Tuesday, March 1, 2011

layan part II

gambar hiasan

Hye and salam people..

aku rasa aku banyak berfikir sejak akhir-akhir ni. aku fikir, apa yang aku suka, apa yang aku nak dalam hidup ni sebenarnya.
dan bila aku dah ada kat sini, aku fikir. aku tahu apa yang aku nak. aku cukup sedar dan tepat dengan pilihan aku. aku rasa dah banyak buang masa dengan diri sendiri.
Bila kau berhadapan dengan sesuatu yang kau cuba elak kan, tapi kau terpaksa juga lalui, kau akan rasa masa berjalan terlalu lama untuk kau ubah kehidupan kau.
tapi kalau kau berada di zone yang kau selesa dan gembira. waktu berlalu pun kau tak sedar.
Dalam hidup ni, hidup kita, kita yang tentukan. dan jangan takut dengan apa yang jadi kat depan, sebab kat depan tu memang ada dua jalan. tapi, kau kena pilih satu je. walaupun kaki kau ada dua, tapi kaki kau kena ada sama-sama untuk pergi satu jalan tu. Dan bila kau sedar, pilihan kau ni tak tepat. tapi ada hikmah di sebalik nya.

sedar tak kau, bila kau tahu pilihan kau kurang tepat. kau akan cuba satu lagi pilihan. kehidupan yang penuh dengan pilihan sama macam jalan yang tak ada penghujungnya. aku rasa aku kejam dengan diri sendiri. sebab aku tak mampu ubah apa2. aku kena teruskan walaupun aku tak mahu. teruskan juga walaupun aku tak mampu.

sebab?

ini yang aku pilih. tapi disebalik tu aku sedar, aku harap aku ada impian sendiri.

aku memang tak mampu juga. tapi kita kan selalu diingatkan ''think positive, think positive''
kadang-kadang bila dah fed up sgt tu. istigfar banyak-banyak.

hmmm.. manusia memang tak pernah bersyukur. manusia memang tak pernah cukup. manusia memang tak pernah puas. Dan aku ada lah manusia tu.

No comments: