Tuesday, April 14, 2009

kanak-kanak zaman sekarang

tanpa aku sedari adik2 aku semakin membesar rupanya.yelah aku kan duk jauh,so mmg la aku tau dorang sudah besar,yang sorang darjah 3 dan yang gemuk tu darjah 1.tapi aku tak tau pemikiran,cara dorang bergaul,bercakap pun dah lain.ceh..hari ni last la aku tido kat umah.esok dah balik a.s,pagi2 bangun rajinlah pulak tlg umi sapu rumah dan sidai baju,lepas tu ayah hantar pergi rumah opah.dekat rumah opah aku makan banyak.opah aku masak sedap..ehem2 sampai tertidur aku selepas makan.pukul 5 ayah datang balik nak ambik aku,ceh macam duk nursery pulok.

berbalik kepada cerita asal,sebenarnya aku nak rasa sangat bahagia dapat ambik adik aku balik dari sekolah.hurm bukan jauh pun,depan rumah je.jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai.aku pun berdiri depan gate sekolah adik aku.tengok budak sume dah keluar.mak ayah pun dah ramai tunggu kat depan sekolah tu.aku tercari2 adik aku.aku kurang pasti sebab ramai sangat budak keluar dari gate tu dan semuanya pakai baju t-shirt colour purple,merah,kuning,hijau.
sama je..oh hari ni ada latihan rumah sukan.ceh teringat balik zaman2 sekolah rendah dulu,seingat aku aku rumah merah masa darjah 4 dulu,tapi tak masuk apa2 acara pun sebab masa sekolah rendah aku seorang yang kurang cerdas dan tidak mempunyai ketahanan diri.
hehe..

beralik kepada cerita asal,aku ternampak budak gemuk berjalan berpelukan dengan rakannya.tergelak2..sah adik aku.
"adik!"
dia selamber je.geram gak sikit,yelah penat jerit dia tak pandang,tapi mamat jual ice cream plak yang pandang.ceh pretend mcm mummy muda la konon aku ni.lepas tu nmpak nadya plak dengan beg belakang yang sangat sarat,tak tahu dia bawak ape.ada subject batu bata dan konkrit agaknya.muda letih je..bau jangan cakaplah.hehe..
ilham ni melintas bukan nak pegang tangan aku.geram betul.dia sibuk nak pergi kat makcik yang jual makanan ringan tu.dahla ramai budak2 berkerumun.ish tak kuasa aku nak layan dia aku pun nada mcm sedikit tegas trus cakap
"tak payah la beli.nanti kakak bawak pergi kedai"
"alah kejap je"
ilham kuarkan 20sen.
"acik,super ring tu 1 bape"ilham mengoder
"30 sen dik"jawb makcik tanpa menoleh sebab customer ramai sangat kan..
"kakak bawak duit tak?"
"tak-"
senang je aku jawab.tapi mmg aku tak bawak pun..alahai apa lagi ko nak beli.dah tak cukup duit balik la jom.dalam hati je.
aku dengan nadya bersabar menunggu ilham.tiba2 ada budak perempuan kecik lalu.tersengih2..
"adik..gf ko adik...ayuni..ilham suka ko"
kata nadya pada budak tu.budak kecik tu sengih2 lagi.
ilham terus lari balik rumah.
aik..tadi bukan main lama kau duduk kat van makcik jual makanan tu..tiba2 terus lari ni.
alahai..malu ke..awek ko lalu...
alahai baru darjah1 dah pandai suka2, gf2 ni..
hingus ko meleleh pun aku yang lap,stoking kopun aku yang pakaikan..
hehe..
itulah budak zaman sekarang..
(:

2 comments:

DrSam said...

salam singgah
perasaan rindu adalah normal, terutama apabila berjauhan. itu tandanya kita sayang mereka.

afiqa.z said...

tq drsam..
mmg saya sgt rindu dan sayang mereka