Thursday, June 4, 2009

trip to kedah

hello..
dah lama tak berblog bukan kerana tiada masa tetapi tiada mood untuk menaip2 mungkin aku bukan dilahirkan sebagai penaip terbaik yang mempunyai idea yang melimpah yang macam sedap dibaca ke apa ke.aku disini seperti org lain.meluahkan rahsia hati yang tidak dapat didengar cuma dapat ditafsir melaui tulisan.
esok aku dengan eja, zati,padeng dan adik pak gat akan ke kedah. weheee aku excited sumpah taktipu. aku rindu kedah sangat2 ni. Rindu tempat lepak aku dan warga2 lepak iaitu leha, emy, nad, min dan kawan2 diaorang. tapi macam sedih sikit cos plan kitaorang yang datang dari jauh ni macam kelam kabut ni tak mengundang excited dari pihak sana. macam pengantin dari pihak lelaki datang rumah pengantin perempuan tiba2 tuan rumah tu buat tak tahu, semua dalam rumah tu tengah tengok cerita hagemaru je..haa lebih kurang macam tu lah. :S
pihak pengantin lelaki ni pulak macam gegah je bagi salam dan heboh nak masuk kan. hurm lebih kurang macam tu lah. hehe.. aku dengan padeng agak risau penginapan dan transport kitaorang nak pergi kulim. mestilah risau dahlah tengah malam sampai butterworth kan. padeng ajak balik pagi, tapi adik pak gat habis class pukul 11 pg so mana ada bus pukul 1 macam tu kan. dan sekarang banyak benda nak fikir..kalau ada orang hantar pun tak kan nak datang rumah orang tengah2 malam tidur plak tu. aduhai. tapi harap2 semuanya berjalan dengan baiklah. kalau tak ada orang nak amik kitaorang kat butterworth aku ambik tiket balik klang je la. senang balik rumah tros. datang saja melawat stesen bus butterworth. HAHA..
susahnya pergi tak ada transport. aku dah biasa bawak kereta dan tak mengharapkan orang. so aku tak boleh nak fikir nak mintak tolong siapa yang baik hati nak hantar ataupun jemput kitaorang dari kulim tu. padeng kata kulim tu agak jauh la nak pergi butterworth. hurm...
dan esok bas kitaorang pukul 3.30 tapi tak tahu sampai sana pukul berapa. orang tu kata bas tu berhenti kat ipoh lagi. aduhai terpaksa tunggu lagi. lepas tu kan aku takut sangat kwan2 aku merungut aku beli tiket bas tu. sorry la kawan2 aku tak pandai pilih bas and aku time tu sorang. dahlah orang yang jual2 tiket sume macam nak makan aku time aku jalan kat situ. sume macam tanya "ye dik nak pergi mana, abg tanya je nak pergi mana.."
aku gelabah tunduk bawah je..
sekarang ni aku cuma mengharapkan hari akan datang tu akan gembira dan tiada sebarang ketidakpuashatian sebab kalau mood aku dah dirosakkan akan bagi effect pada senyuman. hehe..
aku pergi sana pun sebab aku rasa lepas ni semua akan belajar tempat lain2 dah jarang jumpa dan silap2 tak jumpa langsung. bila ada kenduri kahwin atau kematian baru nak jumpa lebih kurang macam tu lah. so dengan sebab itu aku gagahkan diri pergi sana even hanya kakak leha dan abang min yang kahwin. bukannya leha ataupun yasmin sendiri yang kahwin. hehe..
selamat pengantin baru semua.
dalam masa 3 atau 4 tahun lagi akan sampailah pula ucapan itu pada aku..
insyaalah..
((:

No comments: