Friday, September 4, 2009

just follow the flow




Aktiviti semalam yang penuh penghayatan. dah lama tak dengar ceramah-ceramah macam ni. dan apa yang disampaikan tu buat aku termenung seketika dan memikirkan segala masalah yang aku lalui sekarang dan mengapply kan benda ni untuk menghadapi hari-hari mendatang yang tentunya semakin rumit untuk diungkapkan dengan kata2. masalah dalaman yang tak dapat kita nak luahkan, sebenarnya ia bukanlah masalah sangat tapi bila kehidupan semakin sibuk, semua nak kena buat dan timbullah perasaan pressure dan tension maka kerana air mineral di rumah habis dan pergi ke kedai, dan kedai pula tutup dah boleh membuatkan aku rasa macam nak saman je kedai runcit kat lembah bujang ni sebab suka bukak lambat.
apa yang aku dapat aku nak sangat kongsi dengan korang.

TANDA ORANG YANG GAGAL

(1) susah tidur malam payah bangun pagi. yes itulah antara rahsia kegagalan aku dalam menyempurnakan paper test cb sebab aku tak ada time management yang sempurna dan buatkan aku kadang2 terjaga pada ppukul 8.40 pagi padahal class start pukul 8.00. aku selalu tidur lambat, so start dari sekarang aku akan try buat jadual. jam 12 dah kena tidur dan jangan layan perasaan nak on9 aataupu perasaan nak cerita semu benda dalam blog ni.

(2) Takut salah dan tak berani mencuba-that what I realize when I have to present, I worried people will laugh at me because of my broken english or wrong pronounciation contohnya macam "gucci" tapi classmate sebut "gacci". adakah kita patut ketaawa ila benda ni berlaku depan mata anda. dan aku ketawa, aku salah. tapi aku tak pernah berniat. dan sekarang bila aku fikir balik, kalau kita tak salah kita tak akan sedar. dan kalau orang tegur kita tu maksudnya kita betul2 salah dan terima la dengan hati terbuka sebab orang yang menilai kita. dan orang tegur sebab dia sayang dan tak mahu kita terus tersilap.thank you

-tak bawa payung, hujan disalahkan. membawa maksud kesalahan sendiri tapi jari sendiri jugalah yang menuding ke arah orang lain. salah kita yang tak siapkan assignment, tapi salahkan lecturer bagi assignment banyak2. ataupun salah sendiri sebab suka mengata orang, tapi bila dah terbongkar kita salahkan orang lain. okay people learn from mistake. take it as a lesson forever and ever. ((:

(3) hati kotor, dan penuh hasad dengki. emm yang ni tak nak ulas panjang2 sebab bakal menyinggung perasaan sesetengah pihak. hee sapa makan cili sila terasa pedas sekarang.

(4) Tak pandai berkomunikasi. haa yang ni sangat aku nak mengulas, sila faham bahasa orang itu dahulu sebelum menilainya. contoh yang boleh diberi disini ialah " you, (ceh tak nak start dgn nama nanti melantun) boleh tolong buang sampah tak sebab last week kitaorang dah buang, gilir2 lah..boleh tak boleh tak.." (lembah lembut tau) dan jawapan yang diberi "oh nantilah" hurm sungguh tak faham soalan betul makhluk sama jenis ini. hehe tak pe. nanti tu mungkin esok, tapi kalau tak esok jugak macam mana, sampah tu bukan semakin wangi kan. dan sampah itu mungkin akan berkulat dan bersemut sedaifnya di dapur selama "nanti" seminggu tu dan akhirnya yang bertanya juga yang menjalankan tanggungjawab tu. Ini contoh terbaiklah setakat ni. Opah kan, dia setiap hari dia buang sampah tak pernah merungut pun walaupun dalam rumah tu ada menentu2 dia. dia jugak yang kena jaga cucu2 dia walaupun dia dah tua nak jalan pun sakit lutut. maybe dia seorang yang sangat mementingkan komunikasi sebab tu dia disayangi semua orang terutama anak dan jiran setaman nya. nanti balik nak minta pendapat opah. ((:

Dan kalau ada tanda gagal mestilah ada petua nak berjaya dan hati tenang selalu.

(1) Allah pernah menjanjikan sekiranya kita memberi sesuatu kepada seseorang (benda yg baik) nescaya kamu akan mendapat lebih dari apa yang kamu berikan. contohnya kalau eja berusaha ajar aku qmt kan, nescaya dia akan dapat lebih dari apa yang dia ajar. ('_")

(2) Setiap hari sebelum tidur, maafkan segala kesalahan orang yang tak sependapat dengan kita, maafkan orang yang telah menyakitkan hati kita nescaya apabila kita bangun tidur semua nya akan kembali normal. rahsia ketenangan aku pulak, kalau aku tension sangat, aku akan nangis dan tidur, bila bangun aku akan start benda baru dan tak nak ingat benda yang dah lepas2.

(3) Jadilah orang yang terbaik diantara yang terbaik. cubalah jadi orang yang terbaik dikalangan ibu bapa anda, kawan2 dan jadilah orang yang disenangi orang lain dan jangan lah jadi orang yang selalu nak menjengkelkan ataupun suka buat mak ayah susah hati. ni penceramah yang kata. bukan aku.

dan yang terakhirnya..TIDAK perlulah cari seorang sahabat yang sempurna, terlalu memilih nak kawan dengan yang sempurna paras rupa wang ringgit, TAPI carilah dan pilihlah seorang sahabat yang boleh menjadikan kehidupan kita sempurna. carilah sahabat yang boleh memberi dan menerima, yang suka mendengar dan menasihati. TIDAK perlulah mencari yang suka menindas dan merendah-rendahkan kita. ITU BUKAN SAHABAT.

Tersenyumlah walaupun kamu tidak mengikhlaskannya
Ketawa lah walaupun pada ketika itu kamu dalam kesedihan
menangislah sepuas hati sekiranya kamu rasa ia akan melegakan
Teruskan melangkah kehadapan walaupun kamu terasa ia terlalu memenatkan
kerana semua ini adalah laluan yang kita pilih dan kita hanya berdiri dengan kaki sendiri, bercakap dengan mulut dan melihat dengan mata sendiri. tanpa diri kita sendiri siapalah nama yang diberi kepada kita

((:

No comments: