuk mendapatkan bf baru..hee..mengkorbankan kesenangan untuk kesusahan, mengorbankan kegembiraan untuk kesedihan, mengorbankan kepandaian untuk kebodohan, mengorbankan kemanisan untuk kepahitan, mengorbankan kepahitan untuk ditelan, walaupun ditelan tapi sering kali merasa kepahitannya..mungkin sangat pahit. ada orang berkawan untuk ketawa, ada orang berkawan untuk bersama, ada orang berkawan untuk sengsara, kita selalu fikir orang tak ingat kita, tapi kita ingat ke orang??
mungkin ingat tapi kita susah nak bagitahu kita ingat, maybe boleh cakap kita ingat, tapi kita betul-betul ingat ke..tak kisahla yang penting kita tahu apa yang kita tahu. aku tak percaya people in the middle sebab kadang2 dia la yang mengelirukan kita yang sememangnya sering keliru ni. pernah tak kita terfikir satu hari nanti kita akan hidup sorang2.. makan sorang, berjalan sorang, tidur sorang2..
mungkin ada orang cakap aku tak kisah pun sorang2..tapi dalam jangka masa yang singkat boleh la kata macam tu..mungkin aku dilahirkan untuk sendiri..tapi bukan menyendiri, sometimes i need someone to talk, to share, to love, to cry, to hold..anybody can be..
kegawatan ekonomi mula melanda bukan saja pada negara, tapi pada diri aku. orang ingat aku berduit, mungkin aku berduit, tapi bukannya ada duit.
banyak benda nak fikir. dalam rumah ni nasib baik ada syiling, at least bole pandang.
i miss the moment i have all my friends in front of me..eat and laughing together.
even i did'n care..but i miss them. orang tak tahu, orang cuma boleh ambil tahu..
nampak macam tak kisah dan tak endah kan. hari2 aku cuma bangun tidur, mandi pergi class jogging, and balik rumah tengok tv macam nak telan. buat assignment malas. keluar dengan pulah rajin. i knw everyone have their own problem, same goes to me. i did'n care what people want to say about me..(like padeng said:perception)
i repeat again, i did'n care but only feeling empty without all of them.(:

Wednesday, February 11, 2009

dulu dan kini

"you buat apa ni...senyap ja.tak mesej i pun."
"i dok main poker yang..."
"yaka..u dah makan?"
"i tengah main poker sayang.."
"i tanya u dah makan blum.."
"ye sayang..i dok main poker ni.."

huhuhu...
besh sangat ke poker tu..sampai dia menjadi seorang yang tidak berpijak dibumi yang nyata..
hakikatnya..bila hubungan semakin lama, macam tak berapa nak heran sangatla dengan aku ni..
time mula-mula kenal dulu, nak berak pun kena bagitahu..kalau tak lepas berak mesti banyak misscall and mesej..
itu dulu...

Sunday, February 8, 2009

diam


Diam tidak semestinya tiada suara
diam tidak semestinya tiada kata-kata
diam tidak semestinya suka
diam tidak semestinya terluka
diam tidak semestinya terlupa
diam tidak semestinya sempurna segala-gala
diam hanyalah seketika dan pengubat terbaik bagi segala kedukaan dan persengketaan
mungkin ada orang yang lebih gemar bersuara bagi menegakkan perselisihan tetapi dengan diam mungkin juga dapat menyembunyikan kemelutan daripada bersuara tetapi kelam jalan penyelesaian dan mungkin menambahkan kekusutan.


p/s : try it to see the effectiveness of this formulation.TQ

journal

tengah membuat pencarian journal tentang usage english language among student.
bukan mudah ye kawan2..

Saturday, February 7, 2009

First for everything

sangat pening dengan internet yang slow..
baru nak on9 dah disconnect..
baik guna wireless uitm je..free pun free..
hurmm..

tadi transfer pic baru from my camera..
ada pic kitaorang berniaga selendang kat pasar taman nuri mingu lepas..
hati ni macam tersentuh sangat..
"kak mai beli selendang kak...murah2..."
lelaki yang berbulu lebat ditangan menjerit2 menarik perhatian pelanggan walaupun mereka kurang tertarik..
time tu tak tahu kenapa hati aku ni sebak sangat..rasa pengorbanan dia terlalu besar..
aku tak yakin langsung selendang aku boleh terjual..
tapi dia tetap bersemangat kehulu hilir..
pinjam meja pon..
berlari2 pergi rumah exhusband maklong...
pinjam penyidai baju...
semuanya angkara selendang aku...
aku tak pernah beniaga kat pasar.aku tak ada confident langsung..
orang tanya harga pun terketar2 aku nak jawab..
hurm...
bila kawan-kawan makin ramai bertandang di kedai kitaorang.aku dah tak malu..
actually aku tak malu..cuma segan sebab kat pasar ramai sangat orang..
selalunya aku yang beli selendang..
tapi hari tu aku yang menjual..penjual...
lepas malam tu..aku dan pulah asyik cerita pasal selendang..
buka je mulut mesti pikir selendang..
dia belikan aku buku..
dia ajar aku catat semua..untung, rugi..
"you kena tulis semuanya..barula you boleh tau berapa untung you..modal you berapa.."
pulah membebel..

tapi aku suka..aku suka setiap apa yang keluar dari mulut dia..except kahak
dia adalah diri aku..aku berada sampai tahap macam ni dengan adanya dia dan izin ALLAH juga..
aku terharu dia buat semua ni..
padahal niat aku cuma nak jual kat uitm je..
dia cakap..
tuhan nak buka jalan untuk kita mencari rezeki dengan cara macam tu..
dia tau aku susah sikit sem ni..
kena bayar rumah sewa,minyak kereta...
tapi aku kena usaha sendiri juga..
adik2 aku ramai..
jiji pun duduk rumah sewa..umi kena belikan motor untuk dia..
abang pun dah duduk luar..hari-hari naik tren pergi balik...
aqila dah masuk hostel...
nadia masuk darjah 3..
ilham gemuk pulak dah darjah 1..
budak dua orang tu nak bayar duit bas sekolah diaorang, nak bayar kat orang yang jaga diaorang lagi..belum campur mainan2...baju baru la..nak pergi funfair la hari2..
biasala budak kecik..
tapi itu la yang selalu umi cakap..
"sekarang belanja dah banyak...
ayah pn tak berapa sihat...
kakak jimat2 skit..umi dah bagi kereta jangan selalu keluar.."

ayah pulak pesan
"kakak belajar rajin-rajin...ayah ni tak tahu boleh bertahan sampai bila
kesian kat adik2(nadya n ilham)...
diaorang kecik lagi..tak tahu apa2...
tahu nak minta ps2...dah dapat ps2 nak psp plak..."
ayah senyum je...

sebab tu la kalau aku ada duit, aku mesti ingat budak dua orang tu..
aku sedih kalau ingat diaorang..
diaorang tak macam aku masa kecik2 dulu..minta apa semua dapat.
sekarang semuanya nampak murung..
bila balik rumah semua buat hal sendiri...
aku cuma harap jual selandang ni..
at least aku tak minta duit parents aku walaupun aku tau diaorang boleh bagi..
tapi biarlah untuk adik2 aku yang lain..
lagipun aku dah besar..
tak lama lagi aku pun kena cari duit sendiri lepas habis study ni..
aku sangat bersyukur dengan rezeki yang aku dapat sekarang...
kawan2 yang banyak bagi dorongan dan shaifullah yang bagi aku semangat untuk semua ni..
thankx everyone..
I love them so much...

hai saya berjogging hari ini

padeng mempunyai stamina yang sangat tinggi.