hmm long time haven't writing. bukan tak ada benda nak share, cuma masa tu terbatas. dah 2 hari aku temankan ayah. lepas magrib je mesti ayah dah panggil, semalam hantar ayah pergi klinik, dia sesak nafas, ayah baru je seminggu keluar hospital, maybe next week masuk balik, emm nak cerita panjang-panjang pun susah, nanti ada orang kata aku ni menagih simpati la apa la,
cuma aku rasa terkilan ayah muda lagi, tapi dah macam-macam sakit, pergerakan terbatas, nak jalan pun susah, nak bernafas susah. sedih tau. bila duduk dalam kereta berdua dengan ayah, cerita sikit, terbatuk, cakap lagi dada dah sesak sesak macam baru lepas lari pecut ke apa.
yang pasti doctor kata pinggang ayah ada 20 percent lagi je berfungsi. so berserah la pada Allah yang tentukan apa akan jadi masa akan datang.
second day temankan ayah keluar. aku tanya ayah nak pergi mana. ayah jawab ayah pun tak tahu nak pergi mana, jalan jelah mana-mana..
serious time tu bergenang je air mata ni. tp berjaya tahan n buat2 senyum. aku kan pelakon handalan. ayah kata jom kita makan bubur nak? kat mana yang sedap yee.. aku pun jawab emm kat seksyen 7 ada. ayah pun ajak makan dekat kopitiam ahma kat bukit raja. aku pun temankan ayah makan, ayah mkn sikit je, aku yang kena habiskan. ayah memang tak boleh makan byk and minum pun tak boleh banyak, 1 badan ayah bengkak penuh air. urat sume dah tersumbat, semua tu disebabkan buah pinggang dah tak berapa nak function. sehari ayah limit boleh minum 800ml air je. emm korang bayangkan betapa beruntungnya kita yang sihat ni boleh minum berapa banyak kita suka, cuma kita je tak nak, tapi ayah dah tak boleh minum banyak, air penuh bertakung dalam badan.
banyak nasihat ayah bagi. and juga cerita-cerita dia untuk pengajaran aku. lepas je makan ayah ajak aku jalan-jalan kat pekan port klang. emm time tu dah malam, tak ada apa yang menarik pun cuma ayah tunjuk la, dulu kat sini la hari-hari ayah lalu pergi keja. dulu kat sini la ayah maakn dengan kawan ayah.. dulu tempat ni estate kerajaan, sekarang dah nak buat kawasan perumahan.. dulu.. dulu.. semua ayat ayah ada dulu...
ye ayah, kakak faham, dulu ayah sihat.
ayah kata bila ayah fikir balik kan, sekejap je masa berlalu, ayah ingat lagi time mula-mula ayah masuk darjah satu, pakai seluar pendek pergi sekolah, atuk kau hantar.. sekarang ayah dah ada anak besar-besar. dunia ni kejap je kakak.. ayah pun tak tahu berapa lama lagi boleh hidup. kalau hidup pun susah.
ayah pesan. dalam hidup ni kita kena buat pilihan yang betul. kena berjaga-jaga. mnusia ada banyak jenis. ada yang baik dan yang tak. ada yang baik didepan, ditangan ada pisau. ada yang baik. tapi mulutnya jahat. macam-macam lah ayah dah macam dr. fazilah kamsah.
satu ayat ayah yang penuh makna bagi aku is...
kalau break kereta rosak, jangan panik. tarik handbreak pelan pelan.
benda tu sebenarnya tak ada kaitan dengan kereta. apa yang aku faham, bila kita ada konflik dengan sesiapa, cara yang terbaik gunakan budi bicara selain daripada kekasaran. emm agaknya lah, sebab macam no point ayah tiba-tiba nak cakap pasal break la apa.
benda yang menggembirakan aku sekarang ialah melihat keluarga bahagia. bak kata ayah, duit banyak kalau tak sihat pun tak ada makna.
ayah pun ada pesan pasal pasangan hidup. kalau boleh cari pasangan yang betul-betul, sebab kita kalau boleh mesti nak kahwin sekali je, mana ada orang nak kahwin sampai 2 3 kali. kalau nak pilih, carilah yang sayang keluarga kita sekali, bukan sayang kita je.
lagi..
emmm bukan senang nak jadi senang. ayah dulu pun susah, hantar kami adik beradik 3 orang naik motor pergi sekolah walaupun hujan.tapi rezeki tuhan nak bagi, bila-bila masa dia boleh bagi, yang penting ada usaha. itu pesan ayah.
dan macam-macam lagi ayah pesan. time ayah cakap tu, satu persatu aku cuba pegang. sampai aku rasa takut nak berhadapan dengan masa akan datang. sebab masa depan nanti, belum tentu aku mampu nk laksanakan apa yang ayah pesan.
aku berdoa ayah akan stabil, sebab kalau nak sihat macam orang lain tu memang agak susah. aku harap mampu balas apa yang ayah pernah bagi. aku taknak fikir pasal benda lain terlampau banyak. tanggungjawab aku besar. sekarang baru aku faham kenapa eja dengan nad pernah cakap nak ada harta dulu baru fikir kahwin. sekarang aku dapat rasa dan faham.
kadang-kadang fikiran celaru. kenapa hah. baru 22 tahun. janganlah fikir sangat. cuma aku takut apa yang aku lalui sekarang akan menjadi sia-sia. aku takut itu je. aku insan biasa, aku nak kepastian.
sampai di sini sahaja luahan hati cik pikun.
No comments:
Post a Comment