Wednesday, April 7, 2010

not related to uyun, gadis and gedix




Sebenarnya aku memang tak boleh duduk diam tanpa cari duit semenjak aku start berniaga tudung masa part 5 dulu. sebelum berniaga tu, macam berdebar-debar je, takut orang tak nak beli. first experience aku jual tudung, aku menangis bila aku approach sorang student ni, dia kawan kepada roomate aku. dia kata tak pe lah, tak pelah.
hoho. sedih. tapi tak pe, teruskan usaha sebab modal dah dilaburkan. duit tu duit umi dan aku janji nak bayar balik. so apa apa pun, aku kena bayar balik dan tak kan nak cepat putus asa sebab seorang je customer kan. time tu bulan puasa. so hari raya bakal tiba. dan aku start target makcik cleaner dengan kawan-kawan dia yang selalu duduk bawah tangga kolej aku. dia promote kuih raya dia, aku promote tudung aku. wah macam makcik makcik gitu. sekali makcik-makcik tu datang bilik aku ramai-ramai, kira mcm ada mesyuarat kat bilik aku ke apa, macam tu la, diaorang borong banyak. untuk anak-anak dorang semua. tinggal lah beberapa helai je tudung aku. time tu rasa nak senyum je, alhamdulillah. aku tengok je duit tu. banyak nya. ni semua rezeki. dengan duit untung tu aku shopping sakan untuk raya.

lepas jual tudung, time part 6, kami start fikir nak jual apa pulak untuk tambahkan pendapatan. sebab tak nak lah guna duit yang mak ayah bagi untuk beli benda lain. contohmacam kasut ke, baju2 ke. sebab aku ni jenis yang suka bershopping. so tak kan lah sebab duit aku habis beli benda tu, aku kena minta duit lagi. kesian dorang woh.

aku dangan kawan-kawan lain start jual selendang. time tu tak ramai sgt orang pkai selendang kat uitm kedah ni. time tu permulaan lah. kira sapa pakai selendang org macam pandang lah. and start pulak ada yang kata dia tiru aku, aku tiru dia. dia lah yang start mula pakai selendang. hello. kenapa org tiru-tiru dia..fikir balik. dah lah lupakan pasal kes itu. ceritanya, selendang kami amat mendapat sambutaan hangat. bayangkan 80 helai selendang aku boleh jual seminggu. time tu boleh lah simpan sikit duit. yang lain baru beli-beli barang lain. sebab umi selalu pesan, simpan lah duit setiap bulan walaupun rm20 ke maana tahu sesak sesak nanti nak guna.
lepas tu aku ada experience jual selendang kat pasar malam. time tu kat alor star. pulah kata,"nak tak jual selendang kat pasar?" aku on je walaupun sebenarnya time tu berdebar sebab menghadap ramai org kat pasar. bila org tanya harga pun aku ketar2 nak jawab. semua ni adalah pengalaman. yang cemuh-cemuh pun ada. yang bagi dorongan pun ada. terima kasih kepada pakcik jual buah sebelah aku time tu, tanpa lampu mu, orang tak nampak ada seorang perempuan jual selendang kat tepi ceruk tu. aku masuk pasar malam ni kosong. tak ada meja, tak ada lampu. pinjam meja orang jual nasi ayam depan kitaorang. terima kasih terima kasih.

Time cuti semester sebelum masuk degree, aku start fikir ape aku nak buat kat rumah memandangkan aku dah berhenti jadi part time promoter dekat jusco. bukan sebab aku tak larat, tapi sebab fair tu ada 2 minggu je, so aku diperlukan 2 minggu je. penaat gila. jgn ckap lah. sampai sekarang aku ingat macam mana rasa sakit kaki dia. memanglah sakit. aku pakai kasut hitam yang aku beli kat giant rm12. ko ada? haha. jadi lah, bukan nak guna lama pun, tak kan aku nak cari crocs semata-mata nak kerja guna kasut hitam kan. berbalik pada cerita cuti semester, aku start berjinak dengan jual baju online. sambutan nya bagus. sangat bagus. tak payahlah mention berapa untung aku, cukuplah dengan apa yang aku mampu beli, bawak adik-adik aku jalan-jalan.


bila dah masuk belajar ni degree. masa memang tak ada. hari-hari pack. part 3 degree memang horor. kalau ingat balik, fuh macam mana aku boleh survive. huhu. so aku stop from doing business sebab memang tak sempat. bila masuk part 4 ni, housemate aku ajak berniaga, aku on je. memang suka. aku suka jual-jual ni. maybe sebab dah start dulu, so I can't stop. its like magnet. menarik-narik aku ke arah menjual2 ni. time eksposis hari tu kitaorang menjual baju bundle. alhamdulillah, untung jugak lah. mampu buat kami bertiga tersenyum.

dan sekarang dah nak akhir semester. dah nak final pun. tak kan nak berniaga lagi. ada ke orang nak beli. duit poket student-student pun aku sure dah hampir kering. mood shopping dorang pun mesti dah tak sama macam mood time duit PTPTN mula-mula keluar awal2 sem kan. hmm aku tengah fikir. hari-hari aku fikir how to generate income? how and how.

semalam aku pergi tesco baru. jalan sorang-sorang. tak ada nak beli apa pun. cuma nak beli planta dengan roti je. tapi aku suka tesco. suka jalan2 dalam tu tengok-tengok barang walaupun tak beli. ala, mesti korang ada tempat shopping lain yang best kan. tapi pada aku, tesco ni tempat yang aku prefer nak beli barang pada harga yang rendah lah, lagipun tesco baru ni best. besar dan besar. hee. sedang aku berjalan nak ke esculator (btl ke eja ni) hehe. ada seorang mamat singh ni berdiri dihadapan sebuah kedai buku. "hye..how are you? how was your day?"
aku dengan terpinga-pinga jawablah "fine ya ya good day, you?" hehe

and bermula lah. dia mula-mula nak jual buku kat aku. aku masuk kedai tu memang best. suasana tadika ke, macam tu lah. duduk-duduk sembang dengan dia. last-last dia ajak aku join group dia. join untuk apa? untuk buat sales. haha. aku mula fikir, mampu ke aku...........

Sebenarnya aku cuma ada 1 impian je. aku bukan nak jadi kaya. apatah lagi papa kedana. aku cuma nak hidup aku, mampu buat keluarga aku senyum, orang sekeliling aku senyum dan senang dengan aku, Walaupun ada je yang tak suka dengan aku. kutuk-kutuk. takpe, aku dah letak kat tepi benda-benda tu. macam budak-budak. macam ilham dengan nadia bergaduh. aku dah tak ambil port dah, mahupun UYUN, mahupun GADIS OR GEDIX ke. tak nak fikir dah..my goal is sekurang-kurangnya aku mampu hulur duit pada adik-adik aku yang masih sekolah. aku mampu hidup pakai duit sendiri tanpa minta-minta pada parents aku dan time tu aku nak sangat mereka merasa guna duit aku. itu je. mesti korang pun ada impian yang sama kan.