Friday, February 25, 2011

ayat orang high, layan..


Hye and salam,


Kadang-kadang kita tak sedar, yang jauh itu akan datang lebih dekat dan yang dekat itu akan pergi jauh.

kadang-kadang tanpa kita sedari yang pergi jauh itu mungkin akan kembali dan ada yang kembali tapi mungkin tidak pasti.

dan ataupun kadang-kadang tidak pernah kita sedar sememangnya kepastian itu bukan hak kita menentukannya kerana semua ketentuan adalah milik yang esa.

dan yang hanya mungkin kita pasti adalah yang mampu kita jangka dan bukan lah kita tentukan kepastian itu.


Sebagai manusia biasa yang ada akal dan fikiran sebagai mana manusia lain, siapalah kita untuk menentukan tahap kepandaian dan kebodohan seseorang.

kerana di sisi yang maha esa juga, tiada yang bodoh mahupun hodoh yang dicipta.

semua nya bijak dan cantik-cantik semua nya. inikan pula kita manusia sesama manusia, menghukum paras rupa dan akal fikiran orang lain, sedangkan di sisi Allah kita semua sama saja. yang membezakan. adalah amalan kita. bukan setinggi dan sejauh mana kita mampu pergi.





Ada juga yang lain. diciptakan hati, perasaan. dan juga kebinasaan.

Tuhan jadikan lelaki dan perempuan untuk berpasangan. kerana naluri lelaki dan perempuan itu sememangnya harus bercantuman.

Tuhan tidak menjadikan kita untuk disia-sia kan. kerana semua antara kita sama, serupa walaupun tak sebaya. kita hanya cuma HAMBA.

sebelum, ketika dan selepas, semua tu hanya masa.

Masa yang tidak boleh diubah. Manusia boleh berubah. tetapi masa, tidak.

kerana masa berjalan dan terus berjalan meninggalkan kita yang masih tegak berdiri tiada hala pasti. sedangkan masa terus berlari tidak terhenti. dan jangan lah kau nanti, kerana masa yang berlari. itu pasti.

sebelum betul2 manusia, kita memang alpa. selalu lupa dan leka. walaupun bukan sengaja kau katakan ke-lekaan itu sebenarnya memang datang dari kita.

dan dengan nafas yang masih kau ada. kau luruskan semua kesempitan dan lenyapkan kealpaan mu.

kerana, belum tentu esok masih ada untuk kita luruskan jalan yang panjang.
dan juga kerana esok itu belum pasti untuk kita masih boleh berlari.
dan kalau ada juga hari esok untuk kita berlari, belum pasti lagi hari ini berseri.


manusia. dan sekeliling. manusia. dan pening-pening.

No comments: