Tuesday, March 15, 2011

birthday ayah

Salam..

I've been thinking a lot lately. aku rindu gila dekat family aku. sebab dah masuk bulan ke-3 aku duduk jauh ni. Serious.

bila duduk sorang-sorang kat office. sambil duduk pandang luar kan. tiba-tiba teringat rumah. macam biasa la aku memang suka layan perasaan. yelah, bila dah jauh semua baru nak teringat. kalau kat rumah kat malaysia tu. mak aku buat goreng pisang, memang langsung tak pandang. sampai dia kata

''makan la goreng pisang tu, banyak umi masak''

lepas tu aku tak jawab apa. pandang pun tak.

tapi bila jauh jauh. teringat goreng pisang mak aku pun dah rasa macam sedih gila. yelah, kita akan appreciate benda bila dia tak ada. selagi dia ada depan mata, kita akan rasa secure je. try tiba2 hilang. baru kau nak terasa.


sebenarnya 13 march hari tu adalah birthday ayah aku. tapi aku lupa. bukan lupa, tapi aku memang susah nak ingat birthday orang. even birthday sendiri pun kadang2 aku tak ingat. bila dah perasan

''eh, hari ni 15 november kan?''
''hari ni birthday aku lah!'' Ha! macam tulah.

serious, berapa kali aku kena tegur dengan kawan aku sebab aku lupa birthday dorang. dulu kan time tak ada FB kan, tiba-tiba ada je kawan aku call. boleh pulak gayut lama-lama. last last tu dia akan tanya aku..

''pika, you tak ingat ke hari ni hari apa?''
''ha? hari apa ye?'' aku blurr je
''hari ni hari jadi I lah, sebab tu I call you, I dapat credit free selama seminggu'' kata kawan aku.


HAHAHAHHA. Begitu la juga dengan kisahnya aku tersalah wish birthday pulah. aku mati-mati ingatkan birthday dia 12 disember. time tu mula-mula tercouple lah

''you. happy birthday ye''
''sejak bila birthday I hari ni''
''eh bukan ke''
''bukan birthday I 2 disember la''
''alamak dah lepas ke. haha''


Ini kisah sebelum wujudnya Facebook la. tapi sekarang ada jugak kegunaan FB, selalu remind kita pasal birthday kawan-kawan, anniversary kawan-kawan kita kan? so tak ada lah aku silap lagi. Anniversary aku hari tu pun memang aku dah tulis awal2. and fb pun ada ingtkan.

sebab tu kalau korang perasan, aku ada buku reminder. so that aku senang ingat and buku tu mmg selalu aku bawak senang aku nak tulis bila and bila. aku dah tulis awal2 supaya aku tak lupa.

So sebab kan ayah tak ada Fb, Aku lupa birthday ayah. haha. jangan lah marah aku sebab lupa birthday ayah sendiri. kalau korang nak tahu, family aku memang jenis tak reti celebrate birthday, bila tak celebrate ni, confirm lah semua tak ingat birthday semua. adik beradik aku pulak 6 orang, kesian mak ayah aku memang la dorang tak boleh nak ingat birthday kitaorang. cukup lah sekadar dorang dah banyak berjasa untuk lahirkan aku kt dunia ni, sikit pun aku tak kecik hati kalau dorang tak ingat birthday aku. dah biasa dah.

kan aku pernah buat post pasal aku bagitahu ayah aku pasal birthday aku tu. time tu sebenarnya saje2 nak bagitahu ayah aku, hari tu birthday aku. tiba2 sebak pulak sebab ayah aku terus ajak pergi beli cake. haha.

aku rasa dalam ahli keluarga aku, yang ingat birthday aku ialah arwah atuk aku. sebab aku kan duduk dengan dia. manja dengan dia. time kecik dia siap buat majlis makan2 untuk celebrate birthday cucu dia ni. aku masih ingat lagi last birthday aku dia celebrate. time tu aku pakai baju terbalik. dia betulkan. dia sikat kan rambut aku sebelum aku tiup lilin cake. time tu cam bangga gila sebab semua orang bagi hadiah. itu lah last. lepas tu tak ada dah family nak celebrate. kawan2 jelah yang sudi tolong baling telur dengan tepung.


berbalik kepada birthday ayah aku kan.

aku tengah chat dengan adik aku, Aqila. tiba-tiba dia kata
''weh, hari ni hari jadi ayah''

aku dengan tiba-tiba sebab gila.
tapi buat2 cool dan reply

''lah yeke. hahha aku lupa lol''
padahal time ni dah meleleh air mata.

aku msg ayah. tapi tak sure ayah received ke tak msg aku sebab orange(line france yang aku guna) hantar msg apa ntah kat aku. aku benci gila sebab aku tak faham apa dia hantar kat aku.so aku ignore jelah. benci gila dengan communication barrier yang aku hadapi. tolong. bila nak berakhir ntah.

berbalik kepada kisah seorang anak perempuan yang tak ingat birthday ayah dia tu kan iaitu aku,

aku tiba-tiba rasa sebak gila sebab aku sebenarnya tak berapa sure umur ayah aku. antara 50 or 51 macam tu. sorry. ayah aku pun tak ingat umur aku. sebab dia bgtahu kawan dia aku umur 20 tahun. haha. muda sangat.

memang family aku kurang sentimental bab-bab ni. takpelah. aku tak kecik hati pun. sebab aku mmg tak ingat birthday orang lain pun. ini lah kelemahan aku sampai sekarang.

ayah, selamat hari lahir yang ke 50 ataupun 51.
kakak doakan ayah panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa.
kakak harap ayah panjang umur sepaya ayah boleh tengok kakak kahwin, hehe.
kakak harap ayah panjang umur supaya kakak boleh balas semua jasa ayah.
kakak harap ayah sihat macam dulu (walaupun ni cuma harapan) sebab kakak tahu ayah suffer sakit buah pinggang. kakak ada impian.
kakak nak tengok ayah sihat mcm dulu. kalau boleh nak sangat tengok ayah makan durian. sebab ayahkan suka makan durian. dulu masa kakak kecik-kecik, ayah selalu balik malam lepas tu bawak durian. lepas tu ayah akan kejutkan kakak bangun.

''bangun, bangun ayah bawak balik durian, cepat makan. malam2 jelah boleh makan, nnti dah siang adik-adik kacau nak makan''

biasalah time aku darjah 1 aku dah ada 3 orang adik. so ayah aku mesti kesian dengan aku. dia selalu ajak aku dengan mak aku makan durian malam2. pelan-pelan makan durian kat dapur sebab taknak adik-adik terjaga. haha

tapi bila dah sakit. aip-aip. ayah jangan nak makan durian okay. kesian gila kena pantang kan?

ayah, sempena birthday ayah yang ke 50 ataupun 51 ni, kakak nak cakap. kakak mampu cakap kat blog jelah sebab kakak malu lah nak cakap depan-depan sebab kita tak pernah ada this kind of deeply conversation kan.

kakak bangga ayah jadi ayah kakak,
terima kasih sebab jaga kakak dari kecik, sampai lah dah besar panjang, dah gatal sekarang.

ayah ingat tak time kakak first day masuk tadika, ayah betulkan kasut sekolah kakak pakai terbalik?

lepas tu bila balik dari sekolah, kakak pakai kasut sebelah saiz lain, sebelah lagi saiz yang lain. sebelah besar sebelah sempit. ntah sape lah yang suka2 curi kasut kakak. lepas tu ayah kata
''mcm mana boleh tertukar?''
''ada budak jahat kt kelas'' kecik-kecik memang aku suka tipu. padahal aku yang salah

ayah ingat tak dulu kakak suka paksa ayah berhenti tepi jalan nak beli air tebu. biasalah budak kecik kan, kalau nmpak apa je orang jual tepi jalan suka nak suruh berhenti. nak beli.

lepas tu ayah kata.

''tak nak-tak nak, geli orang tu kencing tak basuh''

sumpah sampai sekarang kakak ingt ayat tu. sebab..

bila nadya dengan ilham suruh

''kakak-kakak, haus la, berhenti jap beli air tu'' nadia
''eii.. geli la yang tu, dia kencing tak basuh..'' aku-


tapi orang yang kencing tak basuh tu la sebenarnya ayah aku selalu beli kat dia time bulan puasa kalau pergi pasar. sekarang aku tahu. ayah pun pernah tipu aku. so fair lah kan?

ayah, ayah ingt tak time masa kakak form 3 kakak tak ada seluar hitam untuk guna latihan kawad kaki PBSM kena guna seluar hitam.

lepas tu kakak jumpa seluar hitam agak-agak lawa macam sesuai dengan kakak. kakak pergi kedai cina, POTONG KASI PENDEK.

esoknya kecoh satu rumah, mana seluar ayah??
mana seluar kerja ayah? yang brand POLO tu?

hah?

lepas tu sebab kesian dengan umi kena marah dengan ayah sebab ayah kata umi letak mana?

aku pun mengaku. seluar ayah berada di kedai cina. kakak alter. ??
''KAKAK TAHU TAK BERAPA AYAH BELI SELUAR TU?
terus ayah tak tegur aku. sorry. time tu takut gila nak keluar bilik kalau ayah ada kt rumah.

ayah. ayah ingat tak, kakak pernah muntah keluar kangkung atas baju ayah? time tu ayah nak hantar kakak pergi sekolah. tapi sebab kakak sakit n takut nak cakap tak nak pergi sekolah, kakak kena pergi jugak. last last habis baju kerja ayah kena kangkung.

ayah. sesungguhnya banyak sangat benda kakak ingat pasal ayah. sebab dari kecik kita agak rapat la compare dengan umi. biasalah, kalau dah ada adik ramai, kurang sikit perhatian pada anak pertama ni. ayah selalu backup kakak kalau kena marah. thanks ayah.

ayah, ingat tak sebelum kakak datang sini, ayah tak dapat hntar pergi airport sebab ayah tak larat nak jalan dan duduk lama. ayah sakit kan. takpe kakak faham.

ayah.. Sekali lagi,

Selamat hari jadi. thank you for making who I am today. dah besar dah anak ayah yang pakai kasut terbalik tu. dah besar dah anak ayah yang muntah kangkung kat baju ayah tu.

afiqah dan zainuddin. ayah suka tak nak pandang kalau orang nak tangkap gambar tau



ha! kan dah tangkap gmbar curi-curi. ini lah gambar ayah yang paling handsome aku ada. ayah dah makin kurus. what to do. kuasa Allah taala. paling kuat pun aku boleh nasihatkan ayah, bersabar la. lepas tu kena marah

''kakak cakap senang la, ayah yang rasa''




lepas tu mesti aku terdiam. emm aku tahu sakit sangat dialysis tu. and hidup orang yang sakit buah pinggang ni memang tak bebas. 3 kali seminggu dah kena pergi cuci darah. lepas tu balik dari cuci darah confirm2 dah lemah. mesti dah tak boleh nak bergerak. tapi ayah ni jenis kuat. suka pura-pura boleh jalan lah. boleh drive la. padahal tak boleh dah. kereta kat rumah banyak dah kemek-kemek. sebab kononnya orang yang langgar. tapi sebaliknya, ayah aku yang langgar kereta orang. emm bahaya la pakcik memandu mcm tu pakcik.



ayah, semoga ayah kuat. Terima kasih atas SEGALA-GALANYA. I love you so much ayah :(




Apa lagi yang boleh membuatkan kita bahagia selain daripada melihat orang yang kita sayang bahagia?



Love and hug from Pika.

1 comment:

Unknown said...

entah macam mana boleh pegi blog u ni, tiba tiba baca entri ni jadi sebak. :,) good luck in your life :)