Monday, April 11, 2011

meninggal-kan DUNIA

Assalamualakum,

Sedang aku bersuka suka berjalan ke sana sini...

aku dengar berita sedih, cousin aku meninggal dunia.

aku tak berapa sure umur dia berapa, yang pasti dia tak berapa tua, anak pun kecik2 lagi.


sebab dia meninggal cuma jatuh toilet je.


Tapi dia meninggal kt Makkah, sebab dia tgh buat Umrah. dan jenazah dia kebumikan kt sana.


Sedih jugak aku dengar sebab pergi betul2 dah tak kembali.


tak dapat jumpa anak-anak, isteri dan keluarga. anak-anak dia semua kecik-kecik lagi.



Dan aku ingat last jumpa raya 2 tahun lepas aku rasa, sebab aku tak berapa rapat sangat. tapi mak aku rapat dengan arwah, sebab mak aku pernah jaga arwah time arwah kecik2 dulu.


Arwah seorang yang alim, menjaga rumah anak yatim, bukak class tahfiz ajar agama.

Dan kerana itu kita boleh lihat, bagaimana dan di mana mati nya seseorang itu. Alhamdulillah arwah meninggal di tempat yang mungkin semua umat islam impikan untuk dikebumikan.


Dan dengan itu juga aku sedar bahawa kematian boleh berlaku di mana-mana dan juga berbagai cara dan sebab.


Dan aku terfikir. kalau esok aku dah tak ada, apakah amalan aku? aku dah ready ke?

Dan aku mohon, kalau umur aku tak panjang sekalipun, biarlah aku habis bayar hutang PTPTN aku dulu. biar aku settle semua nya supaya aku tak bebankan sesiapa.


Dan aku rasa takut adakah amalan yang sedia ada ni dapat menampung dosa-dosa aku yang lepas. manusia itu jahil. dan kerana kejahilan itu, aku menjadi diri aku sekarang. aku belajar berubah, dengan kerelaan hati sendiri.


Yang pasti, aku sedar dan tahu. Allah sentiasa berada dengan aku. tak kira waktu senang, susah dan gembira aku. Aku harap Allah maafkan dosa aku dan kedua orang tua aku. Aku harap dia dengar impian aku dan bagi aku peluang itu untuk aku terus hidup sebelum aku betul2 meninggalkan dunia.


aku cuma terfikir. sebab aku masih belum bersedia nak pergi buat selama-lamanya. bukan sebab aku tak puas dengan dunia.



Cuma aku belum cukup amalan. aku takut.

No comments: