Saturday, November 28, 2009

Jangan gaduh2, semua ada rezeki masing2..

Dah 2 minggu berturut2 balik kampung. next week pun balik kampung lagi. setiap minggu jadual penuh dengan kampung. ada sahaja kenduri dekat kampung. sunat la, kenduri kahwin, dan semalam balik kampung sebab raya haji. actually aku suka balik kampung sebab boleh jumpa saudara mara yang jarang2 aku jumpa. lagi2 sebelah mak aku, saudara mara ramai gila tak terkira. yelah adik beradik mak aku 12 orang. mak aku anak yang bongsu. nenek aku pulak panjang umur, alhamdulillah, so semua berkumpul. aku happy. tapi agak serabut bila cerita pasal harta. sumpah aku rasa aku pulak yang serabut. yelah pasal harta nak bergaduh tak bertegur la apa benda kau ingat semua tanah dalam dunia kau punya whatsoever. aku just diam kan diri. yelah, arwah atuk aku banyak gila tinggalkan tanah and dia dah bahagi2 kan setiap orang dah dapat bahagian masing2. and paling tak syok bila ada yang bangkit mengatakan itu ini tak adil. sungguh tak bersyukur makhluk itu, nak tunggu tuhan tarik semua rumah kereta kau baru nak diam agaknya. padahal rumah nak paling besar la kan, lepas tu siap ada kilang batu bata, aku pun tak faham la apa lagi yang nak gaduh. okay cukup, aku bosan, dari kecik aku dah dengar macam2 issue dalam family belah mak aku. semua sebab harta. aku sayang keluarga yang ramai ni, sampaikan aku takut one day benda ni akan pupus sebab kan harta. manusia semakin tamak.

dan aku pesan pada mak aku. supaya jangan tinggalkan harta banyak2. kalau ada pun bagi yang kecik2. aku tak nak gaduh2 macam adik beradik mak aku. aku serabut wow.. tapi yang bagus pasal family sebelah mak aku, semua depan2 baik2, kalau ada majlis rewang2 (masak sama2 ramai2). dan mereka saling tolong menolong antara yang lain. sebab ramaiiiiiiiiiiiii.
aku nak cari harta aku sendiri. aku tak hadap kereta yang mak aku bagi pun. aku sedar cousin2 aku jelous aku dan family aku agak mampu untuk memberi sorang sebiji kereta untuk kemudahan ke class untuk aku dan adik aku. aku berniat,kalau aku dah kerja biarlah kereta ni bagi adik aku yang masih belajar. aku tak nak gaduh2. aku takut la macam dalam drama samarinda yang rashid sibir suka buat tu. bergaduh2 pasal syarikat pe jadah. next week balik kampung lagi, ada majlis sunat anak pakcik aku. dan ada confront pasal2 tanah la rumah, dapur jamban bahagian masing2. serabut.. serabut...

No comments: