Sunday, May 24, 2009

I suka tengok orang lain gembira

Baby ni nama khalif danish anak kak warda yang
kahwin last year sangat comel and adorable..
i macam nak bawak balik rumah pinjam 2 bulan
sementara i cuti sem ni.. i suka kanak2 dan harap
akan dapat anak ramai2 nanti (:
Hantaran i tengok je mana tahu boleh copy nanti (:
I sangat bai tau tolong cousin i pakai nail colour
Ada skill mak andam tak? hasilnya wowww


tanpa aku sedari rupanya umur kakak saudara kesayangan aku tu dah masuk 25 tahun tahun ini dan minggu lepas dia mejemput aku datang rumah dia. dia kata ada majlis makan-makan je. jamuan. bila aku tanya jamuan apa dia gelak-gelak je..
aku macam dah syak je dah teros cakap jamuan bertunang kak imah ke..
dia mengiakan dan gelak je. dia memang seorang yang riang je aku pun tak tahu bila dia sedih. dan baru aku tahu rupanya dia bertunang dengan orang lain dan bukan boyfriend dia yang sudah lebih 4 tahun bersama tu. aku agak terkejut sikit. lepas tu teros nak tanya macam-macam yelah aku kan busy body. dia kata nanti jumpa dia cerita la..
bila tiba waktu hari bertunang tu aku pun mecungkil lah rahsia dia. dia kata exboyfriends dia yang mintak putus dengan alasan dia dah ada perempuan lain yang boleh bagi dia segala-galanya.
memang kejam. cousin aku tu frust menonggeng kot. patutlah sampai kurus dan murung je tapi dia still boleh senyum je dan tak ada sapa pun tahu dia break. dia sibukkan diri dengan buat banyak kerja. siang dia kerja lain. malam dia buat part time kat class tuisyen. dia kata mana boleh tak frust. 4 tahun bercinta suddently bf minta putus lepas tu alasan gila macam ko tu hebat sangat perempuan boleh bagi kau segala-galanya. maksud segala-galanya apa yang kau cuba nak tafsirkan. bukankah keperluan dan wang ringgit harus diberikan dan disediakan oleh lelaki. lelaki bertanggungjawab ke atas perempuan. ini dah terbalik pulak. ayat kau cakap dekat cousin aku tu macam la cousin aku tu cikai sangat. padahal ko tu habuk pun tak ada agaknya.
tapi masa dorang bercinta dulu bf dia selalu bagi present. teddy bear, bunga la..sampai penuh katil cousin aku dengan teddy bear yang berbagai saiz.
tapi kak imah cakap (cousinaku tu)...
sekarang ni..aku sayang ko, ko sayang aku belum cukup nak buktikan keikhlasan hati lelaki pada kita..kita tak akan kenyang dan puas dengan benda tu. walaupu cakap hari-hari tapi ianya belum menentukan masa depan kita jauh dengan lelaki itu..
dan setelah setahun cousin aku tu single, ada seorang lelaki yang tidak dikenali mencari jodoh.
dari apa yang aku dengar, lelaki tu berumur 28 tahun, sudah mempunyai cukup duit tapi tak ada calon untuk dijadikan isteri..
baiknya lelaki tu kan..
dan dengan kuasa Allah Taala mereka ditemukan oleh adik cousin aku ni..kira kenen2 kan lah macam dolu2..
setelah 5 bulan berkenalan hati budi masing-masing lelaki itu nak melamar cousin aku ni..
hows sweet..
emmm macam tu barulah betul2 menjamin masa depan..
dia dah nak kahwin hujung tahun depan.
bercinta dengan orang lain= 4 tahun
kahwin dengan orang lain=baru kenal 5 bulan..
so korang nak macam mana????
bercinta lama tapi tak kahwin or bercinta sekejap tapi memang decide nak mendirikan rumah tangga???
kadang2 dalam hidup ini kita sendiri tidak dapat memastikan siapa bakal teman hidup kita dan semestinya seperti kata-kata kita hanya mampu merancang dan tuhan menentukan.
so kena berdoalah kan..
dan aku sentiasa berdoa bahawa
"semoga dia adalah jodoh aku dan sekiranya dia bukan jodoh aku maka hindarkanlah dirinya dari diri aku"
ceh jiwang kejap..
tapi inila hakikat kan. siapa yang tak menderita bercinta lama-lama sampai ada yang merancang nak kahwin la bertunang dan fikir pasal bila dah kahwin..bila dah ada anak..
tapi hajat tu tak sampai kalau aku mesti frust..
aku maybe kuat semangat tapi aku orang yang sering mengalah
aku lagi suka mengalah dari berdebat sebab aku memang di ajar dengan perkataan..
"biarlah.."
"sabar lah..."
dan kerana itu juga kadang2 aku rasa aku lemah sebab tak dapat nak protes dan meninggikan suara dan aku sangat teringin nak marah dan tengking orang yang memijak kepala aku..
hurm..
dah habis..

dan yang lebih menarik majlis pertunangan itu, cousin aku mintak tolong aku mekapkan dia.
alahai aku sendiri pun selekeh tak berpa pandai make up (sjelah nak cakap kulit i neutral beauty)
heee..
tapi dengan pengalaman tengok orang make up dan ada lah jugak ilmu make up diri sendiri, aku akhirnya berjaya menyerikan wajah kak ima.
dan dia kata ramai orang tanya siapa yang make up dia?
muka dia naik seri..
make up simple je..
hehe..
thanks kepada yang memuji. nanti kalau u all nak bertunang bolehlah panggil i untuk menconteng wajah korang..
heee..
nway i hope kak ima yang i sayang tu betul2 jumpa dengan lelaki yang bertanggungjawab dan setia bersama dia walau susah ataupun senang. aku doakan kebahagian dia. (tiba2 macam nak sedih sebab teringat zaman kanak2 aku dan kak imah dia masak megi banyak2 dan masuk dalam dulang besar bagi aku dan jiji makan bila kitaorang lapar.)
dia juglah yang ajar aku bawak motor time aku darjah5 lagi.
dia baik...

No comments: