Friday, January 29, 2010

masak

macam mana nak start ntah agaknya. tapi biarlah aku siapkan assignment ctu dulu. lepas tu aku akan rewardkan diri aku dengan meluahkan perasaan.

okay dah siap. sepenuh jiwa aku siapkan kerja dan mengarang dalam bahasa melayu pulak kan. lagi la aku seronok nak mengarang assignment ctu tu. cuma bila baca balik buyi dia macam skema sebab dah lama tak buat karangan dalam bm so penggunaan ayat tu macam kaku.

apa benda je nak cerita. bila semua benda itu indah aku rasa macam nak membuat kesimpulan mengenai semuanya yang terpendam dalam diri ni, siapa diri aku sekarang. aku dengar banyak feedback dari kawan-kawan aku. marilah aku tafsirkan aku sekarang ni macam mana melalui picture2 di bawah.


sotong masak cili dengan kentang. aku pun tak pasti mcm mana dia boleh jadi macam ni. actually aku nk masak macam kering2 je. tapi bila housemate kata pedasnya pika, aku terus tambah air dan tambah gula. dan hasilnya adalah kuah-kuah sikit dan tak berapa pedas. kesian dorang. kalau aku asyik masak pedas tak pasal-pasal kena buahsir plak.

kangkung masak tumis ikan bilis. syok habis sehingga tinggal mangkuk je.

Dahlah tu je. aku nak keluar. kawan-kawan rajin ajak aku keluar sekarang. aku berjiwa memasak sekarang. seronok bila dapat bagi orang makan, puas.

bye.

Friday, January 22, 2010

rindu

Hari ini hari sabtu. waktu menunjukkan jam 2.30 petang. yang mana cuaca di luar panas dan semua warga rumah tidur. rumah sunyi. semalam pergi queensbay dengan semua housemate. jalan-jalan teman mereka shopping. aku? cuma beli t-shirt 3 for Rm50. jimat jimat. aku beli t-shirt untuk pakai kat rumah. sebab aku rasa semester ni aku lebih banyak masa di dalam rumah daripada keluar.

melalui jambatan pulau pinang sebenarnya adalah suatu yang boleh mengingatkan aku pada kawan-kawan yang kini tiada di sini. sorry kalau ayat novel. tapi mmg aku tgh mood novel. aku naik jambatan pulaupinang yang sama, di kenakan bayaran tol yang sama rm7 tapi dalam kereta aku bersama orang lain. bila balik dari queensbay tu pun, aku macam senyap je. teringat di waktu ketika ada kawan-kawan. macam nak teks eja, weh tak teringin datang sini ke. mai la. tapi biar la, mesti mereka sedang sibuk. dengan study dan hal-hal yang lain. situasi keadaan memang cepat sangat berubah.


cepat sangat la. hari ni aku 22 tahun. baru rasa macam semalam aku 19 tahun. macam nak patah balik ke zaman gila-gila tu. bila rasa umur dah tua tiba-tiba teringat ayah dan umi kat rumah. fat yang duduk sebelah aku time aku drive terus tanya
"mak pika umur berapa?"
"49" aku jawab. dalam hati kata, eh fat ni macam tau je aku tgh fikir pasal parent aku
"kenapa fat tanya?"
"emm tak ada lah kesian tgk mak tu, dia macam dah tua. dia pun 49, dah melatah latah, selalu lupa letak barang kat mana, kesian la"
fat mungkin rindu kat mak dia sebab time kitaorang cakap tentang ni, lagu oh ibu by exist tgh meraung-raung kat radio.


aku pun terfikir tentang umi dan ayah. rasa sayu kejap. betul la. aku pernah tanya umi, dulu nenek aku mesti sihat kan, tak bongkok macam sekarang. umi pun jawab, yelah dulu nenek sihat, selalu buat breakfast untuk umi and umi rajin bawak bekal pergi sekolah.

macam tu jugak la sekarang. umi masih sihat, tapi masa akan datang mesti umi dah sakit terbaring. tak nak macam tu. tak nak.
ayah pun, dulu badan dia besar, sihat je, boleh makan macam macam, tapi sejak kena penyakit halus misteri ni, badan kurus, makan pun kena jaga, ayah dah banyak penyakit.


bila teringat kenangan 10 tahun lepas, adik-adik masih kecil, aku masih di bangku sekolah. umi masih laju berjalan, hantar dan ambil kami dari sekolah, masih tiada uban dan kedut di wajah.
tapi bila 10 tahun akan datang.
aku dah tahu. sekarang pun dia dah sakit-sakit lutut, nak jalan pun malas, suka duduk rumah tengok tv je. umi dah ada uban.
aku dah start fikir, kenapa cepat je masa tu berlalu. adik-adik pun dah besar, macam ayah kata kejap je anak ayah dah pandai bawak kereta, dulu ayah drive aku duduk sebelah, hari ini aku drive ayah duduk sebelah aku.

dulu ayah buatkan aku milo panas sebelum tidur,
hari ini ayah minta aku tolong buatkan susu sebelum dia tidur,
dulu ayah potong kuku aku sebelum aku ke sekolah setiap hari isnin,
hari ini ayah minta tolong aku potongkan kuku dia sebab dia dah rabun, takut terluka.

benda paling sedih ialah bila ayah pernah kata
jaga adik elok-elok
ayah ni tak tahu dapat hidup berapa lama lagi
dah macam-macam penyakit


satu je aku harap. semoga mereka di panjangkan umur supaya aku at least mampu balas budi mereka kalaupun bukan dari segi wang ringgit, aku boleh berikan kasih sayang and jaga mereka sebagaimana mereka menjaga aku.
itu je aku nak. sebab aku tak sabar menanti saat aku pula boleh hulurkan duit pada mereka.

amin.

Monday, January 11, 2010

no title




picture kat atas tu tak ada kena mengena dengan entry ni. sebenarnya mood sekarang ialah busy and tensi dengan pelbagai perkara. kehidupan student kadang-kadang enjoy tapi bila dah start ada kerja and deadline nya esok mula la semua nya tak kena kan.

aku cerita random jelah ye kenapa aku tensi. sebab aku sekarang memang malas nak taip panjang-panjang. sebab tak ada benda menarik pun nak cerita. melainkan ada issue besar yang nak digembar gemburkan ketidak puas hatian yang melampau baru la aku punya semangat penulisan tu melampau.

1) aku jogging setiap petang dekat taman lembah bujang indah ni. indah ke. boleh la. tapi manusia dalam ni semua cam ***k. aku keluar je rumah. budak2 lelaki depan rumah aku,(bukan student uitm yg penting) "aik adik hari-hari jogging lemak tara tu jugak"
kecik tau hati aku ampa kata macam tu kat aku. lepas tu gelak-gelak. ampa tak rasa lagi kot tapak kasut wedges aku melayang kat bibir ang kot norh. nasib la ampa tu org sini. mmg tak beradab dan tak ada education cakap sedap mulut.

2) aku mengantuk gila lalu tertidur di surau. perut aku memang meragam angin banyak. di kala aku tertidur aku tak sedar aku telah melepaskan das meletup-letup kecil. aku terkejut terjaga. aku pandang kawan aku, Aida. dia gelak2 pandang aku. "pika..ang ken***"
aku tengok semua orang tgh solat kecuali kami. so aku dalam hati dengan niat jahat "harap-harap orang lain ingat aida la yang kentut" sambung tidur.

3) marketing student ni kan setiap minggu kalau tak ada present 2 ke 3 kali memang tak sah. tapi itu aku tak kisah sebab aku makin suka bercakap depan orang. esok ada presentation. kena la print slide. aku pun keluar kan printer berhabuk zaman 80 an aku, pulah kata printer aku zaman 80 an sebab buruk dan tak ada orang guna dah. biar la. janji aku boleh guna. tapi malam ni dia buat hal. habis kertas aku guna untuk print tu jadi macam lukisan grafik apa ntah. ish. printer-printer.

4) bila aku masuk toilet awam untuk menunaikan hajat. lepas tu bila aku keluar aku tersempak dengan orang masuk toilet pula. tak jauh lagi aku jalan aku dengar " cis sapa punya angkara buang tak reti nak flush" oh my. so so sorry. manusia tak lari dari kesalahan. aku ingatkan semua toilet awam dah upgrade flush sendiri macam kat sunway pyramid tuuu kan.



macam tu la kehidupan aku tanpa kawan-kawan segelak aku yang berada di shah alam sekarang. yang ada kat sini pun dah berboyfriend. tinggaal lah aku terkapai-kapai gelak dan tensi sorang-sorang. tak paa kau jiran. tunggu bulan depan ang tak kenal dah sapa aku tengok aku berubah slim sekeping. haa time tu nak mengorat jangan harap aku nak layan. ceh. :b

Saturday, January 9, 2010

new entry in the new year


BALQIS AIRISHA KENAPA KAU COMEL. MEH SEDEKAH KECOMELAN MU PADA AUNTIE SIKIT.
:)






macam-macam hal terjadi sehingga ke hari ni. bukan tidak mahu update blog. broadband telah di block and terpaksa tunggu duit melimpah baru boleh settle semua bill yang tertunggak. saya sangat susah hati bila terfikir pasal bill ni. susah susah. macam mana nak survive dengan hutang. tapi kalau terminate broadband ni macam mana pulak nak buat research siapkan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan oleh lecturer-lecturer saya semester ni. Insyaallah semangat nak dapat kan dekan sem ni masih ada. cuma takut tak dapat nak kekal kan nya bila kerja bertimbun nanti. semester ni rasanya subject yang mencabar ialah eco kot. walaupun belum belajar aku dah letak subject tu di paras bahaya sebab aku agak lemah dalam pengiraan ni. dan subject yang lain masih boleh di adjust. Insyaallah.

overview cerita-cerita lama yang telah terpendam di dalam hati daku ini.


mira telah berpindah ke uitm shah alam. sangat terasa kehilangan tatkala dengar lagu matahariku sebab mira karaoke lagu ni boleh risau agnes. sebab sora dia fuhh.


pulah juga telah menyambung pelajaran beliau ke ASK. shahdu juga nada di situ. aktiviti ke alor star dapat dilenyapkan memberi laluan untuk result 4 flat sem ni. (:


Adik-adik saya telah kembali ke sekolah dan saya merindui mereka sepenuh jiwa raga saya.



saya dapat menyerlahkan bakat semulajadi memasak tomyam dan sayur tumis untuk lunch kawan2 serumah saya. buktinya mereka memuji masakan saya yang ala kadar tu je. kurang bahan. housemate semua terima kasih atas pujian kalian.
dan tak lupa nak ucap terima kasih dan alhamdulillah ada rumate yang tak pernah lupa kejutkan saya solat subuh dan selalu nasihatkan saya serta dengar luahan hati yang terbuku. nanti saya upload picture rumate saya.



Dan picture yang menjadi pujaan saya di kala ni ialah picture saya bersama balqis Airisha. anak buah pulah. terasa macam oh bestnya kalau menjadi ibu muda. ada anak secomel begini.

mesti dia bangga ibunya sama muka scha. sama ke??

alamak menangis pulak dia. mungkin mahu kepada papanya ;b


go go to papa. hehe. juara berangan memang pikun.

like mother like daughter. ibu menganga. anak pun begitu

kan sama lagi. sekarang memang aku tak sabar la kan nak ada family.



sekian entry pikun yang membosankan. saya beredar dahulu dengan kemalasan dan kengantukan yang melampau. esok class pagi. kalau rajin esok update lagi.

Wednesday, December 30, 2009

coral island


first first kena muka aku dulu kan. nanti uyun kempunan tak ada idea nak meroyan aku. yes itu dia jerawat di dahi. kenapa kau tumbuh di kala ini.

bagi chance kat nadiah interprem jap. gambar dia kan kurang. hee

naik ferry.

weh aku macam mengandung. mana boleh. kumpul duit nak kahwin dulu bak kata kawan2.
uyun mesti suka yang ni. boleh gossipps lebih. (:

aku duduk depan. gila batak sakai jakun peraakk naik van pink.


adik, aku merindui mu. sob sob.

sampai di hotel. turun dari van. ayat skema sorry mood kurang.

walking to the beach.


weh ravi. apasal kau tak naik motor. apasal kau naik bot?
hee


wearing life jacket.
tak perasan ke muka budak ni pucat naik bot. tapi cover buat macam im cool dude


adik bukak mata ke tak time ni?


paling best naik bot. nampak macam biasa tapi huh. baik aku patah balik weh. tapi pengalaman yang menarik. time dia laju, fuh!!


adik and kakak.

jiji with isma. frust maybe sebab tak dapat pergi RTW.

mana tak tumpah kuah kalau ke nasi, nadiah mulut dah pandai nak muncung-muncung. bape kali aku dah sound jangan buat macam tu.

bersama family ayah ngah.




Tak ada yang menarik nak updated sekarang. sebab kalau nak cakap pasal mood bercampur baur macam ABC ada kacang, jagung, laici, susu, gula merah. tapi yang bagus semuanya manis la walaupun sebenarnya manis sangat pun tak elok, sebab bila dah selalu sangat makan yang manis-manis boleh sakit. bila sakit kenalah menghadapi kan. so better kita jangan layan sangat kemanisan tu sebab yang akhir akan wujud kesakitan.


Cuti sekolah adik-adik aku dihabiskan ke pangkor. kesian budak-budak tu tak jalan mana pun. dah nak habis cuti baru pergi melancong. eh melancong ke. boleh la. diaorang bukan main happy lagi. lets check it out the picture i've been taken sepanjang 2 hari di sana. tak lain tak bukan mandi jelah kalau dah ke pangkor. tengok gambar kat atas je lah. nak cerita panjang2 mood bukan ke arah tu, dah nak start belajar balik. maksudnya kena tinggalkan rumah dan tinggalkan katil kesayangan. tilam di rumah adalah tilam terbest sedunia. tak nak balik kedah, nak kat rumah lagi. baring2. tidur bangun lambat. kena berleter, gaduh dengan umi. layan adik-adikku.
wah bakal rindu semua tu. kenapa cepat sangat. ):

Sunday, December 20, 2009

sehari bersama kawan lama tapi bukan uyun (:

Kenapa cepat sangat buat keputusan drastik dan keputusan tu kurang tepat dan bila ia dah terjadi macam yang aku decide, aku menyesal, kan tak elok macam tu. kau ni pika eh pikun, kena ada pendirian. Jangan cepat je nak melantun walaupun kena pantulan kuasa-kuasa aneh di sekeliling. hurm kenapa kes potong rambut pendek tak settle lagi. aku teringat rambut yang aku tinggalkan kat bee cheng semalam. waaaa. aku sayang. 2 tahun aku simpan, aku belai, shampoo, aku beli getah rambut yang comel2 suddently aku kerat macam tu je. sedih balik bila tengok getah2 rambut aku. kenapa aku buat perubahan drastik ha? Tapi perubahan macam kat bawah ni? mesti umi aku tersenyum happy. semoga yang tak betul dapat dibetulkan dan yang terbukak boleh ditutupkan. sebut pasal umi, uyun mesti excited. dia kan peminat tegar umi and aku.
hee. cuma kadang-kadang dugaan datang tak dapat nak tepis. aku kena tingkatkan daya tahan lah lepas ni. AMIN.









Sorry la if picture semua di atas macam lebih kurang sama dan meinnoyingkan sebab aku rasa excited keluar dengan kawan sekolah aku. dia kawan sekolah rendah. we all rapat and selalu gaduh sebab dia kaki buli aku. thanks sudi jemput and hantar aku pulang walaupun kau sesat2 nak ke rumah aku. love U (:

Saturday, December 19, 2009

telajak perahu boleh diundur..





Kenapa hah. memang aku period first day hari ni. tapi macam pelik sangat emosi aku menggila. emm tadi pergi Ikea dengan family aku. lepas tu aku cadangkan umi beli ranting2 kayu letak di ruang tamu, lepas tu umi tak nak, aku terus menangis. kenapa?

Entah, macam gila baby je aku ni. masuk dalam kereta pun aku diam je, rasa dalam hati ni macam kecewa gila kenapa umi sampai hati tak beli ranting tu, padahal ranting tu cantik dan murah. umi memang kejam la..umi memang tak memahami, umi ni suka contra dia punya taste dengan aku..tak nak tegur umi..sedih.. itulah perasaan aku time tu, lepas tu kan, masuk toilet kat ikea tersalah masuk toilet yang tak sediakan paip air, sedar-sedar ada tisu je sebelah aku. alamak gila musim kemarau. terpaksa aku beristinjak guna tisu je. keluar-keluar aku marah semua ahli family aku yang tunggu kat luar, "
lepas ni jangan masuk toilet sini lagii" semua macam pelik je tengok aku. yes, aku meroyan bulan ni agak keterlaluan. lepas tu kena layan adik-adik lagi bila umi pergi solat. macam-macam soalan aku kena jawab. antaranya, kakak..kenapa kakak tak solat? aku jawab aku uzur. adik aku kata mana ada uzur, sihat je, selalunya orang tua yang uzur. aalamak mood saya ni dah lah kurang baik, nanti ada yang tertelan gigi. kakak... nak beli belon, tanya2 rupanya harga belon rm8. ssungguh lah tersedak umi nak bayar. adik ni kan, pergi mana-mana kena beli mainan. Nadiah sebagai kakak yang besar kena mengalah, dia tak beli belon, adik je yang dapat belon. sebelum kau merengek-rengek nak belon baik kau senyap sebelum aku bagi belon gambar tangan.


Dan yang paling gila bila aku ambik keputusan terus ke kedai gunting rambut dan suruh cina tu potong macam ni. adik aku tanya banyak kali ko tak sayang ke weh.. lepas tu tanya lagi, weh sayang la rambut kau, potong sikit je lah.. lepas tu cakap lagi weh betul ke kau nak potong ni, potong depan jelah. tiba je giliran aku nak potong rambut, aku tunjuk gambar contoh rambut yang aku nak, senang je cina tu kerat rambut aku, aku pandang muka adik aku, dia sengih, aku pun sengih. tapi bila balik rumah rasa macam kehilangan. dah tak ada rambut panjang. terus letak status kat fb oh my hair ):

Nak buat macam mana, kena terima lah. kalau menyesal pun bukan rambut boleh sambung balik. tapi terasa, kan besh kalau sesi potong rambut tu hanya mimpi je. oh.

telajak perahu boleh diundur..

Wednesday, December 16, 2009

Hadiah


Hye malam tadi saya bermimpi bermandi manda di air terjun, apabila bangun tidur saya mendapati carpet yang saya baring sudah basah dan hanya mampu membuat muka begini melihat kakak yang baik hati menjemur carpet. UL LA LA..


This is Nadiah's new bicycle look like. suitable for kids which the seat not too high and able for her to carry.


Also suitable for adult who have the problem with their height.


Nadiah with Ilham.

Menangis basikal tu. korang je tak nampak


Nadiah is one of my sister who always get the best result in her examination. Yesterday my umi was bought her a bicycle as a reward for her achievement and score an A's for all papers for the last exam. She will becoming a standard 4 student for next year and I hope she could maintain good result and be successfull in her life. This bicycle basically could be motivate her to improve her ability in academic. for adik, he never get number 1 in the class but good enough when the report card stated that my adik get an A for each subject except agama islam. Its quiet challenging for them when they have to struggle and study more to compete with the others outstanding pupils in their school. I love them much like im a mother for both of these kids. I just want the best for them and would never forget aspired them to learn new things because everyday we'll meet new people and we have to learn new things, by having the knowledge, we would not be blaming and down by stranger.