Saturday, May 28, 2011

lagi-lagi insurance..aishhh..;


Hye people,

Alhamdulillah aku masih bernyawa lagi hari ni dan dengan itu telah 2 minggu genap aku menjalani hidup aku yang kelam kabut tak tentu arah sebagai agent insurance. dengar je ''agent insurance'' mesti ramai yang trauma and annoying kan. yelah, orang-orang ni la yang suka mengacau, asyik call orang tak kenal, tapi itu la kerja kitaorang. mencuba nasib, kalau ada rezeki boleh make an appointment and closed.


So far kerja okay, cuma bila baru-baru ni, semangat tu kadang2 up and down, depends, kalau kena maki, terus down gila babi. tapi bila tiba-tiba dapat call dari stranger yang kata nak beli insurance,semangat terus,haha.


perbezaan jawapan kalau aku approach orang tua and muda.

orang berumur yang ada family akan jawab

''dah-dah.. kami sekeluarga dah ada insurance''


kalau orang muda pulak

''tak pelah, nanti-nanti dulu, rasanya yang ni tak penting lagi, nak tunggu stabil dulu''



okay guys, mari kita bincangkan mengenai jawapan mereka.

bagi yang sudah berkeluarga, memang ramai yang dah ada insurance. tapi adakah insurance mereka provide dengan medical card? medical card ni penting untuk guarantee kalau nak warded. dan coverage untuk guna medical card ni sehingga rm1.5 million. ringgit malaysia okay. kalau euro memang rasa sikit je duit tu. hehe. sesiapa yang ada, do double check.


kepada generasi muda, yang tidak ada commitment ni, jawapan mereka nak tunggu stabil dulu. okay, sebenarnya, card yang aku offer ni campur dengan saving, selain daripada dia protect kita, dia juga sebagai simpanan yang mana duit tu kita boleh keluarkan bila-bila.



As my opinion is, kenapa aku ambik insurance waktu umur aku 23 tahun. muda. tak ada sakit lagi. tak pernah masuk hospital. in fact, income pun tak ada lagi ni.. kenapa?



kalau la, kita ni sakit yang berlarutan, tapi umur kita panjang. kos rawatan sapa nak tanggung. takkan aku nak biarkan mak ayah aku pergi masuk surat khabar, merayu bantuan kos rawatan anak saya. rm100 k. contohnya.



Aku bercakap dari pengalaman. betapa susahnya ayah aku tak ada i
nsurance. nampak luaran memang aku senyum. tapi jiwa aku ni merana gila. memberontak cakap

''KENAPA AYAH TAK AMBIK INSURANCE DULU''


padahal dulu mampu sangat kalau nak bayar insurance untuk 1 family.


minta maaf la kalau sejak kebelakangan ni entry aku asyik cakap pasal insurance je. aku tak kisah sesiapa yang sudah ada insurance. yang akan ambik insurance, bukan dari aku pun takpe. yang penting hidup ni, biarlah kita bersedia dari segala kemungkinan.

Yang terakhirnya, aku semalam ambik exam takaful.lagi 2 minggu result keluar lepas tu dapatlah kod agent takaful ni.


okay korang. aku sayang semua, aku tak nak orang lain rasa kesusahan aku dulu. so fikirlah di mana kita nak mula dan mcm mana kita nak akhiri kehidupan kita. bagi aku..


''dunia ni bukan matlamat aku. tapi kehidupan itu sendiri.''


Love, pika

Wednesday, May 25, 2011

tong sampah dan penolaknya.

Hye people..


macam biasa hari ni khamis, aku mesti la ada kt hospital dan semestinya time kat hospital ni la masa terluang aku update blog.

tak ada benda yang nak di update sangat.

Semalam aku sampai rumah 2 pagi. solat terus tidur, aku tak sempat buka mata aku dah dengar umi marah


''semalam balik pukul berapa? berhenti jelah kerja tu. kerja apa tu, bangla pun kerja sampai petang je..blah blah blahhhhh''


and, aku ambik positive je. mak mana tak risau, kadang2 aku dah sampai rumah 2 pagi kan, aku letih gila, aku tertidur dalam kereta, sedar2 pukul 3. so memang la mak aku ingatkan aku balik pukul 3.

sebenarnya, aku pun risau jugak dengan diri sendiri. sape tak susah hati and cuak kalau 2 pagi kt jalan raya, berhenti traffic light, motor sebelah ushar2 kau. aku dalam kereta ni dah pegang je tongkat ayah aku. kau rompak aku, aku sedia je nak pukul kau. ceh berlagak. cerita mcm berani gila.


Tapi hakikatnya kan, aku lagi takut hantu dari manusia. haha.bayangkan semalam aku on the way balik jumpa client, lalu batu tiga jalan lama tu. ada van sebelah aku berhenti kat traffic light, driver dia perempuan pakai tudung putih, mekap tebal meletop. aku memang dah ketaq je. teringat hantu kak limah. tapi pretend cool la. pasang radi0 kuat2..sambil nyanyi sorang2. haha


itu la rutin harian aku.


tapi sebenarnya tujuan aku menulis hari ni ialah berkenaan isu ''RESPECT''


selama kau hidup, pernah tak korang cakap..


''buta ke?''

bila orang langgar korang?





cerita nya macam ni, aku hantar ayah untuk buat operation mata, ayah kan dah tak nampak sangat, sebab kan parking tak ada, so aku drop ayah dekat pintu utama, supaya aku boleh cari parking lepas tu.


dah sah2 ayah aku kurang nampak, cermin kereta aku pulak gelap korang tahu la macam mana kan..

sedang ayah nak bukak pintu kereta,

''KEDEGANGGGGGGGGGGGG''


Ayah bukak pintu, pintu terkena tong sampah yang sedang ditolak oleh seorang yang tidak aku pasti identitinya sebab si dia pakai mask.

ayah aku kan berbudi bahasa..

''sorry sorry...'' kesian aku tgk orang tua tu, terhegeh2 keluar dari kereta, penglihatan kurang jelas, terlanggar tong sampah yang sedang ditolak oleh si DIA yang tak dikenali.


''hey.. buta ke''


aku terus menyirap la. aikk sedap kau cakap ayah aku buta. aku turun kereta


''A'ahhh, memang pakcik ni buta, nak pergi buat operation mata kat atas ni..!''
aku memang marah tak da dahhh.. geram nak mati time tu


Masalahnya kan, ayah aku langgar tong sampah. lepas tu bukan ada sampah bersepah ke apa ke. bukan ayah aku langgar kau pun. bukan nya kau cedera ke kan.

lain la kalau..


aku yang langgar kau naik kereta, lepas tu lari. LANGGAR LARI.


yang tu memang best la. lepas tu baru la kau boleh cakap..

''bu..bu.. ta... k...e...keee... asyhaduallah...'' mengucap terus kau.


Ingat ye kalian, jangan sedap2 nak panggil orang tu buta. ayah aku tak buta. dia tak perasan je.


sebab..



Tong sampah tu lagi besar dari kau. nasib kau pakai mask. kalau tak, memang aku dah report dah kat management. aku sekarang hobi report2 je. sebab aku pantang orang tak respect orang ni.


dan.. bila termenung sorang2 kan. tetiba rasa..


eh aku ke yang marah tadi. macam tak caya je aku tengking orang. bagus2 big achievement. haha


lots of love.

Pika.

I love my job.

Hye people,

memang sejak seminggu lepas, aku ni makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.

Pergi kerja pukul 6.30 pagi. pukul 12 malam baru balik rumah. paling lewat 2 pagi. semua nya kes jumpa client.


Tapi bila dah pukul 12 malam tu, hp aku berbunyi tak henti2 tu, aku dah agak sapa yang msg.

Umi aku la. kalau korang nak tahu, memang habis je jumpa client biasanya aku akan pecut 120-140 bawak kereta dalam keadaan separa sedar a.k.a mengantuk


Begitu la rutin harian aku sejak minggu lepas.


Alhamdulillah hujung minggu lepas aku sempat pergi UiTM Kedah, pergi pun kejap sangat. aku fikir, bila lagi nak pergi, aku dah nak start kerja. baru kerja seminggu dah busy, inikan pula dah lama kerja. so aku decide aku melawat dan jumpa jugak warga-warga UiTM kedah.


aku selamat sampai klang 6 pagi hari isnin, rushing balik rumah, tukar baju, terus pergi kerja. Hari isnin biasanya company Al-Isra' ada meeting,


So far aku just nak share, aku happy dan enjoy dengan apa yang aku buat, memang PENAT sangat. tapi ini yang aku pilih, aku memang akan teruskan benda ni.

Tapi semalam ada kejadian yang syahdu. first time aku buat core call. call stranger, aku dapat number dari business card yang dia tinggalkan kat Hailam kopitiam, so aku copy number tu dan call.


''Saya tak berminat LANGSUNG''

itu jawapan encik itu. takpe. aku tahan lagi. entah kenapa aku menangis tersedu-sedu time tu. aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam tu. kenapa aku mesti menangis? apa yang sedih gila nya? macam la tak biasa kena marah kan.


Actually aku realize aku memang letih tak bermaya. aku paksa diri tidur 4 jam je. aku ke sana ke mari angkut bag plastik aku yang ada isi flyers and form. kot-kot ada rezeki boleh ada client.

macam tu la aku. tapi pada aku, mana ada benda terus senang dalam dunia ni, aku ni baru merangkak-rangkak dalam dunia kehidupan, maksud aku, real life. fikir pasal duit dan duit macam mana nak tampung family akan datang. semua tu aku dah fikir. dan aku pasti kawan2 aku kt luar pun fikir benda sama.


Alhamdulillah aku dah dapat beberapa client dan semalam aku rasa terharu, sebab aku dapat closed dengan stranger. aku add dia kt Facebook, cakap sikit pasal insurance. dia kata datang la rumah, terus close. memang macam-macam pertanyaan mereka diluar fikiran aku. aku sebenarnya tak sure sangat sebab aku belum habis masuk class, aku dah approach orang sana sini. So terima la padahnya kalau tak tahu nak jawab soalan client.


tapi sebelum akak tu closed dengan aku. dia kata

''sorry ye dik, akak nak tegur, adik nampak tak sure, gelabah sikit la, macam tu susah tau nak convince orang tau..''


aku dah agak aku kena macam tu sebab bila ditanya, aku sikit2 jawab

''Emm boleh je kak.'' atau ''boleh kot''


eh main kot-kot pulak kan. aku sedar memang aku silap, aku kurang knowledge sebab tu aku nampak slow. insyaallah 2 bulan lagi aku dah tahu semua tak ada la silap lagi..


Tapi detik-detik ni aku akan ingat, sampai bila-bila. macam mana susah nya nak approach orang. hhm


tapi aku berterima kasih pada semua yang sudi menegur aku. sesiapa yang sudi memperbetulakan aku. aku manusia biasa. penjual insurance yang baru berjinak2. cakap pun tak confident sangat. yelah, kau cakap something yang kau kurang pasti.


tapi yang pasti nya, aku memang akan full time buat ni. dan aku insyaallah akan pastikan kebajikan pencarum premium aku. sebab ayah dah pesan,

''insurance ni amanah orang pada kita'' yes aku pegang benda tu. Insyaallah aku dah janji dengan diri aku, tak nak menipu orang.


tapi paling tak percaya bila akak tu kata
''actually ramai orang offer insurance pada akak tapi tak tahu kenapa akak pilih adik..''

aku senyum kambing je, teringat mcm mna berdebar nak buzz akak alia dalam fb. tapi alhamdulillah rezeki Allah. semua itu kuasa Allah. Allah yang memberi rezeki, aku cuma boleh berusaha je.


Aku percaya pada rezeki, rezeki ada di mana-mana tapi rezeki tak datang bergolek. aku tak regret bila client tak close or marah sebab service aku. yes aku beginner dalam insustry ni. aku selalu teringat trainer aku cakap kan

''PAIN IS ALWAYS TERMPORARY. ''


Tunjuk ajae semua aku harapkan. By end of this year aku harap dah nampak hasil kerja aku. Amin.

Thursday, May 19, 2011

Monday, May 16, 2011

next journey begin





Okay afiqah, terima kenyataan kau sekarang ada kt Malaysia. dah balik negara sendiri. dah habis study. dah hantar thesis. dah boleh mula kan step and berfikir mcm mana nak cari duit sendiri.


Memang...





Aku dah start kerja. dan bangun tidur pagi tadi, dan sejak dari malam pun, aku dah fikir, inikah jalan aku? betul ke apa yang aku decide ni.

Ini ke masa depan aku? aku percaya dengan diri aku. tapi aku percaya orang sekeliling tak percaya dengan aku.

dan sebab tu aku rasa gusar sedikit.

Dan dengan sebab itu aku rasakan aku harus buktikan sesuatu. sesuatu hasil.


Aku faham mak mana tak risau kalau anak dia yang dia dah penat2 hantar jauh2. tiba2 habis belajar nak kerja freelancer jual Insurance.


Aku rasa lebih sesuai aku panggil ini business aku, macam kak haniz cakap, ini adalah business kita. macam bos kat office aku cakap, kita yang generate income, kalau kita tak kerja, tak ada income, kalau tak cari client, tak ada income. aku nak start business jual beautiful premium, modal nya aku tak ada. jadi, ini jalan terbaik aku. Maybe,



Itu buat aku puas. dan hasil nya?

Beri aku masa setahun untuk aku buktikan aku boleh dalam bidang ni. resultnya, kita sama2 tunggu apa akan jadi dengan aku satu tahun akan datang. Kalau aku gagal, aku gagal setelah mencuba, bukan aku ni degil tak mahu dengar cakap mak aku,


Cuma, bila dah besar ni, kau tahu apa yang kau nak. kau tahu apa yang kau cuba buat dan ingin capai. walau sejauh mana kau terangkan pada mereka, mereka tetap tak faham. kecuali ayah. ayah tak pernah bersuara pun bila aku cakap aku nak start full time buat kerja ni. sebab ayah pun buat business sendiri, ayah pernah rasa jatuh bangun dalam dunia business. dan kepahitan itu terpaksa ditelan, dan kemanisan itu kadang2 boleh dipamirkan dan orang sekeliling boleh menilai dan sama2 rasa kemanisan itu.


Or tujuan aku lebih kepada awareness how important the medical card in your life. hmm


Terima kasih atas tunjuk ajar, sokongan dan rejection anda. itu semangat aku.

Wednesday, May 4, 2011

pika and her life 2 weeks after came back from paris

Hello and Hye people,

lama tak update since balik hari tu. banyak benda nak cerita, tapi sebenarnya sampai2 Malaysia je aku dah busy siapkan thesis aku. sampai aku sanggup turun ke banting jumpa kawan aku sebab aku tak ada software SPSS and dah lupa nak guna, so aku pun pergi rumah dia, kesian jugak dia kena tolong aku. 2 malam aku tidur pukul 4 pagi, bangun kul 7 sebab research paper ni.

I didn't expect that I'll do my VIVA that soon. tiba2 je aliaa and mun bagitahu semua students under same miss **** kena present research isnin. okay terima kasih ye. aku dapat tahu hari jumaat. maksudnya ada 2 hari je sebelum aku present kt depan yang mana itu adalah final.


aku dengan cergasnya ke Banting jumpa eja. memang dari diploma aku suka menyusahkan dia kalau bab2 ni. tapi tak apa, seperti yang di janjikan, aku dah letak nama kau dalam ACKNOWLEDGMENT research paper aku. kalau ada rezeki research aku dipublishkan di library, nanti 20 tahun akan datang kalau anak kau cari journal kat library uitm tu, tiba2 terbaca ada nama mak dia, boleh la dia tunjuk kan kawan2.

''wehh,,, ni mak aku ni. Farlyza.''

Lebih kurang macam tu la.


tapi yang sebenar-benarnya, aku sangat appreciate jasa dia teman kan aku sampai aku habis present, di dalam hujan lebat dia berlari-lari masuk dalam kereta, aku faham kau bengang, tapi tak pe, aku dah siapkan semua, report pun dah hantar. jangan susah hati. haha



life aku since balik apa je?


macam biasa, 3 times a week aku pergi hospital bawak ayah cuci darah. tunggu kt hospital ni. buat la apa yang patut. tapi kebiasaannya yang patut tu, tidur je.


Selain daripada tu, rutin harian aku, ambik adik balik sekolah, pergi jumpa kawan2, jumpa boyfriend. ceh, perlu ke nak tulis?


okay tu je, till the next post. btw, lepas ambik exam next week, aku dah officially penjual insurance. sesiapa yang nak tahu pasal insurance boleh la tinggal kan msg, saya sudi di mana jua anda berada. hehe


Love, Pika

Tuesday, April 19, 2011

Dusseldorf city, Germany

Salam and Hello people,

First of all I wish I can make long entry today. tapi nampak nya tak mungkin sebab aku terlalu letih. kaki sangat sakit.

Just so you know, I'm leaving tomorrow. and still don't believe that I'm going back to malaysia and be normal afiqah without jacket and no such thingy metro, office and etc.

aku baru balik, hosting my friends from Bosnia yang sedang membuat euro trip. seronoknya tengok dorang jalan merata-rata. tapi aku rasa apa yang aku dapat sekarang ni dah lebih dari cukup. Alhamdulillah.

dan untuk kali terakhirnya aku hupdate blog kat paris. dengan internet yang sangat laju, dan lusa, semua akan berubah seperti biasa.

kalau korang tertanya-tanya kenapa aku penat? aku baru sampai dari german 6 pagi hari isnin, tidur dalam bus dari pukul 11 malam gerak dari Dusseldorf. al-maklumlah tidur dalam bus memang langsung tak selesa, tambahan pula menahan kencing sampi paris terus terbocor.
sebab aku tak suka toilet dalam bus. okay stop mengarut. focus-focus, aku dah mengantuk gila.

se-sampainya di paris jam 6 pagi terus balik rumah jam 8 pagi. lepas tu rehat2 kt rumah kul 4 keluar rumah, pergi hotel yang amalina dan nadia duduk, dorang tak sampai lagi so aku tunggu je.


nak di pendekkan cerita, aku stay dengan dorang 2 hari 1 malam. dan sangat letih hari ni. tak tahu kenapa. Alhamdulillah sebelum aku balik Malaysia aku pergi tempat yang best sgt dan aku tak menyesal pergi.

kat dusseldorf aku menumpang rumah simon, aku rasa macam macam cerita tapi biar aku ringkas kan sempena kepenatan aku yang melampau ni.

Simon dan jason. my bodyguard.



okay tak kelakar. rasa terharu la kau kena buat cam ni kat breakfast aku kan. and he did research about halal, apa aku boleh makan, apa yang tak boleh. dan nama baru aku''Afiqua''

pizza and kebab ordered from turki restaurant which is halal.

As I said I'll make it this entry short, I jumped into dinner 2nd day at his house and the family like super nice. I love them

Simon'm mum, sister, dad and uncle

lepak-lepak minum-minum. ehehe

simon's mum showing me photos of simon when he was little.

Simon's family


the story about Dusseldorf city may begin here. I had wonderful day with his family




let's walking slow motion.



park make my skin dark. dah la nak balik malaysia ter-hitam pulak



1168 tingkat okay. terjun sure putus kepala ni



Jason, don't be so serous jasoin.. hehe

Yes. fat me again.



Beach

matching pulak tikar tu dengan baju aku ;


this is the best picture taken by me and it was like super candid. Negara ku, tanah tumpahnya darahku.. la la la



okay last sekali, siapalah afiqah tanpa hidangan dan makanan.




Okay, biarlah aku terangkan di sini, dan menjadi jujur untuk seketika. aku habis kan entry ni di Malaysia. di Hospital sementara tunggu ayah. sebab last day before aku balik memang letih sangat dan beberapa hari lepas selepas turun je dari flight tu, aku dah rushing siapkan thesis aku yang mana presentation nya ialah 25th April which is yesterday. aku dah habis presentation pun weh. nak berlagak ni. haha. berdebar jugak nak present sebab itu ada lah final dan 40% mark is based on my presentation. tapi aku rasa aku okay kot. but actualy I didn't expect I'll present for that soon cos aku baru je sampai.


okay, sekarang aku dah ada kt Malaysia, so such thingy of upload picture in this place this place. tak ada picture aku dengan makanan2 lagi. sebab sampai2 je asal jumpa orang je mesti ayat ni keluar


''ehhh kenapa hitam? ingatkan balik paris putih..''


ataupun..



''bulat nya pipi, ingatkan pergi paris balik kurus...''



haha, macam mana nak kurus, hari-hari aku makan sedap dan suka berjemur sebab terasa nikmatnya panas selepas winter.


back to my story to Dusseldorf. what I want to stress here is about culture. Its not all actually about the beautiful places to be but the nice people I meet.


And its actually all about

RESPECT & ACCEPTANCE. PEOPLE WOULD RESPECT YOU AS HOW YOU PUT ON IT SO TO OTHER PEOPLE. ACCEPT PEOPLE WHOEVER THERE ARE LIKE my puan Azfa said DIFFERENT PEOPLE HAVE DIFFERENT CHARACTERISTIC. DIFFERENT PEOPLE HAVE DIFFERENT PERSONAL, BEHAVIOUR, VALUE. PEOPLES HAS NO BOUNDARIES OF THAT.

So, do respect people!



Till the next post,

Hugs and love pika


Tuesday, April 12, 2011

brussel blooming


Salam and Hye people,

As I promise to update certain things I had during my last last weekend, hence, I tell u some sort of the story when I was in Brussel. okay ketepikan Amsterdam dulu. sebab Brussel telah mencuri hati aku. yeahh, I in love with brussel, small city yang tenang, apart of that, people in Brussel speak french and english as well, so it sound good for me who had trouble in term of communication when i'm in Paris. takpe-takpe, later akan ambik class french balik Malaysia.


okay, serious benci sebab kena taip balik apa aku tulis tadi panjang-panjang dah siap, tiba2 lappy out of batt. lepas tu tak save entry ni. hilang la semua. kena taip balik. hurmm tak suka. sebab tgh tak larat. esok pagi-pagi kena bangun pulak siap ke station bus.


okay picture kat atas tu.. (alahai malas nak taip benda sama macam tadi) huhu

picture kat atas tu tempat mula-mula che nurul Janah membawa saya. Atom museum. cuaca agak sejuk dan bukan agak la. MEMANG sejuk hari tu. tapi aku fikir, aku dah nak balik Malaysia, I wanna feel that cold so that bila balik Malaysia jangan nak complain. panas-panas, kena tampar kang. hehe tak sabar nya OH MALAYSIA. OH KLANG. ;b




me and her, in front euro mini. dalam ni macam semua replika or famous landmark each of europe country. contoh ada mini eiffel tower dalam ni, so sesiapa yang nak rasa macam berjalan ke seluruh europe, masuk je dalam ni semua ada. ;)
okay. tak tahu nak kata, kurang disiplin mcm ni la.

this is Botanic. view from up above. cantik, nyaman dan tenang.



Jane.

Afiqah

somehow when I stand there, and see all those building which I can't find in my country, new view for me, I felt like ''syukur alhamdulillah'' never thought I can be here and I wish one day I can bring my family especially my parent to europe so that they'll feel as how I felt. I want them experience and see what I saw. AMIN.

Caption: Mellow, aku curi bunga ni weh! (mellow tak larat nak layan aku dah.)


GRAND PALACE





Godiva. mellow kata kalau kt Malaysia jangan harap nak mampu dan teringin makan coklat ni mahal ya Ampun. so dengan sebab itu, aku beli sikit, nak rasa, alah syiannn nya. hehe

sorry can't remember nama budak lelaki yang kencing ni. tapi ini antara landmark brussel.
nanti kita sama-sama google okay?

patung ni, kalau kita raba dia, konon membawa tuah. mellow ask me to make a wish. huhu, seram. aku tengok patung ni pun dah takut. acah-acah pegang je tuhh


I'll more excited to talk about this park, maybe this park is the reason why I love brussel. lepak kat park ni rasa tenang, hilang semua benda2 kt kepala ni, terutama thesis, haha. pancung kang. we spend 3 hours at this park.




perbezaan paris and brussel. kat paris tahi anjing bersepah di jalan. di brussel, tahi anjing perlu dikutip oleh tuan anjing tersebut lalu dan di masukkan dalam kertas seperti yang sedang kawan saya tunjuk kan di atas. hehe. ingat kan kertas letak sampah. bagus kan. sayang betul nak kutip tahi anjing seketul seketul. (teror tak BM aku?)


CUCI MATA

nampak cam panas kan? actually memang sunny, tapi tak panas sebab tu aku nmpak syok baring mcm tu. please percaya sebab aku tak pretend tahan panas, soalnya memang enggak hanget donngggg (teror tak bahasa indonesia gue?)


okay, this is how to tackle her daddy.. come come I give u chocolate..

bila dah suka sangat mix english and BM mcm ni la jadinya.
''mellow tolong cepat2 tangkap gambar CANDID ONE HAPPY FAMILY'' si ayah terus macam nak melarikan diri dalam hati beliau'' aku rasa perempuan ni tak siuman'' HAHA. kantoi wohhh.

si anak seperti pelik dengan perempuan ni mungkin berkata''papa jom blah sebelum dia lebih menggatal''-

Nurul&Nurul


okay tempat last dan last picture sebelum camera ni habis battery. ini ialah the building of 50th independent of brussel. MERDEKA!

petit?

Heading to brussel city, planning to see brussel's nite life.

Brussel exchange stock. okay amalina, eja nad, budak2 finance, ni tmpat korang la ni.

Grand palace at night.

makan dan terus makan.

senyum walaupun frust tak dapat makan fries, penjual tu bagi salam kat kitaorang and ask"muslim?" kitaorang jawab "yes" "this one not Halal, animal oil'' mellow terdiam sebab dia selalu makan fries kt situ. so ingatkan nak ajak aku rasa the best French Fries. tapi telah di beri tahu menggunakan minyak masak tak halal. sebab penjual tu muslim. thank you sebab bagitahu.

makan tetap makan. waffle pun jadi la.

okay yang ni tak tahu. just snap. hehe


Alhamdulillah, sampai jugak ke brussel walaupun bus aku rosak 2 jam or pemandu tak sihat. aku tak sure mana yang betul sebab bus delay 2 jam. kat paris dia announce bus rosak, kt Brussel mellow tanya kenapa bus from Paris tak sampai, dia jawab pemandu tak sihat. MENIPU jelah korang. yelah, fikir positive. bus rosak di samping tu pemandu nya juga kurang sihat. okay stop merapu.


aku rasa setakat itu sahaja hujah aku malam ni. serious tak larat, tapi terhegeh juga nak hupdate. esok bangun awal, bus ke Germany pukul 7.45 pagi. Doakan perjalanan aku selamat. menaiki bus dan bus. sebab bus murah. so aku pilih bus. ehehehe


till the next post.

Hug and kisses from pika.