Friday, November 20, 2009

sayang,itu menerima

Pasangan bahagia. sekadar gambar hiasan


Cinta tak mengenal rupa, warna kulit, keturunan, bangsa, jantina. bukan nak kata boleh bercinta sesama jantina (couple). tapi cinta yang dimaksudkan kat sini cinta. atau kata lain, perasaan yang lahir dari dlm jiwa dan hati seseorang yang mendorong kita untuk menyayangi nya. apakah perasaan yang mendorong kita untuk menyayangi sesorang? jawapannya bila terwujudnya satu persamaan antara dua pihak, iaitu persamaan dari pelbagai aspek yang kita lihat. terlalu subjective untuk dirungkaikan jenis persamaan apa yang setiap orang cari untuk melengkapi teman hidup, bukan sahaja suami, isteri malah teman2 juga.

ada setengah pihak beranggapan mereka lebih suka kepada kawan yang sedarjat dengan mereka. sama kaya supaya boleh keluar shopping bersama baju, kasut or benda yang mahal2 dah branded. ada juga setengah yang lain, melihat kepada rupa."oh aku cun,kena pilih kawan yang cun2 je supaya semua geng2 aku cun dan nampak hot" f***



Ada juga yang melihat kepada keikhlasan berkawan. susah senang bersama. aku tak ada duit, tapi ada ilmu lalu bolehlah dikongsi. aku tak berapa bijak, tapi aku ada sedikit wang perbelanjaan lebih, bolehlah diberi. contoh, aku ada bedak sejuk, dia tak ada, bolehlah bagi.

manusia adalah sesuatu yang harus dilengkapi antara satu dengan yang lain. manusia tidak boleh sendiri. itu hakikat sejak azali. melainkan dirinya memiliki segalanya dan memilih untuk hidup sendiri. itu pilihan namanya.

sayang bermaksud memahami. identification of our interest, style and how to communicate in order to maintain good human relation with others. sekali lagi jangan silap. ini bukan sahaja merujuk kepada kekasih, teman hidup sebantal dan setilam, malah kawan2 kita juga.

sayang haruslah menjaga hati. sayang haruslah menerima. sayang itu sempurna sekiranya kita menerima bukan saja dirinya, malah kaum keluarga sanak saudara, jiran tetangga dan juga rakan-rakannya. sayang itu teratur kalau kita mampu menerima dirinya seadanya, buruk dan baik nya, kebiasaan buruk itu akan timbul melenyapkan segala kebaikan. kerana sedikit keburukan, kebaikan akan ditinggalkan berterusan. Sayang itu juga menilai. menilai siapa dia dan mengapa semua terjadi, lalu dapat membentuk suatu komunikasi dan elakkan kontroversi. Sayang itu terima dan memberi. terima apa juga yang terjadi selagi ia tidak melanggar hukum2 bercinta seperti curang. itu sudah pasti. dan memberi, memberi peluang untuk menyelesaikan dan bernafas dengan dua lubang hidung. bermaksud janganlah disekat dia macam dia milik kita sepenuhnya. memberi ruang untuknya untuk memenuhi jadual harian dan bersama orang lain selain kita. (nasihat untuk aku juga)


Setiap dari kita mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan banyak pihak. teman dan family. kita menyayangi dia. kita seharusnya lebih mendalami orang disekelilingnya supaya dia akan merasa segalanya berjalan tanpa perlu diterangkan. sayang itu pasti. dan kepastian itu harus mempercayai. opah selalu pesan, "kalau nak cari bakal suami, cari yang sayang keluarga kita lebih dari menyayangi kita..ibunya ibu kita, begitu juga sebaliknya"
Sayang juga tidak mementingkan diri. hulurkan sekiranya kita berlebih dan terangkan kalau terdapat kekurangan. Jangan biarkan perasaan cemburu tak tentu hala menguasai minda kerana manusia ini didorong oleh satu minta. kalau kita fikir ia bagus, elok, sempurna, cantik dan sesuai. kita akan ambil. dan kalau dalam minda ni ada perasaan benci, meluat, tak nak, dan tak nak. fizikal kita akan didorong oleh katakan tidak.


Kita boleh cuba selagi kita mahu. kalau tak mahu, tinggalkan jauh2 tanpa ada kesan apa-apa. ada orang suka menjadi orang tengah. ada orang selalu berasa dirinya ditengah-tengah. ada orang anak yang tengah2 antara adik beradik lalu dipanggil angah, tapi siapa yang menciptakan kita supaya duduk ditengah2 antara barisan yang didiri oleh 3 orang semuanya. yang mana
dikiri pun sayang, yang kanan pun sayang. ada juga yang di kiri ibu, di kanan bapa, ada juga seorang di kiri kawan, di kanan kekasih, ada yang lain, dikiri pelajaran, di kanan kahwin. haaaa..
its about choice. U have an option to choose which one do U think might be the best decision for U. Some maybe choose to make the silence mood. and others may try to make an explaination to clear and neutral the situasion to the both party involved. and some of people will express by repression behaviour which act like childish. or show an aggressive power that they have as the way to overcome the problem.

kita dah besar. kena fikir macam orang besar. kita ada kawan. kena fikir macam orang ada kawan. kita ada perasaan, kena lah berfikir macam orang ada perasaan macam orang lain juga. semua ada peraasaan. semua orang ada dah besar, ada kawan dan perasaan.





Si boyfriend haruslah lebih prihatin dan seorang yang cool supaya boleh menyelesaikan problem dengan memilih cara yang berkesan. elakkan sama sekali mendekati yang panas baran. Teman lelaki juga haruslah dipilih dengan melihat kepada keikhlasan dan kejujuran. serta memberi kepercayaan. itu yang utama. seorang lelaki juga haruslah bijak berkomunikasi kerana kaum perempuan selalunya lebih suka mendiamkan diri bila ada masalah, lelaki kena ambik peluang menerangkan apa yang gelap, menjernihkan apa yang keruh, meriuhkan apa yang sunyi. lelaki dikurniakan 1 nafsu dan 9 akal. Akal kena panjang. boyfriend juga kena yang selalu senyum, ketawa walaupun ketika dalam kemarahan, means bijak mengawal kemarahan. jangan cepat nak drive laju2 bila marah2. cakap laju-laju pun cuba elak kan sebab itu antara barrier of communication which will resulted of misunderstanding matter among both parties. yang boyfriend "hang pasaipa"(ckp laju2) yang girlfriend ingat boyfriend dia kata "knp bersepah?" ini akan mewujudkan salah faham kalau tidak dibendung. hmmm



Perempuan pula harus menjadi penerima. kerana sayang bermaksud menerima. sebab perempuan bakal menjadi isteri. isteri harus patuh pada suami. maksud, menerima segala tentang dirinya selagi ia boleh diterima akal, siapa dia sebelum dan selepas adanya kita, tanpa mempersoalkan fizikal seperti gemuk, kurus, warna kulit keluarga dan rakan2nya. contoh sebelum kenal dengan kita, dia seorang yang putih, slim dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga dan rakan2. selepas kita menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan dia, dia telah bekerja sebagai penyidai kain baju dikedai dobi, menyebabkan warna kulit berubah. gaji yang banyak menyebabkan kemampuannya lebih untuk makan sebanyak mungkin dan kenaikan berat badan=gemuk. dan jangan pisahkan hubungan dia (boyfriend kita) dgn family serta rakan2 nya. jangan marah kalau dia nak main game kat cc. sebaliknya cara untuk atasi, perempuan ada 1 akal dan 9 nafsu. dengan kurniaan 1 akal itu guna la sebaiknya. mungkin kita boleh belajar mengenali kawan-kawannya. berkawan dengan siapa dia berkawan. itu lebih bagus. atau kita boleh belajar bermain game juga. maksud, meminati aapa yang dia minat. hmmm. sebaik-baiknya bila boyfriend kita kata "sayang jom makan dekat kuala perlis" yang girlfriend boleh kata "okay jugak, apa kata ajak mak u sekali ke.." itu contoh bakal isteri yang baik. percaya. hee (:

No comments: