Tuesday, May 12, 2009

Promoter vs customer

penatnya..
balik rumah terus masuk bilik dan melabuhkan badan di atas katil...
ahhhh sedapnye dapat baring dan luruskan kaki setelah hampir sepuluh jam aku berdiri menjalankan tugas sebagai promoter mithali. masih mampu melayan customer dan tersenyum manis sedangkan kepala aku pening macam ada lalat sedang berpusing2 sekeliling kepala aku.
Habis kerja tadi ayah yang ambik aku. aku memang malas nak drive pergi kerja. so pergi ayah hantar dan balik ayah ambik. macam tuan puteri.
ceh..puteri yang malang..
sumpah aku aku macam nak tercabut.
sape2 yang pernah kerja promoter tau la..1st day and 2nd day kerja mesti kaki sakit gila..

actually bukan nak cerita sangat pasal sakit kaki tapi ada cerita lain yang aku ingin kongsi bersama.
ianya adalah tentang pandangan customer dan orang ramai terhadap para2 promoter part time di jaya jusco yang memakai baju kemeja putih, berseluar hitam dan kasut hitam...
hina sangat ke mereka ini sehingga tiada layanan istimewa yang harus dipamerkan kepada mereka sekalian walaupun mereka ini golongan yang bergaji redah..tetapi tida semestinya mereka bodoh dan tiada perasaan..
aku dan padeng jaga bahagian handbagbrand yang tak berapa glamour namanya iaitu j.timber..
HAHAHA...
hmmm...pengalaman kerja hari ni agak kelamkabut sikit, yelah aku tak familiar sangat dengan jusco bukit tinggi ni. so aku kena explore dulu.
padeng adalah merangkap rakan sekerja aku..
kitaorang jaga bahagian j.timber sahaja dan tidak tahu menahu pasal bahagian lain.
okey?
dan kalau kitaorang tak tahu tu maksudnya kitaorang tak tahu la harga barang tu ke..ada berapa patern ke..
kitaorang tak tahu dan tak jaga..
tolonglah faham tuan2 dan puan2 sekalian..
hmm letihnya nak ulang benda yang sama..
yar..customer is always rite dan layankan jelah..
cerita bermula apabila setiga golongan wanita yang berketurunan toottt... dan mempunyai warna kulit tooott....
telah mensound padeng apabila padeng tak tahu berapa harga bargage yang dijual bersebelahan handbag kami..
lepas tu customer tu tanya padeng..
"kalau tak tahu harga macam mana i nak beli"
padeng jawab."emm beli esok jelah..esok baru star sale.."
"its not the issue.."
perempuan buah limau bali tu membidas..
padeng dengan rasa rendah diri hanya mampu tersenyum..
haish bangang..
nak mencarut tak elok..
tapi kalau tak mencarut rasa tak puas pulak..sebab perkataan tu mmg deserve tuk org macam tu..
setinggi mana pun kedudukan kita, hormatilah orang yang di bawah kerana orang yang di bawah itu tidak semestinya harus dipandang ke bawah dan yang tinggi itu kita harus mendongak ke arahnya..
belajarlah menghormati orang kalau kita nak dihormati. dan jangan sekali2 perlekehkan kemampuan orang lain even dengan cleaner pun apa salahnya senyum kalau susah ingin mengeluarkan suara emas anda itu. ia nya mudah dan percuma anugerah daripadanya. hargailah ia dan jangan disia2 kan jangan tunggu sampai mulut dah herot berot baru gagah nak tegur dan senyum..
kalau ikutkan hati mmg aku malas ak sambung kerja tapi memandangkan promoter aku, SWAN,
seorang yang sangat2 baik hati aku tak sampai hati nak tinggalkandia buat kerja seorang2..
lagipun esok j'card member.
mesti ramai gila orang dan macam2 kerenah customer yang harus aku hadapi. kalau tak kerja pun tak pe.. sedangkan hari2 pun ayah bagi duit belanja makan 20rm..tapi kenapa nak sangat kerja..
jawapannya AKU sendiri pun tak ada sebab ia datang dari diri sendiri. sama jugak dengan kenapa aku perlu susah payah nak jual selendang sedangkan setiap bulan ayah bank in duit tapi aku rasa selesa manghabiskan duit sendiri daripada aku habiskan duit parents aku..
dan kerana itu juga dengan bekerja ni aku harap dapat menampung hidup semasa cuti ni tanpa perlu menadah tangan kepada yang sudi menghulurkannya.


sekarang ni kalaulah customer tadi terbaca blog ni..
aku ada peringatan ringkas pada HANG...
CUBA LETAKKAN DIRI HANG DITEMPAT ORANG YANG RASA TIDAK HARUS DIHORMATI DAN CUMA HARUS DILAYAN SEPERTI MEREKA TIADA KEHORMATAN DAN TIDAK PERLU MENGHORMATINYA.

Aku bercakap berasarkan pengalaman aku..
aku tidak bercakap kasar dengan promoter sebab aku faham perasaan mereka dan situasi yang dialami..
so..aku nak semua pun tahu dan sedar. semua orang mempunyai perasaan yang sama, rasa ingin dihormati, disayang dan dihargai.
dan jangan sekali2 pandang rendah pada orang....

dah..
nak hadapihari esok..
bye..
number menarik hari ini 7173 dan 7195 sebab number bil pada resit handbag yang aku jual..
daaaaaaaa

3 comments:

azriana' said...

pika keja dkt jusco klang bukit tinggi ke?

afiqa.z said...

yup..
kerja kat jj bkit tinggi..
mana tau..
hehe

azriana' said...

baca blog pika la.
abg ipar ain keja jj bkt tinggi gak.
btw sorry aritu tgh mamun baru bgun tido tersilap call.eheh nak call mak.