Thursday, May 21, 2009

Rubbish Super Hero

Namanya Ilham Malek berumur 7 tahun mempunyai cita-cita tinggi menjadi seorang hero yang bakal menggemparkan negara apabila berjaya menyelamatkan orang ramai yang dalam kesusahan. Aku berbangga mempunyai adik yang mempunyai semangat yang tinggi dan sering berangan2 itu dan ini. Tadi semasa aku sedang asyik mengangkat kain pada jam 6.30 ptg macam tu sebelum umi balik memang aku segera akan angkat kain. kalau tak, tak pasal2 kena fired!!!
berbalik kepada cerita asal, sedang aku asyik mengangkat kain tiba-tiba..
"hayak!!"
terdengar suara seorang budak yang datangnya dari arah mana ntah kan aku pun tercari2..
donggggg (bunyi besi pintu tempat sampah depan rumah aku-konon2)
aku terkejut adik aku rupanya duduk dalam tu. tempat mak aku buang sampah korang dapat bayangkan tak gate rumah aku sekali dengan tempat sampah dalam dia tu lah adik aku yang bersaiz ala2 obesiti tu duduk dalam tu dan muka macam tak bersalah pakai sarung tangan getah pink yang umi selalu buat cabut rumput tu, bertopeng dan selamber guna kasut bally ayah. Apa style yang kau cuba buktikan pada aku ni adik? aku tahan gelak je dan buat2 marah "wei masuklah dah magrib kau sorok dalam tu buat apa?"
Dan aku terus masuk rumah gelak macam hantu..tapi kesian jugak adik aku tak ada kawan kat taman ni. kawan dia budak sebelah rumah ni jelah. tapi budak tu pergi mengaji petang2 so dia terpaksa bermain dengan diri sendiri dan bayangkan dia HERO la kot.
HAHA.

No comments: