Friday, September 10, 2010

hari raya yang kelam..

salam,

first of all selamat hari raya to all my friends yang aku kenali or mahupun tak mengenali
nak mohon ampun dan maaf sekiranya pernah terkasar bahasa yang aku sedari mahupun tanpa aku sedari.

so far raya tahun ni, memang tidak langsung menarik dan mood raya itu sangat la out of track.

sebab?

1. ayah tak sihat. so hati pun tak senang, kurang berjalan2 pun. malam ni tidur di rumah. tak macam previous raya mesti akan duduk kat kg paling sekejap pun 3 hari.

2. baju raya cam haram. terima kasih makcik tukang jahit, kerana menjadikan baju raya saya tahun ini seperti maternity wear. saya boleh guna bila pregnant akan datang. selebar mungkin makcik ukur ikut ukuran pinggang siapa agaknya makcik. tangan pula sangat singkat seperti kurung kedah. baju umi pula lengan sebelah panjang sebelah pendek, baju adik saya aqila pula langsung tak siap. sesungguhnya makcik sangat creative, kalau rasa tempahan banyak sgt, jgn terima. ini adalah tahun last kami mendapatkan khidmat makcik.

3. shopping raya memang tak ada lah tahun ni. tahun ni tahun paw adik-adik. asal nampak sesuatu yang berkenan terus pandang qila. hehe. pinjam duit. dalam acc ada rm7 je. serious.

4. raya rumah sedara mara macam tak ada mood kenapa ntah? sebab dah besar, mood raya kurang, tambahan pula menggunakan baju kurung lama yang biasaku pakai ke class. sekali lagi terima kasih makcik tukang jahit.

itu jelah kot. nanti kalau banyak sangat merungut pun tak baik. tapi pagi raya tahun ni overall memang suramm. mungkin tahun depan lebih hebat.

hari-hari yang lepas sebelum raya sangat sibuk.

ulang alik hantar ayah ke hospital, berbuka puasa juga di hospital,

bawak umi pergi beli barang di klang yang sangat jam nya nauzubillah.

siapkan kuih raya berbalang-balang.

sampaikan rasa macam ohhh flat dh terus terlentang kat dapur.

apa-apa pun, saya tak sabar beraya dengan kawan-kawan,

tiba-tiba teringat zaman beraya kat alor star dulu. rindunya pada alor star.

tahun lepas, 3 hari sebelum raya aku masih ada di rumah pulah, tolong mak pulah buang hampas kat daun ketupat. aku ingat lagi moment berbuka puasa sama kat sana.

serious aku rindu kedah sebenarnya. classmate, lecturer dan environment sana. yang paling rindu makanan yang murah-murah.

emm tak semua benda kita akan laluinya setiap masa dan sepanjang umur kita. sebab bila dah tak ada baru kita akan rasa rindu dan ingin benda tu ulang kembali.

tiba-tiba pulak rindu beraya zaman kecik-kecik. ayah sihat. semua ceria. naik kereta nyanyi lagu balik kampung. bonet kereta penuh. besh je.

tak macam malam ni.

duduk rumah, laayan fb. baca blog orang. dengar bunyi mercun dum dammm sana sini. nadia pun dah bising asyik cakap boring boring raya duduk rumah jeee..

nak upload gambar, tapi nanti dulu lah. mood baring. esok lusa update lagi. sebab sure esok lusa banyak masa terlebih lagi.sekian.

kpada kawan-kawan, jemput datang ke rumah yeee... aku free je cuti ni. and tahun ni raya lebih panjang sebab ada di tanah air sendiri. hehe. poyo.

No comments: