Gambar dibawah nampak bahagia dan bersuka ria. mulutt boleh terbuka luas tersenyum, tersengih dan meerenyeh. tapi itu 2 minggu yang lepas ketika excited nak menyambut ketibaan syawal..tapi selepas pulang dari berhari raya aku tak tahu kenaapa aku rasa macam miss something. aku rasa jalan sorang2. tak ada sesiapa dalam class dan hanya aku je yang ada. aku termenung tanpa aku sedari. aku kurang bercakap dan bersuara. aku rasa malas, aku rasa sangat teruk dengan result qmt aku. semua macam teror2 tapi aku. dan aku start rasa aku tak layak nak ambik degree. sebbabb masa raya ke 3 kawan2 lama aku datang rumah dan semua dah habis study. tapii dorang habis diploma dan terus dapat kerja. ada yang jadi guru sandaran. lepas tu ada yang jadi penolong x-ray la kan. lepas tu semua tanya aku sekarang buat apa. aku cakap aku sambung lagi. "ya Allah rajinnya kau, aku mmg dah tak larat, cukuplah diploma je. ni pun dah dapat kerja okaylah" yang lain pula bersuara..."Aku malas lah nak susahkan parents aku, aku kerja jelah, malas nak sambung, tapi aku dapat sambung sebenarnya(eceeeh ayatnak jugak menggebang hang tu hebat)" dan aku start berfikir dan mula melihat masyarakat sekitar aku. ayah, umi, adik2 5 orang. rumah aku yang dikatakan besar oleh rakan2 ku. kereta besar yang menjadi bebanan ayah, kereta aku, kereta umi, kereta jiji, motor, basikal adik. semua itu memerlukan wang dan ringgit kan. dan aku start calculate perbelanjaan aku. bulan lepas mula2 ayah bagi rm300 masa aku nak balik sini, lepas tu tak sampai seminnggu ayah dah call tanya ada duit ke tak. aku yang sangat memerlukan ni pun jawablah tak ada, ayah masukkan lagi rm300 . dan minggu seterusnya aku mengeluarkan duit simpanan aku rm200 sebab aku tak mahu menyusahkan ayah. dan sebelum raya aku pinjam duit adik aku, jiji, sebab nak beli tiket dan baju raya. wowwww... banyak jugak aku spend kan. banyak weh, serius, aku rasa rm1000 tu macam rm10 je. sekejap bolah habis. aku pun tak pasti apa aku dah buat dengan duit2 tu. yang pasti aku bukanlah seorang yang boros. dan aku dah buang tabiat shopping bundle setelah bundle di semeling tu tutup. apa lagi yang aku dah buat. hmmm akhirnya aku temui jawapannya. aku perlu bayar brondband rm100. bil celcom rm50, sewa rumah campur api air rm100. minyak dan makan mungkinlah rm 100 seminggu. tak campur dengan print assignment dan pergi buat research semua tu guna duit kan. secara tak lagsung aku rasa dah banyak menyusahkan ayah. hmm..
dan kerana result qmt aku yang tak berapa nak memberansangkan itu aku dah start rasa aku sangat looser. aku study. tapi macam mana result boleh jadi takat tu je ek. memanglah lulus, tapi tak mencapai target aku. yes aku kecewa. setelah kecewa dengan rumahtangga mak ayah aku time raya hari tu aku kemudian kecewa dengan result test aku. bak kata ayah, bendera jawa dengan bendera melayu memang tak boleh ngam. dalam hati aku menjawab, kalau dah tahu tak boleh ngam dengan bendera jawa, kenapa nak join venture jugak dan terhasilnya kami berenam ini ke buktinya bendera kamu berdua tak boleh ngam. hmm sakit otak oh kalau fikir masalah ayah dengan mak aku. dan aku ambik keputusan pulang ke s.p awal.
dahlah Biarkan mereka. maklumlah dah masuk zon veteran ni. semua tak kena, masa mula2 kahwin bercinta dikau lah jantung, kantung, puntung hatiku. sekarang ni kalau selisih bahu pun macam terpegang najis muqallazoh je, macam lah kena samak.
sedih weh..
maybe cerita time raya memberi effect pada aku sekarang ni. dahla tamau fikir jauh2. aku duduk sini jarang tengok pergaduhan mulut so okaylah. tak sakit jiwa sangatlah..
sekarang ni cuma aku tak tahu kenapa aku rasa tak ada semangat dan malas.
itu je perasaan aku sekarang.
dan aku dah start fikir nak kerja. aku fikir boleh ke aku teruskan study ni. berbaloi ke investment umi dengan ayah aku menghantar aku belajar tappi kalau result tak okay macam mana.
)):::
2 comments:
u dun u ever dare quit and give up tau!!!!!!!!!!!
sorry i tak tau u pressure sampai mcm nie....
and u xcita kat i pun...
no wonder the last time i jumpa u muka u xbermaya and xceria?????
next week i gie klass better u tell me everything..
i love u!!!!
and pliz...
this is not the end of your world yet!!!!!!
haha u..
thank sgt kalau u tak ada dah lama I melalak hari2..
hee
Post a Comment