Sunday, June 14, 2009

perasaan dari hati ke hati kepada bonda tersayang

Mengalami kecelaruan fikiran apabila bangun tidur tiba-tiba umi masuk bilik nangis-nangis air mata meleleh aku yang baru bangun tidur ni macam mamai tak tahu apa yang berlaku diam je memandang ke arah dia rupanya dia geram aku tak turun2 sidai kain.
huh itu ke..
"kau ni umi geram betul dah pukul berapa ni. kain dah lama siap bila nak sidai.umi dah nak pergi sekolah ni. kau pergi kerja la. duduk rumah sakitkan hati je"
aku diam kejap lepas tu terus menjawab sebab bengang gila lepas tengok jam baru pukul 10.30 pagi. au ingatkan dah pukul12 ke dia nak menangis sampai macam tu kan.
hurm ntah la terus jadi macam badmood
"la baru pukul berapa, umi tak payah buat kerja biar kakak buat semua-"
bengang.
kalau siapa yang kenal aku mesti tahu aku mesti akan kemas rumah jugak walaupun lambat. bukan lambat sangat pun. at least sebelum pukul 12 aku dah siap sapu luar, sapu dalam, siram bunga, sidai kain semua kan. umi nak apa lagi?
lepas kena marah tu aku rasa nak lari rumah je. dah lah tak pernah nak berterima kasih aku buat semua kerja nak complain lg adalah.
macam mana aku nak respect kalau umitak respect aku. dia buang seluar yang aku belikan untuk nadiah sebab dia kata tak elok seluar tu. seluar tu macam old skool sikit colour pudar2. owh tak elok ke..
tak apa lah..lepas tu umi suka kata aku suka ajar adik2 pakai tak elok. seksi2..
oh aku yang ajar rupanya..
tak apa lah..
lepas tu suka cakap aku pakai tak elok dalam rumah sebab tu nadya pun dah mula pakai tak elok DALAM rumah.. aku ulangi DALAM RUMAH ye..
bukan diluar rumah.
semau nya salah aku ke..
sila nyatakan semua kesalahan aku dari yang sekecil2 hingga yang paling besar sampai aku boleh buat umi menangis?
yar yang paling besar ialah kemas rumah lambat sebab aku selalu bangun lambat dan yang paling lewat ialah pukul 10.30.
lewat wow.. lewat gila..
tapi aku rasa kalau ada pertandingan siapa yang bangun paling lewat mesti aku kalah sebab kawan aku yang lain ada yang bangun sampai pukul 2..
haaa..
sapa lagi lewat..
dan disebabkan pagi tadi punya kejadian terus aku nak tukar fikiran. aku taknak belajar kat shah alam. kalau dapat jauh biarlah. aku tenang di sana daripada dekat umi pun tak suka ada je yang tak kena.
aku dah sapu rumah dia kata kau tak sapu. aku keluar tak bagitahu dia.(bkn tanak bgtahu tapi terlupa sebab time tu umi tak ada kat rumah yang ada ayah je so aku bagitahu ayah je)
umi akan mesej
"oh mentang-mentang kau dah ada kereta boleh keluar sesuka hati tak payah bagitahu umi"
padahal aku keluar naik tren bukan naik kereta..
"oh mentang-mentang kau dah besar tak payah bagitahu umi ayah nak keluar"
padahal aku dah bagitahu ayag aku nak keluar..
kadang-kadang ada je salah aku. semua aku buat macam ada je tak kena.
sekarang ni kena jaga adik sebab umi taknak hantar dia kat rumah orang sebab kan hari tu cuti sekolah 2 minggu. so ada lagi 2 minggu untuk habis bulan jun ni. umi kata membazir je hantar adik rumah orang nanti nak kena bayar full jugak...
ayat umi mati disitu sahaja..dia tidak menyambung ayatnya seperti umi bayar kat kakak lebih bagus kan..
ataupun mungkin dia berkata-kata di dalam hati?
hurm aku tahu aku ni nakal, jahat, jahil dan segala-gala yang sama maksud dengan itu. tapi aku juga macam anak orang lain. nak dihargai bila aku buat sesuatu. contoh kalau aku masak ke. apa salahnya kalau beri sedikit pujian. ini tidak.
umi yang aku kenal akan cakap
"apa ni kau masak masin, manis, tawar sangat la..blah blah.."
dan kalau sedap pun dia akan senyap je sampai makan tambah2 dan aku yang akan automatik tanya..
"sedap ke mi?"
"boleh la" jawapan umi..
yar..itu umi aku.
yang selalu bertekak dengan aku pasal fashion, tren, dekorasi rumah, masakan dengan aku.
gaya aku semua tak elok pada dia. warna merah adalah warna favourite umi so semua orang kena menghadapi bahawa langsir dapur, ruang tamu dan karpet dan lap kaki, lapik tv semua mesti dan harus MERAH..
no objection ye anak2..
tpi pujian kepada umi harus diberi dalam mendidik anak-anak dia menjadi seorang yang tahu agama. tahu macam mana nak membawa diri. tahu macam mana nak buat kerja rumah. tahu macam mana solat mengaji . kerana ayah kurang itu semua so umi lah yang menggalas tanggungjawab menjerit setiap kali waktu maghrib suruh nadya dengan ilham solat...
umi..
kakak tak mintak banyak..
kakak cuma minta umi faham kakak..
kakak mengantuk dan akan bangun pukul 10 pagi so umi janganlah marah2 sebab kakak akan buat jugak kerja rumah lepas bangun tidur..
please lah..
dari hati ke hati ni..
sebab nak luah dengan kata-kata secara depan pun kita akan bertekak jugak sebab kita memang ditakdirkan mungkin tidak sehaluan.
yelah umi cerita kakak lahir songsang..
terima kasih lahirkan kakak..
tapi kakak tak tahan umi berleter pasal kerja rumah..
itu je..
tolonglah...

4 comments:

amalina padang said...

aku paham weyh
mak kite mmg lebih kurg sket
aku igt mak aku je gune serangan air mata
geng la weyh

tahniah2
harapan jadi kenyataan
belajar baek ek
study kt library igt kiteorg
hehehe

amalina padang said...

aku paham weyh
mak kite mmg lebih kurg sket
aku igt mak aku je gune serangan air mata
geng la weyh

tahniah2
harapan jadi kenyataan
belajar baek ek
study kt library igt kiteorg
hehehe

afiqa.z said...

haha..
serangan air mata bertubi-tubi plak wei..
aku sedihlah..
sapa nak jalan dengan aku pergi class sume..
sapa nak tolong print validation and ingatkan aku semua tu..
hurm..

Jatie said...

kerja da complete pn mak aku bsg gak psl tlpa beli sardin.
haha.

aku slalu pk xpyh la amek ati dgn mak aku tu nk terasa or apa.sbb aku buat die terasa tah brape byk lg knn.mak mana xkuat beleter bebeh!

aku rasa nnt ko dah ada ank kene ada blog jgk sbb nnt ank ko buat luahan perasaan kt blog ;)