Wednesday, November 4, 2009

si plagiat akan di elimitate dari group gonjolist


bila lah saya boleh betul2 kurus macam dalam picture ni ((:


Ini bakal housemate saya. dia rajin buang sampah. nanti bolehlah sama2 buang sampah. u pegang sebelah I pegang sebelah.

Habis je paper personal development terus temankan eja pergi bank sebab dia nak buat debit card maybank. dia kata best guna card maybank tu, macam orang kaya swepp je. dan dan. kalau kad hilang menganga je la. hehe..
hari yang agak malang sebab ada macam2 benda buat aku jadi macam nak terajang sekor2.
first, tadi time makan kat pakmud, kitaorang diberitahu bahawa one of our group member telah memberikan assignment kitaorang untuk di copy kepada group lain dan kerana itulah kitaorang dapat markah teruk dan menimbulkan kemarahan puan. aku tak sangka dia sanggup buat macam tu, harap kan pagar pagar makan padi, kau tahu tak itu tunggkus lumus kitaorang menaip malam2, kau pergi berdating karaoke, melepak2, time tu kitaorang sengkang mata sakit belakang duduk depan laptop ni, tapi kau tak siap kerja, lepas tu kau minta kerja orang lain, kerja group kita kau sedap pagi group lain tiru sebagai ganti. hehehe geram nye aku dengan kau Q bukan nama sebenar. haha.
tak pelah benda dah berlalu, aku cuma boleh lepas geram dalam blog je, tapi eja kata dia nak confront sebab benda itu effect kitaorang punya carry mark. puan tak kira pop quiz sedangkan kitaorang buat semua pop quiz time korang sume tak datang. hurm. berbalik kepada ranjit, dia kata do not blaming or insulting other people, identify what is the actual causes of the problem. so aku dah buat conclusion, kami salah pilih ahli kumpulan. dengan rasminya kau disingkirkan. ni degree beb, kalau time sekolah2 boleh la kau nak main pas2 assignment kat orang lain. dah tak nak cakap lagi. pulun dekat final je. harap2 boleh buat yang terbaik. kalau tak dapat buat yang terbaik pun, aku harap dapat jawab semua soalan. sebab aku selalu tak sempat nak jawab semua soalan. mesti ada yang tertinggal. mungkin time kot. tapi ranjit kata, the problem is not enough time, but how you utilize the time to complete the job task.

yang kedua. korang boleh tengok dan renung muka aku dalam2. cuba korang bagitahu muka kacukan cina jawa parsi ni ada suspect penyebar duit palsu ke. ada ke? jawab dengan ikhlas weh.
aku baru widraw duit dari maybank rm 100. sebab aku nak pergi cuci gambar. aku pun pergi kedai gambar kat cs tu kan. aku cuci 200 lebih kuantitinya. so aku kena bayar dalam rm72. aku dengan excited bayarlah duit rm50 dua keping. lama sangat proses pemulangan baki tu. lepas tu orang mula ramai kat tempat tu. aku pun tertanya2 kenapa. sampai pekerja kedai sebelah pun datang cek2 duit aku tu. kenapa? korang nampak muka aku dlm duit tu ke.
lepas tu cina bab_ tu terus kata, "you ni duit tak boleh pakai ooo.." "duit palsu ooo"
Aik..ang ni gila babi ke. aku baru widrawl je. time tu tak ada sapa dengan aku. eja dengan fatin pergi kedai cd. so aku tergamam sorang2 nasib baik ada fat. dia kata defend aku sikit.
"duit lain u tadak ka?"
aku geleng je. macam nak terus blah sebab geram tahap babi. semua macam kerumun kat aku macam aku penjenayah bebas. aku pun ambik balik duit tu dan pergi maybank balik. aku pergi kaunter bank tu ada pakcik tu tengah duduk kat customer service kaunter. aku pun cakap pakcik ni duit palsu ke, try cek..pakcik tu pun cium duit tu. cium dalam2 macam enak gila bau duit tu. "tak ada lah, okay je, tak ada apa masalah" "emm saya pergi kedai dia takterima la, saya baru widrawl je" "yeke, jap ye.."
emm macam nak gelak kejap pakcik pandai berjenaka lah. hehe.
dia keluar dari dalam dan bagi aku duit sehelai rm100. eh macam duit raya plak. emm aku pu pergi kedai gambar balik, bagi duit tu. aku cakap kat fat, ikut hati aku tadi, aku nak blah je, tak nak tunggu lagi, dah lah semua kerumun aku, customer lain tengok aku..fat kata tak boleh, nanti dia ingat kita salah.
tapi yang penting, lepas ni kalau nak cuci gambar kat kedai tu bayar guna duit syiling 10 sen banyak2 sebab conform dia tak boleh nak argue.

yang lastnye. rasa macam kenapa lah hari ni banyak sangat cabaran. aku isi minyak kat shell. cashier baru agaknya yang kerja kat situ. lama sangat dia nak key in minyak aku. lama jugak aku tunggu, aku tekan2 minyak tak keluar. berulang alik fat pergi tanya akak tu. alahai akak oi..orang sebelah aku yang isi minyak pun dah merungut. lepas tu van cilaka belakang aku asyik hon2. aik aku rasa nak baling bata kat tepi jalan tu kat ang. sabarlah weh, bukan aku sengaja melambat2 kan isi minyak ni. tengah2 isi minyak tu aku rasa macam lama je aku tekan ni, aku rasa aku isi rm10. tiba2 adik yang kerja kat situ tanya "akak isi rm50 kan"
aku dah berkerut2..
"tak-tak, saya isi 10 ringgit je"
orang yang isi minyak sebelah aku terus bersuara..
"saya isi 50 kenapa minyak ni 10rm je.."
Emm, tak pasal2 aku kena tambah duit. kalau aku tak tambah duit macam mana.
ang nak sedut minyak ni ke.
kalau adik tu tak tegur memang dah melimpah minyak aku, boleh balik rumah
klang trus. haha. rezeki selalu dapat minyak free.
((:


emmmm...
letihnya hari ni. semoga hari mendatang lebih bermakna.

1 comment:

amalina padang said...

banyak nye halangan ko weyh..xpe2 chill k. tuhan syg ko tu nk uji mcm2..