Monday, August 30, 2010

l-f-e

salam,

actually sebab aku tak balik cuti merdeka sehari ni sebab nak study lah katanya kan. bangun tidur semangat berkobar gila buku dah terletak atas meja. tapi apakan daya kuasa laptop aku menarik bagaikan magnet yang kuat. sejak semalam aku terbuka satu blog wanita berjaya ni. yelah call her successwoman lah since she manage to get income 40k monthly. ko rasa berjaya tak?

eversince I read her blog. sampai di kala ni aku tak boleh stop. tangan still pegang pen. ada buku juga terbuka. tapi mata dan minda aku terus nak click older post beliau.

bila tengok orang berjaya di usia muda ni, siapa tak mahu. aku bukannya nak hidup dalam kaya raya. cuma bila nak beli apa-apa tu tak ada lah terbantut and berfikir 10 kali. dan tahun akan datangnya baru kau dapat merasa beli. hehe. aku tak lah seteruk macam tu. income yang diberi oleh umi ayah still cukup lagi. I mean cukup-cukup lah untuk dating, and spending makan minum minyak kereta, bill broadband and celcom. kira lumayan lah.

tapi semenjak ayah sakit, ada sedikit perubahan lah. bukan sedikit lah. agak banyak jugak. yes, aku masih ditahap bersyukur dengan apa yang aku ada. cuma kalau sebelum-sebelum ni kau mmg dapat lebih, tiba-tiba kau dapat kurang, mesti kau ada sedikit terasa kan.

aku faham, ramai lagi diluar sana and some of my friend teruk poket dorang. aku masih okay lagi. aku bukan nak mengeluh. cuma aku tak sabar nak build my own career, get my own money, pay my own car and have my own properties with my own effort to get all that thing.

mungkin bukan masanya lagi. tahun depan maybe. tapi kau bayangkan bila dah susah, kau terpaksa dengar masalah yang parent kau hadapi. sana sini terpaksa dijual sebab nak menampung itu dan ini. perbelanjaan semakin bertambah sebab ayah dah sakit dan tak bekerja. aku tension.

bila balik, aku akan dengar benda yang sama. aku faham ia sekadar luahan hati. tapi aku tak sabar nak kerja dan bantu mereka. banyak kali dah aku ulang benda ni.. aku tak sabar dah nak keluar dari zone cukup makan ni.

contohnya.
kalau nak order makan kat kedai, aku tak akan tengok menu dulu. aku tengok harga dulu. sebab aku pasal makan ni tak kisah sgt. asal aku kenyang. so akan ku pilih yang murah sebab duit dalam wallet cukup lah nak bayar minyak, tol,, tengok movie and mcm macam lagi aktiviti yang membazirkan.

kalau tgh drive tiba-tiba signal minyak kereta menyala-nyala. dalam fikiran alahai menyala plak kau. baru ingat nak saving tak nak isi minyak. kau ingat pakai NGV ke, kadang-kadang terpaksa budget untuk benda lain sebab nak isi minyak. nasib kereta aku tak kuat minyak. tapi kalau dah jalan merata tu kuat jugak la telan minyak.

kalau tengah belek-belek baju yang cantik-cantik kat sungai wang tu, mesti tgk tag harga first. alahai mahal pulak. bukan mahal mana pun. rm49 je. tapi sebab financial condition yang kurang membenarkan, so letak jelah balik baju tu. dengan harapan akan ada sale nanti. tapi bila dah sale, baju tu dah tak ada pulak. kau bukan shopping kat butik gucci ke apa, sungai wang je pun. tapi still kena fikir kan duit.

kalau kau nak tengok movie, mesti mengelak dari tengok kat paviliaon. sebab mahal. mahal bukan sampai berganda mana pun, cuma kadang-kadang sampai rm12 je. harga tempat lain rm7. tapi still consider mahal.

kalau nak keluar pergi mana-mana kan, mesti plan perjalanan and jalan mana nak lalu. mesti pilih jalan yang tak ada tol. tol bukan mahal pun. rm1 je pun. tapi masih fikir. kalau aku lalu tol, mesti aku kena pecahkan RM 10 aku ni. ish tak boleh tak boleh.

kalau nak dating sekarang. masing-masing akan bawak transport masing-masing. meet somewhere and I'll park my car, naik motor pulah. saving. (ish tiba2 cam dejavu je aku tgh taip benda2 ni semua)


memang la aku ada saving yang boleh dikatakan banyak. itu semua hasil duit dulu-dulu time family masih senang. tapi makin hari duit makin kurang. hati pun semakin risau. apa lagi harta yang aku ada kalau bukan saving tu?

hidup kat shah alam dengan merbok berbeza.

serious tak sabar nak bekerja keras. nak selesa. nak sambung master. hmm kena buat wishlist ni.

Apalah kehidupan tanpa cabaran. semua ni sementara till oneday you'll miss this moment. sabar

2 comments:

Admin said...

Biasalah bila jadi student; apa pun kita kena lihat apa priority kita. Tak salah nak wat biz dan cari duit .,.. leh je .. byk je biz yg leh buat.. program affiliate ada .. biz MLM ada .... biz itu ini .. semua ada. Yang penting kita tahu apa yg kita buat - tahu mana kehendak, kemahuan dan keperluan. Bukan semua benda kita boleh dapat.... kan?

Admin said...

Dalam blog saya byk program affilaite leh ikut .. daftar percuma .. hanya kena promote je. Sudi tgk la nanti.

Tnya la kalau nak tahu nanti.

hasrulhassan.blogspot.com