Wednesday, December 16, 2009

zaman bertukar zaman

Pic ala-ala pesalah keluar dari mahkamah atas tuduhan mempersendakan nama pikun.



Hye PIKUN kembali lagi.. bagi laluan aku nak emosi cerita pasal kisah dulu.masa cepat berlalu. zaman kelepakan kita sudah tamat. tapi kerana zaman dahulu yang kita tempuh tu lah menjadikan kita manusia zaman sekarang. kan. Zaman dulu tetap dirindui. ):






Zaman hari duit PTPTN keluar. tak payah tunggu sesaat dah pecut pergi penang. duit banyak pa ada hal kan. lepas tu hujung sem makan maggie apa ada hal. alamak deng pasal muka kau jadi cam tu, maybe kau banyak fikir kot. tapi kan mana mean ha, dia selalu miss.

Zaman garu-garu kepala, muncung-muncung mulut bibiaq terjuih.


Zaman Tasha bawak storm dia. semua boleh naik ramai-ramai .

Zaman padeng sayang aku. sekarang dia sayang classmate dia je. balik2 classmate. jelous haku.


Kalau aku ingat time ni macam sedih pun ada. zaman merempat aku bersama pulah, eja dan padeng. kitaorang merempat sebab rumah sewa belum ada elektrik, sampai kan kawan sejati diperlukan untuk memegang lilin bercangkung didepan pintu toilet menunggu rakannya menunaikan hajat. so sweet lah u ni amalina. hahah



Picture2 di atas ialah picture ketika mana zaman manis first time aku makan semeja dan berjalan setanah dengan family pulah. they accept me and treat me like their family. time ni tak boleh lupa sebab aku nervous lah jumpa family dia.


Zaman apabila aku dan mereka rasa besh nya malam-malam ku berbumbungkan langitt..

Zaman bila aku perasan badan aku sangat howt

Zaman aku rasa aku ni muda dan kanak-kanak lagi.

Zaman ni aku tak sedar bahawa cara duduk macam aku tu kurang sopan. sekarang kena la tutup-tutup sikit kedai kopi.

Zaman aku makan nasi tadak hal punya licin.

Zaman kau boleh tonyoh hidung aku bila-bila masa sebab aku seorang yang redha je zaman ni. ;b

Zaman yang kau boleh korek makanan yg tersangkut di celah gigi menggunakan lidah sebab mcd tak sediakan pencungkil gigi.


Zaman ini dipanggil zaman tak kenal maka tak cinta, duduk jauh-jauh sebab tak berapa nak kenal plus muka awak garang sangat dan sangat budget so saya rasa tak ada harapan. ish ko ni. dah dah satgi penuh cbox kau. (:

zaman buat rombongan sendiri bila duit dalam poket dah kering. bye-bye kereta sewa.


Zaman tahap kesabaran tunggu bas yang meninggi dan semua kurus boleh muat seat bustop depan uitm kedah (:


Zaman Pulah handsome gila dimata aku. time ni cinta tengah nak berputik. hee. buat2 tangkap gambar orang lain, padahal korang tak tahu picture siapa yang aku nak sebenarnya.

Zaman pencinta tegar pusat karaoke nyanyian. sorang boleh nyanyi 10 lagu. tiada had.


Apabila zaman semangat ingin kurus menebal dihati kami. Zaman jongging di loji belakang masria. suka sebab tak ada orang nampak kami jongging. sedar-sedar eh pasal ko nampak kurus ni, eh tak ada lah mana ada, semulajadi. sejak bila ntah.


Zaman korang semua sayang aku. celebrate birthday aku yang ke 19 tahun. huhu. thanks you all. tapi lepas tu korang guna peluru telor tembak aku berdas-das sampai kepala aku bengak. tak pe aku dah maafkan dah.


Zaman hari raya semua tukar baju bila dah malam, tapi aku tak, aku lupa bawak baju spear. hee


Bila hari raya semua baju cantik-cantik. Ini zaman emylia jadi syakira.

Zaman berniaga selendang bersama pulah di pasar malam alor star. tak sangka semampu ini

Zaman ada rakan-rakan yang memberi sokongan time aku jual selendang.

Time part 5. zaman class aku dapat lecturer semua nya baik hati.

Zaman bila aku ada satu je selendang ni digunakan satu sem tanpa basuh dan bukak pin dia.

Ini ialah zaman nadya suka buat sign peace dan class bell macam tak memberi erti pada aku sebab aku rasa belajar english macam belajar bahasa perancis.

Zaman ni zaty bespren dengan pulah. hahah.

Zaman lepak dengan yoes. tapi kenapa muka yoes tetiba macam W**** eh tanak sebut, nanti ada yang redha. haha

Zaman pulah kehilangan janggutnya. dan eja semakin suka bermuncung.

Yang ni ialah zaman aku clown. cardigen biru t-shirt peach. lepas tu beg pergi class aku jadikan bag overnite. sebab itu kot ilmu susah nak masuk.


Zaman berbuka puasa di pizza hut.

Zaman yang aku berniat nak tutup kepala tak nak bukak dah tapi gagal juga. salah kan aku weh, jangan salahkan mak aku. (:


Zaman rapat sangat dengan tasha. time ni rambut aku sangat pendek. miss this moment forever.

Zaman aku active turun court main tennis setiap petang bersama rakan-rakan tasha. mana korang sekarang eh. kalau korang terjumpa blog ni aku nak bagitahu, aku ingat je kat korang.


Hanya tinggal beberapa hari sahaja kita semua bakal meninggakan tahun 2009. Dan semestinya tahun yang akan datang ialah tahun 2010 iaitu umur aku 22 tahun dan aku rasa banyak benda sudah ketinggalan di belakang biar pun cuma setahun sahaja saat-saaat manis itu aku lalui. actually bukan saat manis, yang lebih tepat ialah perasaan yang sungguh indah, seronok, bahagia apabila ada dengan kawan-kawan. Tahun 2008 ialah tahun start aku kenal overnite and lepak dengan kawan tak hingat dunia sampai result semua orang merundum teruk time tu. tapi kita enjoy sangat. tak tahu kenapa, walaupun menggunakan kereta sewa abang zaidi gemilang 30 yang condition nya tidak berapa baik itu, kita semua rasa nak senyum gelak ketawa tak henti-henti. tak pernah langsung terlintas kat hati aku ni tentang bahaya nya mengunakan kereta sewa ni sampai ke alor star dan kemudian terus ke penang pula. macam duit yang mak ayah kita bagi tu memang dah khas kan untuk anak-anak dia bergi merayap tak balik2. kadang-kadang sampai dua malam kita overnite, kenapa dengan kita time tu huh? hahah. jawapannya ialah time tu kita baru nak start rasa seronok, berjumpa kawan baru. Dan rasa macam dunia kita yang punya. macam kambing terlepas dari kandang la. Zaman itu sangat aku rindui. sebab bila aku ingat kembali ia sangat berharga kerana disitu tercetusnya cinta pandang pertama. bagi laluan aku nak jiwang kejap. okay dah itu je. And maybe kita nak try something new in our life which we cannot affort to do it when we are at home. betul la kalau duduk rumah memang sporting lah mak bapak korang nak bagi anak-anak dia keluar malam lepas tu pukul 5 or 6 pagi baru balik rumah. padahal bukan peergi mana pun, lepak kat mcd, batu feringgi, lepas tu lepak dekat gurney. itu je pun. kenapa yang rasa seronok gila hah time tu? aish tak dapat nak describe la feeling itu. sebab itu bila aku tengok segelintir kawan-kawan aku time degree ni yang overnite setiap hari tak kira hari apa tu, aku dah agak, mereka mempunyai satu keghairahan yang meluap-luap yang mereka belum pernah lalui sepanjang hidup mereka. aku cuma boleh senyum sebab aku bersyukur zaman itu sudah berlalu buat aku. itu semua dulu. betul. feeling untuk keluar tak mengira waktu itu dah tak wujud dah pada aku. aku macam dah malas sangat nak keluar. dah malas nak ajak-ajak orang keluar. semua nya malas. rasa dah masa untuk spend time with my mum. sebab ayah jarang sangat nak temankan umi pergi mana-mana even kenduri so sekarang ni bila umi ajak teman dia pergikenduri aku rasa berbangga dan puas hati bila dapat temankan dia, at least dia tak adalah pergi sorang-sorang je.

Tapi zaman tu macam sekejap je. dan ia berlalu meninggalkan aku bersama kenangan-kenangan yang setiap detik tu akan buat aku tersenyum sebab aku gembira dan kadang-kadang sedih bila aku rasa diri ni sorang-sorang je kat uitm kedah tu. Dah tak lama dah nak meningkat usia 22 tahun ni. rasa macam dah besar sangat. dah kena membuat perubahan walaupun ia nya sukar. aku nak kan perubahan pada diri aku supaya orang diluar sana tidak memandang buruk pada aku walaupun pada dasarnya mereka bukanlah baik mana pun, aku nak satu semangat yang kuat supaya aku boleh berubah jadi seorang yang boleh bangun menegakkan sesuatu yang salah sebab sebelum ni aku suka mendiamkan diri je. kalau aku jual barang orang ambil dulu barang tapi lepas tu senyap tak bayar pun, aku akan redha. sebab opah aku pesan semuanya ada perkataan "biarlahhh". so benda tu jadikan aku tunduk walaupun sebenarnya aku tak rela ia nya jadi pada diri aku. contonhnya macam hari tu aku beli dadih dekat R&R mana aku tak ingat, lepas aku masuk dalam bas, aku pun semangat bukak dadih jangung tu, sekali bau dia macam susu masam lepas tu fizikal dadih tu macam dah tak elok. aku fikir banyak kali nak tukar ke tak. sebab aku bukan jenis yang kecoh2 ni. lepas tu aku fikir balik, duit aku bayar dadih ni rm1.50 walaupun nilai tak berapa tinggi tapi kalau aku bagitahu dadih ni dah tak elok, aku boleh tukar dengan pau ke, buah potong ke. aku nekad turun dari bas dan bagitahu cashier tu dadih ni tak elok, dan abang cashier tu bagi aku dadih yang lain. aku kerut-kerut dahi je, aku bukak dadih tu depan dia jugak dan aku hidu sebelum aku rasa. wah sama je macam bau tadi. aku pun kata "abang cuba rasa.. saya rasa dadih ni dah tak elok, macam dah lama, kalau makan boleh sakit perut macam mana" abang tu macam rasa kelam kabut lepas dia rasa lepas tu bagi aku duit balik tanpa pandang muka aku yang sebenarnya gelabah ni. aku pun kata aku tak nak duit, aku nak buah. dia pun kata pergilah ambil buah lepas tu dia bagi aku rm1. tak pandang muka aku pun. aku ambil buah lepas tu aku kata kan buah ni rm1.50 kenapa bagi saya duit balik. oh ye ye, tak pandang muka aku lagi. lepas tu aku terus beredar dari kedai abang kurang sopan tu dan naik bas balik.

The moral behind the story is if you never ask others mistake toward you, they'll also might be do not know if there are anything wrong and will keep doing the same mistake which usually could be hurting us. So defenitely express our unsatisfaction or arguing towads other people to stand for our right is really good and now I love people who can tell their unsatisfaction feeling to their friends or relative but its important to use the proper words or may also go through with the nice face and show that you are here really to fix the problem not to make trouble.

Sekarang sekian sahaja identiti dan kisah silam aku time diploma di kedah. aku memang tak baik pun. tapi nak cakap apa. time tu semuanya indah belaka. So lepas ni sila lah menjadi pengkritik setia aku di cbox. yang penting zaman silam telah berlalu. zaman akan datang menanti dengan pelbagai cerita lain. suka dan dukanya belum dapat aku nak pastikan. semoga akan datang lebih baik dari yang lepas lepas.

Saturday, December 12, 2009

kisah pikuunnn

Selamat pengantin baru kakak farhana. kakak kepada fatin syafiqah. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


Yang ni bila nak jadi pengantin? ;b


Lagi dua tahun gat, ingat tuh. heheh


bergambar bersama pengantin
. Ala shomel nya pengantin ni. muka berseri-seri.


Yang ni lagi lah comel. Alololo comey awek aku nih.

hero kampung dusun

bergambar bersama pulah. tahniah berjaya menahan nafas ketika picture anda sedang disnap.

weh kan aku dah buat muka scha Al-yahya. sama kan. comelnya scha bertudung.


Kenapa kau kejam sangat hilang kepala boyfriend kesayangan aku ni. sayangnya kat kau sayang sayang . memang aku saja bagi kau meluat. aku memang poyo. so what?


hye kami warga size XL

Apa pandang-pandang ada masalah jom lah gusti WWF.

Aku dapat kalender. korang ada ke? hehe. thanks para pengantin dan mak ayah fatin.



Lama sangat nak buka blog ni. sebab aku tak bayar broadband so kena block, aku pun tak dapat nak online. perkara paling sedih ialah result exam hari tu terpaksa harapkan orang lain check kan. apa lah aku, aku yang tak bayar bil aku salahkan adik aku 24 hours online, sebab tu rosak. sorry lah kila. harap maklum akak kau ni memang kadang-kadang suka cari kesalahan adik-adik dia.

sebab kan lama sangat tak update blog ni, aku gian gila. macam macam nak cerita. lepas tu tengok-tengok cbox aku tempat ruangan chat telah menjadi panas kalahkan melodi. tapi tak apa lah. banyak lagi nak fikir daripada benda bodoh tu. malu lah. tak jauh lagi pun aku akan jadi seorang ibu. mungkin lagi 5 or 6 tahun. lepas tu kalau anak aku tahu mak dia pernah gaduh kat blog ni malu nya. oh no.

firstly, I would like to thank god becouse give me the best result that I would like to achieve for this semester. its my dream and I really happy that my dream finally comes true. for the first time aku termasuk dalam kategori dean list student. Alhamdulillah. walaupun result tu cukup-cukup makan dekan je, and tak lah seteror kawan-kawan yang lain but it enough to satisfied me. Antara 7 subject yang aku ambil tu, semua A cuma 1 subject je yang C. aku syukur sangat sebab paper tu memang aku kecewa aku tak dapat jawab. bukan tak dapat jawab semua, tapi memang aku lepas kuar dari class tu. kecewa sangat and aku cuma letakkan result aku mungkin cuma dapat mencecah 3 pointer je. sebab yang tu 3 jam credit. yang lain 4 credit hours. lagi lah aku tak menaruh harapan yang tinggi. Alhamdulillah again sebab semua yang 4 credit hours tu dapat A. Ni cuma ulasan tentang result aku. tak ada sedikit pun perasaan bongkak or berlagak. cuma nak share kegembiraan bersaama yang teristimewa and menghargai kita. yang langau-langau sila jangan teruskan membaca. Terima kasih sangat pada semua lecturer BIM3A yang telah mengajar class kami tanpa ada rasa jemu walaupun kadang-kadang ada salah silap kami yang kami tak perasaan. dan juga kepada barisan pejuang-pejuang. heehee. kawan-kawan aku lah. yang banyak tolong bagi kata-kata semangat. suka kata U boleh, U boleh pika.. thank you so much. I love u guys. And terima kasih tak terhingga kepada umi ku tersayang yang tak pernah lupa nak mendoakan aku, selalu sembahyang hajat mohon kejayaan aku, memohon aku menjadi anak yang baik. aku mencuba. Aku sedar semua kejayaan yang Allah bagi ni bukanlah hak aku sepenuhnya malah hak milik orang yang berharap untuk ini. umi aku, kadang-kadang puasa bila tahu aku exam. terharunya. sebab umi lah mungkin rezeki aku tak pernah repeat paper even paper tu pada aku susah tahap melampau, akhirnya aku dapat c. memang aku tak pernah repeat. aku sedih tau. aku betul-betul rasa tuhan bagi kejayaan ni untuk emak-emak kita yang banyak berusaha membesarkan kita, mendidik tanpa rasa jemu dan berdoa siang dan malam. kalau nak harapkan diri sendiri semata-mata, Allah tak pandang amalan aku yang tak seberapa ni, ya Allah, terima kasih kerana memberikan senyuman itu untuk umi aku, terima kasih sebab memberi kebahagiaan itu pada umi aku, terima kasih atas kejayaan ini kerana ia bukan saja mampu menggembirakan aku, malah ramai pihak, nak cari tisu jap.


Ala datin wanna be ni tak habis lagi ke nak buat orang meluat dengan kau. heheh.
pulah kata U ni macam nak berpolitik pulak pakai hijau-hijau ni risoo I. (:




lepas tu nak cakap apa lagi. emm mungkin ada pesanan kepada uyun. makhluk yang aku tak pasti siapa gerangan beliau, yang pasti dia manusia. sama je macam aku. terima kasih kerana kata-kata kau pada aku.Aku admit semuanya. mungkin sekiranya aku pernah buat salah pada kau time sekolah dulu aku minta maaf. yang pasti kalau betul kau kenal aku, kau juga datang dari sekolah sama dengan aku. ataukah kau dari university yang sama dengan aku kerana penggunaan depa depa kau tu macam kau ni bukan dari selangor. adakah kau dari kedahan juga. Dan yang aku paling pasti kau bukan kawan aku. sebab aku tak ada kawan yang pernah kata pergi mamm kat aku. selalunya dorang kata pergi mampos terus. macam kampungan je pergi mam mam ni. ataukah kau dari kg delek. sekampung dari aku, rumah lama aku? atau kah kau sekampung dengan rumah baru aku, kampung raja uda. heeheh. sudah lah. aku tak pernah fikir pun. sebab aku bagi kau kepuasan percuma bila kau dapat luahkan perasaan kau di cbox aku. terima lah kasih aku ni banyak-banyak. Teruskan lah membuat kritikan di ruangan cbox aku kalau kau rasa ada yang belum dilepaskan sementara cbox masih ada. mungkin parents kau telah cukup dan benar-benar betul mengajar dan mendidik kau. Tapi yang pasti tak sehebat umi aku sebab walaupun dia agak gagal mendidik aku untuk jadi mulia macam kau, tapi dia telah mendidik ramai orang untuk menjadi lebih berguna daripada tak berguna langsung.
Okaylah pikun dah mengantun, tidun dulun lah yun. kepadun kawun kawun, jumpun lagun dimasun akun datun. bye bun. (:






Tiba-tiba teringat hanjing jiran-jiran aku. menyalak je. tapi tu kan habit diaorang, tapi bila dah penat stop lah mereka. selamat menyalak. ;b

Tuesday, December 1, 2009

online. game. hang out?


Aku bosan. tapi okay dengan kebosanan aku. aku rasa lega dapat baring2 atas katil aku. aku happy dapat tengok tv puas2 tanpa terkejar2 masa dan aku boleh rileks tanpa fikirkan test mahupun assignment.

Cuma aku tak tahu nak buat apa je. nak online selalu pun nak bukak apa, balik2 dok bukak blog ni, baca2 blog orang. buka facebook. lepas tu apa lagi. aku ni buta IT and tak minat nak explore2 ni, nak download2 ni buka
n aku lah.

lepas tu nak main game. lagi lah bukan diriku. kalau aku nak ada je PS2 adik aku kat rumah. terletak je. aku memang dilahirkan untuk tidak minat benda2 begitu.

Aku nak decorate rumah. tapi umi tak ada. tak ada sapa2 yang boleh tolong aku angkat2 almari, sofa untuk diubah. lepas tu nak ubah2 bilik aku pun budget nya tidak ada. yelah dalam wallet ada lah rm20. rasa macam tak boleh hidup je. so better duduk diam2 kat rumah ye.

Nak keluar dengan kawan2. memang belum mood itu lagi. tapi next week dah plan dengan eyno nak keluar. tak tahu jadi ke tak. aku ni kadang-kadang alasan banyak jugak. sebab aku dah biasa duduk rumah, nak keluar tu memang malas, tambah pulak kena menapak ke stesen ktm tu kan, meman
g lah tak berapa jauh kalau naik motor or kereta, tapi kalau jalan kaki aku rasa dah boleh tukar baju sebab sure bau masam cos bepeluh.

Tunggu je lah hari-hari yang mendatang ni apa akan jadi. tapi aku bersyukur aku dapat berehat dengan tenang di rumah. sebab bila ingat balik waktu genting aku sebulan sebelum final tu, rasa macam tak sanggup nak hadapinya lagi. memang letih, conflict dan tension. sekarang lega. ada masa rehat, berehat lah puas2. kumpulkan tenaga dan lapangkan emosi untuk semester seterusnya. tak lama dah. ada lagi 2 sem je. sabar lah.






Selamat hari jadi Noor shaifullah Naser. sorry lah tak dapat nak celebrate together2 maklumlah saya jauh di selangor. awak di kedah.






I doakan you panjang umur. Dimurahkan rezeki. semoga you sentiasa bahagia dan enjoy dengan apa yang you buat. I harap semuanya yang terbaik untuk you. tak sangka sekejap je dah birthday you. walaupun I tua sebulan dari you, tapi muka you lagi tua dari I, itu pasti. you dah cukup 21 tahun. Dah besar..pemikiran you lagi matang dari boyfriends orang lain. hee. you berleter lagi advance dari umi I. cara you tegur lagi menusuk ke dalam jiwa daripada cerita2 yasmin Ahmad. Maggi yang you masak kat I lagi sedap daripada mee goreng mamak walaupun bulu kamu berdua hampir sama banyak.
I nak you tahu I sentiasa teringat kan you walaupun I tak tulis nama you pada meja or kertas2.
terima kasih untuk celebrate birthday I yang lepas dan Im deeply sorry cannot be there 4 you to buy cake and sing lagu "SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG" untuk you. ((:


Dah-dah jangan nangis. nanti I belikan U shaver yang paling mahal. ataupun You nak cream yang boleh hilangkan terus bulu2 mulus you? (^_^)