Saturday, September 18, 2010

stronger dan stranger

Assalamualaikum.

dimana kekuatan itu? aku muda lagi. belum puas gelak ketawa enjoy suka suki.
mungkin ada hikmah aku terima ini awal daripada waktu sepatutnya.
dimana kekuatan itu?

kadang-kadang aku rasa aku berjalan atas lidi yang tak mampu untuk aku lalu. tapi aku terpaksa lalu sebab aku hanya ada satu jalan. jalan itu sahaja untuk aku.

dimana kekuatan itu?
kadang-kadang aku rasa macam nak extend semester supaya aku boleh beri tumpuan pada ayah yang sakit. hantar ke hospital, treatment dan etc. dan juga berkerja untuk cari duit supaya ayah tak susah-susah fikir berapa besar belanja rawatan ayah dan ubat. sebab ayah dah biasa dengan private hospital, so he refuse to stay at government. yelah orang sakit mesti nak selesa.

for the time being, aku rasa commitment aku sgt tinggi terhadap ayah. sebab aku pegang semua duit, kad and medical report dia. history penyakit dia, dan segala-galanya. aku yang sign untuk semua surat dan payment. pernah one time dalam dua bulan lepas time ayah critical doc minta aku sign untuk ayah masuk bilik operation sebab time tu umi lambat and doc can't wait.

aku kadang-kadang jadi buntu bila ayah selalu kata dia sakit itu dan ini. sakit situ dan sini. niat aku bukan nak mengeluh, sumpah aku tak rasa susah tanggung semua benda ni, cuma aku tak sanggup tengok dia sakit. and selalu terfikir apa kesudahan untuk kesakitan itu? itu paling takut aku nak fikir.

dimana aku nak cari kekuatan itu?
kalau aku sendiri sebenarnya kerap menangis dalam toilet bila teman ayah ke hospital. menangis sebelum tidur mengenang apa akan jadi tentang hidup aku dan kehidupan aku. dan paling layan bila menangis bila tengah tulis blog.

yelah, aku perempuan dan manusia biasa yang ada air mata untuk aku keluarkan bila aku rasa sedih. aku bukan ommas yang ada air mata untuk jadi taik mataaaa. (sekarang mood meluat ommas suka muntah, rasa nk buang itu ommas)

di mana agaknya kekuatan aku?
mungkin bila selalu orang kata, ada orang lain yang lebih susah dan dasyat masalah mereka. dan aku selalu cakap itu pada ayah. "sabarlah ayah, kita mampu lagi, ramai lagi orang kat luar yang sakit lagi teruk"
ayah pun diam je. sebab kalau kau duduk hospital tu. ramai pesakit yang kalau kau tengok dorang kan, kau rasa sedih dan simpati. ada seorang lelaki india ni, baru lepas potong kedua-dua belah kaki. sangat sadis kan?

soon or later, masalah akan sentiasa ada. cuma cara kita nak hadapinya. aku tak pernah menangis depan ayah. aku akan gelak dan senyum dan akan pretend mcm aku tabah. bagi nasihat. itu aku menang.

dalam minggu ni, dua kali aku teman ayah makan, dia teringin nak makan seafood dan steamboat. time umi dan adik2 pergi beraya, aku bawak ayah makan. seronok tengok ayah aku makan habiss. cuma rasa tak seronok bila tengok tangan dia terketar-ketar, jalan nak terjatuh, macam masa aku kecik-kecik dulu.

itu je luahan, sorry for those who annoyed read my story, my intensity is to write what I feel so that I can reread back. its like my journey. aku tak larat nak ingatkan dan pesan, sesiapa yang tak suka please go away. tak larat nak pikir stranger.

1 comment:

Azfa said...

Be strong..your dad needs you..kalau you need a shoulder to cry on, you know where to get me..