Sunday, November 29, 2009

the best tips for diet

Aku selalu fikir betul ke cara aku berdiet ni. setiap apa yang aku makan mesti aku tertanya2 berapa calories, karbo dia suma la. sampai aku kena perli dengan cousin aku "abang, ni la anak cik yah yang kalau nak makan mesti belek2 info ingredient dulu" kata kak mona kepada suaminya sambil menunjuk kearah aku. oh tak sangka ada orang prihatin mesti dia suka perhatikan aku setiap kali aku makan, haha. actually aku tak faham pun even aku baca2 kandungan protein ke, karbohidrat ke, lemak ke. aku cuma baca as knowlegde je, the important is aku tak ambil lebih calories 1000 sehari.itu je yang aku tahu.

aku sangat risau tentang setiap pemakanan yang aku ambil dan selalu tertanya2 betul ke cara pemakanan aku. sebab badan aku lemah2 dan aku kerap pening. dan selera makan aku hilang. sumpah. time hari raya haji kan,
aku tak makan sikit pun rendang, ketupat semua. yang aku makan, buah epal hijau yang aku bawak dari rumah. sampai semua orang tahu aku diet. puncanya sebab ada cousin aku tanya mana dapat buah epal. aku jawab aku bawak dari rumah. dan paling kejam nya, aku bawak 2 biji je, untuk stok aku makan 2 hari semasa aku di kampung.
patut pun cerita aku berdiet ni tersebar luas dimulut2 sedara mara aku. yang paling mustahak bila ada makcik aku tegur aku kurus,
tak gemuk pun. kak warda pulak kata aku dah nampak slim. wahh.. betul ke. musykil je. tak apa la. aku bukan nak kurus sangat sebenarnya. yang penting aku selesa. lemak aku tak tersenyum kat perut ni cukup la. tak payah duduk nak cover2.

berbalik kepada cara diet yang betul kan. aku pun menggunakan khidmat mr.yahoo dan mrs google untuk mencari info. dan aku jump 15 tip
s diet. haaaaaaaa


Apakah maksud diet sebenarnya dan macam mana nak losing weight? jawapannya ialah
eat less and exercise more. tapi diet yang aku buat ialah eat less no exercise= less energy. so salah.
there are 15 best tips diet ever. but I just stated the tips that I think interested to apply on my diet process. jom kita share. ((:

1) Think about what you should add on your diet meal, not what you should take away.
okay yang ni aku dah buat. setiap hari meal aku akan ditambah dgn mcm2. contohnya aku buat recipe sendiri. potong2 buah dan makan dengan garam. hahah. penambah perisa. tak ah. tipu je. aku tak buat, aku baru nak fikir esok nak makan apa.hmm


2) Consider wheter you are really hungry.
okay lepas ni kalau betul2 lapar baru turun bawah. tapi diet yang sebetulnya kena breakfast. penting ialah breakfast. aku tak tahu kenapa penting. tapi semua pakar2 diet and pemakanan tulis kat situ, start your day with breakfast. dont avoid breakfast.

3) Enjoy your favourite food.
Betul jugak kan. aku ni kadang2 terlampau biul. semua benda yang aku nak makan mesti nak text fatin dulu. contoh macam "tom, durian boleh makan tak, agak2 sebiji tu berapa calorie ha?"
dan petom akan selalu je reply macam ni "tak tau berapa calories, tapi tak kan sikit pun tak boleh makan kot" dan aku fikir b
alik betul jugak tu. tapi hakikatnya aku tak makan pun. aku tak turun makan pun bila mak aku terjerit2 panggil makan durian. sebab dia tahu aku pantang nmpak durian. tak pe, dah berlalu, lepas ni boleh je nak makan favourite food but take least. hmm apa agak2 nya fav food aku?

4) Eat slowly, chew every bite and savor the taste of the food.
Lepas ni makan buah kena slow2. sampai lumat2 kunyah hancur dalam mulut, melekat2 kat celah2 gigi baru boleh telan dengan taik2 gigi sekali.

5) Don't eat after dinner.
yang ni sangat penting. dan biasa san
gat dengar kalau nak lose weight tak boleh makan malam sebelum nak tidur tu. tapi kalau nak gemuk memang afdal lah waktu2 sebelum nak tidur tu makan burger double cheese lepas tu minum weight gain, lepas tu tambah pulak menyunyah2 jajan sampai mata terlelap. hee.






Dah itu je yang aku rasa menarik. actual
ly banyak infomation yang menarik untuk dibaca. tapi semuanya macam aku rasa aku tak boleh buat. for more information, just log on yahoo, the best tips for diet or meal for diet. itu je, keluar berlambak2 sampai kau boleh terjoget lambak. EEKK-AK-EEAAK-AAKK-EKK-AKKK.

Emm tako tu calorie bape eh?aku hentam 2 bungkus hari tu.haha ((:

Saturday, November 28, 2009

Jangan gaduh2, semua ada rezeki masing2..

Dah 2 minggu berturut2 balik kampung. next week pun balik kampung lagi. setiap minggu jadual penuh dengan kampung. ada sahaja kenduri dekat kampung. sunat la, kenduri kahwin, dan semalam balik kampung sebab raya haji. actually aku suka balik kampung sebab boleh jumpa saudara mara yang jarang2 aku jumpa. lagi2 sebelah mak aku, saudara mara ramai gila tak terkira. yelah adik beradik mak aku 12 orang. mak aku anak yang bongsu. nenek aku pulak panjang umur, alhamdulillah, so semua berkumpul. aku happy. tapi agak serabut bila cerita pasal harta. sumpah aku rasa aku pulak yang serabut. yelah pasal harta nak bergaduh tak bertegur la apa benda kau ingat semua tanah dalam dunia kau punya whatsoever. aku just diam kan diri. yelah, arwah atuk aku banyak gila tinggalkan tanah and dia dah bahagi2 kan setiap orang dah dapat bahagian masing2. and paling tak syok bila ada yang bangkit mengatakan itu ini tak adil. sungguh tak bersyukur makhluk itu, nak tunggu tuhan tarik semua rumah kereta kau baru nak diam agaknya. padahal rumah nak paling besar la kan, lepas tu siap ada kilang batu bata, aku pun tak faham la apa lagi yang nak gaduh. okay cukup, aku bosan, dari kecik aku dah dengar macam2 issue dalam family belah mak aku. semua sebab harta. aku sayang keluarga yang ramai ni, sampaikan aku takut one day benda ni akan pupus sebab kan harta. manusia semakin tamak.

dan aku pesan pada mak aku. supaya jangan tinggalkan harta banyak2. kalau ada pun bagi yang kecik2. aku tak nak gaduh2 macam adik beradik mak aku. aku serabut wow.. tapi yang bagus pasal family sebelah mak aku, semua depan2 baik2, kalau ada majlis rewang2 (masak sama2 ramai2). dan mereka saling tolong menolong antara yang lain. sebab ramaiiiiiiiiiiiii.
aku nak cari harta aku sendiri. aku tak hadap kereta yang mak aku bagi pun. aku sedar cousin2 aku jelous aku dan family aku agak mampu untuk memberi sorang sebiji kereta untuk kemudahan ke class untuk aku dan adik aku. aku berniat,kalau aku dah kerja biarlah kereta ni bagi adik aku yang masih belajar. aku tak nak gaduh2. aku takut la macam dalam drama samarinda yang rashid sibir suka buat tu. bergaduh2 pasal syarikat pe jadah. next week balik kampung lagi, ada majlis sunat anak pakcik aku. dan ada confront pasal2 tanah la rumah, dapur jamban bahagian masing2. serabut.. serabut...

Friday, November 20, 2009

sayang,itu menerima

Pasangan bahagia. sekadar gambar hiasan


Cinta tak mengenal rupa, warna kulit, keturunan, bangsa, jantina. bukan nak kata boleh bercinta sesama jantina (couple). tapi cinta yang dimaksudkan kat sini cinta. atau kata lain, perasaan yang lahir dari dlm jiwa dan hati seseorang yang mendorong kita untuk menyayangi nya. apakah perasaan yang mendorong kita untuk menyayangi sesorang? jawapannya bila terwujudnya satu persamaan antara dua pihak, iaitu persamaan dari pelbagai aspek yang kita lihat. terlalu subjective untuk dirungkaikan jenis persamaan apa yang setiap orang cari untuk melengkapi teman hidup, bukan sahaja suami, isteri malah teman2 juga.

ada setengah pihak beranggapan mereka lebih suka kepada kawan yang sedarjat dengan mereka. sama kaya supaya boleh keluar shopping bersama baju, kasut or benda yang mahal2 dah branded. ada juga setengah yang lain, melihat kepada rupa."oh aku cun,kena pilih kawan yang cun2 je supaya semua geng2 aku cun dan nampak hot" f***



Ada juga yang melihat kepada keikhlasan berkawan. susah senang bersama. aku tak ada duit, tapi ada ilmu lalu bolehlah dikongsi. aku tak berapa bijak, tapi aku ada sedikit wang perbelanjaan lebih, bolehlah diberi. contoh, aku ada bedak sejuk, dia tak ada, bolehlah bagi.

manusia adalah sesuatu yang harus dilengkapi antara satu dengan yang lain. manusia tidak boleh sendiri. itu hakikat sejak azali. melainkan dirinya memiliki segalanya dan memilih untuk hidup sendiri. itu pilihan namanya.

sayang bermaksud memahami. identification of our interest, style and how to communicate in order to maintain good human relation with others. sekali lagi jangan silap. ini bukan sahaja merujuk kepada kekasih, teman hidup sebantal dan setilam, malah kawan2 kita juga.

sayang haruslah menjaga hati. sayang haruslah menerima. sayang itu sempurna sekiranya kita menerima bukan saja dirinya, malah kaum keluarga sanak saudara, jiran tetangga dan juga rakan-rakannya. sayang itu teratur kalau kita mampu menerima dirinya seadanya, buruk dan baik nya, kebiasaan buruk itu akan timbul melenyapkan segala kebaikan. kerana sedikit keburukan, kebaikan akan ditinggalkan berterusan. Sayang itu juga menilai. menilai siapa dia dan mengapa semua terjadi, lalu dapat membentuk suatu komunikasi dan elakkan kontroversi. Sayang itu terima dan memberi. terima apa juga yang terjadi selagi ia tidak melanggar hukum2 bercinta seperti curang. itu sudah pasti. dan memberi, memberi peluang untuk menyelesaikan dan bernafas dengan dua lubang hidung. bermaksud janganlah disekat dia macam dia milik kita sepenuhnya. memberi ruang untuknya untuk memenuhi jadual harian dan bersama orang lain selain kita. (nasihat untuk aku juga)


Setiap dari kita mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan banyak pihak. teman dan family. kita menyayangi dia. kita seharusnya lebih mendalami orang disekelilingnya supaya dia akan merasa segalanya berjalan tanpa perlu diterangkan. sayang itu pasti. dan kepastian itu harus mempercayai. opah selalu pesan, "kalau nak cari bakal suami, cari yang sayang keluarga kita lebih dari menyayangi kita..ibunya ibu kita, begitu juga sebaliknya"
Sayang juga tidak mementingkan diri. hulurkan sekiranya kita berlebih dan terangkan kalau terdapat kekurangan. Jangan biarkan perasaan cemburu tak tentu hala menguasai minda kerana manusia ini didorong oleh satu minta. kalau kita fikir ia bagus, elok, sempurna, cantik dan sesuai. kita akan ambil. dan kalau dalam minda ni ada perasaan benci, meluat, tak nak, dan tak nak. fizikal kita akan didorong oleh katakan tidak.


Kita boleh cuba selagi kita mahu. kalau tak mahu, tinggalkan jauh2 tanpa ada kesan apa-apa. ada orang suka menjadi orang tengah. ada orang selalu berasa dirinya ditengah-tengah. ada orang anak yang tengah2 antara adik beradik lalu dipanggil angah, tapi siapa yang menciptakan kita supaya duduk ditengah2 antara barisan yang didiri oleh 3 orang semuanya. yang mana
dikiri pun sayang, yang kanan pun sayang. ada juga yang di kiri ibu, di kanan bapa, ada juga seorang di kiri kawan, di kanan kekasih, ada yang lain, dikiri pelajaran, di kanan kahwin. haaaa..
its about choice. U have an option to choose which one do U think might be the best decision for U. Some maybe choose to make the silence mood. and others may try to make an explaination to clear and neutral the situasion to the both party involved. and some of people will express by repression behaviour which act like childish. or show an aggressive power that they have as the way to overcome the problem.

kita dah besar. kena fikir macam orang besar. kita ada kawan. kena fikir macam orang ada kawan. kita ada perasaan, kena lah berfikir macam orang ada perasaan macam orang lain juga. semua ada peraasaan. semua orang ada dah besar, ada kawan dan perasaan.





Si boyfriend haruslah lebih prihatin dan seorang yang cool supaya boleh menyelesaikan problem dengan memilih cara yang berkesan. elakkan sama sekali mendekati yang panas baran. Teman lelaki juga haruslah dipilih dengan melihat kepada keikhlasan dan kejujuran. serta memberi kepercayaan. itu yang utama. seorang lelaki juga haruslah bijak berkomunikasi kerana kaum perempuan selalunya lebih suka mendiamkan diri bila ada masalah, lelaki kena ambik peluang menerangkan apa yang gelap, menjernihkan apa yang keruh, meriuhkan apa yang sunyi. lelaki dikurniakan 1 nafsu dan 9 akal. Akal kena panjang. boyfriend juga kena yang selalu senyum, ketawa walaupun ketika dalam kemarahan, means bijak mengawal kemarahan. jangan cepat nak drive laju2 bila marah2. cakap laju-laju pun cuba elak kan sebab itu antara barrier of communication which will resulted of misunderstanding matter among both parties. yang boyfriend "hang pasaipa"(ckp laju2) yang girlfriend ingat boyfriend dia kata "knp bersepah?" ini akan mewujudkan salah faham kalau tidak dibendung. hmmm



Perempuan pula harus menjadi penerima. kerana sayang bermaksud menerima. sebab perempuan bakal menjadi isteri. isteri harus patuh pada suami. maksud, menerima segala tentang dirinya selagi ia boleh diterima akal, siapa dia sebelum dan selepas adanya kita, tanpa mempersoalkan fizikal seperti gemuk, kurus, warna kulit keluarga dan rakan2nya. contoh sebelum kenal dengan kita, dia seorang yang putih, slim dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga dan rakan2. selepas kita menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan dia, dia telah bekerja sebagai penyidai kain baju dikedai dobi, menyebabkan warna kulit berubah. gaji yang banyak menyebabkan kemampuannya lebih untuk makan sebanyak mungkin dan kenaikan berat badan=gemuk. dan jangan pisahkan hubungan dia (boyfriend kita) dgn family serta rakan2 nya. jangan marah kalau dia nak main game kat cc. sebaliknya cara untuk atasi, perempuan ada 1 akal dan 9 nafsu. dengan kurniaan 1 akal itu guna la sebaiknya. mungkin kita boleh belajar mengenali kawan-kawannya. berkawan dengan siapa dia berkawan. itu lebih bagus. atau kita boleh belajar bermain game juga. maksud, meminati aapa yang dia minat. hmmm. sebaik-baiknya bila boyfriend kita kata "sayang jom makan dekat kuala perlis" yang girlfriend boleh kata "okay jugak, apa kata ajak mak u sekali ke.." itu contoh bakal isteri yang baik. percaya. hee (:

Thursday, November 19, 2009

aku macam kaunter pertanyaan

Duduk rumah ni ada yang seronok ada yang tak. yang seronok boleh tengok tv dan baring di sofa. yang tak seronok is tak ada kereta and penat kawal emosi bila macam2 soalan diajukan pada aku tanpa aku harapkan. contohnya macam.
"kakak, dah besar nanti kakak nak kahwin dengan sapa"-ilham
"abg pulah" ceh bangga je time tu aku tgh kupas epal, ilham tgh makan nasi goreng.
"baguslah. adik suka abg sakula" nama timangan pulah diberi oleh ilham.
"kenapa?"
"sebab dia tak pernah tipu kakak"
aik macam mana kau tiba2 nak cakap macam tu. kau mana tahu?
"kenapa adik tanya?"
"sebab adik nak tahu."
"kakak...siapa yang suka sapa? kakak suka dia ke, dia suka kakak?"
"kakak yang suka dia" sengaja aku jwb mcm tu sbb aku nk tahu soalan seterusnya.
"oh, selalunya siapa yang kena suka siapa, lelaki ke perempuan??"
hmm memerlukan jawapan yg panjang ni,
"mana2 pun boleh."
aku pilih untuk jawab yang ringkas. heheh
terus adik aku diam. meneruskan suapan nasi goreng.
"adik ada girlfriend?"
"eeee..ntah pape la kakak ni.."
hahah padan muka kau. dia tiba2 malu.
"kenapa pulak?-aku tanya
"adik kecik lagi, mana boleh"
"kenapa tak boleh"-aku tanya lagi.
"sebab adik belum baligh"






Dan nadiah pulak tak ada benda lain. hari2 balik sekolah suka bercerita pasal dia practise actionsong kat sekolah. suara dia paling kuat, suara dia paling sedap, lunak suma kena kat hang..hehe.esok dia perform. aku dijemput hadir. dan sebagai kakak aku berbangga dia dapat no. 1 dalam class drpada 36 pupils, pertengahan tahun dan akhir tahun dia dapat no 1. wah. bagus nadiah. jangan kerja nak curi makeup aku je, belajar kena pandai jugak.

Wednesday, November 18, 2009

mood nak kurus

this is fake



Tengoklah diriku. bukan sahaja tembun malah fail untuk melompat2. sumpah aku tak reti lompat. ):


____________________________________________________________________



haha fatin hang ingat hang sorang ada pic kurus. aku pun ada la. hehe. nak jugak. tak pe biar aku terang actually tak ada lah kurus sangat. tapi nak compare dengan sekarang mmg banyak beza. time ni cuti tunggu result SPM. baru lepas main futsal. berat aku ketika itu 48kg sahaja tuan tuan dah puan2..

sedih kan. bila kita tengk balik picture lama, kita kurus. tak ada orang cakap "eh kenapa kau gemuk,berisi sana sini ni". Padahal yang kata mcm tu kat aku, macam aku nak hadiahkan dia cermin 40inci je.

ada jugak yang mulut longkang kata "weh kenapa lemak kau makin banyak tak terurus menggelebeh semacam je"

dah la aku dah penat nak dengar la. aku tahu aku mmg dah tembun sekarang. bila balik kampung pun mesti ada sedara mara nak tegur kenapa aku makin comel la, cute la. aku benci la.
sebab semua kritikan sedara mara aku tunggu membuatkan aku punya confident berkurang. low self confident and low self acceptance. mestilah, elok2 dah pakai kebaya tiba2 ada orang tegur macam tu terus rasa macam gemuk gila babi tak nak jumpa cermin dah. tak nak tak nak.

Lepas tu masuk degree ni pulak aku ada pengkritik tetap, kalah paul mose. mira dengan farza la. suka kata aku gemuk. tapi sebab dorang la aku nak kurus, tapi tanak la kurus sekeping, hee. at least lemak aku tak tersenyum bila aku duduk cukup la.

Dan hari ni hari first aku berdiet. bangun pagi tolong umi sapu satu rumah, berpeluh2 ketiak semua, tak pe, dalam fikiran aku jadikan ia satu senaman. lepas tu makan roti bakar sekeping. ingatkan nak makan 2 keping sebab aku bakar 2 keping. tiba2 datang adik aku yang gemuk tu minta pulak, aku pun bagi la, aku makan sekeping. cukup la kan. lepas tu aku teguk air sebanyak mungkin. minum. minum dan minum sampai terkencing banyak kali. setiap 10 minit aku ke toilet. aduh letih. tapi petom kata tu exercise. okay. semangat.

aku tengok tv je 1 hari ni. perut berbunyi aku tahan je. pukul 6 ptg tu aku dah macam dapat panggilan dapur. aku pun turun bawah. cari2 apa benda yang boleh dimakan. aku buka periuk. oh ada sup sayur. umi masak. yes. memenuhi menu diet aku. semangkuk aku makan. lepas tu teguk air lagi. teguk dan teguk. aku pun naik atas.

bila jam menunjukkan pukul 7.30 mgrib kedengaran suara adik2 bising dibawah baru balik pasar. "kakak2!!..kitaorang beli burger, iceblended yang besar ni" dengar jerit dari bawah.
hehe..

aku diam buat tak tahu je. dengan harapan mereka segera habiskan. so aku tak boleh makan.sedang aku enak dibuai angan2 aku dengan perut yang meminta untuk diisi,
"kakak, nak tak?"
aku pun toleh.
"nak tak ni-" adik aku sebelah tangan pegang keropok lekor, sebelah pegang ice blended.
aku muka dah masam. "tak nak, pergi makan kat bawah nanti bersepah kat sini" alasan.
hehe.. adik aku yang baik tadi pun dengan dukacita membawa turun makanan tadi. aku demi mengelakkan rasa bersalah dengan adik aku dan perut aku.."adik, bak sikit keropok lekor-"
hhehee..aku normal lagi. nafsu makan memuncak2 ni, tapi aku jamah sikit je, aku teringat matlamat cuti ni. aku nak pegi banyak kenduri kat kampung awal tahun depan, so aku kena sama kurus dan slim macam cousin2 aku yang lain. so tak ada lah nak mengata2 aku lagi. lepas ni korang semua boleh terpegun. hehe. ni semangat aku je. result nya tunggu la 3 minggu lagi. tak lama. kejap je. tapi nak tahan dari makan makannan yang sedap2 tu. agak la. hmm.. tak pe afiqa.. kejap je, orang lain boleh, why not u. tanam tu dalam otak kau.

Saturday, November 14, 2009

already 21 years old

Saya dah tua. 21 tahun dah anak pak din ni. Yang pasti saya memang patut dipanggil kakak la lepas ni. cepat je masa berlalu, tiba-tiba dah 21 tahun, rasa baru macam semalam je kena baling telur dengan kawan-kawan aku kat dining mahsuri Uitm sempena sambut birthday aku yang ke-20, seminggu rambut aku keras sebab kena cream buntut expired zaty, dah tak nak guna, lumur semua kat aku dengan tepung, telur, cream..sekarang ada orang belikan kek pulak sambut birthday I yang ke 21 tahun. So cepat masa berlalu kan. Saya bersyukur saya ditemukan dengan seseorang yang sentiasa membuat saya tersenyum walaupun ketika dia sendiri berduka. Thank you Pulah ((: and tak lupa kepada Pakgat yang menjadi penyanyi undangan time potong kek tiba2 ada suara nyanyi lagu KITA. Dan tak lupa kepada yang wish birthday walaupun I selalu lupa tarikh hari jadi korang. I admit tu mmg kelemahan I. I lemah bab nak ingat number2 ni. hee. Nway, esok start dengan umur 21 thn.
peminat: umur berapa?
pika : emm saya 21 tahun.
peminat: layeke, muka macam umur 18, ingatkan baru habs sekolah.
((:




Ni KEK saya. afiq? haha jangan nak salahkan I yeee :b

Ni nama dia pakgat je. bukan nya Adam.hee

Sunday, November 8, 2009

penginapan terakhir 5 hari 4 malam.

tilam tempat aku melepaskan geram mengantuk. aku berfikir panjang macam mana nak angkut tilam ni pergi rumah sewa baru aku..hurmm

barang2 nak angkut pergi rumah sewa baru next sem. gambar ni tak lengkap sebab ada banyak lagi tak kemas. so total nya 1 kereta mungkin tak muat. kena minta bantuan rakan2 PGM dan KCG. HAHA ((:
Ni barang nak angkut balik rumah. mesti umi marah, apa je yang kau bawak banyak2 ni. hhee biasalah kadang2 aku pun tak tahu apa yang banyak nya. tapi dah kumpul2 jadi banyak. aku try buat dan pack jadi sikit.


Negative view. mengantuk, malas, perasan cantik dan kurus panjangkan leher.

Positive view, ceria, berkeyakinan, bayangkan result semua paper A+ except QMT, berkeyakinan gemuk tak semestinya tak menawan, dan angan2 lepas cuti sem ni pasti jadi kenyataan. kepada yang suka ejek aku lebaq, tembun, lemak tu sila jangan terperanjat. SEMANGAT! ((:

Menghitung hari untuk pulang. study pun tak tenang tengok barang2 dah kemas tinggal nak angkut je. semalam malam first aku tidur sorang2. mula2 rasa takut jugak, tapi lepas solat maghrib aku mengaji dan harap tak ada benda tak diingini berlaku. mira suruh aku tumpang rumah fat tapi aku malas la, tak selesa la rumah orang, aku selesa di rumah sendiri, aku beranikan diri jugak duduk sorang. aku boleh study tak payah la pergi library. kuatkan semangat tak tengok tv and tak online, tapi aku tak kuat jugak, tarikan graviti laptop aku lagi dasyat. aku bukak jua akhirnya.
Tapi lepas paper e-commerce ni tak boleh main2 dah. aku kena jugak gagah pergi library. sebab gap cuma sehari je. lagi pun aku mmg nak target 2 paper last which is product and consumer behaviour. aku semagat nak study subject tu sampai mata asyik jeling2 je dua buku tu time tgh baca e-commerce. Aku duduk sorang2 tak bercakap langsung 1 hari ni, sampailah hari terakhir aku dirumah ni aku mesti akan tengok muka kat cermin, berangan2, fikirkan apa yang aku nak buat cuti ni, fikirkan masa depan and macam2. so aku ada 5 hari 4 malam lagi kat rumah ni. dan ni ialah blog terakhir akan aku post sebab start esok aku mmg betol2 nak strunggle untuk 2 paper terakhir, kawan2 aku ada yang dah habis baca and dah separuh lagi. aku ni??
haha nanti tunggu je lah result aku semester ni, kalau okay tandanya cara aku study berkesan, kalau tak okay or tak mencapai target bemaksud banyak lagi kekurangan yang harus dipolish.

Saturday, November 7, 2009


The man I would like to spending the whole my life with. The guy who could guide and always behind me to support where Im in trouble, Shaifullah Naser ((: Gambar bersiap nak hantar pengantin. the sweet memories to remember. macam A walk to remember.




My dream to have a perfect family. to be a great wife and responsible mothers toward my hubby and all (mcm byk) kids.. ((: is it too early to talking about married? Sekadar gambar hiasan.


Hari ni malam pertama saya berseorangan, sebelum menghadapi malam pertama ni, saya telah berasa kebosanan melampau bila petom dah balik. saaya baring tak kena, duduk tak kena, ada laalat asyik kacau saya, membuat saya tertanya mengapa dia dekat2 dengan saya. saya dah mandi la dehh..sehinggalah saya tertidur..
bangun tidur je pulah call, saya rasa letih sangat dan lutut sakit, tadi time jumpa mira nak ambik past year dia kata cepat2 jumpa doctor takut melarat, tapi hari tu pulah kata tunggu balik alor star, pergi check kat hospital alor star, x-tray sekali. murah.
berbaloi-baloi. tiba2 dia call ptg ni suruh segera dengan kadar yang sangat segera pergi clinic. mak dia kata mungkin tisu2 dalam tulang lutut dah rosak whatsoever. aku yang mamai2 tidur selepas asar ni macam rasa sangat down dan bayangkan aku tak boleh berjalan, aku duduk atas wheelchair dan pulah tolak aku. hurm sedihnya. barulah rasa the value living with perfect ability. macam dah tak penting kurus ke gemuk ke, yang penting taknak susahkan orang lain. taknak lah nak bangun pun kena minta tlg orang lain. lepas tu cepat2 siap, start engine keta gerak pergi clinic yang sangat best doctor dia. doctor Chua. clinic doctor chua dekat dengan village mall. kenapa aku cakap best? SEBAB dia murah dan service bagus. so ada repetition customer iaitu aku lepas aku pergi check mata hari tu.
tak kisah la. Alhamdulillah doctor kata kaki aku cuma darah beku dan urat bengkak je. dia bagi ubat sakit urat, otot, tahan sakit. wah macam dah tua rasanya. yelah terus teringat opah makan ubat sakit urat sebab dia lenguh2 kaki.

sekarang ni aku duduk sorang2, tengok tv sorang2. aku tak berapa nak study pun malam ni. sebabnya aku pun tak tahu. esok kena pergi library sebab aku tak boleh study kat rumah. macam2 dugaan. tv dan tilam musuh ketat aku bila study, mesti dengki je. dan bila duduk sorang2 macam2 aku fikir. dan paling aku fikir ialah topic favourite pulah dan aku.
kahwin. aku sekarang umur 21. next year 22. aku cuma cakap aku ready if everything is ready for me. I love him because he is my love on the first sight. hee. time jumpa tu macam ada chemistry. lepas tu dia purpose aku. dan I dengan rela hati tinggalkan bf aku time tu untuk dia. sebab aku rasa dia right person untuk aku. aku ambik risiko time tu. walaupun baru je kenal. dia buat aku rasa selesa. Dia sentiasa ambik berat untuk semua perkara. Dan aku cuma harap one day the time will come. kat sini bukan nak jiwang, dan aku pun tak pernah nak lebih2 cerita hal rumahtangga aku yang tak siap anak tangga ni, but aku semakin berfikir ke arah itu. sebab kami dah terlalu rapat. mak dia mcm mak aku, rumah dia dah macam rumah aku. duit dia dah macam duit aku, aku rasa serba salah dengan mak aku, kalau dia dapat tahu aku selalu pergi rumah dia, keluar dengan family dia sure marah punya. umi kata tak elok belum apa2 dah rapat. tapi pulah lain. dia bukan je bawak aku tidur rumah dia, kawan2 aku pun tidur rumah dia, makan dengan family dia, dia buat aku selesa , tak rasa macam orang asing pun. aku nak habiskan study dan masa itu mungkin tak lama lagi. hahahaha. malu sorang2..((:


Friday, November 6, 2009

aik kena cepat2 ambik insurance nyawa la



Bapak besar kaki sapa ni.
bukan nak tunjuk kaki la..
nak tunjuk kesan jatuh toilet 4 hari lepas..
Aku jatuh kat toilet village mall..
nasib baik time tu tak ada orang..
tapi lepas tu tak terasa pape sangat..
dan sakit nya kian terasa semalam..
time tengok wayang..
dalam tu kan sejuk, lepas tu sakit sangat kat tempurung tu..
waaaa..
takut..
mira kata cepat2 pergi jumpa doctor,pergi x-tray..
dia kata ada kawan dia jatuh effect lutut lepas dua minggu terus tak bleh jalan,,
duuduk kat kerusi roda..
tanak..
hurmm
bila sakit2 macam ni teringat eja pernah kata pada aku suatu ketika dahulu..
"kau ni macam2 penyakit la"
haha..
yelah, aku kan alergic, lepas tu asyik tergaru2 bila gatal sebab tilam kat hostel ada hama, lepas tu ubat maacam2 kat sebelah bantal, ubat sapu la, pil la, lepas tu kena charli pulak. sudahhh..
lepas kena charli yang sakit gila tu, semput2 pulak. asma..
aish.. macam2 kan aku ni, hehe..
kalau korang nak tahu ni second time aku jatuh toilet dalam bulan ni, hari tu jatuh terduduk, ni jatuh tersujud pulak..
kalau umur aku 40 an sure dah terseliuh patah sume ni..

Wednesday, November 4, 2009

si plagiat akan di elimitate dari group gonjolist


bila lah saya boleh betul2 kurus macam dalam picture ni ((:


Ini bakal housemate saya. dia rajin buang sampah. nanti bolehlah sama2 buang sampah. u pegang sebelah I pegang sebelah.

Habis je paper personal development terus temankan eja pergi bank sebab dia nak buat debit card maybank. dia kata best guna card maybank tu, macam orang kaya swepp je. dan dan. kalau kad hilang menganga je la. hehe..
hari yang agak malang sebab ada macam2 benda buat aku jadi macam nak terajang sekor2.
first, tadi time makan kat pakmud, kitaorang diberitahu bahawa one of our group member telah memberikan assignment kitaorang untuk di copy kepada group lain dan kerana itulah kitaorang dapat markah teruk dan menimbulkan kemarahan puan. aku tak sangka dia sanggup buat macam tu, harap kan pagar pagar makan padi, kau tahu tak itu tunggkus lumus kitaorang menaip malam2, kau pergi berdating karaoke, melepak2, time tu kitaorang sengkang mata sakit belakang duduk depan laptop ni, tapi kau tak siap kerja, lepas tu kau minta kerja orang lain, kerja group kita kau sedap pagi group lain tiru sebagai ganti. hehehe geram nye aku dengan kau Q bukan nama sebenar. haha.
tak pelah benda dah berlalu, aku cuma boleh lepas geram dalam blog je, tapi eja kata dia nak confront sebab benda itu effect kitaorang punya carry mark. puan tak kira pop quiz sedangkan kitaorang buat semua pop quiz time korang sume tak datang. hurm. berbalik kepada ranjit, dia kata do not blaming or insulting other people, identify what is the actual causes of the problem. so aku dah buat conclusion, kami salah pilih ahli kumpulan. dengan rasminya kau disingkirkan. ni degree beb, kalau time sekolah2 boleh la kau nak main pas2 assignment kat orang lain. dah tak nak cakap lagi. pulun dekat final je. harap2 boleh buat yang terbaik. kalau tak dapat buat yang terbaik pun, aku harap dapat jawab semua soalan. sebab aku selalu tak sempat nak jawab semua soalan. mesti ada yang tertinggal. mungkin time kot. tapi ranjit kata, the problem is not enough time, but how you utilize the time to complete the job task.

yang kedua. korang boleh tengok dan renung muka aku dalam2. cuba korang bagitahu muka kacukan cina jawa parsi ni ada suspect penyebar duit palsu ke. ada ke? jawab dengan ikhlas weh.
aku baru widraw duit dari maybank rm 100. sebab aku nak pergi cuci gambar. aku pun pergi kedai gambar kat cs tu kan. aku cuci 200 lebih kuantitinya. so aku kena bayar dalam rm72. aku dengan excited bayarlah duit rm50 dua keping. lama sangat proses pemulangan baki tu. lepas tu orang mula ramai kat tempat tu. aku pun tertanya2 kenapa. sampai pekerja kedai sebelah pun datang cek2 duit aku tu. kenapa? korang nampak muka aku dlm duit tu ke.
lepas tu cina bab_ tu terus kata, "you ni duit tak boleh pakai ooo.." "duit palsu ooo"
Aik..ang ni gila babi ke. aku baru widrawl je. time tu tak ada sapa dengan aku. eja dengan fatin pergi kedai cd. so aku tergamam sorang2 nasib baik ada fat. dia kata defend aku sikit.
"duit lain u tadak ka?"
aku geleng je. macam nak terus blah sebab geram tahap babi. semua macam kerumun kat aku macam aku penjenayah bebas. aku pun ambik balik duit tu dan pergi maybank balik. aku pergi kaunter bank tu ada pakcik tu tengah duduk kat customer service kaunter. aku pun cakap pakcik ni duit palsu ke, try cek..pakcik tu pun cium duit tu. cium dalam2 macam enak gila bau duit tu. "tak ada lah, okay je, tak ada apa masalah" "emm saya pergi kedai dia takterima la, saya baru widrawl je" "yeke, jap ye.."
emm macam nak gelak kejap pakcik pandai berjenaka lah. hehe.
dia keluar dari dalam dan bagi aku duit sehelai rm100. eh macam duit raya plak. emm aku pu pergi kedai gambar balik, bagi duit tu. aku cakap kat fat, ikut hati aku tadi, aku nak blah je, tak nak tunggu lagi, dah lah semua kerumun aku, customer lain tengok aku..fat kata tak boleh, nanti dia ingat kita salah.
tapi yang penting, lepas ni kalau nak cuci gambar kat kedai tu bayar guna duit syiling 10 sen banyak2 sebab conform dia tak boleh nak argue.

yang lastnye. rasa macam kenapa lah hari ni banyak sangat cabaran. aku isi minyak kat shell. cashier baru agaknya yang kerja kat situ. lama sangat dia nak key in minyak aku. lama jugak aku tunggu, aku tekan2 minyak tak keluar. berulang alik fat pergi tanya akak tu. alahai akak oi..orang sebelah aku yang isi minyak pun dah merungut. lepas tu van cilaka belakang aku asyik hon2. aik aku rasa nak baling bata kat tepi jalan tu kat ang. sabarlah weh, bukan aku sengaja melambat2 kan isi minyak ni. tengah2 isi minyak tu aku rasa macam lama je aku tekan ni, aku rasa aku isi rm10. tiba2 adik yang kerja kat situ tanya "akak isi rm50 kan"
aku dah berkerut2..
"tak-tak, saya isi 10 ringgit je"
orang yang isi minyak sebelah aku terus bersuara..
"saya isi 50 kenapa minyak ni 10rm je.."
Emm, tak pasal2 aku kena tambah duit. kalau aku tak tambah duit macam mana.
ang nak sedut minyak ni ke.
kalau adik tu tak tegur memang dah melimpah minyak aku, boleh balik rumah
klang trus. haha. rezeki selalu dapat minyak free.
((:


emmmm...
letihnya hari ni. semoga hari mendatang lebih bermakna.

Tuesday, November 3, 2009

ranjit bessstt hee

Anda tersepit?
pernah kah anda lalui perasaan tersepit..
ia bukan tersepit pintu ataupun tersepit kerana terlalu gamuk tak muat lalu dicelah-celah kerusi..
tapi..
mungkin tersepit antara..
family dan rakan-rakan..
tersepit diantara rakan2 dan rakan2 yg lain..
tersepit diantara kekasih dan rakan2..
tersepit diantara kekasih dan kekasih yang lain..
tersepit antara diri sendiri dan rakan2..

aku tak sangka buku personal development by ranjit ni bagus sangat untuk orang yang susah nak buat decision macam aku, dan aku baru je baca semalam sebab esok ada paper personal development. dan bila baca buku ni, macam2 benda kita boleh apply dalam kehidupan seharian kita, contohnya macam kita ada satu benda yang sangat kita sayang, susah kita nak dapat dan juga pengorbanan terbesar kedua ayah bonda berikan untuk kita. dan ada rakan-rakan yang nak meminjamnya, dulu ada yang nak pinjam kereta pergi clubbing. rasa macam alasan tak memuaskan. dan ada jugak terdengar yang mengatakan aku ni susah nak bagi pinjam benda tu. of cos my all darling, if u in my shoes, ada benda yang berharga mesti susah nak bagi, aku bukan tamak, kalau tetiba orang call nak hantar pergi hospital, aku tak kisah, aku siap bawak, tapi please dont take me for YOUR granted, i really disappointed about that.

Dan dulu aku rassa orang yang marah dan suka tegur orang ni adalah orang yang kejam dan tak pikir perasaan orang lain. tapi bila aku baca buku ranjit ni, aku betul2 sedar, aku tak nak jadi orang yang senang je kau nak marah-marah dan orang yang senang je kau nak arah-arah. macam dulu ex rumate aku time part one(kalau dia baca ni alhamdulillah) dia tengking2 aku time aku minta tolong dia bukak kan pintu sebab aku tak bawak kunci bilik. time tu rasa down and tak bergunanya diriku ini. sedih jap sampai aku ambik keputusan pindah bilik. ini contoh interpersonal conflict. dan aku dah settlekan dengan cara avoidance. hhee.. applied2. hope masuk exam esok.

Dan aku dah dengar ramai yang tegur aku kenapa aku susah nak tegur orang, mungkin dengan cara halus aku tak pastilah, tapi untuk kepentingan diri sendiri macam berat je kan. Ranjit kata WE HAVE TO LEARN TO SAY "NO" TO AVOID UNCOMMITTED PERSONAL TIME. means here, kita kena cakap NO if kita tak nak dan tak membenarkan. contohnya macam kawan2 aku say NO bila aku ajak pergi rumah haziq, thats good. aku faham, korang tak nak, dan aku susah nak say NO bila korang ajak aku pergi jitra malam2 even aku tak nak. itu benda dah berlalu. so sekarang everyone should learn this. puan Azfa pun pernah kata, biarlah orang nak kata kita ni apa sekalipun, let them be and mulut orang tak boleh tutup, buat apa yang kita nak and rasa betul. kalau orang nak, orang ikut lah kita. kalau tak nak boleh ikut cara masing-masing. bukan nak ego or apa, kita kena faham situasi semua orang sekeliling kita, tapi pernah ke orang lain sekeliling kita faham situasi kita. itu je.

Dan mereka yang mengalami masalah dalam hubungan dengan kekasih boleh baca chapter how to manage conflict, stess and perseverance. hehe
just recommendation. kita makin besar dan matang, jangan jadikan satu benda yang kecik merosakkan semua kehidupan kita. bukan senang membina sebuah hubungan. tapi nak meruntuhkannya cukup mudah. jangan cepat melantun bila mendengar orang mengata kita sebab kita pun mengata orang. so kita deserve to be taking by everyone around us.

jangan salahkan pakgat sebab tulis nama kita bila kita masuk uitm lambat, salahkan diri sendiri sebab tak ikut peraturan, jangan salahkan kereta macam nak semput2, salahkan diri sendiri sebab tak pergi service, jangan salahkan kawan tak bagi pinjam kereta menjadi penyebab utama tak dapat lepak dengan kawan lain, salahkan kawan yang nak lepak tu kenapa tak berkorban ambik kita kat rumah kalau betul2 nak kita berada ditempat lepak tu, jangan salahkan mak ayah kurang bagi duit, salahkan diri sendiri sebab boros tak menentu kaaroke tak kira masa, jangan salah kan lecturer kalau tak dapat A+, salahkan diri sendiri sebab tak study asyik tulis blog je..

dahlah, nak study dulu, bye..love you.