lama sangat tak share cerita sampai bila bukak ni tak tahu nak cerita apa though banyak sangat benda jadi sepanjang minggu lepas. serius. mematangkan aku, and aku rasa dah sampai masa aku buang perangai budak2 aku jauh-jauh.
jumaat lepas aku temankan ayah pergi hospital. ayah ada appoitment untuk buat operation AVF. aku tak tahu apa benda tu, tapi itu ialah untuk besarkan urat. disebabkan kesihatan ayah yg sangat tak memuaskan, doctor tak berani buat operation tu. ayah terus menggigil dan tak boleh jalan, sampai nurse kena ambil wheelchair. darah tinggi ayah naik sampai 200. maybe ayah takut sgt. 10 minit lepas tu, doctor suruh ayah masuk wad. setengah jam ayah masuk dlm wards doctor pakar buah pinggang masuk dan tengok ayah. dia pandang I and cakap your dad critical. meremang aku dengar. dahlah time tu aku je ada. doctor ask ayah untuk buat pilihan tebuk buang air since his kidney had failure to process. nampak sgt kaki ayah dah bengkak2. she add that ada 10 kilo air pada kaki ayah yang bertakung sebab buah pinggang lemah. kalau biar lama akan menyerang paru-paru.
bergenang air mata ayah. aku pandang je muka ayah. ayah dah sedih, tak kan aku pun nak meraung-raung. aku pretend cool. aku cakap sabarlah ayah. doctor bagi 3 optional samada tebuk leher, tangan atau peha. ketiga2 ni ada pron and cons nya. aku yang tak pernah tahu pun terus jadi tahu. once dah tebuk, ayah kena buat dialysis 3 times a week. dan dialysis sangat sakit sebab machine yang akan gerakkan darah kita, buang segala toksik sume. buah pinggang didn't function anymore.
lepas dah doctor suruh ayah decide, ayah pun pilih untuk tebuk di tangan. doctor ask me to call umi and come immediately because the operation have to be hurry, worried the things getting worst. umi kena sign surat.
sebak weh. tuhan je tahu. kenapa aku lalui benda ni awal sangat. aku tak tahu apa2 lagi.
lepas umi dah dtg, doctor discuss dengan umi and ayah. ayah finally refuse to operate himself. he want to try the AVF iaitu operate besarkan urat. doctor kata ayah berisiko untuk tunggu lebih lama, tapi since ayah dah decide mcm tu, she cannot force. ayah masuk ICU so that he can be fully monitoring by nurse and doctor.
2 hari ayah kat ICU hari ke 3 ayah dah masuk ward biasa balik. hari ke-4 ayah operate. hari ke 5 ayah discharge.
sekarang ayah kat rumah. lemah je. aku tak tahu macam mana nak tolong. macam opah kata, kalau orang angkt brg berat kita boleh tolong, tapi kalau dah sakit, kita diri kita sendiri yang rasa.
apa-apa pun, aku doa yang terbaik je untuk dia. aku tak sampai hati lagi tengok dia sakit. tapi aku kena redha. terus rasa bestnya jadi baby, tak ada masalah.
No comments:
Post a Comment