Ada sorang kawan aku comment picture ni kat facebook "Aku kalau nampak depa 2 orang ni, aku lari''
me and my heavy bag. ada sorang client aku tegur "dik, abang tengok ko ni dah macam mak andam bawak bag berat2 buat pe. orang jumpa client bawak businesscard je lah" HAHA bang, saya budak baru. semua dalam bag ni penting. kalau tak ada brochures, saya tak tahu nak terangkan apa. kalau tak ada form, saya bukan jenis pandai copy2 sain orang ni bang. ehehe
Hello people,
Bersawang habuk dah blog ni. masa semakin laju meninggalkan kita. hari demi hari aku sendiri tak sedar apakah hari ini? maksud nya, hari ni hari apa. sebab rutin harian aku, bangun pukul 5, siap2 pergi kerja, kalau selasa and khamis hntar ayah dialysis, hari lain memang aku ada morning meeting, so conclusion nya, setiap hari memang aku keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap.
So far Alhamdulillah, rezeki cukup buat aku tersenyum dan bersyukur. aku berbangga dengan apa yang aku buat walaupun tidak bagi orang lain.
2 hari lepas, aku duduk sembang dengan umi tentang kerja aku yang tidak mendapat support dari ayah dan umi. umi jenis bising asyik suruh apply jadi cikgu. ayah pulak hari-hari bagi form and suruh ready kan resume, kawan dia boleh tlg bagi kerja.
Tapi semua tu aku tak endahkan.
Sebab aku memang ada hati. hati aku dah bulat. aku harap dan berdoa aku akan stay long in this industry.
Semalam aku masuk class ke 10. dalam class tu belajar pasal product. and comparison our product dengan product insurance lain. Prudential coverange minimum 500,000 untill 2 million and ada product lain hanya maximum 200,000 sahaja seumur hidup.
Trainer aku cakap, macam mana kita boleh insured kan diri kita hanya 200,000 sahaja??? sedangkan pembedahan jantung pun dah 150 k, dan kidney transplant pun 350k?
aku tanya..
"Betul ke kidney transplant 350k?"
"BETUL" jawab trainer aku.
berkaca-kaca mata aku time tu. tahan sedih. sebab aku fikir, bila agaknya aku boleh ada that figure untuk hntar ayah buat kidney transplant supaya dia boleh jadi normal macam orang lain.?
BILA?
sepanjang dalam kereta on the way balik rumah, aku terfikir dan terus fikir. kalau la aku kerja makan gaji start sekarang. contoh basic is 2500 paling banyak. tahun bila aku boleh dapat 350,000?
aku fikir lagi. aku rasa goal aku dah clear. biarlah orang nak kata apa.
Aku ada impian dan cita2 aku.
iaitu..
RM350,000 hasil kerja sendiri, tak akan meminta-minta. sebab Allah dah beri aku kesihatan, keupayaan. Insyallah. aku masih dan terus berdoa.
AMIN