Monday, June 15, 2009

dalam kenangan :eja dan padeng..):
(disarankan baca dgn nada sayu)


Belum pun reda berita tergempar result uitm kini gempar pula dengan berita result untuk intake degree. fuh eja dah msg aku kata result keluar selepas pukul 5. aku buat rendang je malas nak percaya kot2 lah berita khabar angin ke plus aku berdebar takut sangat tak dapat sambung degree. pukul 5.30 ptg aku terlena dekat sofa depan tv. aku dengar bunyi msg bertalu-talu tapi aku malas nak ambik sebab handfon dalam bilik. malas nak bangun sebab tengah sedap baru nak lena. lepas tu pulak handfon aku bunyi. aduhai sapa pulak call ni malasnya nak bangun. terus cari handfon kan keluar nama padeng's mum. aik kenapa pulak kan.
"pika nak no ic.."
suara padeng ceria semacam je.
aku blurr2 ni..
lepas tu terus teringat eja ada bagitahu result degree keluar hari ni..
"ala taknak la..aku nak check sendiri"
jawab aku..
"oh takpelah..aku dengan nad dapat shah alam cos finance"
suara padeng masih lagi gembira aku dapat agak dia mesti tengah senyum sampai ke telinga.
wahwah..
"eh eh kau check kan tros la..internet rumah kau laju kan.."
aku tetiba macam tak sabar nak tahu aku dapat mana kan terus ubah fikiran suruh dia check kan.aku pun bagi la 88 blah blah..
"pika!!kau dapat sungai petani wei."
dia suka lagi.
aku terus macam "yeke!" (sila baca dengan nada jerit dan excited)
tapi actually aku tak pasti apakah perasaan sebenar aku time tu. sama ada aku happy ataupun rasa terkilan tak dapat shah alam. eja pun diberitahu dapat cos yang sama dan di shah alam.
so aku dengan shira je yang ada dekat merbok tu..
min dengan leha dekat arau perlis..
zati pulak dapat dungun terengganu..
semua dah pecah-pecah.
dan malam ni aku rasa sayu-sayu je belek2 balik laptop tengok picca kitaorang bersama. aku terasa kesedihannya mesti aku sorang-sorang je.
mesti aku akan rasa sunyi sekejap time mula-mula masuk tu. mesti aku akan pandang uitm tu dan kata mana kawan-kawan aku..
mana eja? mana padeng?
dan bermula lah perjalanan hidup aku ke kelas tanpa eja yang selama ni ada je bersama aku.
aku a bit risau sebab merekalah yang selalu ingatkan tentang validation. lepas tu selalu ingatkan aku tentang macam-macam benda. contohnya slip exam kan. huh..
aku bakal merindui mereka. even dengan yang lain pun rapat. tapi dengan 2 orang ni macam ada chamestry. so far aku okay je dengan semua pun boleh je berborak2. tapi apa-apa pun aku akan jari eja dengan padeng. why ha?
dan aku akan merindui hari-hari final exam kami di library kemudian petangnya kami akan beli gorpes kat tepi jalan....
emm kadang-kadang aku rasa perjalanan hidup ini terlalu pantas dan menjadikan kita semakin terkejar-kejar sehingga tidak sempat untuk merasa sesuatu kenikmatan dengan sepenuh perasaannya.
aku belum puas dengan mereka. serius. tapi inilah kehidupan dan persahabatan namanya. setiap yang bertemu akan berpisah dan permulaan cerita baru dengan insan baru. siapalah agaknya kawan aku nanti yang akan kehulu hilir dengan aku macam eja kan. yang sudi jadi pengapit aku walaupun selalu je tak puas hati tapi dia ikutkan jugak.
dan aku harap semua ini akan menjadi satu permulaan yang baik. aku kena belajar buat semua sendiri. sebab lepas ni aku tak akan ada kawan yang dekat dengan aku untuk aku mengadu itu dan ini. kalau nak mintak tolong pun mereka jauh.
aku harap mereka tak akanlupakan aku sebab mereka bersama dan aku seorang.
tahniah kepad mereka yang dapat sambung. emylia aku tak tahu dia dapat ke tak sebab aku tanya semua tak jawab pun.
selamat kembali ke alam memakai kad matrix dan perpakaian formal dihari isnin.
((:

No comments: