Wednesday, January 26, 2011

just the way you're

Assalamualaikum,

hari ni dah masuk minggu ke-4, senang cakap sebulan dah kat sini, so far, alhamdulillah, semua nya senang, and rasa macam dah boleh sesuaikan diri walaupun ada certain thing kau rasa susah, tapi kau anggap je senang.

yelah, mcm orang orang kat luar suka cakap, mesti ada hikmah disebalik benda yang jadi or apa sahaja pun yang berlaku kena redha. mula-mula masa datang sini memang rasa nak balik yang teramat, duduk dalam toilet sorang-sorang bukan air dari bawah je keluar, air atas pun mengalir. sebab terlampau syahdu gila terasa diri di perantauan. layan perasaan sambil pegang botol and tisu (masuk toilet tak pernah lupa botol air tau) tu belum dengar lagu raya, kalau ada lagu raya, confirm banjir bandar Paris ni.

yelah, mula2 sampai, semua benda tak ada, semua benda tak selesa, semua benda tak sama..

mesti lah merungut.

tapi bila semua hampir ada..

semuanya hampir serupa..

dah tak rasa apa, cuma kadang2 tu mesti lah ada. sebab benda mmg totally different. tak ada satu pun sama dengan malaysia. yang paling penting tak payah nak tgk cerita titanic. sebab kat sini, orang bercium berlambakkk. lebih romantic dari dalam movie. hehe. aku pulak tersipu2 bila ada couple cium betul2 depan aku dalam train. aishhh, lama sangat tuuu.. aip.. aip.. banjir nanti. haha

hehhe


mula-mula datang, ilya jelah sorang kawan yang aku ada, tension ke, sedih ke, memang refer kat dia, makin lama, makin ramai.

apa yang aku cuba nak bagitahu kat sini ialah. pesanan opah aku. yang sampai mati pun aku tak akan lupa. aku just nak share. benda baik kita share la. yang bercium-cium depan orang ramai tu mana boleh share. pernah tgk orang kissing 3 sekali? haha. kalau mulut kau lebarr maybe boleh dipertimbangkan... hehe

okay. pesanan opah aku berbunyi

"jangan sekali-kali cari pasal or cari gaduh dengan orang. jangan bermusuh, jangan ada busuk hati, jangan simpan dendam. sebab kalau kita gaduh dengan orang, manalah tahu, one day, kita memang tak ada siapa2 dah nak minta tlg, hanya ada orang yang kita gaduh tu je. kan dah rugi"

okay, nasihat tu sgt bagus. so far aku rasa aku tak ada musuh dan tak pernah gaduh. except pasal kes rumah sewa aku tu. itu tolak tepi lah. sebab aku rasa sampai bila2 tak rugi. (ok tanak cita pasal benda tu)

selagi orang tu tak cari pasal dengan kau. selagi orang tu tak jatuh kan air muka kau. selagi orang tu tak bagi kata-kata kesat kat kau, selagi orang tu tak maki2 herdik kau, selagi dia hormat kau.
itu masih boleh panggil kawan.


tak kisah la sepoyo mana dia, tak kisah la setinggi mana diri beliau, tak kisah la mcm mana perangai dia, kalau dia tak buat macam yang aku sebut kat atas tu..maka,

terimalah kawan kau seadanya.

sebab dalam banyak2 perangainya, takkan tak ada satu pun yang boleh sejukkan hati. dalam banyak-banyak yang busuk, tak kan tak ada satu pun yang wangi,

dalam banyak-banyak yang gelap, tak kan tak ada satu pun yang cerah,

dalam banyak-banyak yang pahit, takkan tak ada satu pun yang manis?

tipu lah kalau aku kata, aku ni jenis yang boleh terima semua orang, and boleh terima je apa yang orang buat pada aku. sumpah tu semua tipu!

aku pun ada perasaan, kadang2 terdetik juga, marah. and paling dasyat aku maki dalam hati je.

tapi bila kau fikir balik.. untuk mereda kan hati kau. cara yang terbaik, terima mereka dengan seadanya. no matter what sebab itu diri mereka. sama jugak macam kita. bukan semua orang akan suka dengan cara kita, bukan semua orang boleh terima pandangan kita.

dengan cara menerima orang lain dengan hati yang terbuka, semua kekusutan akan hilang macam tu je.

dan apa yang aku sedar. selagi kau simpan dalam hati, hati tak tenang,

bila kau luahkan, semua jadi mudah.

aku pun tak baik sgt, dan tak ada hak nak judge orang lain. yes, aku ingat lecturer aku pernah cakap.

"don't compare one people to another cause different people have diff perception, diff personality diff way of thinking" respect them just the way they are.

betul tu. betul sangat.

mungkin aku yang salah, terlampau kolot tak pernah ke europe country. so kurang boleh menghadapi culture mereka.

tapi aku sedar, bukan salah mereka pun. contoh macam

"hye.." tiba-tiba datang kat aku kiss pipi.
"sorry for been late" lepas tu buat muka tak bersalah manja-manja. aku pulak yang blushing.

bila keluar kan, aku jenis menggigil walaupun dah pakai berlapis-lapis, tiba-tiba hug. ?? kesian lah kot aku sejuk.

faham, dorang tak ada maksud apa2. itu jelah.

yes, they don't mean it. memang tak ada intention apa2. aku faham. cuma maybe next time kena buat2 macam

"oh sorry I've serious skin problem" haha. mesti kau takut nak touch2 pipi aku.

yes, bukan salah dorang kalau nak pandai gila cakap semua benda. hal politic, hal percentage of poor people in certain country, who dominate lah what so ever.


sebab baru aku tahu. korang ni semua tgh buat master. ada yang dentist, ada yang course medical, and yet lawyer pun ada. tak sangka yang duduk rumah dengan aku ni semua nya pemikiran luas. walaupun gila tu memang superb.

bila tanya aku"oh I'm doing business study and major in marketing"
"oh i see, so what you guys learn in marketing?"

huh? jawapan apa kena bagi? dah terkial-kial terpinga-pinga. sebab aku ni pandai mengarut dalam blog je. nak explain lebih-lebih tu tak tahu.

paling lawak is kalau dorang tanya aku pasal education rules kat malaysia, berapa orang student dalam satu class, macam-macam hal malaysia dorang nak tahu which satu pun aku tak pernah ambik kisah. dan sekarang! aku rasa diri ni kecik je. sebab tak tahu sangat pasal negara sendiri.

okay, put at this way. belajar terima orang. belajar terima orang itu seadanya. dan berbuat baik.

itu petua paling mudah.

sebab bila dah kenal lama. kau akan sedar, mereka ni tak la seteruk yang kau sangka. masing-masing ada kelemahan sendiri. aku pun! aku lagi teruk maybe pada pandangan orang lain.

cara mudah, mcm tadi, belajar terima orang. sebab bukan semua orang sama. bukan semua orang makan pedas. ada yang tak suka pedas, ada yang suka makan subway, ada yang suka makan mapley, it's depends.

so. dipendekkan cerita, try to learned how to appreciate and accept people just the way they're. or macam tajuk lagu "just the way you are" tu.. yang buruk to, you put aside, yang baik tu kau simpan. jangan bukak2 dah.

okay last last. nak tiru sikit. tak marah kan? haha

I love my LIFE! <3 HEHE

2 comments:

Azfa said...

Good to hear that u are now enjoying life in Paris..kissy kissy (don't notty- notty ye!)

Take care dear

miserablecreature said...

ok piqa suka aq dgr bila ko ckp kena terima owg len the way they are..aq setuju!!!