okay sekarang dah kenyang makan tomyam beli kat kedai tomyam lepas isi minyak tadi.dah 2 hari aku tak keluar rumah.duduk kat rumah.study sambil memejamkan mata,tengok tv.kadang2 selak langsir tengok orang main kat padang depan rumah.emm bukan nak menggatal.tapi macam takde point pon sebenarnya.yelah tak tahu nak buat ape kan.
semalam aku tidur agak lambat.1 jam lebih jugak la berborak dengan housemate aku.entah tak tahu macam mana boleh start sampai macam2 kitorang cerita.dan macam2 jugak aku tahu tentang diri aku dari pandangan dia.aku mmg tak rapat pun dengan dia.cuma sesekali bertegur dan pernah hangout.tu pun sekali je.tapi malam semalam rancak je berborak sampai kena perli dengan pulah sebab aku lambat reply mesej dia dan reply pun pendek2 je....
hai boarak dengan bestfriend ke.
hahaha..
okay sebenarnya aku tak pandai sangat nak bercerita tentang masalah dan perasaaan aku kat blog ni sebab aku rasa benda yang private mmg tak perlu di share.tapi semakin lama aku berblog aku rasa ianya satu aktiviti yang boleh membuatkan aku tersenyum,ketawa seorang diri dan kadang2 menangis.serius!!aku tak tipu aku pernah menangis baca blog seorang auntie tentang luahan perasaannya terhadap anak gadisnya.aku terharu dan bayangkan macam entry aku baca tu dari mak aku sendiri.tentang perangai aku yang tak berapa baik ni kan.bila seorang ibu membuat luahan perasaan.mak aku selalu luah perasaan dekat mesej je.kalau dia tak puas hati mesti mesej sampai 3 4 page.haha.sorry umi.i didn mean to hurt u.aku cuma seorang anak perempuan yang nakal.ceceh ayat nakal macam geli je.yelah..paling tepat degil la..
dan aku membayangkan kalau anak aku buat macam yang aku buat pada mak aku.emm tak delah buat ape teruk sangat pun.cuma tak dengar kata.umi kata jangan keluar malam,aku keluar,dan macam2 lagi yang tak dapat aku nak mention kat sini.aku tak melawan dengan mulut tetapi dengan perbuatan aku.semakin aku membesar semakin aku berfikir tentang hal2 yang lalu.masa mula2 aku ada boyfriend.form 3.talifon rumah tu macam aku yang punya.macam aku yang bayar kan.setiap masa aku ada kat telifon tu.pegang je sambil sengih2.cakap pun bisik2.ee,,,malunya ingat balik tapi itulah hakikatnya.macam mana la umi tak bising.orang lain nak call rumah asyik engage je..mula2 umi guna cara halus.sorokkan talifon dalam bilik dia.dengan keistimewaan akal yang panjang aku curi2 guna dalam bilik dia bila dia takde.bila bil sampai kantoilah kan.tak kan umi or ayah pulak yang bergayut sampai 1oo lebih bil ni.kalah bil hp ayah..hurm.parents au masih mampu sabar lagi ketika itu.bila jiji(adik aku) ada boyfriend pulak..time tu dia form 2 dan aku form 4 bil makin mahal.sewa telekom dah naik kot.ceceh cover plak macam mak aku tak sekolah kan and macamlah ayah aku sekolah tak habis aku boleh cakap macam tu.
ayah dan umi mengambil keputusan memotong line talipon rumah kami.tapi ayah memang ayah yang tak sampai hati melihat anak dia menderita kot.dia belikan aku dan jiji hp.terima kasih ayah.tapi aku selalu argue dengan cara aku mendidik anak dia.bukan tak bagus.tapi aku rasa cara umi lagi berkesan.walaupun umi garang.selalu marah2 dan paksa buat kerja rumah.sapu sampah,kemas rumah,masak,lipat kain,jemur kain,gosok baju sekolah adik2 tapi semua itu menjadikan aku tahu mengurus diri dan rumah.ayah pula...kakak nak apa?ambil..kakak nak pergi mana?pergilah....
tapi setiap manusia dianugerahkan perangai dan cara tersendiri dalam membawa diri mereka.dan aku hidup sendirian begini terpaksa membuat keputusan sendiri.dan kadang2 aku sendiri ragu2 dengan keputusan aku.tapi aku nak tanya sapa lagi kan.yang ada dengan aku hanyalah aku.contohnya macam aku nak keluar pergi beli makanan.aku kena decide kedai mana aku nak pergi.sesuai ke maghrib ni aku pergi beli makanan.aku duduk sekejap.emm tak kisah la..aku lapar,keluar jelah.macam tu jugaklah dengan benda lain.nak bangun pukul berapa.nak mandi ke tak.semua aku yang buat keputusan.
umur aku makin meningkat dan aku semakin boleh berfikir.semua kawan2 pun dah matang.dah tak perlu menangis2 or campak hp lagi bila gaduh dengan bf (bukan aku).just relax and cool berkaraoke nyanyi lagu mak cik dia,jamal abdillah la..aku suka tengok perubahan mereka.dan ada yang tak menangis pun bila breakup.siap bole gayut2 lagi dengan exjal walaupun mendapat larangan daripada teman disisi.dan ada juga yang sudah tidak lagi berfikiran negative tentang kawan2 nya.(yang ni aku kot)
actually aku nak belajar berfikiran positive pada semua orang.ya..itu la aku pada awal aku kenal orang mesti aku akan nampak yang baik2 tentang dia dan lama macam2 pulak.tapi aku tanak macam tu.aku nak sentiasa baik walaupun keadaan tak berapa membenarkan aku sentiasa nak mengatakan ianya baik,elok,bagus or good2..dan seerti dengannya.aku nak jadi seorang yang bersemangat.ceceh pilihan raya dah lepaslah..(:
aku betul2 sering berfikir sekarang.tentang kesilapan lalu dan kesilapan yang bakal aku akan lakukan akan datang.sekarang ni aku dah 21thn walaupun muka dan penampilan masih seperti budak sekolah menengah.(penampilan mungkin mcm sekolah menengah tapi muka sudah ada kedut yar jangan perah santan)..
sekarang ni kalau nak beli tiket wayang ke mesti..
"dik..."
kalau nak order mcd ke mesti..
"dik..."
kenapa mesti panggil dorang dik?sebab aku sendiri terasa dan tengok muka dorang pun tahu patut dipanggil adik..jangan nak kejam panggil adik cashier yang baru lepas sekolah tu "acik or abang or kak"
mereka bukan acik ko..hehe..
dan kalau orang datang kat aku nak tanya apa2 ke mesti...
"kak..."
"oh kak"
haha...sejak bila aku jadi kakak ko.sebenarnya aku kena terima semua ni dan aku juga bukan ada title akak malah "auntie"
betol aku tak tipu.anak2 buah pulah panggil aku auntie.hahhaa..
yalah..apa2 saja..
semakin aku dewasa juga aku semakin mengetahui banyak cerita,lumrah hidup yang sebenarnya terjadi diluar yang mungkin tak pernah aku terfikir sebelum ni.
mula2 aku tahu janda anak 2 sanggup tinggalkan suami dia sebab nak kahwin dengan anak teruna yang jauh muda dari dia walaupun husband dia sangat baik dan menjaga anak mereka samapi besar dan tak kahwin2 lain.
lepas tu aku tahu bahawa wanita 4 orang anak,yang mana anak2nya sudah pun besar bercinta ataupun mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sedangkan suaminya bekerja keras mencari pendapatan menampung berbelanjaan keluarga...
dan sekarang aku tahu seorang perempuan,yang datang dari keluarga yang berilmu agama yang kuat sanggup meminta cerai daripada suaminya yang seorang dtg dari keluarga susah demi untuk mengejar kemewahan dari lelaki lain.mmglah sebulan dapat 3 ribu tapi tak takut ke..
maksud aku tak takut dosa ke.emm memangla semua orang buat dosa dan aku juga..
tapi dia datang dari keluarga yang baik.tinggal di kl sorang diri dan ditanggung sepenuhnya oleh sugardaddy tu.omg.parents ingat dia duduk dengan kawan2 kerja kerani.
emm macam samarinda ataupun dramasutra dalam tv kan.
tapi itulah kehidupan sebenar kat luar sana.yang mesti kita lalui.semuanya akan jadi cntik sebab duit.semuanya akan jadi hebat sebab duit.duit boleh membutakan mata setiap orang.
dan aku sangat takut sebenarnya mendengar dan mengetahui cerita2 macam ni.aku takut ia akan jadi pada aku sama ada aku punca ataupun mangsa.taknak...
aku tak nak curang dan dicurangi.dan macam mana kita nak elak semua tu.
semua orang pu.(bukan semua cuma kwn2 aku je kot)dah mula bercerita tentang masa depan.contohnya..
"kalau aku ada anak..aku nak anak aku..."
"kalau aku ada rumah..aku nak.."
"kalau aku dah kerja..."
dan semuanya kalau kan.dan kalau aku pulak.aku nak hidup biasa.sama macam orang lain aku tanak terlalu mewah kerana kemewahan menjadikan manusia lalai dan aku tak mahu trlalu sempit kesempitan hidup adalah punca utama perbalahan dan penceraian sekiranya kita tak tahu untuk menanganinya.
dan mungkin kerana usia aku semakin meningkat aku suka cerita dan topic yang berunsurkan kehidupan keluarga,rumah tangga contohnya nona,wanita hari ini ,dan paling syok semanis kurma.
HHAHAAHAHA..
dan aku juga dah pertukar taste.emm aku tak tahula..tapi aku perasan sendiri kalau aku pergi shopping mall aku akan tertarik dengan baju yang corak bunga2 yang macam makcik2 kata kawan dan seorang cousin aku.alahai cepatnya perubahan.aku masih tak puas bermain buaian di taman permainan.aku tak puas nak jalan pakai sliper dah kena tukar pakai hill ataupun aku tak puas nak guna kasut brand vincci dah kena tukar bata or crocadile..
tapi mmg aku semakin berminat dengan semua tu.sampaikan ada satu ketika aku shopping dengan pulah.aku tengok dan asyik belek kasut crocadile dia cakap macam shopping dengan mak dia.
HAHA..
ambik ko sekali..
dan aku juga tak sabar apa yang akan berlaku akan datang.siapa suami aku.berapa orang anak aku?cucu aku mungkin...
hehe..
No comments:
Post a Comment