Tuesday, September 29, 2009

antara angan dan sedar

kejap-kejap, aku kena siapkan assignment dulu, kemudian aku akan rewardkan diri aku dengan menulis luahan hati. sebab aku terlalu adddict bila dah dapat pegang acer ni. kejap ye..
sekejap je..
sabar okay..
kau kena siapkan dulu kerja yang harus disubmit next week..
tapi kena buat awal sebab next week ada 2 test..
sila lah siapkan dulu..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

selepas 3 jam berhempas pulas memerah otak mengarang ayat siaplah marketing plan part aku. siap buat ayat je tak menaip lagi, tak pe, malam ni masih ada masa. biasalah habit student tak boleh dihilangkan, masalah penangguhan buat assignment, tapi kalau penangguhan duit ptptn masuk dalam acc kita marah pulak kan. hee

pertama

so here aku just rasa masa sangat cepat berlalu and aku seakan merasakan ia melintas depan aku macam angin tau. cepat, pantas dan meninggalkan kita dengan pelbagai perkara yang kita tidak menyedari ada perubahan telah berlaku.
mungkin perubahan ke atas rambut kita, perubahan boyfriend, girlfriends and some of our friends also change day by day kan. macam sekarang aku ada penambahan kawan2 baru bila masuk degree. dan aku realise some of my friends dah tukar bf dan ada yang tak ada bf pun dah ada bf. okay..itu in term of boyfriends, in term of perangai attitudes and character lain pulak..
dan macam2 lagi perubahan kita yang kita tak sedari.

aku sedar hari semakin laju. masa 24 hour tu macam 2 jam je. tak cukup, dan macam madam Alauyah kata, if we got 34 hours, do u think its enough for you?? and aku macam biasa dalam hati je jawab.. tak..tak akan cukup.

yes..firts of all aku happy dengan hubungan baru nur fatin nadia dengan afiq othman. so hopefuly they will achieve what they need and want in their life by both party. because both of them has fail in the previous relationship with both partner. okay jgn cakap lebih2 nanti kena HENTAM. hee. so I doakan U bahagia ke akhir hayat. kita dah nak mencecah 22 next year, so I think it is the rite time to spend your time and moment with somebody who really appreciate and honest with u..and please accept your partner for who they are. tak kisahlah gemuk, kurus, hitam putih, kerinting or lurus, its does't matter babe. the important is how You treat partner and how are you be treated by he or she. itu sahaja. try to understand and be toleranted and also be apologise and also and many-many also you should apply in the new relationship. it is the beginning process to know each other. macam fatin suka cakap, "share the best with the best" haaa..
its the rite words..

and for those who are still in the single title. sabar. ada hikmah disebalik kesingglelan anda. banyak sangat hikmah. tak nak comment byk2 sebab I pun tak perfect plus I tak nak orang kata I ni pandai nasihat orang tapi I pun buat kan.
(eja sila jangan terasa sgt: kisah jalil dulu2). study first. and bila korang dah berjaya dan maintain baru jodoh akan datang dengan perlahan2. ehem2..

and untuk kawan2 yang baru putus cinta, ayat biasa yang biasa sgt digunakan ialah bersabar.
dia mungkin bukan untuk anda. jalani kehidupan seperti biasa kerana kebahagiaan akan datang dengan menikmati setiap saat dalam kehidupan.

dan kepada yang dah lama menjalani kehidupan bersama yang tersayang, cuba pertahankan hubungan. jangan ego dan pendek akal. ini aku tujukan pada diri aku jugak. aku tak nak tukar partner lagi. kalau diizinkan tuhan biarlah dia sahaja sampai bila2. peritlah berputus cinta ni kan. so jagalah hubungan yang ada ni dan hargailah orang yang menghargai kita rather than keep pretend people or friends yang nak take for granted to us. jangan sila pilih kawan. sekali lagi pls terasa sesiapa yang deserve for it. kawan mmg ramai. tapi nak cari yang betul2 boleh terima kita dan bukan kawan dengan kita for other purpose SUSAH.

kedua

dalam perjalanan masa yang cepat aku tak sedar aku dah lama sangat tak contact and keep in touch dengan rakan2 yang dulunya banyak tolong aku. kawan2 yang selalu bawak aku keluar jalan2. selalu calm kan aku bila aku gaduh dengan cinta monyet aku. kawan2 yang selalu bawak aku pergi mandi manda bersuka ria. mereka ialah nizam dan mamat. dua2 dah 23 tahun. dan aku selalu lupa birthday dorang dan mereka tak pernah lupa untuk wish birthday aku. sangat sedih sapa dapat kawan macam aku yang mmg susah nak ingat tarikh birthday orang. hmm..
hari tu nizzam calll dia kata "oh kau tukar number tak bagitahu ek, aku ni tertnya2 kenaapa msg tak delived pa suma" time tu aku mcm ternganga dan tepuk dahi kejap. alamak aku lupa. actually words lupa itu menyakitkan so aku gantikan dengan ayat "aku dah send number baru aku tapi maybe line tak okay time tu, kau tak dapat kot" senyum sorang2..
sorry rakan2 lama. aku tak berniat nak lupakan korang. maybe masing2 ada commitment. betullah kata mamat, aku akan cari dorang bila aku sesat jalan. lawak jugak kalau ingat, setiap kali aku sesat jalan kat KL or nak cari jalan kan, aku akan terus teringat nama mamat dalam otak aku dan aku akan call dia...
sampaikan suatu hari aku call dia sebab nak bagi borang kerja pada dia sebab dia pun belum dapat kerja tetap.. belum sempat aku cakap pape dia dah tanya "ko sesat kat mana pulak ni"
time tu nak kecik hati pun ada tapi tak bolehlah sebab mmg salah aku. so aku admit..
alah...korang pun dah busy dengan hal masing2 kan,
sorang lagi yang aku rasa sangat tergamak aku telah melupakan ialah tasha. dulu bukan main rapat kan eja? emm aku sebenarnya nak hang out dengan dia, jumpa datang rumah. tapi hari2 ada class and weekend pun ada hal, emm makin lama kita pun makin jauh dan u pun dah ada kwan lain. nanti next sem U dah tak ada I mesti lagilah langsung tak jumpa U, bila lah agaknya kan. tasha kawan yang baik. walaupun first perception aku masa tak kenal dia dulu teruk, tapi bila dah kenal, dia okay sebenarnya. sangat okay. dia adalh teman diet aku. berkongsi idea tentang kolestrol, berat badan terkini dan sapa lagi banyak work out hari2..hee..
I akan terus ingat gelagat U makan tasha, sebab U adalah satu2nya mempunyai cara makan dalam berjuta. sebab tu I sayang u
heee

dan satu lagi, tentang kak warda. seorang yang agak close dengan aku. aku ulang, SANGAT CLOSE. which someone I can share and talk everything to. and shes like my advisor when im in delemma .tapi lepas kahwin dengan cousin aku dia dah tak macam dulu. okay tak apa, aku sekali lagi memahami keadaan, dia dah ada khalif danish yang mencecah 4 bulan. dan sekarang dia pun buat part time lecturer besides be the executive in business development department in PROTON. so kena jadikan dia role model sebab dia baru 23 tp dah ada kerja tetap dan ada sebuah family. bila aku call dia selalu tak angkat, okay aku tak berapa terasa, tapi bila dia ada depan mata aku, dia sibuk salin pampers, tukar baju baby,bagi susu and right paper student dia, aku dah rasa sekarang semua dah berubah, dia dah tak duduk dekat2 dengan aku dan tanya hows study? hows boyfriends? dia dah tak begitu. even senyuman nya sangat mahal. kurangkan senyuman untuk jimatkan tenaga kot. hee.. tak apalah. people change, I just want u to know I miss my kak warda...)):


Monday, September 28, 2009

saya loss in the end of this semestar



Gambar dibawah nampak bahagia dan bersuka ria. mulutt boleh terbuka luas tersenyum, tersengih dan meerenyeh. tapi itu 2 minggu yang lepas ketika excited nak menyambut ketibaan syawal..tapi selepas pulang dari berhari raya aku tak tahu kenaapa aku rasa macam miss something. aku rasa jalan sorang2. tak ada sesiapa dalam class dan hanya aku je yang ada. aku termenung tanpa aku sedari. aku kurang bercakap dan bersuara. aku rasa malas, aku rasa sangat teruk dengan result qmt aku. semua macam teror2 tapi aku. dan aku start rasa aku tak layak nak ambik degree. sebbabb masa raya ke 3 kawan2 lama aku datang rumah dan semua dah habis study. tapii dorang habis diploma dan terus dapat kerja. ada yang jadi guru sandaran. lepas tu ada yang jadi penolong x-ray la kan. lepas tu semua tanya aku sekarang buat apa. aku cakap aku sambung lagi. "ya Allah rajinnya kau, aku mmg dah tak larat, cukuplah diploma je. ni pun dah dapat kerja okaylah" yang lain pula bersuara..."Aku malas lah nak susahkan parents aku, aku kerja jelah, malas nak sambung, tapi aku dapat sambung sebenarnya(eceeeh ayatnak jugak menggebang hang tu hebat)" dan aku start berfikir dan mula melihat masyarakat sekitar aku. ayah, umi, adik2 5 orang. rumah aku yang dikatakan besar oleh rakan2 ku. kereta besar yang menjadi bebanan ayah, kereta aku, kereta umi, kereta jiji, motor, basikal adik. semua itu memerlukan wang dan ringgit kan. dan aku start calculate perbelanjaan aku. bulan lepas mula2 ayah bagi rm300 masa aku nak balik sini, lepas tu tak sampai seminnggu ayah dah call tanya ada duit ke tak. aku yang sangat memerlukan ni pun jawablah tak ada, ayah masukkan lagi rm300 . dan minggu seterusnya aku mengeluarkan duit simpanan aku rm200 sebab aku tak mahu menyusahkan ayah. dan sebelum raya aku pinjam duit adik aku, jiji, sebab nak beli tiket dan baju raya. wowwww... banyak jugak aku spend kan. banyak weh, serius, aku rasa rm1000 tu macam rm10 je. sekejap bolah habis. aku pun tak pasti apa aku dah buat dengan duit2 tu. yang pasti aku bukanlah seorang yang boros. dan aku dah buang tabiat shopping bundle setelah bundle di semeling tu tutup. apa lagi yang aku dah buat. hmmm akhirnya aku temui jawapannya. aku perlu bayar brondband rm100. bil celcom rm50, sewa rumah campur api air rm100. minyak dan makan mungkinlah rm 100 seminggu. tak campur dengan print assignment dan pergi buat research semua tu guna duit kan. secara tak lagsung aku rasa dah banyak menyusahkan ayah. hmm..

dan kerana result qmt aku yang tak berapa nak memberansangkan itu aku dah start rasa aku sangat looser. aku study. tapi macam mana result boleh jadi takat tu je ek. memanglah lulus, tapi tak mencapai target aku. yes aku kecewa. setelah kecewa dengan rumahtangga mak ayah aku time raya hari tu aku kemudian kecewa dengan result test aku. bak kata ayah, bendera jawa dengan bendera melayu memang tak boleh ngam. dalam hati aku menjawab, kalau dah tahu tak boleh ngam dengan bendera jawa, kenapa nak join venture jugak dan terhasilnya kami berenam ini ke buktinya bendera kamu berdua tak boleh ngam. hmm sakit otak oh kalau fikir masalah ayah dengan mak aku. dan aku ambik keputusan pulang ke s.p awal.
dahlah Biarkan mereka. maklumlah dah masuk zon veteran ni. semua tak kena, masa mula2 kahwin bercinta dikau lah jantung, kantung, puntung hatiku. sekarang ni kalau selisih bahu pun macam terpegang najis muqallazoh je, macam lah kena samak.
sedih weh..


maybe cerita time raya memberi effect pada aku sekarang ni. dahla tamau fikir jauh2. aku duduk sini jarang tengok pergaduhan mulut so okaylah. tak sakit jiwa sangatlah..
sekarang ni cuma aku tak tahu kenapa aku rasa tak ada semangat dan malas.
itu je perasaan aku sekarang.
dan aku dah start fikir nak kerja. aku fikir boleh ke aku teruskan study ni. berbaloi ke investment umi dengan ayah aku menghantar aku belajar tappi kalau result tak okay macam mana.
)):::







Thursday, September 17, 2009

saya excited nak balik rumah...

SEKARANG BOLEH SENYUM KEPUASAN AKU DAH NAK BALIK RUMAH MALAM NI..





Beberapa hari di alor star pelbagai ragam manusia dan aksi kawan2 tersayang ((:


fatin rileks okay I tahu u MODEL pakaian syikin...heee

Ini pasangan tasya dan ayie mmg bahagia sebab tasya ada kereta baru yang plastic sit tak bukak lagi ..hee

yang ni manusia pelik.

manusia pelik II. Dengan aksi yang lebih padahal bunga api dah terpadam. takpe, boleh jugak kan nak bergambar..

berhati2 mencucuk bunga api takot2 meletop..

sebelum balik rumah macam biasa saya akan merempatkan diri saya, bukan merempit ya. cuma merempat di rumah fatin dan malam kedua di rumah pulah. sorry kepada kalian semua. saya tidak berniat, dan terima kasih pada fatin sebab selalu tumpangkan saya di rumah beliau. ssaya sangat rindu kepada family sehingga menitiskan air mata bila terdengar lagu raya sorang2 dalam kereta. saaya terfikir, selalunya waktu2 begini saya sedang membuat kuih dirumah ataupun keluar membeli belah dengan umi. setiap tahun aku akan temankan umi pergi kedai bunga dan aku akan tolong bawak bunga banyak2. macam ayah kata.."macam mana lah rumah ni tak byk nyamuk, bunga banyak sangat"hee..

dan kesedihan akan berakhir malam ni sebab dah nak gerak balik, tak tahu lah kalau orang lain yang sedih pulak lepas ni.hee.. yang jelas raya setiap tahun makin tak best sebab dah tak duduk rumah, dah tak buat semua yang aku buat kat rumah dulu. dah tak buka posa dengan family. hmmm...semuanya dah berubah. tahun ni simple je tak beli apa sangat pun. cuma baju je.

kawan-kawan semua. saya nak ucapkan selamat hari raaya . dan maaf zahir batin sekiranya ada tersalah kata mahupun tingkah laku yang terover, gelak tersembur menyembur, maki tersengaja ataupun jelingan yang termenggoda ke. harap dimaafi. saya pun macam tu..dengan besar hati memaafkan kesalahan anda kalian semua pada saya mahupun besar atau kecil. yang penting raya ni jemputlah datang ke rumah saya pada mereka yang sudi.
assalamualaikum.
dan
selamat hari raya.
OOOOOooooooo baaalikk kampung..
OOOooooOOOO balik kampung...
hati girang..

((:

Monday, September 14, 2009

mums...

Umi bersama ilham malik, nurul nadiah dan rakan2 mereka dibelakang.



adik2 yang kadang2 annoying tapi mereka adalah tanggungjawab saya..
dan saya sayang sangat mereka.


Umi, raya dah dekat. tahun ni tak dapat balik raya awal sebab cuti pun sekejap je. dan tiket raya habis. yang ada pun tinggal 18 hrbln malam. so kakak naik bas malam la. sampai pagi dan esoknya dah raya. tahun ni kakak tak sempat nak buat kuih raya banyak2 macam tahun2 yang lepas. jiji kata umi dah beli bahan buat kuih. tunggu kakak balik buat je. kakak tak janji boleh buat ke tak sebab masa dah suntuk tapi kakak try jugak...


umi, perasan tak tahun ni first time kakak pos kad raya pada umi. umi tahu tak kenapa? sebab kakak rasa rindu pada umi. kakak rasa semakin dekat dengan umi. kita dah jarang gaduh sebab kakak pun dah duduk jauh dan kalau kakak balik rumah pun, kakak dah tak keluar malam. kakak dah tak pakai baju yang umi tak suka, kakak dah tak pakai short dalam rumah, sebab kakak tahu umi tak suka dan kakak tak nak buat umi marah. kakak tahu bila umi marah dan berleter kakak akan melawan dan buat umi sakit hati. so lebih baik kakak avoid.

Umi, kakak selalu bayangkan kita akan dapat tangkap gambar sama2 bila time raya, pakai baju raya sedondon macam family orang lain. tapi kakak sedar umi selalu busy pagi raya. malam raya kita dah gerak balik rumah opah dan rumah nenek so bila masa untuk semua tu kan. tapi kakak mmg teringin sangat.

Umi, dulu kan time kakak kecik2, kakak tak suka umi. kakak selalu compare umi dengan mak orang lain. mak orang lain bagi anak dorang bangun lambat time cuti, tapi kakak dah kena bangun pagi2. dah kena tolong bagi adik sarapan, dah kena tolong sidai baju. kakak tak suka semua tu. kakak selalu tertanya2 kenapa umi selalu mengamuk bila kakak tidur atas katil siang2 hari. umi suruh kakak tidur kat lantai je. kakak selalu tanya kawan2 kakak mak dorang macam tu ke. dorang kata tak pun. dan dorang pelik kenapa umi macam tu ye? dan kakak selalu nampak mak kawan2 kakak selalu cium dorang sebelum dorang nak turun dari kereta depan sekolah. tapi kenapa umi tak buat macam tu pada kakak. kakak selalu tengking2 umi bila umi tengking kakak dan kakak tanya kawan2 kakak dorang pernah tengking mak dorang tak, dorang kata tak pernah, tak berani, kenapa kakak macam tu ye...
dan sekarang kakak sedar. terima kasih umi. sebab ajar kakak semua tu. ajar kakak buat kerja rumah dari kakak kecik lagi. ajar kakak jadi seorang kakak yang bertanggungjawab pada 5 orang adik kakak. terima kasih bagi kakak adik yang ramai. terima kasih kerana tak biarkan kakak jadi seorang yang pemalas.
dan sekarang kakak juga faham kenapa kakak tak boleh tidur atas katil siang2..sebabnya umi nak ajar supaya katil dibilik sentiasa tegang je cadarnya. kakak faham kenapa umi jarang dan tak pernah nak peluk, cium or tunjukkan kasih sayang umi pada kakak. sebab kakak ramai adik dan tumpuan hanya pada adik2. kakak maafkan kesalahan umi pada kakak yang selama ni kakak pendam walaupun umi tak pernah minta maaf. kakak janggal nak kata sayang pada umi sebab umi tak pernah ajar semua tu. tapi sekarang kakak sebagai anak tak salahkan nak mulakan semua tu?

Dulu kakak tak suka bila orang cakap muka kakak macam umi. kakak selalu kata muka kakak macam ayah, macam opah. sebab opah yang jaga kakak, sebab opah dengan atuk yang jaga kakak. sebab dorang tak pernah nak marah2 macam umi. dorang tak pernah pukul2 kakak macam umi. sebab dorang selalu buatkan air milo sebelum tidur. tak macam umi, selalu kata dah besar jangan nak ngada2. kakak tak suka bila umi cakap kakak mengada2. sebab dulu masa duduk dengan opah and atuk, sebelum tidur mesti ada air milo dan selalu atuk akan cerita kisah2 dongeng la sampai kakak tidur. tapi bila duduk dengan umi, kakak tidur paling jauh. umi tidur dengan adik2. malam2 kakak menangis. kalau umi nakambil kakak dari atuk dan jaga kakak kenapa umi selalu marah2 dan cubit kakak. kakak tak suka umi.
tapi skarang kakak dah sedar. Umi nak didik kakak sendiri. umi tak nak kakak dimanjakan. umi nak kakak jadi sebahagian dari keluarga kakak walaupun kasih sayang umi dah kurang sebab umi tak jaga kakak dari kecil. terima kasih umi, kalau umi tak ambik kakak dulu, mesti kakak tak rapat dengan adik2, yang selama ni kakak pandang musuh je sebab selalu je menyusahkan..nak kena tukar pampers, nak kena buatkan susu, nak kena pergi hantar rumah asuhan dorang. sebahagian tanggungjawab umi adalah tanggungjawab kakak jugak.

Umi, tahu tak setiap kali kita gadoh, kakak akan balik rumah opah. dan atuk selalu nasihatkan macam2 pada kakak. dan opah jugak. dia macam tahu je bila kakak tengah ada masalah tau. satu dari nasihat dia yang kakak ingat ialah. mak ayah kita ada sorang tu jelah dalam dunia ni, kawan2 kita boleh cari. kalau apa2 jadi pada kita, mak ayah jugak akan jaga kita. ingat tu je. jangan sekali2 lebihkan orang lain dari ibu bapa sendiri. terima kasih opah. dan bila atuk dah tak ada, kakak rasa lagi lemah. sebab atuk jelah tempat kakak nak mengadu pasal umi. kakak dah macam tak ada tempat nak stand. sapa lagi nak backup kakak kalau umi marah2..ayah selalu tak ada kat rumah dan dia tak faham apa yang kakak rasa dan selalu saalahkan kakak balik.

Umi, kakak pernah bagi surat luahan perasaan kakak pada umi. puncanya kita bergaduh. dan kakak tak balik rumah, tidur rumah yani, rumah yani tu dekat je dengan rumah kita. umi marah sangat dan kita tak bertegur selaama seminggu. dalam surat tu kakak tulis, kadang2 kalau umi salah, umi tak pernah nak minta maaf pada kakak. umi tak pernah respect apa yang kakak suka. contoh kalau umi suka baju color merah, baju raya kakak 4 pasang akan color merah. no objection..tapi bila selepas 2 minggu kita tak ada perubahan. kakak try cek balik surat yang kaakak bagi atas meja bilik umi. surat tu masih seperti biasa. gam disampul masih elok dan belum terbuka. umi tak baca pun.
kaakak sedar kembali. umi sangat sibuk menguruskan kami 6 beradik dan seorang suami. tanpa maid....
dan kadang2 umi tertidur dimeja makan dan tersedar bila azan subuh. owh umi terlena tak sempat nak kejutkan semua sahur, tapi lauk dah siap masak. umi takut umi tak bangun masak untuk sahur, jadi umi pun tak tidur dari malam..
umi..umi...

umi sedar tak kakak dah 21 tahun. umi pun dah 47 tahun. kakak nak minta maaf setelah bayak sungguh kesalahan kakak pada umi. selalu cerita dan luahkan perasaan kakak pada kawan2 tentang umi. sampai kan hari tu terjumpa kawan lama sekolah dia tanya "pika,ko gaduh lagi tak dengan mak ko sekarang?"
time tu macam nak gelak pun ada. rupanya dulu kakak selalu cerita pasal umi pada dorang. kakak pun lupa.
Umi, kakak minta maaf selalu tipu umi, kakak minta maaf selalu buat umi meenangis..maacam tu jugak kakak selalu menangis sebab umi.
sekrang kakak suka sangat kalau orang kata muka kita sama. sebab umi yang lahirkan kakak. bukan ayah, bukan opah dan bukan atuk. kakak terima semua yang pernah jadi dulu. kakak halalkan apa yang umi pernah buat pada kakak dulu walaupun tangan kakak pernah lebam dan terseliuh. kakak dah tak salahkan umi.semua sebab kakak yang nakal...


umi..selamat hari raya, maaf zahir dan batin. terima kasih besarkan kakak sampai kakak jadi manusia berguna sekarang. terima kasih sebab tak putus2 mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kakak. terima kasih sebab tak pernah lupa bertanya kakak dah sembahyang belum walaupun kadang2 kakak tak suka. terima kasih selalu ingatkan kakak benda kebaikan.
terima kasih sebab sudi tanya alamat rumah sewa kakak sebab umi kata nak isi borang. padahal kakak tahu umi nak balas kad raya kakak kan. kakak minta maaf tak pernah nak luahkan sayang ataupun maaf dari mulut sendiri sebab umi tak pernah treat kakak macam tu. umi cuma buat pada adik2 je...
lastly terima kasih sebab bersusah payah melahirkan kakak...
kakak sayang umi.
((:

Friday, September 11, 2009

Dalam Uitm pun ada penjenayah

Apakah perasaan anda sekiranya anda baru lepas memwidraw duit dari ATM sebanyak rm200 depan Uitm dan anda un pergi ke library. anda terlupa nak bawak masuk wallet dalam library. anda tinggalkan wallet dalam beg anda ditempat letak beg student perempuan. dan tidak sampai 5 minit anda ambil buku untuk dipinjam dari library anda pun keluar dan mendapati wallet anda telah tiada dalam beg tersebut.

dan pihak library memberitahu bahawa pada minggu ni telah ada 3 kejadian kecurian dlam tempat letak beg student perempuan yar tuan2 dan puan2.. buka tempat beg student lelaki. ada juga segelintir yang berperangai buruk. kesianlah pada sesama kaum. mungkin anda tak tahu background wallet orang yang anda curi barang mereka itu mungkin salah seorang anak yatim piatu. yang cuma ada wang itu untuk digunakan membeli keperluan sebelum hari raya.
ish2 tarik nafas panjang je aku. takpelah eja pun dah kata maybe tak ada rezeki dia. ayat biasa dia ialah learn from mistake. kalau tak jadi tak akan beringat.

yes eja seorang yang positive wallet hilang masih mampu tersenyum dan tergelak walaupun saya tahu anda sangat kecewa..

kepada semua geng2 pencuri tu kan. anda fikirlah dan letakkan diri anda ditempat orang yang kehilangan. mungkin suatu hari nanti akan akan kehilangan benda yang paling berharga pada diri anda contohnya tangan anda ke kan. haaa... macam mana. kalau tak hilang tangan maybe hilang harga diri.

Wednesday, September 9, 2009

alhamdulillah...

Last sekali aku rasa aku dipuji masa part 2. subject marketing bila aku dapat test tinggi dalam class. time tu test2. hee walaupun kurang pandai, tapi boleh gagah la untuk subject marketing kan. aku kan suka memasak, so anggap je semua subject boleh digoreng. hee

and sebenarnya aku nak jadikan kejadian time presentation public speaking tadi sebagai pengajaran pada aku. aku dah prepared semuanya awal. dah bercakap depan cermin hampir setiap malam, slide pun dah refer pada lecturer than madam Alauyah kata okay, it might be interesting topic if U deliver it well. dan dengan semangat yang penuh jitu di dada sanubari setelah tibanya giliran aku membuat presentationn..
aku pun.."Assalamualaikum..my name iis nurafiqah bt zainuddin..".sengih2 jap..pandang semua orang depan aku.."how are U today? do U feel great today? do U satisfied with ur apperance?"dan kawan2 dalam class jawab yESSSSSS...yARRRRR.. dan sama waktu dengannya...
"I am interesting to sharing something with U...do you interested with me??"
Macam biasa kawan-kawan akan jawab YeSSSSSSSSSS...
aku pun tekan lah slide show...
JENG JENG JENG..
alah tak boleh bukak..siasatan dijalankan. dan rupanya aku save dalam microsoft 2007 dan laptop dalam class tu ialah microsoft 2003..
terus pandang muka madam kat belakang dia senyum...
dan aku pun dengan redha start my speaking without the slide that I hav been prepared for 2 week before which I hope I can refer the slide and my presentation will be better with the slide tapi malang..tak apa..
and lastnya..
okay that it for today...
aku pun nak kuarkan lah pendrive aku dari pc..
tetiba puan cakap..
"Afiqah can U just show the picture or any other backup picture that U wanna show related to your topic?"
dan dengan kuasa Allah aku teringat material reserch aku dalam pendrive tu kan.
sengih balik weh..
aku pun tunjuk dan bagi explaination skit..
lepas semua dah habis present sebelum semua keluar kan...
madam kata the" well presenter is the plastic surgery tadi.."
Aku ulang.the well presenter^
dan aku..
Woowwwwwww...
ALHAMDULILLAH.........................
biar betik wei..
nasib baik dapat kawal kekembangan hidung..
thank you madam..
dan eja..
tak rugi kita practise banyak2 kali sebelum pergi class kan darling
U such a supportive friend..
I love U..

Tuesday, September 8, 2009

Misunderstood@Miscommunication

KEDAH VS SELANGOR

There are many different words use by people live in kedah and me, the anak jati selangor. tadi totally differ babe.contohnya macam..

pulah: you bberbuka apa hari ni?
pika: I beli kuih tadi kat bazar depan ni.
pulah: oh kuih apa you..
pika: kuih keria..
pulah: oh coqq keriaa..
pika: bukan coqq keria, I beli kuih keria..
pulah: yelah coqq keria la tu..
pika: mana ada coqq- coqq you..I beli kuih keria yang biasa tu macam donut tu tapi buat dari ubi..
pulah: yelah..betol la tu ingat I tak tahu ke..
pika: jerit memenggil shira housemate "shira!!orang kedah panggil kuih keria tu coqq keria ke?"
shira angguk2..
shira: kenapa pika>
pika:tak ada apa..senyum je
pika: you..you.. betul la..I beli coqq keria tadi..
pulah: diiam seketika.."sayang oi, I ni buka orang kedah ke.."


('_')so sorry I Tak habis menuntut loghat kedah lagi..kuwang kuwang.
p/s: ingatkan coqq keria tu mcm coqq udang ke, coqq badak ke..ada la jugak sama dengan orang selangor panggil cucur kan..bwekkk

Sunday, September 6, 2009

)):



kalaulah orang faham apa yang kita lalui, apa yang kita rasai dan selami kan best. dan tidak hanya berkata "aku fhm perasaan ko, or I terpaksa terima apa yang jadi sekarang ni" yes this is decision what I took frm the two option. thanks god coz deliver me in the right lane and I have to manage it hardly otherwise just leave it. that all. aku tak minta jadi rajin, aku tak minta jadi seorang yang dipandang sebagai punctual dan berdidikasi. tapi Alhamdulillah aku dikurniakan itu atas pengaruh makhluk sekeliling, dan perubahan ini memerlukan masa. saya harap awak faham walaupun selalu merungut saya selalu tidur awal, dan selalu marah2. saya minta maaf, tekaan kerja terlalu banyak. dan saya belum biasa dengan situasi ini. saya harap awak bersabar ataupun awak boleh berikan ruang untuk diri awak untuk tidak dimarahi dan diabaikan oleh seorang yang tak tahu menilai kesabaran awak. awak boleh pilih jalan awak kalau awak mahu, saya buntu dengan situasi ni, atau mungkin ada yang lebih elok untuk dilayan dan disayang. just go on. dont return back. like what I said before, I am tired to be there.
SO SORRY AGAIN.

Friday, September 4, 2009

just follow the flow




Aktiviti semalam yang penuh penghayatan. dah lama tak dengar ceramah-ceramah macam ni. dan apa yang disampaikan tu buat aku termenung seketika dan memikirkan segala masalah yang aku lalui sekarang dan mengapply kan benda ni untuk menghadapi hari-hari mendatang yang tentunya semakin rumit untuk diungkapkan dengan kata2. masalah dalaman yang tak dapat kita nak luahkan, sebenarnya ia bukanlah masalah sangat tapi bila kehidupan semakin sibuk, semua nak kena buat dan timbullah perasaan pressure dan tension maka kerana air mineral di rumah habis dan pergi ke kedai, dan kedai pula tutup dah boleh membuatkan aku rasa macam nak saman je kedai runcit kat lembah bujang ni sebab suka bukak lambat.
apa yang aku dapat aku nak sangat kongsi dengan korang.

TANDA ORANG YANG GAGAL

(1) susah tidur malam payah bangun pagi. yes itulah antara rahsia kegagalan aku dalam menyempurnakan paper test cb sebab aku tak ada time management yang sempurna dan buatkan aku kadang2 terjaga pada ppukul 8.40 pagi padahal class start pukul 8.00. aku selalu tidur lambat, so start dari sekarang aku akan try buat jadual. jam 12 dah kena tidur dan jangan layan perasaan nak on9 aataupu perasaan nak cerita semu benda dalam blog ni.

(2) Takut salah dan tak berani mencuba-that what I realize when I have to present, I worried people will laugh at me because of my broken english or wrong pronounciation contohnya macam "gucci" tapi classmate sebut "gacci". adakah kita patut ketaawa ila benda ni berlaku depan mata anda. dan aku ketawa, aku salah. tapi aku tak pernah berniat. dan sekarang bila aku fikir balik, kalau kita tak salah kita tak akan sedar. dan kalau orang tegur kita tu maksudnya kita betul2 salah dan terima la dengan hati terbuka sebab orang yang menilai kita. dan orang tegur sebab dia sayang dan tak mahu kita terus tersilap.thank you

-tak bawa payung, hujan disalahkan. membawa maksud kesalahan sendiri tapi jari sendiri jugalah yang menuding ke arah orang lain. salah kita yang tak siapkan assignment, tapi salahkan lecturer bagi assignment banyak2. ataupun salah sendiri sebab suka mengata orang, tapi bila dah terbongkar kita salahkan orang lain. okay people learn from mistake. take it as a lesson forever and ever. ((:

(3) hati kotor, dan penuh hasad dengki. emm yang ni tak nak ulas panjang2 sebab bakal menyinggung perasaan sesetengah pihak. hee sapa makan cili sila terasa pedas sekarang.

(4) Tak pandai berkomunikasi. haa yang ni sangat aku nak mengulas, sila faham bahasa orang itu dahulu sebelum menilainya. contoh yang boleh diberi disini ialah " you, (ceh tak nak start dgn nama nanti melantun) boleh tolong buang sampah tak sebab last week kitaorang dah buang, gilir2 lah..boleh tak boleh tak.." (lembah lembut tau) dan jawapan yang diberi "oh nantilah" hurm sungguh tak faham soalan betul makhluk sama jenis ini. hehe tak pe. nanti tu mungkin esok, tapi kalau tak esok jugak macam mana, sampah tu bukan semakin wangi kan. dan sampah itu mungkin akan berkulat dan bersemut sedaifnya di dapur selama "nanti" seminggu tu dan akhirnya yang bertanya juga yang menjalankan tanggungjawab tu. Ini contoh terbaiklah setakat ni. Opah kan, dia setiap hari dia buang sampah tak pernah merungut pun walaupun dalam rumah tu ada menentu2 dia. dia jugak yang kena jaga cucu2 dia walaupun dia dah tua nak jalan pun sakit lutut. maybe dia seorang yang sangat mementingkan komunikasi sebab tu dia disayangi semua orang terutama anak dan jiran setaman nya. nanti balik nak minta pendapat opah. ((:

Dan kalau ada tanda gagal mestilah ada petua nak berjaya dan hati tenang selalu.

(1) Allah pernah menjanjikan sekiranya kita memberi sesuatu kepada seseorang (benda yg baik) nescaya kamu akan mendapat lebih dari apa yang kamu berikan. contohnya kalau eja berusaha ajar aku qmt kan, nescaya dia akan dapat lebih dari apa yang dia ajar. ('_")

(2) Setiap hari sebelum tidur, maafkan segala kesalahan orang yang tak sependapat dengan kita, maafkan orang yang telah menyakitkan hati kita nescaya apabila kita bangun tidur semua nya akan kembali normal. rahsia ketenangan aku pulak, kalau aku tension sangat, aku akan nangis dan tidur, bila bangun aku akan start benda baru dan tak nak ingat benda yang dah lepas2.

(3) Jadilah orang yang terbaik diantara yang terbaik. cubalah jadi orang yang terbaik dikalangan ibu bapa anda, kawan2 dan jadilah orang yang disenangi orang lain dan jangan lah jadi orang yang selalu nak menjengkelkan ataupun suka buat mak ayah susah hati. ni penceramah yang kata. bukan aku.

dan yang terakhirnya..TIDAK perlulah cari seorang sahabat yang sempurna, terlalu memilih nak kawan dengan yang sempurna paras rupa wang ringgit, TAPI carilah dan pilihlah seorang sahabat yang boleh menjadikan kehidupan kita sempurna. carilah sahabat yang boleh memberi dan menerima, yang suka mendengar dan menasihati. TIDAK perlulah mencari yang suka menindas dan merendah-rendahkan kita. ITU BUKAN SAHABAT.

Tersenyumlah walaupun kamu tidak mengikhlaskannya
Ketawa lah walaupun pada ketika itu kamu dalam kesedihan
menangislah sepuas hati sekiranya kamu rasa ia akan melegakan
Teruskan melangkah kehadapan walaupun kamu terasa ia terlalu memenatkan
kerana semua ini adalah laluan yang kita pilih dan kita hanya berdiri dengan kaki sendiri, bercakap dengan mulut dan melihat dengan mata sendiri. tanpa diri kita sendiri siapalah nama yang diberi kepada kita

((: