Wednesday, December 30, 2009

coral island


first first kena muka aku dulu kan. nanti uyun kempunan tak ada idea nak meroyan aku. yes itu dia jerawat di dahi. kenapa kau tumbuh di kala ini.

bagi chance kat nadiah interprem jap. gambar dia kan kurang. hee

naik ferry.

weh aku macam mengandung. mana boleh. kumpul duit nak kahwin dulu bak kata kawan2.
uyun mesti suka yang ni. boleh gossipps lebih. (:

aku duduk depan. gila batak sakai jakun peraakk naik van pink.


adik, aku merindui mu. sob sob.

sampai di hotel. turun dari van. ayat skema sorry mood kurang.

walking to the beach.


weh ravi. apasal kau tak naik motor. apasal kau naik bot?
hee


wearing life jacket.
tak perasan ke muka budak ni pucat naik bot. tapi cover buat macam im cool dude


adik bukak mata ke tak time ni?


paling best naik bot. nampak macam biasa tapi huh. baik aku patah balik weh. tapi pengalaman yang menarik. time dia laju, fuh!!


adik and kakak.

jiji with isma. frust maybe sebab tak dapat pergi RTW.

mana tak tumpah kuah kalau ke nasi, nadiah mulut dah pandai nak muncung-muncung. bape kali aku dah sound jangan buat macam tu.

bersama family ayah ngah.




Tak ada yang menarik nak updated sekarang. sebab kalau nak cakap pasal mood bercampur baur macam ABC ada kacang, jagung, laici, susu, gula merah. tapi yang bagus semuanya manis la walaupun sebenarnya manis sangat pun tak elok, sebab bila dah selalu sangat makan yang manis-manis boleh sakit. bila sakit kenalah menghadapi kan. so better kita jangan layan sangat kemanisan tu sebab yang akhir akan wujud kesakitan.


Cuti sekolah adik-adik aku dihabiskan ke pangkor. kesian budak-budak tu tak jalan mana pun. dah nak habis cuti baru pergi melancong. eh melancong ke. boleh la. diaorang bukan main happy lagi. lets check it out the picture i've been taken sepanjang 2 hari di sana. tak lain tak bukan mandi jelah kalau dah ke pangkor. tengok gambar kat atas je lah. nak cerita panjang2 mood bukan ke arah tu, dah nak start belajar balik. maksudnya kena tinggalkan rumah dan tinggalkan katil kesayangan. tilam di rumah adalah tilam terbest sedunia. tak nak balik kedah, nak kat rumah lagi. baring2. tidur bangun lambat. kena berleter, gaduh dengan umi. layan adik-adikku.
wah bakal rindu semua tu. kenapa cepat sangat. ):

Sunday, December 20, 2009

sehari bersama kawan lama tapi bukan uyun (:

Kenapa cepat sangat buat keputusan drastik dan keputusan tu kurang tepat dan bila ia dah terjadi macam yang aku decide, aku menyesal, kan tak elok macam tu. kau ni pika eh pikun, kena ada pendirian. Jangan cepat je nak melantun walaupun kena pantulan kuasa-kuasa aneh di sekeliling. hurm kenapa kes potong rambut pendek tak settle lagi. aku teringat rambut yang aku tinggalkan kat bee cheng semalam. waaaa. aku sayang. 2 tahun aku simpan, aku belai, shampoo, aku beli getah rambut yang comel2 suddently aku kerat macam tu je. sedih balik bila tengok getah2 rambut aku. kenapa aku buat perubahan drastik ha? Tapi perubahan macam kat bawah ni? mesti umi aku tersenyum happy. semoga yang tak betul dapat dibetulkan dan yang terbukak boleh ditutupkan. sebut pasal umi, uyun mesti excited. dia kan peminat tegar umi and aku.
hee. cuma kadang-kadang dugaan datang tak dapat nak tepis. aku kena tingkatkan daya tahan lah lepas ni. AMIN.









Sorry la if picture semua di atas macam lebih kurang sama dan meinnoyingkan sebab aku rasa excited keluar dengan kawan sekolah aku. dia kawan sekolah rendah. we all rapat and selalu gaduh sebab dia kaki buli aku. thanks sudi jemput and hantar aku pulang walaupun kau sesat2 nak ke rumah aku. love U (:

Saturday, December 19, 2009

telajak perahu boleh diundur..





Kenapa hah. memang aku period first day hari ni. tapi macam pelik sangat emosi aku menggila. emm tadi pergi Ikea dengan family aku. lepas tu aku cadangkan umi beli ranting2 kayu letak di ruang tamu, lepas tu umi tak nak, aku terus menangis. kenapa?

Entah, macam gila baby je aku ni. masuk dalam kereta pun aku diam je, rasa dalam hati ni macam kecewa gila kenapa umi sampai hati tak beli ranting tu, padahal ranting tu cantik dan murah. umi memang kejam la..umi memang tak memahami, umi ni suka contra dia punya taste dengan aku..tak nak tegur umi..sedih.. itulah perasaan aku time tu, lepas tu kan, masuk toilet kat ikea tersalah masuk toilet yang tak sediakan paip air, sedar-sedar ada tisu je sebelah aku. alamak gila musim kemarau. terpaksa aku beristinjak guna tisu je. keluar-keluar aku marah semua ahli family aku yang tunggu kat luar, "
lepas ni jangan masuk toilet sini lagii" semua macam pelik je tengok aku. yes, aku meroyan bulan ni agak keterlaluan. lepas tu kena layan adik-adik lagi bila umi pergi solat. macam-macam soalan aku kena jawab. antaranya, kakak..kenapa kakak tak solat? aku jawab aku uzur. adik aku kata mana ada uzur, sihat je, selalunya orang tua yang uzur. aalamak mood saya ni dah lah kurang baik, nanti ada yang tertelan gigi. kakak... nak beli belon, tanya2 rupanya harga belon rm8. ssungguh lah tersedak umi nak bayar. adik ni kan, pergi mana-mana kena beli mainan. Nadiah sebagai kakak yang besar kena mengalah, dia tak beli belon, adik je yang dapat belon. sebelum kau merengek-rengek nak belon baik kau senyap sebelum aku bagi belon gambar tangan.


Dan yang paling gila bila aku ambik keputusan terus ke kedai gunting rambut dan suruh cina tu potong macam ni. adik aku tanya banyak kali ko tak sayang ke weh.. lepas tu tanya lagi, weh sayang la rambut kau, potong sikit je lah.. lepas tu cakap lagi weh betul ke kau nak potong ni, potong depan jelah. tiba je giliran aku nak potong rambut, aku tunjuk gambar contoh rambut yang aku nak, senang je cina tu kerat rambut aku, aku pandang muka adik aku, dia sengih, aku pun sengih. tapi bila balik rumah rasa macam kehilangan. dah tak ada rambut panjang. terus letak status kat fb oh my hair ):

Nak buat macam mana, kena terima lah. kalau menyesal pun bukan rambut boleh sambung balik. tapi terasa, kan besh kalau sesi potong rambut tu hanya mimpi je. oh.

telajak perahu boleh diundur..

Wednesday, December 16, 2009

Hadiah


Hye malam tadi saya bermimpi bermandi manda di air terjun, apabila bangun tidur saya mendapati carpet yang saya baring sudah basah dan hanya mampu membuat muka begini melihat kakak yang baik hati menjemur carpet. UL LA LA..


This is Nadiah's new bicycle look like. suitable for kids which the seat not too high and able for her to carry.


Also suitable for adult who have the problem with their height.


Nadiah with Ilham.

Menangis basikal tu. korang je tak nampak


Nadiah is one of my sister who always get the best result in her examination. Yesterday my umi was bought her a bicycle as a reward for her achievement and score an A's for all papers for the last exam. She will becoming a standard 4 student for next year and I hope she could maintain good result and be successfull in her life. This bicycle basically could be motivate her to improve her ability in academic. for adik, he never get number 1 in the class but good enough when the report card stated that my adik get an A for each subject except agama islam. Its quiet challenging for them when they have to struggle and study more to compete with the others outstanding pupils in their school. I love them much like im a mother for both of these kids. I just want the best for them and would never forget aspired them to learn new things because everyday we'll meet new people and we have to learn new things, by having the knowledge, we would not be blaming and down by stranger.

zaman bertukar zaman

Pic ala-ala pesalah keluar dari mahkamah atas tuduhan mempersendakan nama pikun.



Hye PIKUN kembali lagi.. bagi laluan aku nak emosi cerita pasal kisah dulu.masa cepat berlalu. zaman kelepakan kita sudah tamat. tapi kerana zaman dahulu yang kita tempuh tu lah menjadikan kita manusia zaman sekarang. kan. Zaman dulu tetap dirindui. ):






Zaman hari duit PTPTN keluar. tak payah tunggu sesaat dah pecut pergi penang. duit banyak pa ada hal kan. lepas tu hujung sem makan maggie apa ada hal. alamak deng pasal muka kau jadi cam tu, maybe kau banyak fikir kot. tapi kan mana mean ha, dia selalu miss.

Zaman garu-garu kepala, muncung-muncung mulut bibiaq terjuih.


Zaman Tasha bawak storm dia. semua boleh naik ramai-ramai .

Zaman padeng sayang aku. sekarang dia sayang classmate dia je. balik2 classmate. jelous haku.


Kalau aku ingat time ni macam sedih pun ada. zaman merempat aku bersama pulah, eja dan padeng. kitaorang merempat sebab rumah sewa belum ada elektrik, sampai kan kawan sejati diperlukan untuk memegang lilin bercangkung didepan pintu toilet menunggu rakannya menunaikan hajat. so sweet lah u ni amalina. hahah



Picture2 di atas ialah picture ketika mana zaman manis first time aku makan semeja dan berjalan setanah dengan family pulah. they accept me and treat me like their family. time ni tak boleh lupa sebab aku nervous lah jumpa family dia.


Zaman apabila aku dan mereka rasa besh nya malam-malam ku berbumbungkan langitt..

Zaman bila aku perasan badan aku sangat howt

Zaman aku rasa aku ni muda dan kanak-kanak lagi.

Zaman ni aku tak sedar bahawa cara duduk macam aku tu kurang sopan. sekarang kena la tutup-tutup sikit kedai kopi.

Zaman aku makan nasi tadak hal punya licin.

Zaman kau boleh tonyoh hidung aku bila-bila masa sebab aku seorang yang redha je zaman ni. ;b

Zaman yang kau boleh korek makanan yg tersangkut di celah gigi menggunakan lidah sebab mcd tak sediakan pencungkil gigi.


Zaman ini dipanggil zaman tak kenal maka tak cinta, duduk jauh-jauh sebab tak berapa nak kenal plus muka awak garang sangat dan sangat budget so saya rasa tak ada harapan. ish ko ni. dah dah satgi penuh cbox kau. (:

zaman buat rombongan sendiri bila duit dalam poket dah kering. bye-bye kereta sewa.


Zaman tahap kesabaran tunggu bas yang meninggi dan semua kurus boleh muat seat bustop depan uitm kedah (:


Zaman Pulah handsome gila dimata aku. time ni cinta tengah nak berputik. hee. buat2 tangkap gambar orang lain, padahal korang tak tahu picture siapa yang aku nak sebenarnya.

Zaman pencinta tegar pusat karaoke nyanyian. sorang boleh nyanyi 10 lagu. tiada had.


Apabila zaman semangat ingin kurus menebal dihati kami. Zaman jongging di loji belakang masria. suka sebab tak ada orang nampak kami jongging. sedar-sedar eh pasal ko nampak kurus ni, eh tak ada lah mana ada, semulajadi. sejak bila ntah.


Zaman korang semua sayang aku. celebrate birthday aku yang ke 19 tahun. huhu. thanks you all. tapi lepas tu korang guna peluru telor tembak aku berdas-das sampai kepala aku bengak. tak pe aku dah maafkan dah.


Zaman hari raya semua tukar baju bila dah malam, tapi aku tak, aku lupa bawak baju spear. hee


Bila hari raya semua baju cantik-cantik. Ini zaman emylia jadi syakira.

Zaman berniaga selendang bersama pulah di pasar malam alor star. tak sangka semampu ini

Zaman ada rakan-rakan yang memberi sokongan time aku jual selendang.

Time part 5. zaman class aku dapat lecturer semua nya baik hati.

Zaman bila aku ada satu je selendang ni digunakan satu sem tanpa basuh dan bukak pin dia.

Ini ialah zaman nadya suka buat sign peace dan class bell macam tak memberi erti pada aku sebab aku rasa belajar english macam belajar bahasa perancis.

Zaman ni zaty bespren dengan pulah. hahah.

Zaman lepak dengan yoes. tapi kenapa muka yoes tetiba macam W**** eh tanak sebut, nanti ada yang redha. haha

Zaman pulah kehilangan janggutnya. dan eja semakin suka bermuncung.

Yang ni ialah zaman aku clown. cardigen biru t-shirt peach. lepas tu beg pergi class aku jadikan bag overnite. sebab itu kot ilmu susah nak masuk.


Zaman berbuka puasa di pizza hut.

Zaman yang aku berniat nak tutup kepala tak nak bukak dah tapi gagal juga. salah kan aku weh, jangan salahkan mak aku. (:


Zaman rapat sangat dengan tasha. time ni rambut aku sangat pendek. miss this moment forever.

Zaman aku active turun court main tennis setiap petang bersama rakan-rakan tasha. mana korang sekarang eh. kalau korang terjumpa blog ni aku nak bagitahu, aku ingat je kat korang.


Hanya tinggal beberapa hari sahaja kita semua bakal meninggakan tahun 2009. Dan semestinya tahun yang akan datang ialah tahun 2010 iaitu umur aku 22 tahun dan aku rasa banyak benda sudah ketinggalan di belakang biar pun cuma setahun sahaja saat-saaat manis itu aku lalui. actually bukan saat manis, yang lebih tepat ialah perasaan yang sungguh indah, seronok, bahagia apabila ada dengan kawan-kawan. Tahun 2008 ialah tahun start aku kenal overnite and lepak dengan kawan tak hingat dunia sampai result semua orang merundum teruk time tu. tapi kita enjoy sangat. tak tahu kenapa, walaupun menggunakan kereta sewa abang zaidi gemilang 30 yang condition nya tidak berapa baik itu, kita semua rasa nak senyum gelak ketawa tak henti-henti. tak pernah langsung terlintas kat hati aku ni tentang bahaya nya mengunakan kereta sewa ni sampai ke alor star dan kemudian terus ke penang pula. macam duit yang mak ayah kita bagi tu memang dah khas kan untuk anak-anak dia bergi merayap tak balik2. kadang-kadang sampai dua malam kita overnite, kenapa dengan kita time tu huh? hahah. jawapannya ialah time tu kita baru nak start rasa seronok, berjumpa kawan baru. Dan rasa macam dunia kita yang punya. macam kambing terlepas dari kandang la. Zaman itu sangat aku rindui. sebab bila aku ingat kembali ia sangat berharga kerana disitu tercetusnya cinta pandang pertama. bagi laluan aku nak jiwang kejap. okay dah itu je. And maybe kita nak try something new in our life which we cannot affort to do it when we are at home. betul la kalau duduk rumah memang sporting lah mak bapak korang nak bagi anak-anak dia keluar malam lepas tu pukul 5 or 6 pagi baru balik rumah. padahal bukan peergi mana pun, lepak kat mcd, batu feringgi, lepas tu lepak dekat gurney. itu je pun. kenapa yang rasa seronok gila hah time tu? aish tak dapat nak describe la feeling itu. sebab itu bila aku tengok segelintir kawan-kawan aku time degree ni yang overnite setiap hari tak kira hari apa tu, aku dah agak, mereka mempunyai satu keghairahan yang meluap-luap yang mereka belum pernah lalui sepanjang hidup mereka. aku cuma boleh senyum sebab aku bersyukur zaman itu sudah berlalu buat aku. itu semua dulu. betul. feeling untuk keluar tak mengira waktu itu dah tak wujud dah pada aku. aku macam dah malas sangat nak keluar. dah malas nak ajak-ajak orang keluar. semua nya malas. rasa dah masa untuk spend time with my mum. sebab ayah jarang sangat nak temankan umi pergi mana-mana even kenduri so sekarang ni bila umi ajak teman dia pergikenduri aku rasa berbangga dan puas hati bila dapat temankan dia, at least dia tak adalah pergi sorang-sorang je.

Tapi zaman tu macam sekejap je. dan ia berlalu meninggalkan aku bersama kenangan-kenangan yang setiap detik tu akan buat aku tersenyum sebab aku gembira dan kadang-kadang sedih bila aku rasa diri ni sorang-sorang je kat uitm kedah tu. Dah tak lama dah nak meningkat usia 22 tahun ni. rasa macam dah besar sangat. dah kena membuat perubahan walaupun ia nya sukar. aku nak kan perubahan pada diri aku supaya orang diluar sana tidak memandang buruk pada aku walaupun pada dasarnya mereka bukanlah baik mana pun, aku nak satu semangat yang kuat supaya aku boleh berubah jadi seorang yang boleh bangun menegakkan sesuatu yang salah sebab sebelum ni aku suka mendiamkan diri je. kalau aku jual barang orang ambil dulu barang tapi lepas tu senyap tak bayar pun, aku akan redha. sebab opah aku pesan semuanya ada perkataan "biarlahhh". so benda tu jadikan aku tunduk walaupun sebenarnya aku tak rela ia nya jadi pada diri aku. contonhnya macam hari tu aku beli dadih dekat R&R mana aku tak ingat, lepas aku masuk dalam bas, aku pun semangat bukak dadih jangung tu, sekali bau dia macam susu masam lepas tu fizikal dadih tu macam dah tak elok. aku fikir banyak kali nak tukar ke tak. sebab aku bukan jenis yang kecoh2 ni. lepas tu aku fikir balik, duit aku bayar dadih ni rm1.50 walaupun nilai tak berapa tinggi tapi kalau aku bagitahu dadih ni dah tak elok, aku boleh tukar dengan pau ke, buah potong ke. aku nekad turun dari bas dan bagitahu cashier tu dadih ni tak elok, dan abang cashier tu bagi aku dadih yang lain. aku kerut-kerut dahi je, aku bukak dadih tu depan dia jugak dan aku hidu sebelum aku rasa. wah sama je macam bau tadi. aku pun kata "abang cuba rasa.. saya rasa dadih ni dah tak elok, macam dah lama, kalau makan boleh sakit perut macam mana" abang tu macam rasa kelam kabut lepas dia rasa lepas tu bagi aku duit balik tanpa pandang muka aku yang sebenarnya gelabah ni. aku pun kata aku tak nak duit, aku nak buah. dia pun kata pergilah ambil buah lepas tu dia bagi aku rm1. tak pandang muka aku pun. aku ambil buah lepas tu aku kata kan buah ni rm1.50 kenapa bagi saya duit balik. oh ye ye, tak pandang muka aku lagi. lepas tu aku terus beredar dari kedai abang kurang sopan tu dan naik bas balik.

The moral behind the story is if you never ask others mistake toward you, they'll also might be do not know if there are anything wrong and will keep doing the same mistake which usually could be hurting us. So defenitely express our unsatisfaction or arguing towads other people to stand for our right is really good and now I love people who can tell their unsatisfaction feeling to their friends or relative but its important to use the proper words or may also go through with the nice face and show that you are here really to fix the problem not to make trouble.

Sekarang sekian sahaja identiti dan kisah silam aku time diploma di kedah. aku memang tak baik pun. tapi nak cakap apa. time tu semuanya indah belaka. So lepas ni sila lah menjadi pengkritik setia aku di cbox. yang penting zaman silam telah berlalu. zaman akan datang menanti dengan pelbagai cerita lain. suka dan dukanya belum dapat aku nak pastikan. semoga akan datang lebih baik dari yang lepas lepas.