Friday, May 29, 2009

JIJI MINIZOO


dua gambar di atas ialah pemilik 3 jenis haiwan dibawah. bila masuk toilet aku rasa macam dah masuk dalam petshop. hee. aku bukan jenis yang suka kan haiwan. even kucing pun aku takut. kalau orang lain akan takut lipas, cicak la. tapi aku paling gerun dengan kucing. mulu roma boleh automatic tegak bila kucing pandang aku. aku pun tak tahu kenapa. mungkin masa kecil2 dulu umi selalu takutkan aku dengan kucing kot contohnya macam "HA..KELUARLAH RUMAH!!ADA KUCING HITAM DAH TUNGGU DEPAN PINTU TU NANTI DIA GIGIT KAKAK" ceh padahal kucing bukannya gigit orang kan. tapi umi aku dah biasa takutkan aku dengan kucing. sebab tu sampai sekarang pun aku sangat takut. kadang2 tengok orang lain ada kucing kesayangan kat rumah. ak teringin jgk. tapi aku takutlah wei.. dan masa time aku mungkin ayah dan umi masih mempunyai pendapatan rendah dan tak mampu membelkan aku haiwan peliharaan untuk aku. bukan macam jiji, time dia kecik2 ayah aku dah belikan arnab la..
so mungkin kerana itu jiji tak takut dengan haiwan. dan haiwan peliharaan dia sangat annoying me. aku rasa rimas bila dia yang dulu tinggal rumah sewa sebab belajar kat politeknik bila cuti sem dia akan angkut semua haiwan peliharaan dia balik rumah dan letak dalam toilet bilik aku dan dia. kami share bilik. sebab aku ada sifat buruk yang lain penakut..



Dan yang paling annoying ialah haiwan ini. gatal. dia akan pandang je aku bila aku sedang weewee di hadapannya. jangan pandang wei..nanti ko kena ketumbit kat mata. ataupun mungkin beliau hamster jantan yang kemaruk betina. kesian kau sorang kat dalam tu kan. paksa tuan kau carikan gf untuk kau secepat mungkin sebab aku tahu kau pun mesti dah baligh kan. haha.. so ko mesti terkejut manusia juga berbulu seperti kau di sesetengah bahagian kan. haha..


yang ni aku rasa baik lah pada aku. sebab dia akan makan apa yang aku bagi. sebenarnya makanan dia ialah timun ataupun carrot. tapi one day time jiji tak ada di rumah, aku sangat kasihan dengan dia sebab dari kecik asyik makan benda yang sama mesti kau pun dah tak lalu kan dan rasa muak. so aku bagi kau apple merah yang dipotong dadu.. yayh!!! kau makan aku sayang kau.. dan bila jiji balik jiji mendapati ada sisa apple di dalam bekas kura2 ini lalu bertanya "sapa yang bagi dia makan tadi?" "aku la..kenapa?" "hotak ko bagi apple" "kesian dowh aku tengok dia asyik makan timun je.." "wei ko ingat dia manusia ke"jiji bengang. "alah bukan mati pun"-
haha. sorry la wei. aku cuma merasakan ada sedikit tanggungjawab pada kura2 kau. aku kesian tgk dia . dahla baik. senyap je. next time aku nak try bagi rambutan. mesti kau suka sebab rasa dia best. rasa sekali mesti nak lagi..


yang ni aku tak berapa nak comment sangat sebab dia buat hal sendiri. maklumlah berpasangan. aku jarang ambik port sangat taknak kacau korang bercinta.semoga cepat dapat baby dan memenuhkan lagi ruang toilet aku ..

and welcome to JIJI's MINI ZOO to have a great moment with these animal and also weweee facilities provided. haha

No comments: