Monday, April 11, 2011

Flea market

Salam and hye people,

picture kat atas tu sebagai iklan, menghargai pengorbanan kawan aku, si Jane yang telah bersusah payah, meng-google Flea market kt brussel, lepas tu siap list kan top 5 Flea Market kat brussel. tulis tulis kat kertas, lepas tu bila sampai metro.
''Alamak! aku tertinggal kertas tu kt rumah,''


aku dah hampa, tapi takpelah

''yeke, takpelah ko bawak aku pergi tempat yang kau tahu je, aku tak kisah'' hehe


oh by the way, nama beliau che Nurul Jannah. tapi bila dah sampai brussel susah sgt orang-orang sana nak ingt nama dia. so Jane is easy kan? afiqah kena tukar jadi apa ni? okay stop kau dah nak balik Malaysia. takpayah nak fikir.


okay, sebenarnya, aku double excited nak update aku di Flea market. hari ke-2 sebenarnya aku pergi. okay I owe you my whole trip to Amsterdam, rotterdam and first day in brussel. itu later later la. ada yang lebih penting dan bersemangat aku nak hebahkan kat sini.

Eversince I realized that it more worth to spend cheap price of clothes for better look and more nice than new brand, I prefer buy pre-love or second hand items.

sebab?

utamanya sebab murah la. sebab aku tak berapa mampu nak beli yang branded kan. and kalau aku beli yang brand kan, aku ni ada habit penyayang lebih. aku tak akan guna barang tu sebab aku sayang, aku akan simpan je. smpai barang tu rosak dengan sendiri ataupun hilang sebab aku lupa aku sorok kt mana, sebab terlampau sayang. lain dengan barang second hand, aku akan guna semahu-mahunya


sebab kedua, aku suka second hand sebab dia macm the one and only. so susah nak sama macam orang lain. maksudnya kau sorang ada barang tu. tak sama mcm orang lain


sebab yang ketiga. aku rasa unik. yang ni pendek je, sebab idea dah habis

So siapa kenal aku, mesti tahu. aku ni hantu bundle, hantu second hand item and I would rather spend on second hand item than brand new.

macam orang suka tanya

''weh ko shopping apa kt paris?''

aku fikir-fikir balik, emm apa je aku beli kan. sebab barang aku beli kt sini pun yang second hand punya. tak ada yang betul2 brand. serious tak tipu.

So aku rasa puas hati kalau dapat beli dan pergi flea market je. tak payah bawak aku pergi shopping complex besar2. Sekian. nak cerita pasal Flea market dan dah di sediakan gmbar-gambar untuk tatapan vintage lover.


okay cop. takkan la nak pergi Flea market terus. kau tu datang dari jauh kan. pergi lah tempat-tempat yang bersejarah sikit. okay this is Palace of Justice in renovation. mellow kata dah 3 tahun tak siap-siap renovate lagi.

tomb of unknown soldier.

Brussel view. subhanallah cantik. aku datang pagi2 time ni orang semua baru nak gosok-gosok mata nak turun katil. aku dah sampai sini. semangat Flea market.


Tempat tertanamnya askar-askar. tak berani nak lama2. mellow! cepat lah Flea market-Flea market.

okay. mahal tu spec tu. Haaha

Yeah, jalan-jalan, terjumpa kedai yang jual vintage stuff. dengan excited masuk masuk. wohh murah murah 20euro weh. terlupa nak convert 4.3

dengan semangat snap picture lagi dalam kedai tu. snap and snap. sebab teruja punya pasal. tiba-tiba.


''hello, not allowed take picture!!!!''

alamak, kecoh la nak sound-sound. c'mon la. aku bukan nak curi. nak tangkap gmbar je weh.

''hehe. so-sorry, I don't know''
senyum kambing. dan simpan camera. lepas tu penjual tu asyik perhatikan aku je. rimas-rimas. jom la kita pergi tempat lain mellow. belasah kang mamat ni. kecohhhh




Yeah! jumpa the real Flea market. jual semua benda yang best2 like speechless. habis duit kau kan mellow.




semua benda ada tau. and semua stok antik gila. tapi ayat yang tak habis-habis

''siapa punya la benda-benda ni semua. hidup lagi ke tak empunya spec ni''

haha. tahun bila punya tak pasti. tapi aku suka.


okay. first stuff. ''saya beli ye, terima kasih kerana bagi kurang. berbaloi-baloi''



album lama-lama pun ada jual kt sini. boleh la siapa yang suka bercerita history keluarga. salasilah keluarga siapa nenek atuk kau asal dari mana, sesuai beli.

macam mellow cakap

''boleh beli ni, cerita kt orang. ni atuk nenek aku. aku ada mix omputeh belah datuk sedara angkat aku''


hidup lagi ke tak manusia dalam album ni? sia-sia aku beli tiba2 malam2 datang minta nyawa. scary.


okay, paksa penjual yang tak berapa tahu berbahasa english tu snap picture kitaorang. sumpah aku suka baju tu and aku grab jugak kasut 1. harga nya. Masyaallah. macam aku nak beli 10.

tapi persoalan yang sama. hidup lagi ke tak si empunya baju ni. HAHA.



Okay boleh pengsan tengok benda-benda ni. so tempted.

dan bag jugak cantik-cantik okay. bila tanya harga kan, 10euro. terus tak jadi beli. c'mon la weh, bag ni kau macam tak kisah je longgok2, jual 2euro memang aku beli.


accessories. boleh gila jugak. tapi tanak tengok lama-lama sebab tak nak la spend kat benda cm ni. aku suka membeli, tapi nak pakai-pakai rantai ni bukan hobby.


please I can died now. tengok benda2 cm ni. aduhhh murah pulak tu. kalau duit euro la. tapi sebab asal aku dari Malaysia, kena convert duit Malaysia. so rasa boleh beli Guess kot. so tak payah la pika. jangan boros okay. ingat sikit macam mana kau nak angkut luggage naik train pergi airport nanti.


Ramai orang. berpeluh-peluh kat sini. terasa bahang kt Malaysia. ohh dah nak balikk dah aku.



oh by the way, ni la nama Flea market ni. tak reti nak sebut. sebab eja dengan sebutan lain.

Yeah.. dah tamat cerita pasal Flea market. Alhamdulillah aku dapat barang yang murah dan branded juga. so tak payah la shopping kat tmpat lain. bawak aku pergi Flea market aku dah happy tahap tak ada tahap dah.




okay, will update pasal Amsterdam, rotterdam dan first day in Brussel. dan tak dilupakan. bus buat hal lagi. takpe-takpe, tunggu esok lusa aku hebahkan betapa 2 jam aku tunggu bus yang lambat. sekian


pika ;)

1 comment:

n a d i * said...

smart spec. nk 1 muleh
hehehehehe