Pulah dan ayen discuss price list hp..ada gaya macam taukeh la
AKU : BUAT MULUT ANGELINA JOLIE SI PENYIBUK DI
KEDAI HP.
INI BAD..TAUKEH KEDAI HP YANG SEMPOI
LEHA SEKARANG PANDAI MANJA2..AWWW..
PIKA LIDAH TERKELUAR HAGEMARU
AMALINA AYU NYA WAJAHMU..
kENANGAN TERAKHIR BERGAMBAR DI DEPAN GSC
NAD,LEHA,MIN,EMY,PADENG,ME,ERIN,ZATI DAN EJA
BILA BULAN MENGAMBANG KAMI PUN MENGGILA
PIKA SILA GELAK PUAS2 SEBAB ESOK KAU AKAN MENANGIS..
NEXT TOP GEDIKSSS GIRLS..EJAH, SMALL DAN ME
DARI KANAN : SEBELUM DAN SELEPAS MENGGUNAKAN FAIR AND LUVLY
SELAMAT TINGGAL BILIK...SEDIH SANGAT..
SEBELUM KUAR RUMAH TENGOK JE BILIK NI..
KIPAS ZATI DAN TILAM NADYA YG MASIH TERTINGGAL..
BERHENTI MAKAN DI TANJUNG MALIM
SEMUA TAK LALU NAK MAKAN TENGAH MALAM..
TAPI DIA..NASI GORENG TELOW MATA SEPINGGAN!!!!!!!
NASI GORENG DAH HABIS MAKAN MEGI CUP
TAK APA AYAH TAK MARAH..
AYAH CUMA PESAN ADIK JANGAN MAKAN JE.
MELETUP PERUT KANG..HAA
GAMBAR2 DI ATAS ADALAH PIX SAAT2 ATAUPUN HARI2 TERAKHIR AKU DI SUNGAI PETANI DAN ALOR STAR..AKU SEBAK..
Pejam celik pejam celik dah 3 tahun rupanya aku berada di kedah. dan boleh la ikut sikit2 loghat utara walaupun tidak berapa fasih dan sering dikutuk oleh mereka yang sememangnya prior kedah kan..tapi baru sehari aku di rumah, aku dah rasa rindu pada semua.. kawan2 aku, teman aku bersembang dan gelak ketawa.
hurm baru nak start cerita air mata ni macam dengki je dengan aku. serius aku tak pernah rasa sedih dan kehilangan macam ni. bukannya kehilangan benda ataupun orang tersayang, tetapi kehilangan saat dan waktu aku bersuka tawa dan gembira dengan kawan2 aku. aku sedar ia semakin berubah dan semua akan bawa haluan masing2 lepas ni. mungkin kita akan berjumpa tetapi pada ketika itu keadaan mesti dah berubah kan. mungkin zati dah beranak 4, eja pulak mungkin dah jadi manager, padeng dengan cita2 na nak bukak nursery, nadya mungkin naik kereta besar, leha dah jadi pemain futsal terkenal selalu masuk paper dan tv ke, min mungkin dah jadi orang kl kalau dia kawin dengan wong, emylia pulak mungkin time tu pun dah kahwin..
semua pun mesti dah kawin2..
hehe..
rindu pada semua sebab lepas ni kita dah tak akan dapat jumpa macam selalu. kalau cuti sem kejap je, paling lama pun 2 bulan, lepas tu akan jumpa balik daan semua akan berkongsi cerita dan pengalaman masing2 masa waktu cuti, ada yang kerja dan ada yang tolong mak buat kerja rumahlah..
Tapi ini dah last..last aku di sungai petani maybe..
tapi kalau dapat sambung pun aku tak akan dapat kawan yang sama macam aku dapat sekarang. rasa sekejap je waktu berlalu dan membawa kenangan aku bersama mereka.
aku akan ingat semua and every single things yang pernah kita lalui walaupun aku jarang lepak dengan korang....
hurm...aku rasa kehilangan..
lepas ni tak ada lagi waktu aku pergi class dan duduk sebelah eja lagi..
tak akan ada lagi perasaan bengang dan geram dengan zati sebab dia terhilangkan assignment yang aku dah siap taip...
dan tidak akan ada lagi tension tunggu padeng yang suka siap lambat bila semua nak keluar..
tak akan ada lagi aku dengar suara emylia jerit dan marah2...
aku tak akan ketawa sampai keluar air mata sebab leha yang gila..
dan tak ada lagi yasmin yang suka bercerita dengan loghat kedah pekat...langsiaq(langsir)aku akan ingat words tu...
dan aku akan rindu nadya yang sangat pelik,tapi penyabar dengan perangai kitaorang..yang mampu dan suka senyum walaupun zati buat hal dengan dia...
aku akan rindu saat2 kita sibuk2 siap nak keluar..sewa kereta nak overnite kat penang...kita jalan kaki ramai2 pergi depan...dan sampai depan tak boleh keluar pulak...
aku rindu saat kita mandi sama lepas main baling telur kat aku lepas celebrate birthday aku dan yasmn..
aku kehilangan semua tu..
tak akan ada lagi ke alor star setiap minggu..
tak dapat nak breakfast,,lunch and makan malam dengan pulah..
tak ada lagi orang akan membebel kat pulah suruh makan gamat supaya luka cepat sembuh...
aku rindu waktu susah aku...
aku berniaga selendang dengan pulah dan kawan2 di pasar malam dan pasar uitm..
semua tu sangat bermakna..
kalau di beri peluang, aku nak ulang semua tu..
sekali je...
semalam on da way nak balik, aku suruh ayah singgah kat jam besar sebab dorang lepak kat situ..aku cakap nak bagi kunci kat dorang, padahal aku nak jumpa dorang sangat sebelum balik ni..
sampai kedai makan kat jam besar okay lagi.
tahan okay..
rileks..
kelip2 sikit acah2 mata masuk habuk..
dan sebagai insan yang lemah dan mempunyai kasih sayang yang ikhlas pada kawannya aku kalah jugak..
aku nangis time salam2 dengan min,eja,nad,zati dan erin...
aku tak tahu kenapa sebak sangat kat dalam hati ni..
aku tak akan dapat jumpa dorang selalu..
):
masa mula2 masuk uitm dulu aku selalu berharap agar waktu akan berjalan pantas supaya aku dapat cepat2 tamatkan study aku dan tak payah datang sg.petani lagi. aku nangis sebab sedih lepas family aku balik tinggalkan aku di situ..kehidupan aku bosan aku cuma ada seorang kawan je..eja, .itu pun garang dan suka cakap kasar2..
aku selalu kecik hati dengan dia sebab dia suka cakap tinggi suara dan bulatkan mata..
aku tak biasa..
tapi bila dah lama kenal dan selalu je dengan dia..aku semakin belajar dia memang macam tu. dan itu adalah dirinya dan kenapa dia mesti berubah untuk berkawan dengan aku kan. aku makin selesa bersama dia..
hidup aku mula berubah bila aku kenal yang lain2..
semenjak kenal mereka..perlahan2 aku belajar ntuk memahami orang lain. bukan semua orang fikir apa yang kita fikir. buka semua kemahuan orang lain sama dengan kehendak kita. tidak semua orang akan setuju dengan apa yang kita cakap. dan aku cuba untuk jadi diri aku untuk orang lain supaya orang terima aku seadanya aku.
aku belajar tidak bermasam muka ketika sedang marah. aku belajar dan cuba ketawa walaupun tidak lucu. aku belajar mejaga hati orang lain walaupun tidak sedar, semakin kita cuba menjaga hati orang lain semakin hati kita sendiri terluka..
aku belajar menerima yang lembut tidak semestinya baik dan elok dan yang kasar tidak semestinya jahat dan salah.petikan dari kata2 eja mungkin ditujukan kepada aku..
tapi aku terima..
yar mungkin aku cakap slow tapi tak semestinya aku tak pernah menyakitkan hati orang...
hari selasa ni aku akan memulakan semula kerjaya aku sebagai promoter di Jaya Jusco, kerja yang sering aku buat bila musim cuti sem..at least boleh kumpul duit..nak beli barang bila dapat sambung belajar nanti ke kan..
pulah pun da kerja kat kedai hp di alor star. dia dah sihat. dan boleh cari duit. dia kata nak cari duit banyak2..nak tolong aku. dia kata dia dah banyak susahkan aku.
aku sikit pun tak ada rasa dia menyusahkan.
walaupun dia susah dulu, aku percaya dengan dia, dia tak minta jadi macam tu. aku percaya bila dia habis belajar nanti semua akan berubah..aku kenal siapa dia. setakat ni..
walaupun aku tahu semua dah tak sama. dia tak akan meniarap depan tv 24 hour sebab main poker dan meluangkan masa dengan aku..
dan aku percaya dia tidak akan ada masa untuk baca blog ni..
tapi aku bersyukur dia dapat kerja sambilan kat kedai bad dan semangat dia dah ada.
aku tak sampai hati tengok dia terperap duduk kat rumah masa dia mula operation dulu. makan megi hari2..
dan masa akan sering berjalan meninggalkan kita bersama pelbagai cerita macam episod cerita drama kan.
dan yang pasti setiap cerita yang bermula mesti akan ada akhirnya..
KAWAN2 SEKALIAN...
AKU..
SAYANG..
KORANG..
SANGAT2..
AKU HAPPY DAPAT KENAL KAWAN MACAM SEMUA...
AKU MINTA MAAF...
KALAU AKU PERNAH BUAT SALAH..
DAN BURUK SANGKA PADA KORANG....
AKU HARAP.....
KITA AKAN BERJUMPA..
DAN BERGELAK KETAWA LAGI..
SUATU HARI NANTI...
DAN...
SAMPAI BILA2 PUN..
AKU TAK AKAN JUMPA ORANG YANG SAMA..
MACAM EJA..PDENG..ZATI..MIN..NAD..LEHA DAN EMY...
DAN...
AKU HARAP...
KORANG TAK AKAN LUPA SAAT2 KITA SUSAH...
DAN SENANG BERSAMA...
AKU AKAN KENANG SEMUA TU..
LOT OF LOVE AND HUGGG FOR YOU GUYS...
):
AKU..
SAYANG..
KORANG..
SANGAT2..
AKU HAPPY DAPAT KENAL KAWAN MACAM SEMUA...
AKU MINTA MAAF...
KALAU AKU PERNAH BUAT SALAH..
DAN BURUK SANGKA PADA KORANG....
AKU HARAP.....
KITA AKAN BERJUMPA..
DAN BERGELAK KETAWA LAGI..
SUATU HARI NANTI...
DAN...
SAMPAI BILA2 PUN..
AKU TAK AKAN JUMPA ORANG YANG SAMA..
MACAM EJA..PDENG..ZATI..MIN..NAD..LEHA DAN EMY...
DAN...
AKU HARAP...
KORANG TAK AKAN LUPA SAAT2 KITA SUSAH...
DAN SENANG BERSAMA...
AKU AKAN KENANG SEMUA TU..
LOT OF LOVE AND HUGGG FOR YOU GUYS...
):
sekarang boleh lap air mata dan kesat cendol di tisu ataupun lengan baju atau cara mudah tarik dalam2 supaya ia tidak meleleh..
hehehe..
hiburkan hai jap..
DAAAAAAAAAA (:
3 comments:
oi
aku kau x ingat pon
org terakhir jd pelanggan kau
hahah
pikaaaaaaaaaa...ija ni.. rinduuu.. sedih je baca entry tu.. :'(..
xmo la sedih2..
Post a Comment