Monday, January 11, 2010
no title
picture kat atas tu tak ada kena mengena dengan entry ni. sebenarnya mood sekarang ialah busy and tensi dengan pelbagai perkara. kehidupan student kadang-kadang enjoy tapi bila dah start ada kerja and deadline nya esok mula la semua nya tak kena kan.
aku cerita random jelah ye kenapa aku tensi. sebab aku sekarang memang malas nak taip panjang-panjang. sebab tak ada benda menarik pun nak cerita. melainkan ada issue besar yang nak digembar gemburkan ketidak puas hatian yang melampau baru la aku punya semangat penulisan tu melampau.
1) aku jogging setiap petang dekat taman lembah bujang indah ni. indah ke. boleh la. tapi manusia dalam ni semua cam ***k. aku keluar je rumah. budak2 lelaki depan rumah aku,(bukan student uitm yg penting) "aik adik hari-hari jogging lemak tara tu jugak"
kecik tau hati aku ampa kata macam tu kat aku. lepas tu gelak-gelak. ampa tak rasa lagi kot tapak kasut wedges aku melayang kat bibir ang kot norh. nasib la ampa tu org sini. mmg tak beradab dan tak ada education cakap sedap mulut.
2) aku mengantuk gila lalu tertidur di surau. perut aku memang meragam angin banyak. di kala aku tertidur aku tak sedar aku telah melepaskan das meletup-letup kecil. aku terkejut terjaga. aku pandang kawan aku, Aida. dia gelak2 pandang aku. "pika..ang ken***"
aku tengok semua orang tgh solat kecuali kami. so aku dalam hati dengan niat jahat "harap-harap orang lain ingat aida la yang kentut" sambung tidur.
3) marketing student ni kan setiap minggu kalau tak ada present 2 ke 3 kali memang tak sah. tapi itu aku tak kisah sebab aku makin suka bercakap depan orang. esok ada presentation. kena la print slide. aku pun keluar kan printer berhabuk zaman 80 an aku, pulah kata printer aku zaman 80 an sebab buruk dan tak ada orang guna dah. biar la. janji aku boleh guna. tapi malam ni dia buat hal. habis kertas aku guna untuk print tu jadi macam lukisan grafik apa ntah. ish. printer-printer.
4) bila aku masuk toilet awam untuk menunaikan hajat. lepas tu bila aku keluar aku tersempak dengan orang masuk toilet pula. tak jauh lagi aku jalan aku dengar " cis sapa punya angkara buang tak reti nak flush" oh my. so so sorry. manusia tak lari dari kesalahan. aku ingatkan semua toilet awam dah upgrade flush sendiri macam kat sunway pyramid tuuu kan.
macam tu la kehidupan aku tanpa kawan-kawan segelak aku yang berada di shah alam sekarang. yang ada kat sini pun dah berboyfriend. tinggaal lah aku terkapai-kapai gelak dan tensi sorang-sorang. tak paa kau jiran. tunggu bulan depan ang tak kenal dah sapa aku tengok aku berubah slim sekeping. haa time tu nak mengorat jangan harap aku nak layan. ceh. :b
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment