Hari bermula dengan leteran umi atau dengan ayat yang lebih berlapik lagi ialah...
hari ini bermula dengan teguran umi..bukak je mata aku dengar suara dia bising sebab aku baru nak bangun time tu pukul 11 pagi. eh macam awal lagi kan..
percaya tak semalam aku tak tidur langsung 1 malam, sampai ke pagi on9 dan selepas solat subuh baru aku nak tidur. aku tidur beberapa jam je dah terbangun sebab aku dengar suara umi yang sedang bercakap2 marah adik aku sebab buku bersepah depan tv..
aku terus buka mata dan buat2 kemas katil..
yar time tu sebenarnya mimpi aku elum habis lagi dan aku terpaksa bangun sebab cuaca terlalu panas diluar sampai berpeluh menitis2 basah baju aku..
dan sebenarnya bukan cuaca di luar yang menyebabkan aku berpeluh tetapi umi matikan kipas..
ohhh taktik umi untuk kejutkan anak2 dia yang liat bangun pagi..
terima kasih umi kuh..
sekurang2 nya aku tak payah pergi ke spa untuk mandi sauna.
sebab aku dalam tidur pun sudah berpeluh2 macam jogging 10 round pusing 1 uitm merbok..
cehh nak mention jgk uitm merbok..
biasalah..uitm kan dihatiku..
dan sebenarnya sesungguhnya dan nescaya aku masih merindui uitm Merbok..
walaupun tempatnya mempunyai haruman getah yang enak selepas hujan dan keadaan sekeliling yang kurang menarik..
tapi aku yang dulunya sangat mengutuk tempat itu akhirnya kalah dan jatuh cinta sampai menitiskan air mata kerinduan aku padanya...
dah la..
cerita sedih sila tamatkan sekarang..esok nak pergi kerja mata bengkak2 customer pun lari ingatkan mata aku katumbit ke...
HAHAHA..
Jangan terasa kepada yang sedang mengalami ketumbit..
saya tidak berniat mengata anda..
percayalah kesakitan yang dianugerahkan itu adalah satu cara untu menghapuskan dosa2 kecil yang tidak terkira..
Bangun tidur lipat kain banyak2..
lepas tu kemas bilik dan baju2 yang sangat banyak dan bersepah dallam almari..gila macam penipu besar kau afiqah..
bilik nampak kemas je..
lantai licin..
tapi bila bukak almari baju..
tudia!!
hehe..
so dengan sukarela aku mengemas2..
sebenarnya bukan angkara aku pun..
aku ada seorang adik perempuan yang rajin membeli baju tetapi tidak tahu mengemasnya mungkin kerana menganggap di dalam rumah ini ada pembantu yang di import dari sg.petani bakal mengurus semua baju2 dia kot..
takpe.sabar je..
dapat pahala apa kalau tolong2 kemas ni kan.
besh nya..
HAHA APA PUNYA MENCARUT NI..
lepas tu dalam pukul 3 ptg macam tu aku keluar temankan umi beli barang2 dapur..
dan bila kitaorang on da way nak balik suddently aku terasa macam bunyi2 pelik..
macam tayar pancit je mi...
umi pun berhentikan kereta di tepi jalan..
aku keluar untuk menjalankan penyiasatan..
emmm apa ke hal nya tiba2 kereta ni boleh pancit gila teruk macam ni patutla tadi macam jalan guna sport rim je..
umi ada langgar benda tajam ke..
ataupun ada orang buat dajal ni..
takpelah,tak baik buruk sangka..
so aku pun dengan umi bermaraton ke kedai tayar berdekatan..dan aku tinggalkan umi disitu dan mengikut apek mechanic naik lory dia untuk aku tunjukkan tempat umi aku park keta dia..
dan ini la dia yang aku nak cerita sebenarnya..
apek gila..
on da way nak pergi kat kereta umi tu..dia asyik cakap tak berhenti2 sampai aku annoying gila dan macam nak cakap hey ko boleh diam sekejap tak..
1 minit pun jadilah..
aku tengah panas ni..
dahlah naik lory mechanic taw2 jelah dia punya condition macam mana..
dia asyik nak cakap..
"you banyak cantik..cute la.."
"you muka macam amoi la.."
"you umo belape?"
aku jawab"21"
"oh.saya 30.."
"boleh ka?"
"boleh apa"aku tanya balik sambil senyum kerang mulut senget2..
"boleh ke patoh (bercinta) sama you.."
"you cantik la.."
"you cantik la"
"alamak2...saya macam tamau pandang jalan.."
"macam mau pandang you jalah.."
aik ko gila ke hape?
"mana2? kereta?"
"jauh ka"
"tak ada la.."
"depan tu je.."aku-
"ala2..kenape dekat sangat saya suka duduk sebelah you"
lepas tu ko pandang2 aku macam aku tak pakai baju..
mmg celaka.
aku pun tunjuk kereta umi yang plat nya 6626
"wa nombor manyak cantik.."
"boleh2.."
"boleh tikam menang kasi kawin sama you la.."
dia sengih lagi..
aku tak ada respond time tu tangan dah pegang pintu tak sabar nak terjun keluar..
"boleh ka kawin you? ala kena-kena sunat ka"
dia sengih lagi..
aku diam je..
ko nak sangat sini aku tolong sunat kan ko aku boleh potong kasi habis..
dalam hati jela..
lepas tu terus terjun dari lori dan masuk kereta..
cina tu terhegeh2 pam tayar dan tampal tayar yang bocor tu..
aku sedap duduk dalam kereta dengan pasang aircond kuat2.
HAHA..
sorry apek i dun mean it..aku cuma geli dengan ko bilako ayat2 aku tadi..
Dia lambai2 suruh aku keluar dari kereta..
tapi aku senyum je..
lepas tu aku bukak tingkap dan tanya "dah ke?"
"sudah-sudah"
"pergi workshop balik bayar-bayar.."
gagap-
aku dengan semangat pergi balik workshop tadi dan ambik umi..dalam kereta aku cerita balik kat umi pasal apek gila tu..
tapi umi cakap
"ala dia gurau2 je..jgnlah ko perasan"
aku-hello i tak perasan langsung la..
aku meluat lagi ada la..
ee..tau tak payah cerita..
dan begitulah ceritanya. sebenarnya disebalik cerita apek gila tu..di dalamnya ada unsur sedikit ketidak puas hatian aku dengan umi..
aku memang selalu bertengkar dengan dia..
thats y aku pikir baik aku kerja daripada aku duduk rumah buat dosa sebab hari2 aku melawan dia..
melawan dalam hati je lah..
tapi stil dosa jugak sebab merungut2 dengan mak kita kan..
so...sampai sini sahaja aku. esok bakal menentukan permulaan hidup yang baru..transformasi bekerja sebagai promoter..
aku yakin balik kerja mesti kaki aku akan sakit gila..
tidur dulu.
radio zakiah dah start (bebelan umi dah start aku tak tidur2 lagi)
nite (:
1 comment:
hahaha gila gatal apek tu weh
Post a Comment