salam people,
pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke-3 aku kt sini. macam-macam dah aku buat, lalui dan hadapi. sama ada suka, duka or luka. semua sendiri rasa, family jauh. emm kadang2 ada jugak rasa nak call jetworld. tukar tiket balik sekarang.
susah sebenarnya nak mulakan hidup kt tempat orang ni. melainkan kau ada family kat sini. tapi bila fikir balik, sampai bila nak bergantung pada orang lain. tapi yang paling tepat aku nak cakap, susah nak hadapi tanpa orang-orang yang penting disekeliling.
aku anggap ni cabaran jelah. lagipun ada lagi 2 bulan. 2 bulan bukan lama pun. sure aku akan rindu suasana sini lepas ni. tapi paling kuat mestilah rindu tanah air sendiri. tempat kau senang nak cari semua benda. kalau sesat senang, call kawan2, or boleh tgk signboard kau faham. tapi kt sini. hmm selalu je cakap dalam hati ''bestnya kalau aku faham french''
aku harap one day aku boleh cakap. aku planning nak ambik class french balik malaysia ni. then find scholarship, lepas tu cari university sambung master terus kat france. education sini murah. tapi itu semua mimpi indah ditengah malam je lah.
the fact that, lepas habis practical, kena kerja. kerja cari duit. lepas tu, fikir apa step seterusnya. dan hidup aku akan tak tenang, kalau aku tak habis bayar PTPTN. hmm. belum kerja hutang aku dah berpuluh ribu, memang menghampakan!
so basically, kerja apa yang mampu aku buat untuk dapat income lebih dari 4 angka. hehe. demand gila. yelah, zaman sekarang semua mahal. nak masuk toilet pun dah kena 0.20 sen. ntah apa-apa. sia-sia mak ayah kita bayar tax banyak gila pada negara. tapi masuk toilet pun still nak kena bayar lagi. lepas tu parking pun nak kena bayar. macam-macam lagi yang macam rasa bayaran yang patut dimansuhkan.
kadang-kadang kesian mak ayah kita, dah la cukai pintu, cukai rumah, cukai tanah, road tax kereta, potong gaji sebab tax dan lepas tu berbagai-bagai tax lain. tax makan kat mcd lagi. aduhai serabut gila.pernah tak korang terfikir bahawasanya ada pelbagai bayaran yang patut kita mansuhkan.
hehe. ni just pandangan bakal graduan yang tengah serabut fikir duit bayar PTPTN. ntah la. kalau aku ada anak, aku akan nasihatkan, tak payahlah kau ambik PTPTN sebab bunga dia time nak bayar balik pun kau dah boleh guna bayar deposit beli kereta. ini bagi yang mampu lah, bagi yang betul2 memanfaatkan duit ptptn tu Alhamdulillah,
serious, aku agak menyesal ambik ptptn tanpa pengetahuan parents aku. tuhan dah balas dah ni. sebab terlampau creative kan. sign ayah aku adalah sign aku, macam tu jugak sign mak aku. hehe. everymonth duit aku banyak juga. ayah setiap bulan bank in duit. sumpah time diploma adalah time kau rasa duit tu macam daun je. boleh suka-suka hati habiskan tanpa fikir macam mana ayah kau susah nak cari duit nak bagi anak dia yang kononnya belajar rajin2 kt university ni kan.
emm. fikir kan masa depan ni, memang takut. bila naik train, tengok orang angkut anak ramai-ramai sampai tak cukup tangan. rasa macam
''adakah aku akan macam tu akan datang?''
hehe, bukan aku nak cakap dia susah tak mampu ke apa.
cuma aku takut aku yang tak mampu. contoh la kan, aku jenis subur gila. kahwin kejap dah dapat anak, anak pulak sekali keluar 3 orang. hmmmm.. lepas tu tak cukup lagi. tahun depan nya aku mengandung lagi. keluar kembar lagi. hahaha.
aku tahu, semua ni rezeki, hidup mati allah tentukan. tapi jangan salahkan aku. otak aku sekarang asyik berpusing-pusing fikir apa akan jadi. aku mungkin tgk kt FB ramai sgt kawan aku dah bertunang dan berkahwin. tapi, mampu kah aku? mampu ke nak tanggung emosi tengok anak-anak kau yang kembar tu menangis serentak, lepas tu 3-3 orang nak dukung, nak susu, 3-3 orang tu pulak terberak, 3-3 orang tu termuntah. lepas tu dan macam-macam lepas tu. hehe
apart from that, aku selalu fikir, mampu ke aku nak tanggung family aku macam mana dorang tanggung aku. mampu kah aku lagi?
selain dari tu, yang paling penting sekali, aku mmg tgh haru-biru asyik betulkan proposal and questionnaire aku. ada soalan yang advisor aku cakap tak relevant and sensitif untuk di tanya. takpe2 insyaallah boleh betul kan. cuma rasa macam
''TAK SABAR NAK HABIS''
bila fikir-fikir balik kan. apa sebenarnya tujuan aku buat entry ni?
and satu lagi benda, aku tgh pusing-pusing fikir date balik aku. tengoklah kalau aku rasa rindu gila bau haruman ketiak mak aku. memang aku akan balik awal. susah la. korang tak pernah rasa jauh lama macam ni. aku dah try. boleh je sebenarnya. tapi sayu la. serious sayu je. dah nak masuk bulan ke 3 ni babe.
mampu kah aku?
so tajuk entry ni maybe mampukah aku.?
No comments:
Post a Comment