Monday, August 3, 2009

doctor cinta pembawa masalah kepada diri sendiri



hai kembali ke rancangan peercintaan sesi kedua dalam kamus hidup aku. orang sekeliling aku bercakap dan menegakkan benda yang sama dari dulu lagi time diploma dulu sampai lah ke zaman degree ni. dan aku rasa aku lah the only one yang kata semua itu cuma khabar angin.semua tu fitnah je. aku rasa mesti orang yang bagitahu aku tentang cerita tu bengang je sebab maybe dorang dah ada fakta yang membuktikan benda tu betul tapi aku, dengan kedegilan aku selalu kata "takkanlah weh.tak kan la. aku tak percaya. aku kenal dia. aku rasa ramai orang jelous dengan dia lah whatsoever" dan blah blah. dan cerita yang sama timbul dalam rumah ni dikalangan housemate aku. mereka menyatakan bukti2 yang kukuh dan pada masa mereka menceritakan benda tu pada aku, aku sudah tahu kebenarannya. aku kini tahu. dan kini pasti semua yang aku sangkal itu adalah benar, dan aku cuma berdiam diri bila mereka menceritakan cerita yang mendasyatkan itu mengenai cinta 3 segi. hurmm cinta 3 segi lagi. kali ini bukan antara pasangan yang single. tetapi lebih kepada seseorang yang telah berumah tangga menjalinkan hubungan dengan orang ketiga. aku baru je dapat tahu dengan secara tak sengaja. biarlah aku sorokkan benda ni dari sesiapa pun sebab aku pernah dengar sabda nabi "KALAU KITA SIMPAN KEAIBAN ORANG LAIN, NESCAYA ALLAH TAALA AKAN SOROKKAN KEAIBAN KITA DI HARI KHIAMAT NANTI" itu je yang aku rasa menguatkan semangat aku untuk simpan benda ni.

Benda ni sangat mendalam dan memalukan orang itu sendiri sebab dia sendiri bersalah sebenarnya dan maybe tak tahu bahawa orang disekeliling dia dah tahu tentang ini dan semua orang memandang dia negative begitu juga aku. aku kesal, sedih dan macam2 lagi perasaan aku sebab aku rasa sebagai seorang yang terpelajar (ada kerja dan qualification) kenapa benda ni harus jadi. dan aku selalu dengar jadi kepada lelaki dan ni first time aku tahu perempuan yang melakukannya. aku insaf kejap. dah lama aku tahu tapi bila benda ni dibangkitkan balik dalam rumah ni aku jadi tak tentu arah sebab biasalah kita mesti nak share jugak cerita hot kita tapi kita tak boleh atas sebab2 tertentu.

aku rasa aku dikelilingi orang yang bergosip sekarang dan aku kena avoid dan kurangkan aktiviti ni sebab aku tahu mereka tidak sama dengan rakan gosip aku yang lama iaitu eja. eja tahu benda yang boleh diceritakan dan disembunyikan tentang keburukan orang. tapi yang sekarang aku rasa takut. yelah mana tahu aku tak buat salah tapi gosip kaw2 macam aku ni teruk gila ke kan.

yelah, aku baru je nak berkawan dengan orang dah gosip macam2 aku takut tetiba sampai kat orang lain padahal benda biasa je. korang yang membaca ni faham kan maksud aku? dan korang mesti sangat tahu situasi ni. dulu kita penah kena kan kawan2. aku dah faham sekarang. aku menilai orang dan aku tak salahkan mereka yang ingin menilai aku. aku cuba jadi seseorang yang menyenangkan semua orang dan memperbaiki diri dan aku harap aku tak terjebak dengan cinta 3 segi sekarang ini mahupun akan datang lepas kahwin sebab aku tahu orang yang dah kahwin tak terlepas dari dosa berzina ataupun main kayu 3 ni. nasihat ni aku nak tujukan pada perempuan. sebab perempuan ni nilai harga diri tinggi dari segi itu. orang memandang kita, perempuan ini dari segi itu. kalau dah kahwin pun nak berfoya2 apakah itu. YARR.. ITU NAFSU PEOPLE, perasaan bermain kayu tiga ni lain kan kan. benda yang haram dan tak elok itu yang sedap dan seronok. aku harap aku terlepas dari semua tu. aku sekarang memang cuba jauhkan diri dari semua tu, aku tak mahu jadi bualan orang tentang perangai aku yang tak elok ke sedang kan aku ketika itu sudah ada segala2 nya sempurna kan.

Cinta itu indah bila kita bahagia dan menghargainya, cinta itu suci kalau kita tidak mengkhianatinya bukan saja kepada sesama manusia tetapi kepada yang di atas jua. cinta itu berharga kalau kita tahu menilainya. cinta itu sempurna kalau kita menyemainya dan segala penghargaan, penilaian dan penyemaian ke atas cinta tersebut berserah kepada diri kita sendiri. dan kepada seseorang..janganlah cuba bermain dengan hubungan suci yang telah orang lain cipta. ciptalah sebuah hubungan lain kerana kamu tidak mempunyai ikatan dan fahamilah dan dalamilah perasaan sesama kaum kamu bahawa perempuan bukanlah dijadikan untuk dikongsi.


Mungkin Allah tunjukkan aku dengan semua ini sendiri dan aku percaya dengan aku lihat sendiri tanpa hasutan sapa2 aku puas. aku puas sebab selama ni aku jelah yang menegakkan benda ni dan aku selalu fikir semua ni stupid dan kenapa orang suka sangat dengan gosip ni dan now aku dah tahu. aku nak jadikan benda ni pengajaran pada diri aku sendiri. itu sahaja tak lebih.
sekian..(:

No comments: