Friday, January 22, 2010

rindu

Hari ini hari sabtu. waktu menunjukkan jam 2.30 petang. yang mana cuaca di luar panas dan semua warga rumah tidur. rumah sunyi. semalam pergi queensbay dengan semua housemate. jalan-jalan teman mereka shopping. aku? cuma beli t-shirt 3 for Rm50. jimat jimat. aku beli t-shirt untuk pakai kat rumah. sebab aku rasa semester ni aku lebih banyak masa di dalam rumah daripada keluar.

melalui jambatan pulau pinang sebenarnya adalah suatu yang boleh mengingatkan aku pada kawan-kawan yang kini tiada di sini. sorry kalau ayat novel. tapi mmg aku tgh mood novel. aku naik jambatan pulaupinang yang sama, di kenakan bayaran tol yang sama rm7 tapi dalam kereta aku bersama orang lain. bila balik dari queensbay tu pun, aku macam senyap je. teringat di waktu ketika ada kawan-kawan. macam nak teks eja, weh tak teringin datang sini ke. mai la. tapi biar la, mesti mereka sedang sibuk. dengan study dan hal-hal yang lain. situasi keadaan memang cepat sangat berubah.


cepat sangat la. hari ni aku 22 tahun. baru rasa macam semalam aku 19 tahun. macam nak patah balik ke zaman gila-gila tu. bila rasa umur dah tua tiba-tiba teringat ayah dan umi kat rumah. fat yang duduk sebelah aku time aku drive terus tanya
"mak pika umur berapa?"
"49" aku jawab. dalam hati kata, eh fat ni macam tau je aku tgh fikir pasal parent aku
"kenapa fat tanya?"
"emm tak ada lah kesian tgk mak tu, dia macam dah tua. dia pun 49, dah melatah latah, selalu lupa letak barang kat mana, kesian la"
fat mungkin rindu kat mak dia sebab time kitaorang cakap tentang ni, lagu oh ibu by exist tgh meraung-raung kat radio.


aku pun terfikir tentang umi dan ayah. rasa sayu kejap. betul la. aku pernah tanya umi, dulu nenek aku mesti sihat kan, tak bongkok macam sekarang. umi pun jawab, yelah dulu nenek sihat, selalu buat breakfast untuk umi and umi rajin bawak bekal pergi sekolah.

macam tu jugak la sekarang. umi masih sihat, tapi masa akan datang mesti umi dah sakit terbaring. tak nak macam tu. tak nak.
ayah pun, dulu badan dia besar, sihat je, boleh makan macam macam, tapi sejak kena penyakit halus misteri ni, badan kurus, makan pun kena jaga, ayah dah banyak penyakit.


bila teringat kenangan 10 tahun lepas, adik-adik masih kecil, aku masih di bangku sekolah. umi masih laju berjalan, hantar dan ambil kami dari sekolah, masih tiada uban dan kedut di wajah.
tapi bila 10 tahun akan datang.
aku dah tahu. sekarang pun dia dah sakit-sakit lutut, nak jalan pun malas, suka duduk rumah tengok tv je. umi dah ada uban.
aku dah start fikir, kenapa cepat je masa tu berlalu. adik-adik pun dah besar, macam ayah kata kejap je anak ayah dah pandai bawak kereta, dulu ayah drive aku duduk sebelah, hari ini aku drive ayah duduk sebelah aku.

dulu ayah buatkan aku milo panas sebelum tidur,
hari ini ayah minta aku tolong buatkan susu sebelum dia tidur,
dulu ayah potong kuku aku sebelum aku ke sekolah setiap hari isnin,
hari ini ayah minta tolong aku potongkan kuku dia sebab dia dah rabun, takut terluka.

benda paling sedih ialah bila ayah pernah kata
jaga adik elok-elok
ayah ni tak tahu dapat hidup berapa lama lagi
dah macam-macam penyakit


satu je aku harap. semoga mereka di panjangkan umur supaya aku at least mampu balas budi mereka kalaupun bukan dari segi wang ringgit, aku boleh berikan kasih sayang and jaga mereka sebagaimana mereka menjaga aku.
itu je aku nak. sebab aku tak sabar menanti saat aku pula boleh hulurkan duit pada mereka.

amin.

No comments: