Hye PIKUN kembali lagi.. bagi laluan aku nak emosi cerita pasal kisah dulu.masa cepat berlalu. zaman kelepakan kita sudah tamat. tapi kerana zaman dahulu yang kita tempuh tu lah menjadikan kita manusia zaman sekarang. kan. Zaman dulu tetap dirindui. ):

.jpg)



Hanya tinggal beberapa hari sahaja kita semua bakal meninggakan tahun 2009. Dan semestinya tahun yang akan datang ialah tahun 2010 iaitu umur aku 22 tahun dan aku rasa banyak benda sudah ketinggalan di belakang biar pun cuma setahun sahaja saat-saaat manis itu aku lalui. actually bukan saat manis, yang lebih tepat ialah perasaan yang sungguh indah, seronok, bahagia apabila ada dengan kawan-kawan. Tahun 2008 ialah tahun start aku kenal overnite and lepak dengan kawan tak hingat dunia sampai result semua orang merundum teruk time tu. tapi kita enjoy sangat. tak tahu kenapa, walaupun menggunakan kereta sewa abang zaidi gemilang 30 yang condition nya tidak berapa baik itu, kita semua rasa nak senyum gelak ketawa tak henti-henti. tak pernah langsung terlintas kat hati aku ni tentang bahaya nya mengunakan kereta sewa ni sampai ke alor star dan kemudian terus ke penang pula. macam duit yang mak ayah kita bagi tu memang dah khas kan untuk anak-anak dia bergi merayap tak balik2. kadang-kadang sampai dua malam kita overnite, kenapa dengan kita time tu huh? hahah. jawapannya ialah time tu kita baru nak start rasa seronok, berjumpa kawan baru. Dan rasa macam dunia kita yang punya. macam kambing terlepas dari kandang la. Zaman itu sangat aku rindui. sebab bila aku ingat kembali ia sangat berharga kerana disitu tercetusnya cinta pandang pertama. bagi laluan aku nak jiwang kejap. okay dah itu je. And maybe kita nak try something new in our life which we cannot affort to do it when we are at home. betul la kalau duduk rumah memang sporting lah mak bapak korang nak bagi anak-anak dia keluar malam lepas tu pukul 5 or 6 pagi baru balik rumah. padahal bukan peergi mana pun, lepak kat mcd, batu feringgi, lepas tu lepak dekat gurney. itu je pun. kenapa yang rasa seronok gila hah time tu? aish tak dapat nak describe la feeling itu. sebab itu bila aku tengok segelintir kawan-kawan aku time degree ni yang overnite setiap hari tak kira hari apa tu, aku dah agak, mereka mempunyai satu keghairahan yang meluap-luap yang mereka belum pernah lalui sepanjang hidup mereka. aku cuma boleh senyum sebab aku bersyukur zaman itu sudah berlalu buat aku. itu semua dulu. betul. feeling untuk keluar tak mengira waktu itu dah tak wujud dah pada aku. aku macam dah malas sangat nak keluar. dah malas nak ajak-ajak orang keluar. semua nya malas. rasa dah masa untuk spend time with my mum. sebab ayah jarang sangat nak temankan umi pergi mana-mana even kenduri so sekarang ni bila umi ajak teman dia pergikenduri aku rasa berbangga dan puas hati bila dapat temankan dia, at least dia tak adalah pergi sorang-sorang je.
Tapi zaman tu macam sekejap je. dan ia berlalu meninggalkan aku bersama kenangan-kenangan yang setiap detik tu akan buat aku tersenyum sebab aku gembira dan kadang-kadang sedih bila aku rasa diri ni sorang-sorang je kat uitm kedah tu. Dah tak lama dah nak meningkat usia 22 tahun ni. rasa macam dah besar sangat. dah kena membuat perubahan walaupun ia nya sukar. aku nak kan perubahan pada diri aku supaya orang diluar sana tidak memandang buruk pada aku walaupun pada dasarnya mereka bukanlah baik mana pun, aku nak satu semangat yang kuat supaya aku boleh berubah jadi seorang yang boleh bangun menegakkan sesuatu yang salah sebab sebelum ni aku suka mendiamkan diri je. kalau aku jual barang orang ambil dulu barang tapi lepas tu senyap tak bayar pun, aku akan redha. sebab opah aku pesan semuanya ada perkataan "biarlahhh". so benda tu jadikan aku tunduk walaupun sebenarnya aku tak rela ia nya jadi pada diri aku. contonhnya macam hari tu aku beli dadih dekat R&R mana aku tak ingat, lepas aku masuk dalam bas, aku pun semangat bukak dadih jangung tu, sekali bau dia macam susu masam lepas tu fizikal dadih tu macam dah tak elok. aku fikir banyak kali nak tukar ke tak. sebab aku bukan jenis yang kecoh2 ni. lepas tu aku fikir balik, duit aku bayar dadih ni rm1.50 walaupun nilai tak berapa tinggi tapi kalau aku bagitahu dadih ni dah tak elok, aku boleh tukar dengan pau ke, buah potong ke. aku nekad turun dari bas dan bagitahu cashier tu dadih ni tak elok, dan abang cashier tu bagi aku dadih yang lain. aku kerut-kerut dahi je, aku bukak dadih tu depan dia jugak dan aku hidu sebelum aku rasa. wah sama je macam bau tadi. aku pun kata "abang cuba rasa.. saya rasa dadih ni dah tak elok, macam dah lama, kalau makan boleh sakit perut macam mana" abang tu macam rasa kelam kabut lepas dia rasa lepas tu bagi aku duit balik tanpa pandang muka aku yang sebenarnya gelabah ni. aku pun kata aku tak nak duit, aku nak buah. dia pun kata pergilah ambil buah lepas tu dia bagi aku rm1. tak pandang muka aku pun. aku ambil buah lepas tu aku kata kan buah ni rm1.50 kenapa bagi saya duit balik. oh ye ye, tak pandang muka aku lagi. lepas tu aku terus beredar dari kedai abang kurang sopan tu dan naik bas balik.
The moral behind the story is if you never ask others mistake toward you, they'll also might be do not know if there are anything wrong and will keep doing the same mistake which usually could be hurting us. So defenitely express our unsatisfaction or arguing towads other people to stand for our right is really good and now I love people who can tell their unsatisfaction feeling to their friends or relative but its important to use the proper words or may also go through with the nice face and show that you are here really to fix the problem not to make trouble.
Sekarang sekian sahaja identiti dan kisah silam aku time diploma di kedah. aku memang tak baik pun. tapi nak cakap apa. time tu semuanya indah belaka. So lepas ni sila lah menjadi pengkritik setia aku di cbox. yang penting zaman silam telah berlalu. zaman akan datang menanti dengan pelbagai cerita lain. suka dan dukanya belum dapat aku nak pastikan. semoga akan datang lebih baik dari yang lepas lepas.
No comments:
Post a Comment