Monday, January 17, 2011

title? paling pening nak pilih title entry

Salam,

hari ni nak masuk minggu ke dua aku kat sini. sob sob..(nada sayu)

aku bukan nya tak kuat, aku bukannya tak independent, aku bukan nya anak manja yang menangis-nangis bila jauh. seriously, sampai sekarang ni aku belum tahap menangis lagi.

aku happy dan bersyukur dapat peluang buat internship oversea. betul, bukan semua orang dapat peluang ni, free je. semua uitm bagi, tiket kapal terbang pergi balik, allowance sara diri. complete. lebih dari cukup dah.

the thing now is, tempat yang aku rasa paling selamat ialah bila aku melangkah masuk bilik ni.

sebab? aku tak tahu sepatutnya aku patut cerita ke tak. it just about culture differences. aku tak salahkan siapa-siapa, aku ulang, aku bukan nak salahkan siapa-siapa, ini luahan hati aku je. some people maybe can easily adapt their new environment and how to be social with people around. aku pun boleh sebenarnya.

cuma,

aku rasa nak membuak-buak menjerit bila semalam aku mandi, tiba-tiba ada orang padamkan lampu toilet. tahu tak aku punya takut macam mana? okay, faham kau cuma nak bergurau. takpelah, aku maafkan.

okay la, biar aku bagitahu tempat aku duduk ni. ni kira mcm student residence. semua student from all over country but they do study in Paris are staying here.. and tempat ni paling murah untuk duit pocket student, yes, same goes to me, nak jimat-jimat, tak nak lah demand duduk tempat mahal.


aku boleh tahan kalau hari-hari pergi kerja naik train tukar sampai 3 kali. mean interchange train untuk smpai office

aku boleh tahan kalau train penuh sampai tangan aku nak tersepit, takpe takpe.

aku boleh tahan kalau aku kena jalan kaki untuk pergi train station. walaupun jauh, sakit kaki. takpe takpe,

aku boleh tahan kalau aku makan roti je 1 minggu sebab aku tak masak, kitchen kat rumah aku kotor ya rabbi. takpe, aku boleh tahan semua tu.

aku boleh tahan bau tahi anjing yang merata2, even dalam train pun,takpe, tahan nafas tak ada masalah, bernafas melalui mulut. tak pe takpe.

aku boleh tahan lagi bila orang pandang-pandang aku, takpe itu perkara biasa, sebab aku tahu aku lain daripada yang lain kat sini. ehem ehem tersedak kejap,


aku boleh tahan kalau bila hujan, aku tak ada payung, redah je sampai office baju basah, takpe, dalam office ada heater, cepat kering.

aku boleh tahan kalau aku mmg budget buang air besar kat office je, mmg tak nak buang kat tempat aku tinggal ni, sebab geli...tak pe. semua tu aku mampu tahan.


aku cuma tak tahan,


bila every weekends ada party, and party tu buat kat tgh2 hall which is betul2 sebelah bilik aku. takpe aku faham culture dorang,

cuma aku takut, dengar orang mabuk-mabuk, bunyi botol pecah2 pukul 3 pagi, aku rasa tak secure. aku tutup je muka dengan selimut. dalam hati cuma mampu berdoa, ya Allah selamatkan aku.


aku tahu semua tu, aku pernah je tgk orang mabuk, the thing now is, ni bukan tempat aku. terpulanglah ada orang kata aku tak bergaul ke, aku tak campur orang ke, aku tak berani ke. otak tak berkembang ke, WHATEVER! hello. aku ada limit, setakat tegur-tegur, borak-borak sambil tgk tv tu aku masih boleh lagi.





takpe, memang ni semua dugaan. paling mencabar bila kitaorang maybe akan separate bilik, sebab bilik yang kitaorang duduk ni nak renovate pulak tiba2. sebelum aku datang kau tak nak renovate.

and paling best is, one of us maybe akan stay with a guy.
and bila aku terkejut..
"you mean a guy? one of us will share room with guy?"
"ya ya.. a guy, why? is there any problem?"
dalam hati dah mencarut. memang! memang best. memang tak ada masalah langsung, its like no point lah aku pakai tudung, sembahyang, lepas tu duduk satu bilik dengan lelaki. kalau mak aku tahu mesti macam "kau balik sekarang!" hahah


aku boleh tahan kalau duduk satu rumah dengan lelaki. aku tahu, bukan senang nak survive kat tempat orang, and cari tempat yang murah mcm ni. yang penting jaga diri.

tapi kalau sampai nak share room tu aku rasa emmmm, jap jap nak angkat kening sebelah,
sambil pandang ke kiri, mulut senget ke kiri juga. emmmmmmm....

tak pelah, baik aku blah.

yes, the last resort is chow lah. aku dah bayar sewa bulan january, cuma deposit je belum, ada family malaysia ni memang ajak duduk rumah dia je, tapi I hate the fact that I've to menumpang rumah orang, yang ada family, selama 3 bulan. susah la. kesian lah dorang mesti ada life sendiri kan.

tapi itu jelah pilihan yang ada buat masa sekarang. worst come to worst memang tumpang rumah orang. but aku bayar lah. takkan kau nak makan tanggung berak cangkung je.

aku faham, life is about choice. apa2 pun diri sendiri fikir. bosan lah, jadi baby lagi senang, tak ada masalah.

betul lah apa Ilya kata, dia nampak aku tak enjoy, aku kat sini memang tak ada life. bila kat luar aku lain, bila sampai je dalam bilik aku jadi orang lain. kat luar aku pendiam, muka masam, masuk bilik je happy, gelak2, menyanyi. and aku rasa bilik ni zone selamat aku.

makna nya bila aku dah jejak je kaki dalam bilik. ohhhhhhhh bestnya, malas sgt nak keluar. sebab kalau nak pergi toilet or kitchen, aku kena lalu tv hall, kat situ ramai orang tgk tv. aku malas tak ada mood lah nak bersosial ni. sebab stranger kan.

bila solat, aku tak pernah lupa, Allah selamatkan aku, kat mana juga aku berada.

bila duduk sorang-sorang dalam train, pandang luar, selalu aku fikir, bestnya duduk Malaysia, tak ada orang nak pelik pun kalau kau pakai tudung. betul. kadang-kadang aku rasa orang pandang aku keji je, mcm pengganas je, kau nampak muka aku ada macam terrorist ke? pernah semalam, aku duduk sebelah perempuan ni, elok je aku duduk sebelah perempuan ni, dia pun pandang aku, lepas tu terus ubah tempat lain, lepas tu pandang aku kerek gila, alahai, kecoh la. memang lah aku tak mandi, tapi aku rasa aku tak berbau, sebab aku tak berpeluh pun. cuaca sejuk kan. heheh. bukan bukan, aku rasa dia rasa tercabar duduk sebelah wanita ayu, so tak nak orang compare, dia pun blah. lantak kau!


and my life is about, balik kerja, on laptop, terus skype aku on automatically, tadaaaaa
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
new boyfriend
'
'
'
'
'
'
'
from Manchester KONON!
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


Aku sejuk, kau pun nak sejuk, tiba-tiba pakai snowcap dengan jacket kan.


yes, You really made my day, walaupun waktu malaysia dah 2.45a.m, aku balik kerja je, kau menyanyi untuk aku. terima kasih banyak-banyak.


yes. lagu cinta TIGA segi. kena setepek kat muka aku. dah la tukar lagu lain. hari-hari lagu sama je, memang saja kan!


mana nak dapat boyfriend kau skype pakai baju melayu, and cakap-cakap, lepas tu tersengguk-sengguk. dah lah pakcik. pergi tidur, KL dah nak subuh, sini baru pukul 10 malam.

okay, doakan aku dapat go through all the obstacles coming into my life. life is hard without your family. itu lah hakikatnya.

3 comments:

Azfa said...

take care dear.. I think you better pindah cepat..

n a d i * said...

pka sedih :(
kuat tau pka
kalau org xde kat tmpat kau,dieorg xkn rasa
sumpah sedihhhh :(

amalina padang said...

be strong girl..
jaga diri elok2..