Tengoklah diriku. bukan sahaja tembun malah fail untuk melompat2. sumpah aku tak reti lompat. ):
____________________________________________________________________
haha fatin hang ingat hang sorang ada pic kurus. aku pun ada la. hehe. nak jugak. tak pe biar aku terang actually tak ada lah kurus sangat. tapi nak compare dengan sekarang mmg banyak beza. time ni cuti tunggu result SPM. baru lepas main futsal. berat aku ketika itu 48kg sahaja tuan tuan dah puan2..
sedih kan. bila kita tengk balik picture lama, kita kurus. tak ada orang cakap "eh kenapa kau gemuk,berisi sana sini ni". Padahal yang kata mcm tu kat aku, macam aku nak hadiahkan dia cermin 40inci je.
ada jugak yang mulut longkang kata "weh kenapa lemak kau makin banyak tak terurus menggelebeh semacam je"
dah la aku dah penat nak dengar la. aku tahu aku mmg dah tembun sekarang. bila balik kampung pun mesti ada sedara mara nak tegur kenapa aku makin comel la, cute la. aku benci la.
sebab semua kritikan sedara mara aku tunggu membuatkan aku punya confident berkurang. low self confident and low self acceptance. mestilah, elok2 dah pakai kebaya tiba2 ada orang tegur macam tu terus rasa macam gemuk gila babi tak nak jumpa cermin dah. tak nak tak nak.
Lepas tu masuk degree ni pulak aku ada pengkritik tetap, kalah paul mose. mira dengan farza la. suka kata aku gemuk. tapi sebab dorang la aku nak kurus, tapi tanak la kurus sekeping, hee. at least lemak aku tak tersenyum bila aku duduk cukup la.
Dan hari ni hari first aku berdiet. bangun pagi tolong umi sapu satu rumah, berpeluh2 ketiak semua, tak pe, dalam fikiran aku jadikan ia satu senaman. lepas tu makan roti bakar sekeping. ingatkan nak makan 2 keping sebab aku bakar 2 keping. tiba2 datang adik aku yang gemuk tu minta pulak, aku pun bagi la, aku makan sekeping. cukup la kan. lepas tu aku teguk air sebanyak mungkin. minum. minum dan minum sampai terkencing banyak kali. setiap 10 minit aku ke toilet. aduh letih. tapi petom kata tu exercise. okay. semangat.
aku tengok tv je 1 hari ni. perut berbunyi aku tahan je. pukul 6 ptg tu aku dah macam dapat panggilan dapur. aku pun turun bawah. cari2 apa benda yang boleh dimakan. aku buka periuk. oh ada sup sayur. umi masak. yes. memenuhi menu diet aku. semangkuk aku makan. lepas tu teguk air lagi. teguk dan teguk. aku pun naik atas.
bila jam menunjukkan pukul 7.30 mgrib kedengaran suara adik2 bising dibawah baru balik pasar. "kakak2!!..kitaorang beli burger, iceblended yang besar ni" dengar jerit dari bawah.
hehe..
aku diam buat tak tahu je. dengan harapan mereka segera habiskan. so aku tak boleh makan.sedang aku enak dibuai angan2 aku dengan perut yang meminta untuk diisi,
"kakak, nak tak?"
aku pun toleh.
"nak tak ni-" adik aku sebelah tangan pegang keropok lekor, sebelah pegang ice blended.
aku muka dah masam. "tak nak, pergi makan kat bawah nanti bersepah kat sini" alasan.
hehe.. adik aku yang baik tadi pun dengan dukacita membawa turun makanan tadi. aku demi mengelakkan rasa bersalah dengan adik aku dan perut aku.."adik, bak sikit keropok lekor-"
hhehee..aku normal lagi. nafsu makan memuncak2 ni, tapi aku jamah sikit je, aku teringat matlamat cuti ni. aku nak pegi banyak kenduri kat kampung awal tahun depan, so aku kena sama kurus dan slim macam cousin2 aku yang lain. so tak ada lah nak mengata2 aku lagi. lepas ni korang semua boleh terpegun. hehe. ni semangat aku je. result nya tunggu la 3 minggu lagi. tak lama. kejap je. tapi nak tahan dari makan makannan yang sedap2 tu. agak la. hmm.. tak pe afiqa.. kejap je, orang lain boleh, why not u. tanam tu dalam otak kau.
1 comment:
haha. bole wehh. jom kurus. smgt smgt.
Post a Comment